Pada suatu ketika, Syeikh Muhammad Abduh telah bersafari ke Eropah. Sesampai di Perancis beliau telah diundang kesuatu majlis forum yang dihadiri oleh ummat islam dan bukan islam di sebuah bandar.
Diantara perkara yang dibangkitkan oleh bukan islam kepada Tuan Syeikh Abduh dalam forum itu ialah tentang pengharaman mengkomsumsi daging babi dalam Islam.
Mereka mengatakan kepada Abduh, bahawa perusahaan pengeluaran daging babi di perancis melalui proses pemantauan, rawatan dan teknologi yang sangat moden, saintifik, hegenik dan teliti pada semua peringkat perladangan lagi, penyediaan bahan makanan babi, pemotongan daging, pembungkusan dan pemasakan di restoran. Semua proses rawatan dan pemantauan moden ini telah menyebabkan memakan daging babi menjadi selamat kerana semua bentuk cacing, mikrorgasma, ulat, kuman dan bakteria dalam daging babi telah musnah melalui teknologi ini. Pengharaman daging babi menjadi tidak berasas lagi.
Bagi menjawab tantangan ini, Abduh telah meminta disediakan dua ekor babi jantan dan seekor babi betina serta dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina.
Kemudian Tuan Syeikh Abduh meminta dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina itu dilepaskan di dalam satu sangkar. Apa yang berlaku ialah dua ayam jantan itu telah berlawan dan bertarung antara satu sama lain berebut untuk mendapatkan ayam betina itu. Mereka berlawan dan saling luka melukai hanya untuk mengawan seekor ayam betina. Mereka bertarung bermati-matian demi harga diri dan maruah kejantanan.
Kemudian Abduh meminta dua ekor babi jantan dan seekor babi betina itu dilepaskan di dalam satu sangkar. Apa yang berlaku sangat menjijikkan. Dua ekor babi jantan itu saling tolong menolong dan bergilir mengawan babi betina itu tanpa ada kekecuhan atau perlawanan.
Lalu Abduh mengatakan (lebih kurang) “ Tuan-tuan saksikan sifat binatang yang bernama babi tidak mempunyai maruah dan harga diri sebagai kejantanan. Bacul dan hilang harga diri. Sifat inilah yang telah meresap dan mendarahdaging dalam diri kamu semua yang memakan daging babi. Kamu tidak merasa apa-apa, tidak merasa cemburu, tidak merasa marah dan tidak merasa hilang maruah melihat isteri kamu atau anak perempuan kamu bersama lelaki lain, hatta dijimak oleh lelaki lain.( sex bebas)”.
Subhanallah!... JazakAllah Tuan Syeikh." -abuhikam
Wednesday, June 13, 2012
Daging Babi: Jawaban Syeikh Abduh Yang Mengejutkan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Babi haram dalam Islam.
ReplyDeleteAda juga manusia yang bersifat binatang, biar pun tidak pernah makan babi...
ReplyDeletejgnlah jadi seperti babi.
ReplyDeletebabi mmg haram dalam Islam dan ia akan tetap haram.
ReplyDelete"BUKAN YANG MASUK MENAJISKAN MANUSIA TAPI YANG KELUAR" Betul kaini? Ada juga orang yang tidak makan daging babi tapi tabiatnya macam babi.
ReplyDeleteBabi pun babilah..
ReplyDeleteTidak boleh pakai perumpamaan ni.jangan samakan binatang dan manusia.
ReplyDeletePandai-pandailah fikir sendiri. jadilah manusia yang bukan bersifat macam binatang.
ReplyDeleteTapi memang satu pegangan agama umat Islam untuk tidak memakan babi tidak kira bertapa canggih dan moden teknologi yang digunakan untuk membersihkan daging tersebut.
ReplyDeleteIni terpulanglah kepada umat Islam untuk membuat penilaian sendiri sama ada mereka boleh menerima pemakanan babi.
ReplyDeleteEntahlah. Penjelasan yang kurang masuk akal.
ReplyDeleteMasing2 ada kepercayaan. Hormat antara satu sama lain.
ReplyDeletesatu perbandingan yg kurang bijak, kalau haram biarlah haram kenapa buat analogi ttg sifat sex binatang dengan manusia, kenapa pula yg bermadu empat boleh berlaku fikir2kanlah......
ReplyDeleteHahaha …. Betul juga perumpamaan ini! Patut lah, orang yang memakan babi suka tolong-menolong pula manakala orang yang makan ayaaaaaam saja berlawan dan bertarung antara satu sesama sendiri. Mereka berlawan dan saling luka melukai hanya kerana perkara kecil. Mereka bertarung bermati-matian demi harga diri dan maruah …contohnya ..sikit-sikit hal keluarlah BAZOOKA macam mau berperang sudah.
ReplyDeleteSEBARANYA..kisah ini semua ceritanya baik..benar..tetapi babi itu memang haram atau kita tidak mau makan bukan sebab kita baik..tetapi kerana kita tidak biasa, maka kalau tidak biasa kita pun gelilah...cuba kalau kita biasa benda spt arak, judi, zina, ...semuanya larangan tetapi kekadang tu kita terbuat juga..bukankah sama saja siapa yang mengharamkan... persoalannya sebab kita tidak biasa..untuk muhasabah diri sendiri..
ReplyDeleteSatu penjelasan yang sangat baik dari Syeikh Abduh.
ReplyDeleteDari diri sendiri, semua yang dilakukan adalah berbalik kepada diri sendiri.
ReplyDeleteHanya perkataan tidak akan mendatangkan sebarang yang boleh mendatangkan kemudaratan.
ReplyDeletePastikan tidak ada yang akan bermusuh hanya dengan tercatatnya cerita seperti ini.
ReplyDeleteperumpamaan tak boleh pakai.. sy makan dagingnya babi tapi sy tidak seperti babi itu pun. Hanya saitan yang menghasut siapa2 yang menjadi mangsanya untuk berbuat perkara seperti itu..emangnya, daging babi enak sekali ya.. sllluurrpp!hehehe
ReplyDeletemacam mana dengan monyet? banyak2 haiwan, golongan monyet la yang ada akal sikit.. boleh makan ka??
ReplyDelete