Tuesday, June 12, 2012

Bapa kafir: Rahim Noor, NST disaman RM10 juta



Gara-gara mengeluarkan kenyataan menuduh Menteri Besar Kelantan sebagai bapa kafir, kini bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor berdepan dengan tuntutan saman sebanyak RM10 juta.

Saman tersebut difailkan melalui Tetuan Hisham Fauzi & Associates pada 31 Mei lalu di Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Dan sebutannya akan diadakan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu 15 Julai depan.

Saman tersebut difailkan Nik Aziz melalui Tetuan Hisham Fauzi & Associates pada 31 Mei lalu dan akan diserahkan kepada semua defendan terbabit dalam masa terdekat ini.

Selain Rahim, enam lagi defendan yang dinamakan ialah NST, ketua editornya, Abdul Jalil Hamid dan wartawannya iaitu Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean, Nik Amran Abdullah dan pengarang NST Syed Nadzri Syed Harun.

Saman itu dibuat ekoran kegagalan kedua dua pihak memohon maaf dan menarik balik tuduhan terhadapnya sebagai “bapa kafir” dalam tempoh yang diberikan.

"Defendan-defendan secara bersama/berasingan telah bertanggungjawab menulis dan menyebabkan tersiarnya sebuah artikel di muka surat 6 di dalam akhbar New Straits Times, yang bertajuk 'NIK AZIZ IS FATHER OF KAFIR’ yang diterbitkan pada hari Selasa 08 Mei 2012, yang mana artikel tersebut secara jelas menyebut secara langsung berita yang tidak benar dan tidak berasas yang dikaitkan dengan Plaintif," tulis writ saman tersebut.

Rahim dalam kenyataannya melalui akhbar New Straits Times pada 8 Mei lalu menyebut “Nik Aziz is father of kafir”.

Ekoran itu Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan memberi tempoh 24 jam kepada Rahim bagi menarik balik kenyataannya dan memohon maaf secara terbuka.

Bagaimanapun bekas ketua polis yang kontroversi itu gagal menarik balik kenyataan tersebut. Keengganan Rahim menyebabkan pelbagai pihak tampil membuat laporan polis dan demontrasi membantah kenyataannya.

Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat akan diwakili pasukan peguam diketuai Hanipa Maidin dengan dibantu Hisham Fauzi, Aminudin Zulkepli, Hatman Abdullah, Abdul Rasyid Yah dan Hilmi Abdullah.

Saman juga dikemukakan terhadap enam lagi pihak iaitu tiga wartawan NST yang terbabit menulis berita berkenaan, Pengarang Urusan Kumpulan NST, penyunting kumpulan NST dan syarikat NST.

Menteri Besar dalam pernyataan tuntutan mahu defendan-defendan menarik balik berita fitnah yang disiarkan NST pada 8 Mei lalu.

Selain itu permohonan maaf secara terbuka kepada plaintif dengan mengiklankan permohonan maaf tersebut semuka penuh dalam akhbar Utusan Malaysia atau Berita Harian.

Turut dituntut ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan ganti rugi punitif.

Injunksi juga dikemukakan bagi menghalang defendan-defendan memberi komen, mengulangi atau menyebabkan penerbitan kenyataan-kenyataan yang berunsur fitnah terhadap plaintif.

Dalam afidavitnya Menteri Besar berkata, tulisan tersebut bermaksud menuduh dan memfitnahnya sebagai “bapa kafir” menggunakan agama untuk mengelirukan umat Islam.

Tulisan tersebut juga disifatkan memberikan gambaran yang buruk terhadap plaintif.

-HD

18 comments:
Write comments
  1. Sebelum menghina orang lebih baik cermin diri dulu dan tanya diri sendiri dulu mahukah anda dihina dan dicaci, Kalau anda tidak mahu jangan hina dan caci orang lain.

    ReplyDelete
  2. saya bercakap sebagai suara Orang Ditengah iaitu ,bukankah nik aziz kerjanya mengajar org akan ilmu agama. Sama spt ust kazim elias yg kesna ksini memberi kuliah agama. adakah org mengajar agama digelar Bapa kafir ? eh eh eh umno nih.

    ReplyDelete
  3. betul kata Tun M, " Yg dungu masuk UMNO dan yg cerdikpandai masuk PAS".Yg gaji berbelas ribu atau pencen RM4,000 masuk parti Islam yg kais pagi makan pagi kais ptg makan ptg kerjanya pencacai UMngok. Betul3..

    ReplyDelete
  4. K-POP dalam PR macam mana tu??

    ReplyDelete
  5. Penyelewengan air di Kelantan sudah settle, apa cerita sudah tu...

    ReplyDelete
  6. tk baik menuduh sesama Islam kafir.

    ReplyDelete
  7. Cakap jangan sembarang. kalau cakap orang kafir mungkin tanpa disedari diri sendiri lebih kafir dari orang yang dituju.

    ReplyDelete
  8. 'Kerana mulut badan binasa.'Jadi, hati2 bila berkata2.

    ReplyDelete
  9. Perkataan kafir itu sangat kasar.

    ReplyDelete
  10. Yang menuduh tu cermin diri elok2. Jangan2 diri sendiri munafik.

    ReplyDelete
  11. Diharapkan kejadian Rahim Noor disaman RM10 Juta ini akan dijadikan satu amaran kepada sesiapa saja untuk berhati-hati bila mengeluarkan kenyataan seperti di atas.

    ReplyDelete
  12. Walaupun kita ada kebebasan bersuara, tapi janganlah melampaui batas pula.

    ReplyDelete
  13. srjak bila UMNgOk beri 'tauliah' kpd rahim noor utk berdakwah? ini ajaran ISLAM???

    ReplyDelete
  14. Kita tunggu apa cerita seterusnya mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  15. Itulah lain kali jangan menuduh tanpa ada usul periksa.

    ReplyDelete
  16. Jangan kerna mulut badan yang binasa, fikirkan dulu sebelum bercakap.

    ReplyDelete
  17. Senang2 dapat duit yang begitu banyak, hanya kerana fitnah yang dilakukan.

    ReplyDelete
  18. presiden PAS Hadi hina penduduk asli di Sarawak konon masih pakai cawat, tinggal atas pokok dan sebagainya,, tidak ada pula kena saman.. kalau pemimpin2 PAS yang menghina, halal ka??

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.