Kerajaan Umno BN didakwa berbelanja sebanyak RM20 juta bagi menjayakan Himpunan Jutaan Belia minggu lalu.
Menurut sumber yang enggan namanya didedahkan memberitahu, Kementerian Belia dan Sukan turut melantik sebuah syarikat baru yang dikhususkan untuk mengurus sepenuhnya program yang berlangsung sepanjang lima hari di Putrajaya itu.
“Saya dapat maklumat daripada orang dalam iaitu rakan saya yang bertugas dari Kementeria Belia dan Sukan sendiri memberitahu bahawa kerajaan telah berbelanja sebanyak RM20 juta untuk penganjuran Himpunan Belia di Putrajaya itu.
“Malah beliau turut memaklumkan kementerian juga melantik sebuah syarikat yang baru dua bulan ditubuhkan bagi mengendalikan pengurusan program tersebut,” kata pesara kakitangan kerajaan itu menghubungi pejabat Keadilan Daily, hari ini.
Berikutan itu, lelaki itu menuntut penyiasatan lanjut mengenai perbelanjaan kerajaan mengadakan himpunan itu.
“Saya minta perkara ini disiasat kerana sudah tentu kerajaan menggunakan duit rakyat untuk penganjuran program ini,” katanya.
Bertemakan ‘Hari Ini Lebih Baik Berbanding Hari Esok’, 500 aktiviti yang membabitkan 38 segmen dengan 1,000 persembahan diadakan sejak Rabu lalu, memperlihatkan kerajaan lebih ghairah menghidangkan elemen hiburan berbanding kerohanian.
Aktiviti hiburan seperti tarian dan nyanyian juga bertentangan dengan konsep wasatiyyah yang dicanang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Adakah penganjuran seperti ini menjadi kebanggaan kerajaan walaupun Himpunan Jutaan Belia tahun ini ‘tercemar’ apabila satu kemalangan berlaku ketika acara perlumbaan drag di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 pada Sabtu.
Seramai 17 penonton perlumbaan drag cedera termasuk empat parah apabila sebuah kereta perlumbaan terbabas sebelum melanggar penonton.
Mangsa kini berada di Hospital Putrajaya untuk mendapat rawatan lanjut. -KD
Saturday, June 2, 2012
Belanja Hari Belia RM20 juta. "K-Pop" Dibayar RM2.04 juta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bagi sumbangan bina lebuhraya rakyat lagi berfaedah untuk rakyat
ReplyDeleteKira untung je.. halal haram kau tolak tepi.. maruah & akhlak langsung kau tak peduli.. itu pun macam la untung sangat.. Mufti2 tak nak komen ke Menteri yang beragama Islam ni punya komen.. Hasan Akidah.. Zul Kulim..
ReplyDeletementeri2 BN kan semua layak.. puak2 depa susah payah nak letak tukang jaga gete ketapi jadi menteri..semua menteri BN ada kreadibility apa... sebabtulah harga ikan makin naik..harga barang x pernah turun.. kelayakan mereka memerintah ni buatkan rakyat makin susah,tertekan.. payah nak dapat wang. peniaga2 kecil pening..tu adalah tanda kelayakan menteri BN dan tanda mereka berkerja.. tak caya tanya menteri kewangan negara kita.. errr. sapa yer?
ReplyDelete2.4 juta tuh duit rakyat yg digunakan utk byr kump. KPop dr korea bkn kehadiran belia dihimpunan....
ReplyDeleteAku cadangkan agar KBS dibubarkan.. ada peranan sebenar KBS.. Sukan?? semua sukan hancuss..bolasepak toksah cakaplah, badminton.. Belia?? gejala sosial semakin mendapat tempat.. seks bebas bukan taboo bagi remaja..buang anak mcm buang digalakkan.. so apa peranan Kemernterian Belia dan Sukan ini sebenarnya??.. Jika semua hendak tahu, KBS berperanan utk memastikan UMNO terus berkuasa dgn apa cara sekali pun..
ReplyDeleteHARGA UNTUK KERUNTUHAN AKHLAK BELIA2 DI MALAYSIA TERUTAMANYA BELIA MELAYU YG BERAGAMA ISLAM.... MAHAL TUUUU... TAPI YG PELIKNYA, HASAN AKIDAH TAK BISING PULAK PASAL NI..!!! MMMMM..... MUNGKIN TAKDE BUKTI NAK BISING WALAUPUN BUKTI TERSEBUT TERPAMPANG DI KACA TV TEMPOH HARI.... KAKAKAKAKAKAKAKAKAKA..... HASAN... HASAN.... MAKAN LAGI BERAS JATI TU.... DAH BYK TIDO SI HASAN AKIDAH NI BILA MAKAN BERAS JATI HARI2..... TU SEBAB MULUT HASAN BERBUIH...
ReplyDeleterakyat diutamakan???
ReplyDelete