Kerajaan bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Beliau berkata kerajaan komited untuk menangani isu itu yang menurutnya mampu menjejaskan kesejahteraan dan keharmonian rakyat Sabah.
"Adalah diharapkan warga negeri Sabah akan mengambil manfaat daripada penubuhan RCI ini dan bersama-sama Kerajaan dalam mencari strategi dan pendekatan terbaik bagi menangani masalah berkaitan," katanya dalam satu kenyataan.
Najib berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan semua pihak.
"Jabatan Peguam Negara telah diamanahkan untuk mengemukakan cadangan Terma Rujukan (TOR) dan draf asas telah disediakan.
"Bagi memastikan perjalanan RCI kelak mengambil kira pandangan semua pihak, saya telah meminta Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada semua pihak berhubung draf awal TOR sebelum ia dimuktamadkan," katanya.
Perdana Menteri berkata penubuhan RCI tersebut merupakan manifestasi iltizam kerajaan dalam menjunjung prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
Dilaporkan, jumlah pendatang asing tanpa izin di Sabah dianggarkan menjangkau 500,000 orang.
- Bernama
Saturday, June 2, 2012
RCI ditubuh siasat isu pendatang asing di Sabah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SETUJU SAJA TIDAK CUKUP. TINDAKAN PELANCARAN SECARA RASMI PERLU SEBAGAI BUKTI KEIKHLASAN KERAJAAN KEPADA RAKYAT SAH NEGERI SABAH. PATI DI SABAH BOLEH DILIHAT DI MANA-MANA DALAM NEGERI SABAH. TERLALU RAMAI
ReplyDeleteterima kasi kepada pembangkang yg tak putus mendesak kerajaan menubuhkan rci,kalau tak haram jadah dia nak buat
ReplyDeleteBuat apa tubuh RCI jika keputusannya nanti tidak mengubah apa2. Keputusan pasti diketahui umum, RCI tidak ada kuasa bertindak ke atas PATI dan menteri yg terlibat... padan muka parti PBS.
ReplyDeletejangan mimpi lah rakyat sabah, najib nak tubuhkan (R.C.I) untuk siasat pendatang tanpa izin,, pendatang asing (pati) telah wujud disabah (sejak 70-an) hingga lah sekarang, ramai (menteri2 disabah) juga berketurunan philipina yg dibawah oleh bapa atau nenek mereka yg (pendatang tanpa izin dari philipina), pada era mahathir dah beratus ribu i/c diberikan kepada pendatang asing dari philipina yg berugama islam untuk membantu BN (umno) untuk terus kekal BERKUASA disabah, kerana melayu disabah ini tak banyak, berbanding dengan kaum kedazan, dusun, murut, dan lain2 , yg majoriti berugama kristian, umno terpaksa mengimport dan memberi i/c kepada mereka untuk membantu mereka menang pada pilihanraya, umno sudah berjaya disabah dan pengiliran (ketua menteri) juga sudah dihentikan, jawatan ketua menteri sabah juga di monopoli oleh UMNO tak bole disentuh dan tak bole disoal, tak lama lagi perdana menteri malaysia akan dipegang oleh rakyat philipina..aiyu...rakyat sabah kita kasi tumbang BN dan UMNO pada pilihanraya yg akan datang, demi masa depan sabah dan anak cucu kita,
ReplyDeleteKeadan di sabah skarang adalah amat kritikal.Kita semakin hampir dikuasai oleh pihak luar secara politik dan ekonomi.Sabah kini hampir dlm keadaan spt zaman penjajahan.Para pemimpin kita telah hilang kawalan dan pada masa ini hanya menjadi pengikut agenda yg telah ditentukan oleh org lain,khususnya BN-Umno.
ReplyDeleteMasa depan sabah yg malap sudah jelas klihatan, kecuali kita dpt atasi masalah2 ni. Rakyat sabah akan menjadi pelarian di tempat sendiri.kita tidak boleh biarkan pkara ini blaku!!Bumiputera/Anak negeri di sabah adalah golongan yg pertama akan tewas kerna “Bumiputera Baru” yg lebih agresif,rajin dan pandai menggunakan ksempatan akan menyingkirkan dan menolak mereka kluar daripada persaingan namu kita bukan menyalahkan mereka sepenuhnya kerna mereka hanya mengambil ksempatan utk merebut peluang2 yg diberi kpda mereka oleh Pengkhianat BN-Umno!! TUMBANGKAN BARISAN NASIONAL,INI KALILAH!!!
bukan besok. dahpu berlaku sekarang. ada da pti jadi YB, cigu, pegawai2 kerajaan peringkat tinggi maupun tukang sapu. penduduk lokal jgn asik menyalakan sesiapa. biarkan gelas masing2 penuh melipah supaya orang lain x ada peluang memasukan air dalam gelas kita. buka minda dan perkasakan pendidikan buat generasi baru. ini tidak, anak x pgi sekolah berminggupun x kisah. sampai sekolah naik pening antar surat amaran 2, 3 kali sampai anak kena gantung sekolah baru muncul. itupun mama budak tu ja datang bapa sebagi ketua keluarga dan pemegang amanah pada anak2, entah hilang ke mana.....kita fikir2lh sendiri................
ReplyDeletemahu umpan rakyaat sabah lah itu,jika dalam siasatan RCI didapati banyak pemimpin UMNO terlibat memberi IC kepada PTI macam mana mahu kah peguam negara tangkap,di jamin 10000% tidak akan berlaku,untuk merealasasi dan berkesan fungsi RCI ini salah satu caranya adalah menumbangkan BN di Putra Jaya supaya dalang dalam pemberian IC kepada PTI ini dapat ditangkap dan disumbat ke penjara,salah satu contoh kerajaan tidak akan bertindak adalah SALAH LAKU PENGADIL MALAYSIA DALAM PERLAWANAN LIGA SUPER,SUDAH TERBUKTI BAHAWA PENGADIL INI MENGAMALKAN RASUAH DAN DITANGKAP OLEH PENCEGAH RASUAH SINGAPORE,SEPATUTNYA DIA DI DAKWA LAGI DIMALAYSIA BIAR MENJADI PENGAJARAN KEPADA PENGADIL,TAPI APAKAN DAYA PENGADIL INI MASIH BERTUGAS SEBAGAI KOPRAL POLIS DIMALAYSIA..
ReplyDeletesaya baca ulasan Najib di atas, tidak menggambarkan keyakinan. Sepanjang 300 patah perkataan tu, kalu subjek BM dlm STPM/SPM..agaknye markah 5/20 jer. Kalu dlm jabatan kjaan..ayat " play safe". Yg penting sudah ramai PATI ( Pakistan, Filipina & Indon ) yg anak2 mereka telah lama bekerja dan nikamti apa yg kaum bumiputra dapat di Mesia ini. Itu mungkin ok..sebab sama2 jana ekonomi negara ( ayat UMNO ) tp tak pelik kalu mereka akan buat ( persatuan ) kelompok mereka satu masa nanti yg akan berani memepertikaikan hak2 bumiputra asal. Projek ic adalah satu projek 'celaka' kjaan demi survival mreka yg menggadai negara..tpi cakap pembangkang akan gadai negara..itu keja UMNO.
ReplyDeleteAkhirnya dr mahathir megaku juga..
ReplyDeletememang betul selama ini ada projet 'gila' iaitu mmberi
IC kpd pendatang asing, kami rakyat
mahu siasatan diraja dan hukuman berat
mesti dijatuhkan kpd pengkianat2 negara
mana dia perjuang2 negara yg kuat bekokok
mmbela negara..jangan sampai mulut berbuih menafikan.
project ic tak tahu? project tipu pilihanraya mcm?
ReplyDeleteMasa dpan sabah yg malap sudah jelas klihatan, kecuali kita dpt atasi masalah2 ni. Rakyat sabah akan menjadi pelarian di tempat sendiri.kita tidak boleh biarkan pkara ini blaku!!Bumiputera/Anak negeri di sabah adalah golongan yg pertama akan tewas kerna “Bumiputera Baru” yg lebih agresif, rajin dan pandai menggunakan ksempatan akan menyingkirkan dan menolak mereka kluar daripada persaingan namu kita bukan menyalahkan mereka sepenuhnya kerna mereka hanya mengambil ksempatan utk merebut peluang2 yg diberi kpda mereka oleh Pengkhianat BN-Umno!! TUMBANGKAN BARISAN NASIONAL, INI KALILAH!!!
ReplyDelete20 tahun yg lalu Kerajaan BN sedia ada sepatutnya sudah btanggungjawab kerna mengujudkan keadaan porak peranda kesan daripada masalah pendatang haram.Kerajaan BN sepatutnya dari dulu mempunyai kuasa untuk menangani masalah ni tetapi memilih utk banyak “beromong kosong” sahaja. Pendatang haram, khusunya mereka yg terlibat dalam “projek IC” dijadikan senjata menentang Demokrasi dan alat UMNO utk menguasai sabah.Sebab tu, mereka tidak ingin menyelesaikan masalah ni, tetapi kita rakyat Malaysia di SABAH mestilah bersatu.Rakyat sabah mesti bersatu menetang ketidakadilan, memntang kerajaan BN khususnya Umno. Hanya satu cara sja utk mendapatkn keadilan iaitu jgn Undi tetapi keluarkan Umno/BN dari sabah dan sokong kerajaan pilihan yg adil dan saksama utk semua org.Dedahkan penyelewengan pengundian Umno/BN, Bawa masuk pemerhati pilihanraya antarabangsa, Lantik orang sabah utk menjawat jawatan pengarah Immigresen negeri dan Jabatan Pendaftaran Negara sabah.
TUMBANGKAN BARISAN NASIONAL PRU13, INI KALILAH!!! TAPI JANGAN LOMPAT..
tun m...sangat saya hormati sebelum ini ......tapi bila maruah bangsa digadainya sendiri untuk menumbangkan PBS waktu itu sebagai pembangkang....habis semua pati kena bagi ic projek...bila habis pilihan raya kerejaan nak tangkap semula .....kerejaan ingat pati tu bodoh sangatkah heheheh....cukuplah tun m....orang sabah sudah tahu untuk menuntut hak dan menyedari kepentingan anak bangsa terutama bumiputera sabah ...
ReplyDeleteapa jadi mamak yg dpt ic projek di KK tu yer ? Khabarnyer siap rekmen pd member lg ic projek tu dan dapat pun. Ada kedai/restoran katanyer dan 'samseng' pulak tu..kononnyer kenai dgn org dalam di jabatan Immigresn ke JPN. itu satu contoh dr ic projek. D Semenanjung,ramai mat pakistan memandu teksi dan ada lesen psv sebab ada ic..setuju sgt kalu peg tinggi immigres ke JPN ke..polis ke atau seumpamanyer dilantik anak negeri Sabah menerajuinyer..amacam ?
ReplyDeletelebih bagus singapura memerindah sabah,atau gadai sabah kepada singapura..kalau sabah diperindah singapura,lama suda monyet monyet pti ini ditendang keluar dari sabah,apa ini kerajaan malaykok macam anggap orang sabah terlampau bodoh..ayuh..lah orang sabahan ini kali pru13 kasi tumbang ini BN bin evil and UMNO bin syaitan...dia kasi hadiah besar kepada orang sabah,tak apa,kami sabahan kasi balik hadiah besar kepada BN/UMNO. BN boleh bikin ic projek untuk PTI pilipin, kami pun boleh bawa masuk pendatang china,vietnam beramai-ramai...saya mau tengok ini BN/UMNO berapa hebat mengunakan cara cara kotor ini.
ReplyDeletekita rakyat sabah peribumi sebenarnya telah dijajah oleh pendatang asing tanpa izin yg diketuai oleh Mahathir. PATI telah mengambil hak2 kita di sabah. golongan PATI adalah dari Pilipina yang beragama Islam dan apabila mendapat IC Projek mereka akan mengubah bangsa mereka menjadi Melayu. Apabila bangsa telah menjadi bangsa MELAYU segala keistimewaan yang diperolehi oleh BUMIPUTERA juga akan dinikmati oleh PILAK/MELAYU ini. sebab itulah mereka sekarang adalah golongan majoriti di NEGARA Sabah ini, mengalahkan KDM yang suatu masa dahulu adalah MAJORITI. Apa akan jadi jika anak2 kita ingin mencari pekerjaan? sudah tentu akan disisihkan apabila bangsa dalam surat beranak adalah KDM. ish.. ish.. ish... kesihan anak-anak KDM.
ReplyDelete