Saksi pertama kes perbicaraan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai isu komunis Bukit Kepong, hari ini mengaku di Mahkamah Sesyen di Butterworth bahawa beliau membuat dakwaan terhadap Mohamad hanya bersandarkan laporan akhbar bahasa Melayu.
Pesara polis Visva Nathan, 75 dari Raub, mengaku beliau telah menfitnah Mat Sabu dan meminta maaf kerana membuat aduan polis terhadapnya dengan hanya merujuk kepada laporan akhbar tersebut, lapor Bernama.
Nathan juga mengaku telah membuat aduan polis pada 27 Ogos selepas membaca laporan akhbar tersebut di mana dakwaan itu hanya berdasarkan pada sangkaan dan andaian.
"Saya minta maaf dan tidak mahu pihak polis mengambil tindakan," beliau dipetik sebagai berkata di hadapan Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajuddin di Mahkamah Sesyen di Butterworth hari ini.
Nathan mengaku telah membuat fitnah itu selepas diberikan dua laporan iaitu keratan akhbar berkenaan dan teks ceramah Mat Sabu yang tidak mengandungi perkataan komunis.
Mat Sabu, 57, didakwa membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka di Bukit Kepong dalam satu ceramah di Tasek Gelugor Ogos tahun lepas.
Mahkamah menetapkan 13, 16 dan 17 Julai untuk sambungan perbicaraan.
Sementara itu, dalam laporan Harakahdaily pula, Visva menjawab 'ya saya bersetuju' apabila disoalbalas oleh peguam bahawa bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi beliau (Visva) yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polisnya.
Berikut adalah petikan soal balas peguam Mat Sabu - Mohamed Hanipa Maidin - seperti diterbitkan di akhbar web PAS Harakahdaily:
Soalan: Kamu setuju kamu sendiri tak dengar ceramah Mat Sabu?
Jawapan: Ya, setuju.
Kamu setuju apabila kamu tak dengar apa yang Mat Sabu kata, kamu sebenarnya tak tahu apa yang Mat Sabu kata?
Ya. Setuju.
Cuba kamu lihat laporan laporan akhbar Utusan dan petikan ucapan Mat Sabu, setuju tak apa yang ditulis oleh Utusan adalah tidak sama dengan apa yang Mat Sabu kata?
Ya, setuju.
Mat Sabu tak ada kata perkataan komunis langsung dalam ucapan beliau tapi Utusan ada kata, betul tak?
Betul.
Kamu setuju atau tidak apa yang kamu tulis dalam laporan polis kamu yang katakan Mat Sabu menfitnah polis dan menyokong komunis adalah tidak betul?
Ya, setuju.
Jadi laporan polis kamu tidak betul dan saya katakan bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi kamu yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polis kamu?
Ya, saya setuju. Saya mahu minta apology (maaf) kepada beliau (sambil tunjukkan tangan minta maaf pada Mat Sabu yang ada di kandang orang kena tuduh).
Dalam laporan polis kamu ada sebut minta polis ambil tindakan undang-undang Mat Sabu, kamu masih mahu stick kepada apa yang kamu katakan?
Tidak, saya mahu minta maaf pada Mat Sabu dan he is now my brother. Saya mahu Mat Sabu dibebaskan.
Kamu kata Mat Sabu derhaka pada Yang Dipertuan Agong, saya ingin tanya pada kamu macam mana kamu boleh kata dia derhaka kepada Agong, sedangkan pada masa peristiwa Bukit Kepong Malaysia belum wujud dan Yang Di Pertuan Agong pun belum ada. Macam mana Mat Sabu boleh derhaka pada benda yang belum ada?
Saya tidak boleh jawab soalan itu.
Jadi kamu setuju kamu tidak cakap benda betul dalam laporan polis kamu?
Setuju.
Harakahdaily juga melaporkan saksi mengakui tidak tahu di mana Bukit Kepong dan apabila ditanya oleh Hanipa beliau menyatakan Bukit Kepong terletak di Selangor dan Hanipa lantas menyampuk: "Itu Kepong bukan Bukit Kepong!"
Saksi tersebut yang mengidap diabetik beberapa kali terpaksa berhenti memberi keterangan kerana dikhuatiri akan pengsan kerana berdiri terlalu lama, lapor lidah rasmi PAS itu lagi.
Selepas selesai memberikan keterangan saksi tersebut juga dilapor berjalan menuju ke kandang Mat Sabu dan terus bersalam dengan beliau dan meminta maaf sekali lagi. -mk
Tuesday, June 12, 2012
Bukit Kepong: Perbicaraan Bermula, Mat Sabu Dah Menang Dulu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Di Kelantan tahun2 90an dulu kan Anwar MusaNG dah tabal raja Kelantan yg baru iaitu YM Tengku Ibrahim ( sepupu sultan ke) di bawah pohon di suatu tempat bernama KETEREH ( Parlimen Anwar Musa ). Laungan Daulat Tuanku..Daulat Tuanku bergema. Mana UMNO/NGO/polis ke nak tangkap 'petualang' tu ? Patut UMNO kalah di Kelantan dan susah nak bangkit sebab bodoh dlm berpolitik.
ReplyDeleteOh orang itu buat laporan polis berdasarkan laporan UTUSAN MELOYA itu? Utusan! Utusan! Saya tertanya-tanya tak takut dosakah staf utusan meloya itu siar berita palsu setiap hari!
ReplyDeleteJgn silap yop..staf utusan (mungkin ) tak salah. Benda nih hanya Ketua Pengarang jer.. Pernah dengar nama Kadir Jasin ? dan beberapa org lagi yg terbaru kean 'tendang' keluar dr Utusan ke atau akhbat perdana milik UMNO. Mereka ni Ketua Pengarang akhbar trbabit tapi apabila dirasakna tiada untongnya lagi bg BN, mereka ditendang keluar. walau bagaimana, tidak dpt dinafikan ada wrtawan spt syaithan. Kerja hanya nak sebar fitnah.
ReplyDeleteNampaknya pihak media perlu bersikap berkecuali dan melaporkan keadaan yang sebenarnya.
ReplyDeleteJangan2 sudah dibayar oleh Mat Sabu, siapa tahu kannn...
ReplyDeleteJangan sampai kesalahan sendiri orang lain yang tanggung bila sudah difitnah. Tuhan maha adil!
ReplyDeleteJarang ada yang memfitnah akan mengakui kesalahannya dengan mudah.
ReplyDeleteMedia perlu ikut etika bila mengeluarkan satu2 artikel.
ReplyDeleteMenfitnah itu dosa besar.
ReplyDeleteHarap kenyataan ini akan membantu menjelaskan isu sebenar kepada para pemerhati.
ReplyDeleteKebenaran pasti akan didedahkan akhirnya, yang penting kita sabar menunggu.
ReplyDeleteKita terima apa pun keputusan yang dibuat oleh Mahkamah.
ReplyDeleteHarap perbicaraan ini dapat mencatatkan sejarah yang tidak akan dilupakan.
ReplyDeletesemuanya dapat diselesaikan jika ada perbincangan terdahulu.
ReplyDeleteharap semuanya berjalan dengan lancar.
ReplyDeleteapa2 keputusan kena diterima.
ReplyDeletekalau baca dari petikan di atas, sudah ada bukti bahawa utusan melaporkan perkara yang tidak benar.. so kenapa Mat Sabu atau pemimpin2 Pakatan yang lain tidak saman Utusan?
ReplyDelete