Wednesday, April 17, 2013

PKR Sabah : Ansari Tersingkir, Perpecahan Berlaku?

NONEPengumuman calon-calon PKR Sabah hari ini menyaksikan hanya satu daripada tujuh calon yang diumumkan oleh bekas pengerusi PKR Sabah, Ansari Abdullah dua minggu lalu, kekal dalam senarai akhir.

NONENama Ansari sendiri pun tidak termasuk dalam senarai akhir itu yang dipersetujui Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jonathan Yasin yang diumumkan bertanding di parlimen Ranau oleh Ansari (kiri) termasuk dalam senarai 19 calon PKR bagi kerusi parlimen di Sabah.

Senarai itu dan nama 43 calon PKR bagi kerusi dewan undangan negeri Sabah diumumkan pengerusi negeri, Ahmad Thamrin Jaini di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya petang tadi.

Thamrin sewaktu ditanya tentang kemungkinan tindak balas daripada mereka yang tidak terpilih berkata, perkara itu adalah 'sesuatu yang boleh diuruskan".

PKR akan dibantu Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang dipimpin Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) yang dipimpin Datuk Seri Lajim Ukin.

APS akan bertanding di lima kerusi parlimen dan 12 kerusi dewan undangan negeri (DUN) di atas tiket PKR manakala PPPS pula akan bertanding di empat kerusi parlimen dan 11 kerusi DUN juga atas tiket PKR.

Lajim akan mempertahankan kerusi parlimen Beaufort dan turut mengintai kerusi DUN Klias dan Wilfred pula akan mempertahankan kerusi Tuaran dan turut bertanding di kerusi Tamparuli.

Peminggiran Ansari yang merupakan calon PKR dalam pilihan raya kecil Batu Sapi menimbulkan persoalan baru dalam kempen PKR di Sabah.

Ansari dilihat sesetengah pihak sebagai pilihan akar umbi dan pada masa yang sama, PKR kini cuba menguji kekuatan barunya yang dijalin hasil kerjasama dengan dua MP yang dahulunya merupakan anggota BN.

Sejauh mana strategi itu berkesan akan hanya diketahui apabila jentera parti mula berkempen secara rasmi selepas proses penamaan calon pada 20 April ini. -MK

64 comments:
Write comments
  1. Knp wilfred mesti tanding 2 kerusi? tamaha juga. Sudah la recycle. Patut masuk dlm recycle bin jak. Dulu parlimen jgn dilupa dia tu tanding atas tiket BN. Skrg guna tiket PAKATAN. Ansari org lama yg sgt dihormati di daerah Tuaran ni pula tersingkir. Kuat kerja lagi keluar masuk kampung utk naikkan nama PKR. tak adil, tak adil...at least kasi la DUN sama Ansari.

    ReplyDelete
  2. PKR akan bertanding di sebahagian besar kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan parlimen di negeri kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Sabah, memberikan gambaran pertarungan tiga penjuru yang bakal berlaku di negeri Malaysia Timur itu.

    ReplyDelete
  3. Ketua PKR Sabah Ahmad Tamrin mengatakan hari ini parti tersebut, bersama-sama dengan sekutu mereka APS dan PPS mensasarkan untuk menjadikan "negeri di bawah bayu" itu sebagai negeri utama yang menyumbangkan kerusi parlimen diperlukan untuk membentuk kerajaan pusat Pakatan Rakyat (PR) selepas hari mengundi pada 5 Mei.

    ReplyDelete
  4. "Rakyat Sabah melihat kepada gambaran lebih besar: untuk menawan Putrajaya. Kami tidak mahu menukar kerajaan, kami pernah menukar kerajaan negeri sebelum ini.

    ReplyDelete
  5. "Rakyat Sabah mampu untuk menukar kerajaan. Rakyat Sabah kini ingin menjadi negeri utama yang memberikan sebanyak mungkin kerusi," kata Tamrin dalam sidang akhbar di ibupejabat parti di sini.

    ReplyDelete
  6. Jumlah keseluruhannya, PKR-PPS-APS akan bertanding masing-masing di 19 daripada 25 kerusi parlimen dan 43 daripada 60 kerusi DUN.

    ReplyDelete
  7. Seperti dijangka, Lajim dan Bumburing akan mempertahankan kerusi parlimen Beaufort dan Tuaran dan pada masa sama bertanding di kerusi DUN Klias dan Tamparuli. Tamrin akan bertanding di kerusi DUN Gum-Gum.Langkah tersebut akan menggusarkan parti tempatan SAPP dan STAR yang telah bersetuju untuk bekerjasama dengan blok pembangkang berpengkalan di semenanjung itu akan tetapi menemui kegagalan dalam perundingan kerusi.

    ReplyDelete
  8. Presiden SAPP yang merupakan bekas ketua menteri Sabah Datuk Yong Teck Lee, bertegas parti tempatan seharusnya diberikan agihan kerusi besar bagi DUN dan PR boleh bertanding di kebanyakkan kerusi parlimen. Gabungan pembangkang PR walau bagaimanapun merasakan pengaruh SAPP tidak begitu besar jika dilihat daripada prestasi parti tersebut dalam pilihan raya umum lalu dan tidak dapat memenuhi permintaan mereka.

    ReplyDelete
  9. "Saya tidak berada dalam posisi untuk bercakap bagi pihak mereka akan tetapi terdapat kemungkinan," katanya. SAPP yang meninggalkan Barisan Nasional (BN) pada September 2008 pada ketika ini mempunyai dua ahli parlimen - Datuk Eric Enchin Majimbun di Sepanggar dan Datuk Chua Soon Bui di Tawau - termasuk dua orang ADUN dalam kerusi parlimen Kota Kinabalu, Datuk Liew Teck Chan di Likas dan Melanie Chia di Luyang.

    ReplyDelete
  10. SAPP yang meninggalkan Barisan Nasional (BN) pada September 2008 pada ketika ini mempunyai dua ahli parlimen - Datuk Eric Enchin Majimbun di Sepanggar dan Datuk Chua Soon Bui di Tawau - termasuk dua orang ADUN dalam kerusi parlimen Kota Kinabalu, Datuk Liew Teck Chan di Likas dan Melanie Chia di Luyang. Gabungan pemerintah menang besar di Sabah pada Pilihan Raya 2008 dengan DAP hanya menang di kerusi parlimen Kota Kinabalu dan kerusi DUN Sri Tanjong.

    ReplyDelete
  11. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan beliau yakin akan mempertahankan hampir kesemua kerusi yang PR menangi pada 2008 dan berharap untuk mendapatkan beberapa kerusi di Sabah dan Sarawak untuk memenangi kuasa di peringkat pusat. Ketua Umum PKR itu mendakwa PR mampu menang 125 kerusi parlimen dalam Pilihan Raya 2013 yang dikatakan paling sengit dalam sejarah.

    ReplyDelete
  12. Tamaha betul welfred Bumburing ni..kasihlah ansari Abdullah calon sana tamparuli..PR makin kuat

    ReplyDelete
  13. Ansari telah berapa kali masuk bertanding baik DUN mahupun Parlimen sejak zaman BERJAYA lagi, namun tidak pernah menang.

    ReplyDelete
  14. PKR Sabah hari ini menyenaraikan calon-calon bagi mengisi 19 kerusi parlimen dan 43 kerusi DUN pada pilihan raya umum awal bulan depan.

    ReplyDelete
  15. Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Pimpinan PKR negeri, Ahmad Thamrin Jaini, Datuk Seri Wilfred Bumburing, dan Datuk Seri Lajim Ukin di Ibu Pejabat PKR di sini.

    ReplyDelete
  16. umaat minggu lalu Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim membatalkan pengumuman calon PKR Sabah ekoran konflik yang gagal diselesaikan mengenai pembahagian kerusi.

    Beliau pernah menyatakan perasaan sangsi terhadap komitmen pemimpin-pemimpin Sabah.

    ReplyDelete
  17. Sebelum itu, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menolak senarai calon yang dikemukakan oleh Ketua Cabang PKR Tuaran Ansari Abdullah,menyifatkan ia sebagai “cadangan semata-mata”.

    Ansari telah mengumumkan beliau akan bertanding di kerusi parlimen Tuaran, selain mengumumkan calon bagi enam kerusi parlimen lagi.

    ReplyDelete
  18. Heran bin ajaib bila pengumuman dibuat tanpa kehadiran DSAI. Mcm kami di Sabah ni dianaktirikan jak. Tiba-tiba c Tamrin jak yg mengumum bersama APS dan PPS. Dah lah nama calun DUN Sulaman pun tidak lengkap. Bodoh bin bangang. Mukhtar kunun. Mukhtar dari gua mana? Tak pernah ikut aktiviti, tak pernah buat kerja, tiba-tiba senang2 c Tamrin umum. Utk kepentingan dia kah?
    KAMI MAHU CALON BOLEH KERJA DAN MENANG bukan calon tunggul mati.

    ReplyDelete
  19. Tamrin sibuk mau kasi pacak PROXY di seluruh Sabah

    ReplyDelete
  20. Bagi pembangkang, agihan kerusi bukan sekadar satu masalah, tetapi hampir pasti menjadi 'malapetaka' paling besar menjelang PRU-13 pada 5 Mei ini - hari yang bakal menentukan untung nasib pakatan antara Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

    ReplyDelete
  21. Jika percakaran sesama sendiri yang semakin heboh diperkatakan dijadikan kayu ukur, cita-cita pembangkang mahu menakluki Putrajaya tampak semakin jauh daripada jangkauan.

    ReplyDelete
  22. Kalau sekarang pun sudah bergaduh sesama sendiri, macam mana mereka hendak jadi kerajaan??

    ReplyDelete
  23. Rakyat Perak sebenarnya sedang melihat penuh minat perkembangan politik negeri itu yang pernah kucar-kacir akibat percakaran sesama sendiri pemimpin pembangkang sehingga membawa kejatuhan kerajaan pembangkang pada 2009.

    ReplyDelete
  24. Hakikatnya, perpecahan sesama parti pembangkang di Perak kelihatan semakin ketara sehingga menampakkan kehodohan sikap pemimpinnya yang begitu ghairah mengejar kuasa.

    ReplyDelete
  25. Di Bagan Serai misalnya, Pengerusi PKR negeri, Muhammad Nur Manuty yang awal-awal lagi diumumkan sebagai calon kawasan Parlimen itu dibantah keras Pas bahagian yang mengaku lebih berhak ke atas kerusi tersebut.

    ReplyDelete
  26. Perebutan dua parti itu juga berlaku di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Pongsu sehingga memungkinkan berlakunya pertembungan sesama sendiri.

    ReplyDelete
  27. Parlimen Pasir Salak yang merupakan kawasan majoriti Melayu turut menyaksikan perebutan antara Pas dan PKR sehingga menyaksikan hampir 500 ahli PKR dan Pas bertindak keluar parti dan menyertai UMNO sejak sebulan lalu.

    ReplyDelete
  28. Keputusan meletakkan Yang Dipertua Pas Lenggong, Razman Zakaria sebagai calon Parlimen Lenggong pula membawa kepada peletakan jawatan 13 ahli jawatankuasa PKR kawasan itu, tindakan yang memberi satu lagi tamparan hebat pucuk pimpinan pembangkang Perak.

    ReplyDelete
  29. Krisis dalaman serta perebutan kerusi antara PKR dan Pas juga dikatakan berlaku di beberapa kawasan strategik termasuk di DUN Changkat Jering, Sungai Manik, Kota Tampan, Behrang dan Selinsing.

    ReplyDelete
  30. Keadaan berbeza bagi pemimpin pembangkang, mereka bukan sahaja bertelagah dan berperang secara terbuka, malah sedang berhempas-pulas 'membunuh' karier politik sesama sendiri, semuanya kerana dibuai angan-angan ke Putrajaya.

    ReplyDelete
  31. Memang tamaha betul Bumburing ini.

    ReplyDelete
  32. Tapi apa pun biar pun dia bertanding di semua kerusi pasti tidak akan dapat menang juga. Kita yakin yang mana BN adalah pilihan utama.

    ReplyDelete
  33. Adakah dia ini calon boleh menang? Sedangkan dia menang pun sebelum ini atas nama BN.

    ReplyDelete
  34. Sebanyak 246 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak keluar parti dan menyertai Barisan Nasional (BN) setelah tidak lagi yakin dengan perjuangan pembangkang yang hanya pandai menabur janji-janji kosong.

    ReplyDelete
  35. Mereka yang diwakili oleh empat orang wakil penduduk menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sambil disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dalam Majlis Perjumpaan Timbalan Perdana Menteri bersama Rakyat Tuaran di Dewan Masyarakat Sulaman di sini malam tadi.

    ReplyDelete
  36. Yang turut hadir penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, Datuk Hajiji Noor; penyandang DUN Kiulu, Datuk Jahid Jahim; dan Setiausaha Agung Pertubuhan Pasukmomogun Kadazandusun Bersatu (UPKO), Datuk Wilfred Madius Tangau.

    ReplyDelete
  37. Wakil kumpulan itu, Nasip Tukang, 56, berkata, tindakannya keluar dari PKR dibuat setelah menyedari tertipu dengan janji-janji kosong pembangkang selama ini.

    ReplyDelete
  38. “Saya berasa begitu menyesal menyokong pembangkang sejak setahun lalu selepas terpengaruh dengan janji palsu mereka kerana golongan ini jelas hanya berjuang untuk diri sendiri.

    ReplyDelete
  39. “Sehingga kini tiada satu pun daripada janji mereka ditunaikan, malah kemajuan dan kemudahan yang ada di kampung kami juga adalah atas usaha kerajaan BN,” katanya yang berasal dari Kampung Panimbawan itu.

    ReplyDelete
  40. Tambahnya, demi masa depan anak-anaknya dia bertindak menyertai BN bagi memastikan masa depan mereka dan negara akan terus terbela bersama BN.

    ReplyDelete
  41. Tan Sri Muhyiddin Yassin menempelak Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering berbohong kepada rakyat Sabah demi mencapai cita-cita peribadinya untuk menjadi Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  42. Timbalan Perdana Menteri, berkata Anwar yang sering berkunjung ke Sabah secara lantang mengajak rakyat negeri ini mengubah kerajaan yang selama ini ditadbir secara baik oleh Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  43. “Anwar berkali-kali datang ke Sabah dan cuba mengelirukan serta menipu rakyat Sabah dengan mengatakan BN sudah tumbang di Semenanjung... ini semua pembohongan besar.

    ReplyDelete
  44. “Dia mahu tipu orang Sabah dan hanya mahu menjadi Perdana Menteri, sebab itu dia minta rakyat (Sabah) ubah kerajaan,” katanya berucap pada majlis perjumpaan bersama rakyat di Dewan Seri Sulaman dekat sini, malam tadi.

    ReplyDelete
  45. kerajaan BN dipimpin Datuk Seri Najib Razak tidak perlu ditukar kerana ia berjaya mewujudkan Malaysia yang aman, maju, selamat di samping memberi keselesaan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  46. “Kita sudah berjuang sejak sekian lama dan menjadikan Malaysia dari negeri mundur menjadi maju... dulu ramai miskin tetapi hari ini sudah diturunkan (kadar kemiskinan) termasuk di Sabah yang kini berada di bawah lapan peratus.

    ReplyDelete
  47. “Selama mana BN mentadbir kerajaan di Pusat atau Sabah, kita sudah buat macam-macam seperti sediakan peluang pekerjaan dan menarik pelabur supaya ekonomi menjadi lebih baik.

    ReplyDelete
  48. “Kita juga sudah memajukan bidang pelajaran, hari ini semua anak kita dapat ke sekolah dengan pelbagai kemudahan disediakan, pendidikan kita adalah percuma,” katanya.

    ReplyDelete
  49. Beliau berkata, BN juga berjaya menyatukan masyarakat majmuk di negara ini kerana pemimpinnya berpandangan jauh.

    ReplyDelete
  50. “Begitu juga dalam aspek keselamatan, kita berjaya menjaganya dengan baik dan baru-baru ini apabila ada pencerobohan di Lahad Datu, kita atasi dengan menghantar bala tentera untuk menghalau penceroboh.

    ReplyDelete
  51. “Akhirnya Sabah dan Lahad Datu kembali aman, kita juga menubuhkan Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) untuk memastikan keselamatan negeri ini terjamin,” katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan leka dan terlalu gahirah tabik tangan didada, ingat apa sultan kiram kata "walaupun seratus tahun" .......?. Ugutan seperti ini jangan dipandang remeh dan tak bermaksud. Keselamatan negeri/negera tanggungjawab bersama...

      Delete
  52. Aku dah kata, dalam BN Mana ada rakyat didahulukan.........yg ada ini kroni aku,...itu kroni engkau. Yang penting aku kenyang.....RAKYAT???........lima tahun nanti kita bagilah sekampit beras....ini disokong penuh oleh headhunter,mantera,hidup di sabah..

    ReplyDelete
  53. Inilah padahnya kalau terlalu percayakan Anuar Ibrahim. Pemimpin-pemimpin PKR yang lain harus mengambil iktibar dengan nasib yang dialami oleh Ansari.

    ReplyDelete
  54. headhunter mantera dan Hidup Di Sabah kalau otak copy paste jer buat apa?? kesian x pernah sekolah,sanggup sebar fitnah,menipu,politik lucah sentimen agama,sentimen perkauman. fakta x ada, rajin copy paste sja...dah ambil beras nasional dari KIRAM
    (Komplot IC Rakyat Asing Maddey)yg didalangi oleh UMNO..

    ReplyDelete
  55. kerapuhan pakatan pembangkang antara Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP semakin ketara

    ReplyDelete
  56. sehingga ke hari ini, pakatan pembangkang masih gagal memuktamadkan pembahagian kerusi mereka...

    ReplyDelete
  57. kemelut pembahagian kerusi yang gagal diselesaikan membuktikan pembangkang tidak boleh diletak harapan oleh rakyat...

    ReplyDelete
  58. ini kerana dalam ujian pembahagian kerusi pun pembangkang sudah gagal mencari penyelesaian terbaik sehingga berlaku pertembungan sesama sendiri

    ReplyDelete
  59. bayangkan jika PKR ditakdirkan menang pilihan raya nanti, tentunya berlaku pula perebutan jawatan PM di antara mereka.

    ReplyDelete
  60. Apa pun berlaku yang pasti Sabah Bakal diterajui oleh "PAKATAN RAKYAT" ingat sejarah USNO,BERJAYA,PBS dan kini UMNO.... ini rakyat sabah bah... Tidak Suka Kita Tukar... Kuasa Di Tangan Rakyat.... Aamiin

    ReplyDelete
  61. headhunter mantera dan Hidup Di Sabah otak copy paste kah?? haha..patutlah asal sy baca komen dorang di mana2 post mesti petikan-petikan dari akhbar2, sabahkini, sabahdaily lah. smua promosi umnobn. jenis terus telan ni sebelum kunyah..mmg lah klu jenis berpelajaran tapi tidak berpendidikan inilah jadinya

    ReplyDelete
  62. Sy sokong Ansari klu stand BEBAS

    ReplyDelete
  63. Anonymous said...
    April 18, 2013 at 5:51 PM

    Inilah padahnya kalau terlalu percayakan Pairin hingga Jornah Mozihim terpaksa keluar parti PBS. Pemimpin-pemimpin PBS yang lain harus mengambil iktibar dengan nasib yang dialami oleh Jornah

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.