Saturday, June 2, 2012

Berjayakah Misi PAS Tawan Putrajaya?

Seolah-olah seperti mahu menandingi kehadiran besar di majlis ulangtahun ke-66 Umno di Bukit Jalil Stadium baru-baru ini, PAS berjaya menarik lebih 50,000 penyokongnya yang membanjiri perhimpunan parti itu malam tadi yang dikenali sebagai 'Himpunan Hijau ke Putrajaya'.

Semangat di kalangan hadirin begitu tinggi sekali seolah-olah Pakatan Rakyat baru sahaja memenangi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka dipanggil pada bulan Jun atau tahun depan.

Gema laungan 'Takbir' berkemundang ke udara ketika para penyokong masuk membanjiri padang perhimpunan tersebut, manakala yang lainnya berpusu-pusu di luar Stadium yang hanya mampu menampung sehingga 35,000 orang.

Bermula dari jam 9 malam, Stadium Darul Aman dibanjiri lautan hijau apabila sebahagian besar hadirin memakai kemeja-T, Baju Melayu atau baju kurung warna tersebut sebagai tanda sokongan kepada perjuangan kumpulan alam sekitar, Himpunan Hijau.

Mereka mengibarkan bendera parti tanpa henti-henti, melaung dan bertepuk gemuruh setiap kali penceramah membuat kenyataan yang menarik.

Antara penceramahnya ialah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Mohamed Sabu, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar, dan Pesuruhjaya PAS Negeri yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

PAS ikrar komitmen ke Putrajaya

Kemuncak acara tersebut ialah kemasukan beberapa personaliti terkemuka menyertai PAS - dua orang selebriti, enam pemain bola sepak, termasuk beberapa pemain kebangsaan, dan seorang profesor - Nik Mohd Zain Nik Yusuf.

Artis wanita, Wan Aishah Wan Ariffin, menitiskan air mata ketika menyampaikan ucapan penuh emosi apabila memberitahu hadirin bahawa dia baru sahaja menyertai parti Islam itu.

"Tetapi jangan lupakan kami apabila tiba di Putrajaya," katanya.

Tetapi kemuncak pada malam tadi mestilah kemunculan Pengerusi Bersama BERSIH dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said di majlis itu, di mana hadirin begitu teruja dengan deklamasi puisi untuk pemuda yang menurutnya akan akan memimpin jalan ke Putrajaya.

Ia diikuti dengan ikrar oleh ahli PAS untuk terus kukuh dan teguh dalam perjuangan mereka. Ikrar tersebut dibacakan oleh Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali.

'PAS tidak sendirian ke Putrajaya'

Sementara itu, kehadirin pada malam tadi adalah dua kali ganda daripada sebelah pagi dan petang tadi apabila PAS mengadakan sesi berasingan dengan penyokongnya - pada waktu pagi di ibupejabat parti itu di Kota Sarang Semut, dan pada waktu petang di stadium yang sama dengan Pemuda PAS.

Ribuan anggota Pemuda hadir pada kira-kira jam 4 petang walaupun dalam keadaan menempuh hujan lebat dan ribut petir untuk mendengar ucapan pemimpin mereka termasuk Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasharuddin Tantawi.

Apabila masuk waktu Asar, orang ramai bersolat di atas padang walaupun hujan.

Kemudian parti itu melancarkan maskot - animasi dua watak yang bernama 'Hadi dan Huda'- sebagai simbol Muslim yang baik.

Mengenai tema perhimpunan itu - Himpunan Hijau ke Putrajaya - Mahfuz selaku ketua jawatankuasa penganjurnya, memberitahu sidang akhbar di akhir acara itu bahawa ia tidak bermakna PAS menuju ke pusat pentadbiran negara itu secara sendirian.

Menurutnya, rakan-rakan gabungan perlu bekerjasama dan PAS akan menyumbang dalam apa cara yang boleh untuk mencapai matlamat bersama itu. -mk














3 comments:
Write comments
  1. sebenarnya brmula tahun 2004 atau paling lewat 2008 lagi, Pakatan Rakyat telah dpt menguasai Putrajaya..jika tidak ada talian hayat BN melalui JPN dan SPR. JPN telah berjaya mengeluarkan beribu-ribu IC palsu kpd rakyat asing ( contoh nyata di TGanu..ada warga Nyammar dah brkampung hasil IC palsu itu ) dan SPR pula daftarkan mereka utk mengundi dan pengundi hantu..itu fakta jelas. Sebab tu TGanu jatuh waktu itu. Masa saya di Penang ( DUN & Parlimen Bayan Lepas ) dlm kem 4 Rej Askar Melayu, Kem Sg Ara..seorg kopral saja diarah mengundi bg beratus2 askar melayu..bayangkan kalu satu kotak besar undi free utk BN. tapi sebab DAP diwakili YB Ahmad Nor sgt kuat pengaruh di situ, BN gagal juga. Jadi bagi saya misi ke Putrajaya bukan omong kosong kalu tiada penipuan oleh BN dan kerja kuat Pakatan rakyat.

    ReplyDelete
  2. jangan mimpi la pas p putra jaya.kerusi baru brapa biji saja dah berangan2 mau p putra jaya.itupun minta duit dan kasian dgn dap.sangup buang segala prinsip perjuangan yg penting dpt undi.lawak betui laa.

    ReplyDelete
  3. yg sebenarnya pencacai umno tak pandai bhujah..sebab tu umno dpt hidup sampai skrang walau dg menipu rakyat skali pun. untong umno ada melayu bodoh

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.