Guru merupakan aset atau tenaga pengajar yang amat berharga untuk membimbing para pelajar agar menjadi insan yang berguna pada masa akan datang.
Masalah atau nasib para guru yang mengajar di pedalaman Sarawak seharusnya diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak yang berkenaan, agar mereka tidak terbiar tanpa sebarang pembelaan.
Kita dapati masih banyak lagi sekolah-sekolah di pedalaman Sarawak yang masih tiada kemudahan asas seperti bekalan air bersih, eletrik dan juga jalan perhubungan yang baik untuk kemudahan para guru berurusan dengan pihak pentadbiran atau membeli barang keperluan di bandar.
Walaupun mereka dibayar dengan gaji tambahan, tetapi kemudahan asas amat diperlukan oleh mereka yang tinggal jauh di pedalaman. Para guru terpaksa membayar lebih mahal, disebabkan kos pengangkutan untuk ke bandar terlalu tinggi dibandingkan dengan mereka yang mengajar di bandar.
“Mereka tidak mengharapkan rumah batu yang mewah,tidak mengharapkan lampu neon bergemerlapan atau air yang ditapis sehingga tujuh tapisan tetapi mereka perlukan perhatian untuk kelangsungan hidup, mendidik supaya insan-insan yang dididik lebih berkualiti dapat dilahirkan untuk negara, bangsa dan agama.” begitulah keluhan para guru yang mengajar di pedalaman.
Kita juga dapati diantara sekolah-sekolah di pedalaman yang masih belum mendapat kemudahan asas sepenuhnya seperti di Sekolah Kebangsaan (SK) Manok, SK Sungai Kelabit dan SK Sungai Laong dimana para guru terpaksa tinggal dalam keadaan daif dan segala kemudahan asas yang pernah dijanjikan dahulu belum lagi ditunaikan sepenuhnya oleh pihak yang berkenaan.
Kita mendesak agar pihak kementerian pelajaran dan pihak yang berkaitan dapat membantu menyelesaikan dan segera mengambil tindakan sewajarnya keatas masalah yang dihadapi oleh para guru yang tinggal di pedalaman ini.
Jangan biarkan kehidupan para pendidik dan juga penduduk diluar bandar dipinggirkan dari arus pembangunan. Sebagai sebuah kerajaan seharusnya perkara ini perlu diberi perhatian dan keutamaan yang sewajarnya, kerana mereka ini adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia yang amat memerlukan infrastuktur dan pembangunan. Berlaku adillah kepada semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
Sumber: pas-miri.blogspot.com
Thursday, June 7, 2012
Guru Di Pedalaman Sarawak Terpinggir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sarawak tidak pernah di perintah oleh pembangkang berpuluh tahun BN memerintah Sarawak kenapa masih begitu bukankah kata najib undi BN semua masalah selesai kenapa masalah itu tak selesai Najib tipulah kalau macam itu undi BN masalah tak juga selesai!
ReplyDeleteteruskan menyokong BN.supaya tak terpinggir
ReplyDeletedr segi ekologinya, Sarawak memang tak trlepas dr genggaman BN kecuali kuasa Tuhan. BN lebih suka rakyat berada dlm kesusahan dan ketinggalan sebab ada 'gula-gula' utk diberi setiap 5 tahun sekali. Gula-gula itu akan dipuji utk jangkamasa 5 thn tu. Sebab itu KM haramkan mereka2 yg cuba masuk Sarawak utk dedahkan penyelewengan mereka. Ada ke patut rakyat Malaysia boleh dihalang masuk ke Sarawak walau negeri yg sama di bawah satu payung negara. Pelik kan undang2 Malaysia
ReplyDeleteoghang luar sittau..undang2 saghawak nik undang2 ghimba lagi. kamik tau KM kaki kebas haghta negeghi. Tak kigha la KM halang ke tidak, mintak pembangkang datang jugak ,kalu tak paloi kamik.
ReplyDelete