Saturday, June 2, 2012

Isu Scorpene : Beranikah SPRM Siasat PM?

PKR membuat laporan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan dakwaan kaitannya dalam skandal kapal selam Scorpene, dan mencabar panel penilai suruhanjaya itu mengambil tindakan.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan di ibu pejabat SPRM Selangor di Shah Alam semalam, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin mencabar ketua panel penilai operasi, Hadenan Abd Jalil untuk mengisytiharkan sama ada suruhanjaya itu akan menyiasat Najib.

"Kami baru sahaja membekalkan mereka bukti, sekarang kami berikan masa seminggu untuk mereka nyatakan sama ada akan menyiasat perkara itu (atau tidak)," katanya.

Bukti berkenaan menurutnya, termasuk komisyen AS$1 bilion yang didakwa diminta Najib sewaktu menjadi menteri pertahanan dan 36 juta euro lagi yang dibayar kepada syarikat milik bapa sahabat baik Najib, Abdul Razak Baginda.

Semua bukti itu berdasarkan pendedahan terbaru dalam kes mahkamah yang dimulakan NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) terhadap pembina kapal Perancis, DCNS

-MK

8 comments:
Write comments
  1. SPRM nak siasat??? Aku tak berapa caya.. yg jelas Pengerusi SPRM akan keluar statement proses siasatan sedang berjalan.. dan jalan.. jalan...sampai kapalselam yg dibeli rosak...SPRM akan siasat kenapa rosak pulak...Najib???? selagi UMNO berkuasa..SPRM akan berusaha bermatian utk melindungi dia..

    ReplyDelete
  2. hahaha.... buat habiskan beras saja cabar SPRM ni... mmg patut pun kerja depa, tapi dah tak mau buat... lagipun umno punya hukum cukup dgn sumpah laknat mengaku tak bersalah...dah boleh kira tak salah dah lah....

    ReplyDelete
  3. siasat lh,apa masalahnya sprm x bleh siasat pm..klo x,baik bubarkn jer sprm..jwtn pm bkn besar mana pn,hosni mubarak pn bleh jatuh..ni kn plak pm msia,kacang arr bro...

    ReplyDelete
  4. Kalau SPRM diam membisu, eloklah kita berhimpun ramai2 di hadapan ibu pejabt SPRM dan tuntut mereka siasat Najib. Apa kata Perkasa dan org2 Umno dalam kes ini?

    ReplyDelete
  5. tak payah Najib..Shahrizat jalil pun SPRM kecut. Alih2 Rafizi dan Zuraida pulak yg mau di siasat..pelik undang2 malaysia kan ? Azmin Ali pun zaman BPR lgtutop fail..SPRM pulak nak bukak kes ntah brapa lama dah. Fening kepale nak mikir putar alam UMNO/BN skrang.

    ReplyDelete
  6. SPRM sudah kena lama buang BIJI laaaa...

    ReplyDelete
  7. setuju dgn PIRIT di atas laaa..

    ReplyDelete
  8. SPRM tak payah siasat cukup untuk Najib sumpah laknat untuk SPRM tutp kes.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.