Tuesday, June 12, 2012

Siapa Menteri Umno Ugut Raja Melayu?

Seorang Kerabat Diraja Negeri Sembilan, mendedahkan Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman pernah menerima panggilan ugutan dari seorang menteri kanan Umno pada tahun 1993.

Tunku Harny Tunku Hanan, anak saudara kepada Almarhum Tuanku Ja’afar, berkata panggilan tersebut dibuat ketika isu pemindaan Perlembagaan terhadap kuasa Raja-raja Melayu pada tahun itu.

Tunku Harmy Tunku Hanan berkata beliau mengetahuinya setelah diberitahu oleh Almarhum Tuanku Ja’afar sendiri melalui satu panggilan telefon.

“Jadi tuan-tuan, ada suatu malam kira-kira jam 11.00 malam, saya mendapat satu panggilan telefon daripada Almarhum Tuanku Jaafar masa tu dia adalah Timbalan Yang Dipertuan Agung.

“Dia tanya, Harmy buat apa tu? Tak tidur ke? Belum Tuanku.

“Ni esey ni dapat panggilan telefonlah. Telefon apa Tuanku?

“Tadi ada senior minister baru telefon sekejap tadi, dia kata, Tuanku … kalau Tuanku tak hendak sain isu (pindaan) perlembagaan ini, saya akan tiupkan seruling pemberontakan di seluruh negara.

“Raja-raja Melayu akan saya seret ke jalan raya dan akan kami campakkan ke dalam kawah,”
ujar Tunku Harmy yang enggan mendedahkan indentiti menteri kanan itu.

Tunku Harmy berkata demikian ketika berucap dalam program “Diskusi Isu Terkini Lembah Pantai” semalam.

Menurut Tunku Harmy, tindakan menteri kanan tersebut membuktikan sikap sebenar pemimpin Umno-BN yang tidak menghormati Raja-raja Melayu.

Tambah beliau, ketika itu pemimpin Umno-BN mengadakan kempen menjatuhkan maruah Raja-raja Melayu di seluruh negara.

Tunku Harmy turut menggesa masyarakat memikirkan perkara yang sanggup dilakukan pemimpin Umno-BN terhadap rakyat sekiranya mereka terus berkuasa.

“Itu Raja, yang tuan-tuan hormat dia nak masukkan ke dalam kawah. Yang tuan-tuan ni disiang-siangnya, disalai-salai, dibuang, diberi makan anjing,
” kata beliau.

Tunku Harmy yang merupakan sepupu kepada baginda Dipertuan Besar Negeri Sembilan hari ini, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. -selangorku


18 comments:
Write comments
  1. hati-hati menyampai berita. sama-sama lah kita jaga hati, niat, dan perbuatan! sesungguhnya balasan allah sentiasa berlaku. rakyat bukan penentu segala yang ada, tetapi allah!!!

    ReplyDelete
  2. sebenarnya isu menteri umno atau pemimpin melayu bukan sorangdua yg cuba tunjuk besar kepala dgn raja2 melayu, banyak sekali dan ada di setiap negeri pun. sapa tak kenal dgn Idris Jusoh ( Tganu ), anuar Musa dan ibrahim ali ( kelantan ) dan tak perlu digariskan sebab tak cukop ruangan. Isu DS Nizar yg dikatakan pertikai wWW 1 harga rm520,000 oleh Sultan Johor, mulanya akhbar kosmo yg keluarkan lawak jenaka kartun (karikatur) yg memperli pembida dr kerabat johor itu dan DS Nizar akan susuli dgn komennya shj . Maka arakian gegak gempita lah sekalian hulubalang serta hamba sahaya dan pacar yg hina dina ingin berperang dgn Tun Sri Lanang itupun. Syahdan, pembesar2 negeri yg sedia berkepit dgn kebawah duli sebenarnya petualang tanah besar ini yg bersedia brsama peringgi utk takluk jajahan wilayah paduka tuanku. Ampun tuanku..

    ReplyDelete
  3. Itu la masalahnya....raja-raja melayu telah dicucuk hidungnya oleh pemimpin-pemimpin umno-bn. Dimana marwah raja2 sebenarnya yg menjadi simbol kepada kekuatan orang melayu dan agama islam terutamanya di Malaysia.

    ReplyDelete
  4. Kenapa akhbar kosmo yg keluarkan lawak jenaka kartun (karikatur) tidak diambil tindakan? Ada dua undang-undangkah di Malaysia ini pak Najib? Atau kalau menyindir dengan guna karikatur tidak salah di Malaysia?

    ReplyDelete
  5. Makin banyak pula isu tentang raja. makin hilang rasa hormat tu.

    ReplyDelete
  6. Tahun 1993 lagi berlaku ugutan ni. sekarang baru ada pendedahan?

    ReplyDelete
  7. Rakyat pasti tahu menilai semua ni..

    ReplyDelete
  8. Kita perlu hormat dan ikut segala undang2 yang termaktub dalam perlembagaan dan akta.

    ReplyDelete
  9. betul ke hal ini, Raja2 Melayu harus kita hormati.

    ReplyDelete
  10. Apa fungsi raja melayu sebenarnya?

    ReplyDelete
  11. Dekat2 PRU, macam2 'rahsia' dikorek.

    ReplyDelete
  12. Siapakah menteri kanan Umno yang mengugut Raja Melayu pada tahun 1993?

    ReplyDelete
  13. Mengugut raja-raja Melayu adalah perbuatan pemberontak dan boleh dihukum penjara.

    ReplyDelete
  14. Mungkin ini sudah dekat PRU13 baru pelbagai isu mula dibangkitkan.

    ReplyDelete
  15. Ugut mengugut bukanlah budaya kita.

    ReplyDelete
  16. Jangan contohi perkara seperti ini, hal ini kerana ini hanya akan merosakkan perpaduan yang sudah sedia kukuh.

    ReplyDelete
  17. Raja2 pasti akan tercabar dengan ugutan itu.

    ReplyDelete
  18. kenapa baru hari ini didedahkan?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.