Friday, June 8, 2012

Khairy Gesa Beri Semula PTPTN Kepada Unisel

Pemuda Umno menggesa agar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membuka semula penyaluran pinjaman kepada pelajar-pelajar Universiti Selangor (Unisel).

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pelajar universiti itu tidak seharusnya menjadi mangsa kepada sikap kerajaan pembangkang yang ternyata gagal menyediakan pendidikan percuma di universiti di bawah pentadbiran mereka.

"Memang sudah terbukti mereka (pembangkang) tidak mampu melaksanakan sistem pendidikan percuma.

"Oleh sebab itu janganlah jadikan pelajar-pelajar baru yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi ini menjadi mangsa keadaan...berilah PTPTN kepada mereka yang ingin mendapatkannya," katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan PTPTN membekukan pinjaman kepada pelajar Unisel buat sementara waktu bermula sesi kemasukan April lalu.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira desakan parti pembangkang supaya pinjaman tersebut dimansuhkan dan pendidikan percuma diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini.

Mengulas lanjut, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata: "Matlamat politik untuk beri pengajaran kepada pembangkang sudah kita buktikan iaitu mereka memang tak mampu beri pendidikan percuma...jadi cukuplah tu.

"Berilah semula pinjaman kepada pelajar-pelajar itu," katanya.

-Mstar

3 comments:
Write comments
  1. YB Khairy ni nmpak bagus mcm juga YB Saifuddin, Timb Menteri KPT. Cuma YB Khairy banyak kesilapan yg dicipta sewaktu Pak Lah jd PM. Takpe lah,itu cerita lama. Tapi pendapat YB mngenai PTPTN kpd UNISEL ni mmang patut dipuji walaupun beliau YB UMNO tp suara agak neutral dlm hal ini dn isu yg diutarakan ialah UMNO jgn jadikan penuntut mangsa keadaan. Mereka ingin belajar dan bukankah kewajipan kerajaan memberi pendidikn kpd rakyat? Mentang2 PR ingin mansuhkan pinjaman ini jika brkuasa, jgn jadikan pelajar mangsa dendam. Jgn jadikan pelajar bahan experiment kerajaan dlm isu PTPTN atau apa sekalipun keadaan.

    ReplyDelete
  2. YB khairy ini kalau dalam soal membela rakyaat yang tertindas memang bergeliga otaknya,tapi dalam bab ini saya sokong YB ini 100 %,kalau dia masuk PAS atau PKR kah sah akan dilantik sebagai Manteri

    ReplyDelete
  3. TABUNG PTPTN DIBERI SEMULA.
    akhirnya Najib takut asakan rakyat dgn menarik balik isu pembekuan tabung PTPTN. Begitu juga RON 97, turun 10 sen selepas menyedari kebangkitan 'hijau'. Peranan tv 3 pulak menerangkan pelbagai pihak ucap terima kasih ( kata tv3 le..bukan suara pihak pertama ). Jadi masa pembekuan tu takder pulak siar suara kutukan kaw-kaw oleh pelbagai pihak. Itu sebenarnya trend survival politik umnoNo, akhir2 ni.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.