PERSETUJUAN Perdana Menteri dan Kabinet Persekutuan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) di Sabah bukanlah rahmat buat Sabah, sebaliknya malapetaka berpanjangan disebabkan Terma Rujukan (TOR) menjadi mimpi ngeri kerana termasuk penjenayah, Yang Berhormat dan Yang Di Pertua Negeri?
Jika Setiausaha Agung Dewan Perindustrian dan Perniagaan India Muslim (DPPIMS) Mohd Ansar Maidin menggunakan Sijil Lahir dan Mykad orang mati; Adun Sibatik, Muis Picho disahkan salah seorang pemegang MyKad Projek; Datu Akjan Datu Ali Muhammad mengisytiharkan diri sebagai Sultan Sulu ketika memegang kerakyat songsang Malaysia; malah Bekas Ketua Menteri Sabah dan Mantan TYT Sabah, Tun Sakaran Dandai turut memalsukan keterangan diri untuk mendapatkan kerakyatan Malaysia; siapalah juga Arsad Bin Hj Alwi, Guru Penolong Kanan di SMK Balung yang menggunakan kad pengenalan palsu milik nelayan miskin di Kuala Abai, Kota Belud.
Kerajaan Malaysia dan Sabah yang masih berdolak dalih dalam mencari titik temu untuk menjayakan RCI mungkin terpanggang oleh 'Political Will' yang akan meranapkan peluang Barisan Nasional mempertahankan 20 kerusi Parlimen dan 60 Kerusi Dun di Sabah jika TOR merujuk kepada semua warga asing yang mendapat kerakyatan songsang; terutama ketika Ops Gembleng di era 90-an.
Mungkin agak menjengkelkan Pasukan Petugas Khas Persekutuan, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia seakan lumpuh menguatkuasakan undang-undang kerana budaya rasuah yang begitu menunjangi sistem pemerintahan negara.
Mustahil Jabatan Pendaftaran Negara tidak sedar bahawa Tun Sakaran; Muis Picho; Mohd Ansar Maidin; Datu Akjan Datu Ali Muhammad dan Arsad Haji Alwi (sekadar menyebut beberapa nama yang telah dilaporkan Sabahkini.net) telah memanipulasi undang-undang dan memalsukan keterangan diri untuk mendapat kerakyatan songsang; sama ada ditaja sindiket tertentu atau NGO berpengaruh sebagai mana yang saya huraikan dalam buku IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah, Pengundi Untyuk Di Sewa, IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir dan 007-Lelaki Malaysia Terakhir.
Saya ingin menumpukan artikel ini kepada kes Arsad Haji Alwi, Guru Penolong Kanan di SMK Balung yang kebal kerana 'Suaka Politik' daripada UMNO dan YB-YB yang berkepentingan sekalipun telah dibahaskan di Parlimen Malaysia oleh Ahli Parlimen Sabah termasuk Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing dan Datuk Chua Soon Boi.
Saya melalui jalan yang sukar untuk mengesan pemilik asal kad pengenalan yang digunakan Arsad kerana tidak ada seorang Wakil Rakyat UMNO mahu membantu mengesan pengundi mereka yang teraniaya ini.
Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan; Adun Tempasuk, Datuk Musbah Jamli dan Adun Usukan, Datuk Japlin Ahkim tidak langsung menjawab telefon dan SMS sedangkan mereka kenal pengundi mereka, A Ramlee @ Ramli Bin Rasim yang hidup melarat di Desa Pingitan, Kuala Abai.
Mujur Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said telah membantu saya dengan segala daya upaya beliau mengesan mangsa birokrasi JPN ini sehingga saya dapat menemui A Ramlee dengan bantuan Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK Kuala Abai.
"Kita melihat isu ini amat serius dan kerana itu UMNO Sabah telah membuat pendirian tegas mendesak penubuhan RCI. Isu A Ramlee ini adalah episod sedih rakyat Sabah yang menghadapi karenah birokrasi. Kita mendesak agar JPN dan agensi kerajaan yang lain mengutamakan dan menyelesaikan kes ini secara saksama," ujar Salleh ketika diminta pendapatnya berhubung isu ini.
Tegas Salleh, beliau hanya mendapat tahu isu ini melalui Sabahkini.net dan telah mengarahkan jenteranya membantu mengesan A Ramlee agar krisis identiti yang dialaminya dapat diselesaikan segera.
"A Ramlee berhak menikmati kehidupan yang lebih baik sebagai warga negara Malaysia dan haknya yang dirampas oleh mereka yang tidak berhak selama ini wajar dikembalikan," kata Salleh yang menggesa agar kes A Ramlee dijadikan 'Alibi' paling kukuh untuk rujukan RCI.
More info....Sabahkini
Oleh : MUTALIB M.D
Friday, June 8, 2012
RCI Malapetaka Buat Sabah?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
boleh harap ADUN n MP UMNgOk? silap haribulan laa...
ReplyDeleteApalah nasib orang tempatan sendiri bila peluang dan hak mereka pun sudah dicantas oleh orang2 projek ic? Malah mereka hidup lebih kaya raya.
ReplyDeleteKerajaan BN jika mahu kekal kena ikhlas dan serius dalam menyiasat isu projek ic di Sabah sehingga ke hujung akar umbi. Si pengkhianat patut dihukum!
ReplyDeleteramai yg saya jumpa penduduk Sabah sedia maklum akan ic projek , mereka2 yg telah dpt ic malah risiko pribumi masadepan. Tetapi mungkin tiada pemimpin( org berani ke depan dan menjadi ketua utk ada demostrasi jalanan ) spt di Mesir, Tunisia, Indonesia ( waktu Suharto ) bg memimpin gerakan rakyat memaksa kera jaan 'menghalau' pendatang yg dilindungi oleh saki-baki UMNgok/BN melalui tgn ghaib mereka. Bukan tiada peg kerajaan yg bagus dan amanah tetapi tgnghaib tadi banyak membantut tugasan peg2 berdedikasi td. kalau sudah mereka ni jadi pemimpin spt MP, ADUN, TYT, Guru Besar dll., apa yg diharapkan kpd BN utk mengemablikan maruah negara/negeri.
ReplyDeleteMereka yang menjadi pengkhianat menjual kedaulatan negara selama ini adalah liabiliti kepada negara.
ReplyDeleteRCI adalah rahmat buat Sabah, ia jalan nak selesaikan masalah di Sabah.
ReplyDeleteDemi survival politik, masih ramai pemimpin yang masih menjadi pak turut.
ReplyDeletemoga RCI akan ditubuhkan segera
ReplyDeleteharap ada siasatan terperinci jika sah tuduhan ini benar
ReplyDeletetiada sebab mengapa kerajaan tidak mahu menubuhkan RCI demi kepentingan rakyat Sabah
ReplyDeletebenar, penubuhan RCI adalah atas permintaan rakyat Sabahan sendiri
ReplyDeletemaka, persetujuan Perdana Menteri dan Kabinet Persekutuan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) di Sabah adalah satu rahmat buat Sabah dan rakyatnya
ReplyDeletemoga ada berita baik mengenai TOR yang akan dirumuskan oleh pihak JPN
ReplyDeletetubuhkan saja RCI secepat mungkin..
ReplyDeleteRCI adalah rahmat kepada rakyat tulen sabah dan malapetaka kepada pemegang2 IC projek..
ReplyDeletediharap TOR dan tarikh penubuhan RCI akan diumumkan oleh PM pada lawatan beliau ke sabah yang akan tiba tidak lama lagi..
ReplyDeletehabislah kamu semua yang menjadi dalang projek IC dan juga pemegang IC projek..
ReplyDeleteyang penting tu RCI dilaksanakan secepat mungkin...
ReplyDeletekenapa pula tajuknya RCI malapetaka buat Sabah?? kalau tidak suka, ba suruh saja ba Najib tarik balik pengumuman penubuhan RCI untuk Sabah..
ReplyDeleteTarik balik krakyatan IC projek dg mmbuat ujian DNA kpd yg disyaki pastikan nama datuk nenek mereka berasal dari Sabah skiranya sebaliknya hntar saja mereka ke negara asal atau ke pulau buangan atau disebat separuh mati.
ReplyDeletekeadaan penduduk Sabah zaman Harris Salleh yg banyak membantu pemimpin waktu itu mengeluarkan ic palsu kpd PATI. Kemudian masa silih brganti dan tiada masalah akan pngeluaran ic palsu ini lantas ia menjadi survival pd UMNgok.Soal gadai negara dan bangsa tidak penting bg BN asalkan mereka kekal brkuasa utk sebat harta negeri. Silaplangkah, ramai pemimpin yg dilantik di Sabah ni baik VVIP ke VIP ke YB atau apa2 lagi yg asalnya dr golongan PATI yg brjaya menyeludup masuk utk di'sah'kan sebg warganegara. Elok juga check DNA utk pastikan asal butun ke murut ke bugis sulawesi ke atau bisaya.
ReplyDeleteini kali lahh..
ReplyDeleteI believe the people in Sabah know that unlike the opposition, Barisan Nasional (BN) makes and keeps their promises
ReplyDeletenext general election is vital and all in BN must ensure a strong mandate for the ruling coalition
ReplyDeleteBeriya-iya RCI ni dituntut untuk ditubuhkan tapi kenapa sekarang kata RCI malapetaka buat Sabah?
ReplyDeleteKalau buat ujian DNA pada semua yang disyaki bukan orang asal Sabah, berapalah belanja tu mau dikeluarkan. bukan serbu dua tapi mungkin sampai juta orang juga.
ReplyDeletePada pendapat saya penubuhan RCI akan menghasilkan kebaikan dan keburukan yang akan melibatkan banyak pihak.
ReplyDeleteDari segi kebaikannya rakyat tempatan akan terjaga hak-hak yang dilindungi oleh undang-undang dan dari segi keburukan pula Bn akan kekurangan undi tambahan kerana kalau diharapkan undi rakyat tempatan berapa sangat yang dapat.
ReplyDeleteharap RCI akan ditubuhkan secepat mungkin.
ReplyDeleteStill support BN, make 1Malaysia continue in leading us!
ReplyDeletethose who betrayed the country should be punished heavily. best to cast them out from Malaysia forever. banned them from entering the country.
ReplyDeleteIsn't RCI what the people wanted??
ReplyDeleteRCI harus dikemukakan untuk mencari punca masalah.
ReplyDeleteJangan pula hak milik wargenegara tulen dirampas oleh PATI.
ReplyDeletePRu tidak mungkinadil dan bersih jika masalah PATI tidak diselesaikan lagi.
ReplyDeleteKini cuma menunggu pengumuman sah dari Persekutuan Sahaja.
ReplyDeleteHope RCI can work well to address PATI issue and the project IC.
ReplyDeleteNampaknya RCI ini satu pentanda yang baik untuk Sabah bagi menyelesaikan masalah PATI dan juga Projek IC di Sabah. Ini. Suruhanjaya ini memainkan peranan untuk menyiasat punca dan dalang dalam hal ini.
ReplyDeleteRCI akan dapat menyelesaikan masalah PATI ini.
ReplyDeleteRCI diperlukan untuk menyiasat dan menyelesaikan masalah PATI di Sabah, diharapkan ia akan ditubuhkan segera.
ReplyDeleteKita tidak akan tahu selagi belum cuba, bagilah peluang untuk RCI dilaksanakan dulu.
ReplyDeleteCan't wait for the RCI to be established, hopefully it can help resolve our problems with project IC.
ReplyDeleteOur Prime Minister said the RCI will be set up after the Terms of Reference have been finalized, lets just wait and see.
ReplyDeleteRCI harus ditubuhkan kerana ada pelbagai yang akan dapat diselesaikan jika RCI beroperasi di Sabah.
ReplyDeletePastikan hal ini mendapat perhatian dari pelbagai pihak untuk meneruskan penubuhan RCI.
ReplyDeleteRCI pasti akan menamatkan beberapa isu yang selama ini menghantui rakyat Sabah.
ReplyDeleteba kalau benar RCI malapetaka buat Sabah, apa tunggu lagi.. minta la kerajaan persekutuan membatalkan RCI..
ReplyDeleteThe government has agreed to set up a royal commission of inquiry (RCI) to investigate problems related to illegal immigrants in Sabah.
ReplyDeleteThis is indeed a good indicator that the government was committed to resolving the issue as it could affect the well-being of the people of Sabah.
ReplyDeleteTherefore Sabahans OUGHT to take advantage of this RCI and together with the government find the strategies and best approaches to tackle the problems concerned.
ReplyDeleteIt's not suprise since our nation's democracy is modeled after the Westminster system: in other words it is not a not a new concept with respect to the Royal Commission.
ReplyDeleteIt is a major ad-hoc formal public inquiry into a defined issue but restricted to the "Terms of Reference" of the Commission which "act in the stead of the Sovereign to grant Royal Assent to legislation passed by Parliament".
ReplyDeleteThe question of the efficiency if this Royal Commission is still too early to determined due to the a fact that the Royal Commission of being restricted by the Term Of Reference. Until the TOR has been finalized, one can only speculate, just as before before the anouncement of the RCI.
ReplyDeletePrior to this, many KDM leaders such as Pairin, Dompok and Ongkili share a common concern over this matter and continuously push for this matter within the State Cabinet up to the Federal Administration.
ReplyDeleteFrom a personel stand point, This RCI is not a definite solution to the question of illegal immigrants; but I believe that this RCI serves to look into the issue that concerns it.
ReplyDeleteHopefully with the findings of thisRCI, it will have a significant impact on policy as well as action plans burrently undertaken both by state and federal level to handle this question.
ReplyDeleteApart from that, I believe when handling with this question, our actions MUST be in accordance with the 'rules of engagement that has been set up by the UN.
ReplyDelete