Friday, June 8, 2012

Menteri sahkan PTPTN beku, Selangor bantu pelajar

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa baru Universiti Industri Selangor (Unisel) milik kerajaan Selangor.

NONEPembekuan itu bertujuan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu, lapor Utusan Malaysia.

Mohamed Khaled (kiri) dipetik sebagai berkata, pihaknya beranggapan Unisel bersedia memberikan pendidikan percuma kepada para pelajar, sekali gus menolak PTPTN.

"Kita percaya kesungguhan kerajaan Selangor yang dikuasai PKR untuk melaksanakan pendidikan percuma, maka ia dilihat pinjaman PTPTN tidak diperlukan.

"Sehubungan itu, PTPTN menangguhkan buat sementara waktu kepada para pelajar baru Unisel. Bagaimanapun, ia tidak termasuk kepada pelajar yang sedang menuntut kerana masih terikat dengan perjanjian," beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar Umno itu.

Malaysiakini kelmarin melaporkan permohonan mahasiswa baru Unisel untuk mendapatkan pinjaman PTPTN dibekukan dan difahamkan ia dimaklumkan secara dalaman tanpa sebarang pekeliling.

Tinjauan Malaysiakini di laman forum PTPTN turut mendapati terdapat jawapan bahawa pinjaman itu "ditangguhkan buat sementara waktu".

Unisel cair aset bantu pelajar terbabit

Kerajaan Selangor memandang berat kesusahan yang dihadapi pelajar baru Universiti Selangor (Unisel) yang menurutnya teraniayai ekoran tindakan kerajaan persekutuan dan menteri pengajian tinggi membekukan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar di universiti tersebut.

"Sebagai tindakan jangka pendek, UNISEL akan menggunakan asetnya untuk membantu pelajar yang dalam kesukaran meneruskan pengajian.

"Aset ini merupakan hartanah seluas 500 ekar yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang TALAM," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan petang ini.

Kerajaan Selangor, katanya, telah selesai menyusun semula hutang tersebut di mana tanah seluas 500 ekar itu telah menjadi aset Unisel.

Khalid berkata, kerajaan negeri akan membantu Unisel mengapungkan hartanah tersebut di pasaran untuk mendapatkan wang tunai.

"Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil usaha ini. Sebahagian wang ini akan digunakan untuk membantu pelajar yang teraniayai akibat dari tindakan kerajaan BN membekukan PTPTN," katanya.

Bagaimanapun, katanya, bantuan kewangan ini hanyalah berbentuk sementara sehingga penyelesaian konkrit dicapai.

"UNISEL akan memperincikan bantuan yang akan diberikan kepada pelajar-pelajar teraniayai ini dalam tempoh terdekat.

"Kerajaan Selangor sangat kecewa dengan tindakan Kerajaan Persekutuan khususnya menteri pengajian tinggi yang mengaku bertanggungjawab mengarahkan pembekuan PTPTN kepada Unisel.

"Tindakan tidak bertanggungjawab dan membelakangi semangat Federalisme ini bukan sahaja menganiayai pelajar-pelajar baru, malah telah mengecewakan ibu bapa yang menaruh harapan tinggi terhadap anak-anak mereka," katanya.

Khalid mendakwa Barisan Nasional telah menjadikan pelajar Unisel dan ibu bapa mereka yang sebahagian besarnya Melayu sebagai mangsa hanya kerana perbezaan dasar politik antara Kerajaan Selangor dan Pusat.

"Hal ini jelas menunjukkan BN sanggup melakukan apa sahaja untuk melaksanakan politik sempit mereka hatta menganiaya dan menggadai masa depan anak-anak muda di negara ini," dakwanya.

-MK

2 comments:
Write comments
  1. mohd khaled nordin; tabung PTPTN itu bukan dana negara? para pelajar UNISEL bukan rakyat negara ini? klu dorg x layak utk itu, knp shahlizard layak utk songlap RM250j? knp tajudin ramli layak utk dilepaskan drpd hutang? samada ini double standard @ proses pembodohan berterusan oleh rejim penjajah UMNgOk!!!

    ReplyDelete
  2. PM/BN/UMngok memang tak tau malu. PTPTN sekejap beku sekejap tarik balik. Macam budak2 tadika, bukan bodoh tpi masih belum cerdik. Dah tau isu jadi hot, kenapa mandai2 beku pinjaman PTPTN. Esok pulak tarik balik,lepas tu masuk tv 3 suku heboh kata UNISEL terima kasih pd BN kerana tabung tu.Politik murahan betul si UMNgok ni. Yg dijaja oleh media massa, ucapan terima kasih tak trhingga oleh pihak ibubapa serta UNISEL sndri. Petrol RON 97 pun turun juga dan negara tak bangkrap ke turunkan hrga tu ? Tapi kalu tak krna PRU 13 dan kena gasak kiri kanan oleh rakyat, tau juga turun. Saya pulak ucap terima kasih lahh. Mungkin dah rasa talian hayat UMngok dah tak bole harap kot..jadi kena ikut rentak rakyat cuma tak mau mengaku jer.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.