Saturday, June 2, 2012

K-pop, artis dan Pilihan Raya Umum ke-13

Budaya popular semakin menjadi ciri penting kempen politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, sehingga semakin mengambil bahagian yang besar dalam wacana politik popular negara.

Kempen Barisan Nasional melalui perhimpunan belia di Putrajaya minggu lalu menerima reaksi negatif, termasuk daripada mufti Perak ekoran kemunculan artis pop Korea yang berpakaian tidak sopan.

Sekitar masa yang sama, pemerintah juga menerima artis popular Amy Search atau Suhaimi Abdul Rahman menyertai Umno, perkembangan yang mencetuskan kejutan ekoran publisiti meluas sebelum ini melibatkan hubungan Amy dengan PAS.

Pada masa sama, kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak ketinggalan dalam kempen menarik undi belia, dengan program utama untuk tujuan ini, festival Rock the Youth.

Festival ini menampakkan ciri politiknya dengan jelas, antaranya melalui kemunculan A Samad Said, seniman dan kini lebih dikenali sebagai aktivis Bersih 3.0 dan penyokong kuat PR.

Dengan tema "celebrating and empowering," kempen Rock the Youth ini menjadi medan untuk PR terutama di Selangor berusaha memenangi hati pengundi muda, tanpa terlalu menampakkan penglibatan ahli politik atau kerajaan negeri.

Sentimen yang digabung dan diraikan dalam festival itu memperlihatkan dengan jelas kecenderungan politiknya, yang paling jelas dapat dilihat melalui liputan oleh media kerajaan negeri.

Elemen rock dan budaya popular biasanya seiring dengan sentimen anti-establishment atau antirejim, yang dapat diperhatikan melalui festival Rock the Youth oleh kerajaan Selangor.

Kempen Rock the Youth oleh kerajaan Selangor ini mempunyai beberapa persamaan dengan kempen kesedaran politik Rock the Vote di Amerika Syarikat, yang dijalankan dengan imej budaya pop berciri MTV ditujukan kepada belia.

Elemen budaya popular dan kecenderungan liberal kempen berciri MTV itu (termasuk penglibatan artis yang sebahagian besarnya menyokong Demokrat) secara langsung memberi manfaat kepada Parti Demokratik berbanding Parti Republikan, walaupun Rock the Vote tidak memperlihatkan atau menyatakan pilihan parti dengan jelas.

Malah, salah satu peristiwa yang disebut sebagai satu kejayaan kempen Rock the Vote ialah tindakan Presiden Bill Clinton menandatangani Akta Pendaftaran Pengundi Nasional pada 1993.

Kerajaan PR Selangor dapat memanfaatkan semangat yang diraikan dan dibina melalui program itu, pada masa sama memperlihatkan sikap mesra dengan generasi muda dan hiburan.

Hal ini penting dalam kempen politik melalui budaya popular yang semakin meningkat pada masa ini, dengan perdana menteri turut sama menonjolkan diri dalam acara-acara melibatkan golongan muda.

http://siasahdaily.blogspot.com

10 comments:
Write comments
  1. masa dia kcil dulu tidak dapat menonton tarian gadis seksi tu lah air liur melilih...!

    ReplyDelete
  2. aktiviti yang hanya merugikan belia dan rakyat, apa yang mereka dapat menonton tarian hip hop gadis-gadis seksi dari korea ni, tiada faedah pun, menteri KBS ko harus bertanggung jawab segalanya. Jawab pertanyaan wartawan dengan berhemah bukannya berdolak-dalih oi......!

    ReplyDelete
  3. Ada Menteri Amah, Menteri Lembu, Menteri Kapal Selam, Menteri PATI, Menteri Kangkong. Terbaru Menteri K-Pop...

    ReplyDelete
  4. INILAH DIA JENIS PEMIMPIN YANG BERSENGKOKOL DENGAN KUMPULAN YANG TIDAK ADA AKIDAH DAN APA YANG DI KATAKAN MATLAMAT MENGHALALKAN CARA, ASALKAN DAPAT SOKONGAN SANGGUP BUAT APA SAJA, JANJI UNTUNG@SOKONGAN RAKYAT REMAJA, UMNO TIDAK TIDAK LIHAT DAMAGE YANG DIA ORANG BUAT UNTUK GENERASI MUDA AKAN DATANG, UMNO MENGIKUT TULUNJUK PENASIHAT APCO@YAHUDI..SELAGI UMNO PERINTAH NMEGARA AKAN HANCUR....DAN BINASA.

    ReplyDelete
  5. org berhimpun utk bantah pemurtadan org islam dia tak suruh.org betul2 berjuang demi islam dia pecat.org seakidah dgnnya cuma berlainan parti dia tuduh kafir.masuk syurga neraka mereka boleh tentukan...itulah parti ajaran sesat.bayangkan klu parti ini yg memeritah habis kita disesatkannya.fikir2kan...

    ReplyDelete
  6. saya ingin maklumkan bahwa perkara pokok dlm penganjuran Hari Himpunan I juta belia di PUTRAJAYA malah tak kira apa himpunan/acara..pihak yg anjur program yg kaut keuntungan/komisyen dgn cara sah dari segi peraturan..contoh mudah, kalu sewa khemah RM 10,000 takkan tak bole kotem jadi RM100,000. Tak pelik le kalu mcm2 program dianjur di situ tanpa memikir keadaan ekonomi semasa. Banyak budget pd setiap jabatan kjaan kena berhemah ( jgn sebut kena potong ) gara2 PEMBAZIRAN oleh jabatan/kementerian lain atas izin PM. Secara waras seorg ISLAM, tak perlu pd mufti utk keluar fatwa HARAM nye konsert itu..kita sendiri boleh nilai halal haram..tapi kena ingat SATU FAKTA..UMNO suka rakyat lalai dgn hiburan dan rosak agarsenang mereka kaut harta negara sebanyak mungkin..

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. utk benteras murtad bukan susah dan tak perlu brhimpun kalau kjaan BN serious. Apa kja mufti ? nasihat lah pd PM atau sultan ...kalau berani malah bukan mufti aje tak berani...sultan pun tak der kuasa. Lambang shj ketua agama. Berapa ramai yg sultan arah mengadap mereka yg murtad ini..tak berani punya. Tak perlu la pencacai umno kaitkan PKR ke PAS ke dlm hal ini. Betul ia brlaku di Selangor..tpi harus lihat fakta..siapa yg perintah di FEDERAL?

    ReplyDelete
  9. "Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebelum ini turut menyatakan bahawa kos yang ditanggung penganjur, Stadium First Sdn Bhd untuk membawa kumpulan tersebut Dal Shabet, Teen Pop dan U-Kiss itu akan ditanggung penaja." statement bodoh daripada menteri...memang bagus ada penaja begini..mengalahkan Jabatan Kebajikan..company taja konsert tak harapkan apa apa keuntungan...Terbaeeekkkk...

    ReplyDelete
  10. Kan dah jadi tradisi BN & UMNO kera dihutan disusukan anak kat rumah mati kelaparan dan memesongkan akidah anak muda adalah agenda BN & UMNO, jadi adakah mereka ini harus dijadikan pemimpin??????? UMNO & BN Maksiat diutamakan akidah tak dihiraukan......

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.