Seorang lelaki yang dipercayai tidak pulang sejak tiga bulan lalu ditangkap khalwat bersama kekasihnya dalam serbuan di Taman Chempaka, di sini, awal pagi semalam.
Pegawai penguat kuasa menyoal pasangan yang dicekup khalwat.
Serbuan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor dan Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah kira-kira 1 pagi berjaya menahan lelaki berusia 27 tahun dan seorang perempuan, 22 tahun yang dipercayai tinggal bersama di rumah sewa berkenaan.
Ketika ditahan, perempuan itu memberi alasan tiada pilihan untuk tinggal di tempat lain menyebabkan dia tinggal bersama rakan sekerja yang berkhidmat dengan sebuah syarikat swasta itu.
Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, pihaknya menerima aduan mengenai lelaki dan wanita berkenaan tinggal serumah sehingga menimbulkan keraguan penduduk.
“Pemeriksaan lanjut menemui seorang perempuan berpakaian lengkap di dalam bilik,” katanya.
Ahmad Nawi berkata, lelaki berkenaan sudah berkahwin dan tidak pulang ke rumah isterinya sejak tiga bulan lalu, manakala pasangannya masih bujang.
“Difahamkan lelaki berkenaan mengenali teman wanitanya itu sejak setahun yang lalu. Dia juga dipercayai tidak memberi nafkah kepada isterinya.
"Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995 dan jika disabit kesalahan kedua-duanya boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya. -SH
Saturday, May 5, 2012
Rakan sekerja dicekup khalwat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
puas wat projek dah kot....
ReplyDelete