GEORGETOWN: Bapa pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berjaya diselamatkan daripada cubaan untuk terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 2, menghala tanah besar di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4 pagi itu, Lee Ah Chai, 61, pada mulanya dilihat menangis di tepi laut berhampiran pusat beli-belah Queensbay Mall, Bayan Lepas.
Orang awam yang melihat kejadian itu memaklumkan kepada polis sebelum anggota peronda bergegas ke lokasi berkenaan untuk memujuknya pulang ke rumah di Taman Serumpun, Butterworth.
Menurut sumber, selepas hampir tiga jam dipujuk, Ah Chai memberitahu dia mahu pulang ke rumah dan polis mengiringi kereta dipandu lelaki itu untuk memastikan keselamatannya terjamin. -hm
Tuesday, June 12, 2012
Bapa Lee Chong Wei Cuba Bunuh Diri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apa pasal mahu bunuh diri???
ReplyDeleteKalau ada masalah berbincanglah dengan keluarga. Bunuh diri bukan tindakan yang betul.
ReplyDeletebunuh diri bukan cara nak selesaikan masalah, ingatlah orang lain yang sayangkan anda.
ReplyDeleteJangan hilangan kewarasan. nyawa tu sangat berharga.
ReplyDeleteTambah sakit la Lee Cong Wei kalau begini. alamatnya nanti tidak dapat sertai sukan Olimpik.
ReplyDeleteBapa Chong Wei mungkin ada sakit.
ReplyDeleteSyukurlah tiada kejadian yang tidak diigini berlaku.
ReplyDeleteDatuk Lee Chong Wei sudah menafikan bahawa ayahnya cuba bunuh diri, ayahnya juga kata beliau cuma hendak ambil angin di Jambatan Pulau Pinang sahaja.
ReplyDeleteBaik kita jangan buat macam-macam spekulasi dan biarlah mereka yang menyelesaikan masalah rumah tangga mereka sendiri.
ReplyDeleteKita tidak tahu akan cerita sebenar mengenai perkara ini.
ReplyDeleteSemua orang mempunyai masalah tapi janganlah sampai membunuh diri.
ReplyDeleteOrang seperti ini harus dimonitor kerana jika sudah pernah ada percubaan untuk membunuh diri pasti di masa akan datang juga akan cuba untuk melakukan benda yang sama.
ReplyDeleteTapi apa yang terlintas difikiran saya adalah kenapa ada percubaan untuk membunuh diri sedangkan hidup mereka sudah cukup sempurna.
ReplyDeleteini penafian yang dibuat oleh bapa Lee Chong Wei..
ReplyDelete"Ketika itu, saya dalam perjalanan dari pantai Queensbay dan mahu pulang ke rumah. Ketika melalui jambatan Pulau Pinang saya berasa tidak selesa dan memberhentikan kenderaan di tepi jalan untuk mengambil angin dan menenangkan fikiran"