Friday, May 4, 2012

NST minta maaf kepada Senator Australia

The New Straits Times telah memohon maaf kepada senator Australia Nicholas Xenophon berhubung satu laporan yang mendakwa beliau membuat ucapan anti-Islam di Parlimen Australia pada tahun 2009.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di lamanweb NST hari ini, akhbar berkenaan berkata ia telah membuat "kesilapan besar" dalam menyiarkan kenyataan dalam artikel tersebut.

NST berkata, dalam ucapannya di Parlimen Australia yang dirujuk dalam artikel tersebut, Xenophon tidak menggunakan perkataan 'Islam' dan tidak pernah menegaskan Islam bukan sebuah pertubuhan agama tetapi sebuah organisasi jenayah yang bersembunyi di sebalik kepercayaan agama.

Atas sebab di atas, tambahnya, akhbar itu menarik balik semua kenyataan yang terkandung dalam artikel terhadap Xenophon dan memohon maaf kepadanya di atas sebarang kesusahan atau rasa malu yang disebabkan oleh artikel tersebut.

Akhbar itu juga telah mengeluarkan artikel tersebut daripada versi dalam taliannya berkuat kuasa serta-merta.

-MK

2 comments:
Write comments
  1. Saxaphone, lu saman aje nst tu..ajar sikit...tapi sebelum lu saman lu bole tolong bawak balik Lynas tu balik ke negara lu? Orang Malaysia x nak laaa...

    ReplyDelete
  2. bila bertemu buku dgn ruas, tau plak rasa takut dan tarik balik laporan tu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.