Wednesday, June 13, 2012

Daftar: Pakatan Rakyat tunggu penjelasan ROS

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail memberitahu Jawatankuasa Penaja Pakatan Rakyat yang dipengerusikan oleh Datuk Kamarudin Jaffar masih menunggu jawapan dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung dengan permohonan terbaru.

Tambah beliau ketika ditemui di lobi Parlimen sebelum ini ROS menolak permohonan pendaftaran kerana Datuk Zaid Ibrahim yang bertindak sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut telah keluar dari Pakatan Rakyat.

"Penjelasan kita apabila ROS menolak pendaftaran tersebut dengan alasan bahawa Zaid tidak lagi bersama Pakatan, kita telah mengadakan mesyuarat agung luar biasa dan telah melantik Kamarudin sebagai pengerusi.

"Setelah itu senarai baru secara rasmi telah kita kemukakan kepada ROS, selepas itu mereka kata tidak boleh proses kerana nama permohonan terdahulu yang dipengerusikan oleh Zaid masih ada," katanya.

Jelasnya lagi, setelah jawapan tersebut sehingga sekarang ROS tidak membuat sebarang keputusan apa tindakan selanjutnya.

"Sekarang segala-galanya ada pada ROS mereka perlu jelaskan dan perkara ini perlu disegerakan.

"Kita telah penuhi segala kriteria yang telah ditetapkan yang melayakkan untuk diberi kelulusan tetapi ini tidak berlaku," sambungnya lagi.

Saifuddin menyatakan perkara itu telah dibincangkan pada Majlis Presiden dan telah membuat ketetapan jika penolakan berlaku ke atas permohonan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penaja yang baru yang diketuai Kamarudin yang turut diwakili oleh wakil-wakil parti maka permohonan baru akan dikemukakan.

"Permohonan baru ini akan memasukkan nama-nama besar dalam Pakatan Rakyat iaitu pemimpin-pemimpin utama seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahupun Lim Kit Siang.

"Inilah tindakan seterusnya yang kita akan lakukan, tetapi sekarang kita menunggu jawapan dari ROS terhadap permohonan sebelum ini," kata Ahli Parlimen Machang itu lagi.

-HD

20 comments:
Write comments
  1. arrr baru knapa bru skrg mau buat.klu dah lama approve kan dah lama jgk hancurrr pakatan yg rapuh tu yg berlainan idelogi tu.

    ReplyDelete
  2. Tak kan la tu pun tak tahu. komponen PR tak pernah mendaftar dengan ROS ke??? sehinggakan pekara2 yang penting pun tak lengkap..

    ReplyDelete
  3. Sampai PRU13 pun Pakatan Rakyat tidak ada logo. Pasti kecewa. itu la awal-awal dulu tidak buat logo.

    ReplyDelete
  4. sekarang baru sibuk nak buat logo, dulu tidak pula, lepas tu nk tuduh ROS bukan2 pla.

    ReplyDelete
  5. Berkuasanya Zaid Ibrahim sampai mempengaruhi kelulusan pendaftaran PR. tapi hairan sebelum ni PR tiada mendaftar ka..

    ReplyDelete
  6. Kalau tiba masa PRU tapi masih lagi belum ada kelulusan, macam mana la?

    ReplyDelete
  7. Tanpa lulusan daripada ROS, sebuah parti bukanlah parti yang sah dan tidak boleh menyertai Pilihanraya.

    ReplyDelete
  8. Kita tunggulah dan lihat sama ada pemohonan parti baru ini akan mendapat lulusan daripada ROS.

    ReplyDelete
  9. Tidak payah undilah PR kalau belum disahkan oleh ROS.

    ReplyDelete
  10. USNO pun belum diluluskan. hahaha

    ReplyDelete
  11. Inilah antara taktik untuk menjatuhkan pkr...

    ReplyDelete
  12. yg sebenarnya, tak perlu mendaftar pun. Yg penting prjuangan diteruskan. Tpi sebab undang2 lapuk Malaysia ni mcm tu trpaksa le ikut rentak. Secara lojiknya salah kah kalau tak mendaftar, pengundi hantu tu sebeanr lebih utama dprkatakan supaya negara tak trgadai. ROS pula mesti ikut arahan kerajaan kalu arahan dikeluarkan kpd ROS utk lengahkan proses daftar, peg kanan dlm ROS kena ikut. Bukan mcm buka kedai runcit nak kena daftar.

    ReplyDelete
  13. rakyat percaya BN akan tumbang juga akhirnya

    ReplyDelete
  14. BODOH PUNYA ROS. Kalau saya Ketua Pengarahnya, sudah lama saya luluskan tanpa banyak songel. Tahu KENAPA? Selepas 2 bulan boleh naik pangkat kerana PKR pada waktu itu sudah hancur. Cepat lulus, cepat hancur....

    Tunggu apa lagi. Luluskan saja....

    DRGBLLr

    ReplyDelete
  15. Kita tunggu saja apa yang ROS akan umumkan mengenai permohonan PR ini.

    ReplyDelete
  16. Pakatan rakyat akan sentiasa keluar dengan misi baru namun kecundang juga akhirnya.

    ReplyDelete
  17. Apapun persaingan sengit pasti akan berlaku apabila menjelang Pilihanraya akan datang.

    ReplyDelete
  18. Pastikan rakyat memilih dengan bijak agar tidak menyesal di hari akan datang.

    ReplyDelete
  19. tidur satu bantal tapi mimpi lain2.. baik mansuhkan saja Pakatan..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.