Tuesday, April 16, 2013

Dua Tan Sri Akan Sertai PAS

Pas mengesahkan dua orang kuat Umno berstatus Tan Sri bakal menyertai parti itu dalam masa terdekat.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, kedua-dua Tan Sri ini akan menyerahkan borang keahlian pada 22 April depan secara serentak, dua hari selepas penamaan calon.

Menurutnya, satu sidang media khas akan diadakan memandangkan kedua-dua Tan Sri tersebut akan turut turun padang membantu PR dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

“Kami menerima dengan tangan terbuka. Penyerahan borang akan diserahkan di sini (di pejabat Pas Pusat).

“Tetapi, pengumuman besar-besaran akan dibuat di Shah Alam (Selangor) pada sebelah malamnya, iaitu semasa ceramah Pas di sana,” katanya kepada Sinar Harian di pejabat Pas Pusat, di sini, semalam.

Katanya, Pas melihat perkara ini serius di mana kedua-dua Tan Sri itu sudah bertemu pimpinan tertinggi Pas, iaitu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din.

“(Mereka) rela datang berjumpa saya, menghubungi saya dan pergi ke rumah Datuk Haron serta sudah bertemu Datuk Nik Aziz kira-kira enam bulan lalu.

“Tidak mungkin orang macam ni tidak serius. Sudah pasti mereka telus.

“Kita tidak mahu ada mana-mana pihak menuduh mereka ada kepentingan atau sebagai calon. Mereka hadir untuk membantu berkempen,” katanya.

Salahuddin juga tidak menafikan kemungkinan seorang bekas menteri besar Selangor menyertai Pas dalam tempoh terdekat.

“Benar, tapi tunggu sahaja pengumuman rasmi. Yang pasti, kedua-dua Tan Sri ini akan memberi impak besar dalam PRU13.

“Mereka mempunyai pengaruh sangat kuat dan kehadiran mereka pasti memberi perubahan besar,” katanya.

Ditanya mengenai identiti kedua-dua Tan Sri ini, Salahuddin sekadar berkata: “Seorang daripada mereka adalah bekas pegawai kerajaan yang mempunyai kaitan dengan Parlimen Malaysia. Orang ini menduduki hierarki tertinggi dalam pentadbiran Parlimen.

“Seorang lagi ialah bekas menteri Selangor. Bagaimanapun, beliau enggan mengesahkan identitinya." -SH

90 comments:
Write comments
  1. Kepincangan pakatan pembangkang dari segi moral, akidah dan kepimpinan dilihat semakin kritikal sehingga menampakkan kelemahan parti itu sendiri yang kini tidak mampu disembunyikan lagi.

    ReplyDelete
  2. Katanya, rakyat perlu peka dan tidak sesekali memberi ruang kepada mana-mana pihak yang tidak mempunyai kredibiliti sebagai sebuah parti yang utuh untuk memerintah negara.

    ReplyDelete
  3. “Kita sebagai rakyat tidak boleh menaruh walau sebutir kepercayaan dan keyakinan kepada pakatan pembangkang yang kononnya mengagungkan Islam, memartabatkan bangsa Melayu dan mendaulatkan institusi Raja.

    ReplyDelete
  4. “Hal ini jelas terbukti dalam beberapa isu antaranya kalimah Allah yang hendak disyirikkan, negara Islam dan hukum Hudud digugurkan, fahaman liberalismeakan dijadikan asas bernegara manakala fahaman pluralisme akan dijadikan asasberagama,” katanya

    ReplyDelete
  5. Hasan berkata pendirian yang diambil Jati itu adalah berdasarkan empat kaedah Usul Fiqh yang antaranya ialah Islam tidak mengizinkan sesuatu cara yang melanggar hukum Syarak dalam mencapai sesuatu matlamat, menolak sesuatu kebaikan yang dijanji kerana ia akan mendatangkan keburukan dan membuat pilihan yang kurang mudaratnya.

    ReplyDelete
  6. “Walaupun dalam Barisan Nasional (BN) masih wujud ruang untuk memperkasakan pelaksanaan Syariah serta akhlak yang mulia, tetapi ancaman dari segi akidah tidak wujud. Ini berbeza dengan pakatan pembangkang yang jelas menyokong pluralisme, liberalisme, sekularisme, Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) serta aliran pemikiran yang terkeluar dari landasan Islam yang tepat di mana ini semua mengancam kekuatan akidah umat Islam,” katanya.

    ReplyDelete
  7. Beliau berkata kaedah tersebut dikenal pasti hasil daripada beberapa perbincangan ahli majlis Syura Jati yang turut melibatkan mufti, alim ulama serta pakar ilmu Usul Fiqh yang diundang secara individu dan kolektif.

    ReplyDelete
  8. Sementara itu, Hasan menyeru rakyat agar bijak serta peka dengan realiti semasa pakatan pembangkang yang goyah dan adalah menjadi satu kewajipan rakyat untuk memilih parti selayaknya untuk mentadbir negara demi masa depan generasi akan datang.

    ReplyDelete
  9. Mengulas mengenai Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada PRU13 ini, Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu, berkata Nik Aziz perlu bermuhasabah sebelum membuat keputusan itu memandangkan faktor usia serta tempoh beliau menyandang kerusi tersebut selama 23 tahun.

    ReplyDelete
  10. Hasan menegaskan, barisan kepimpinan Jati bersedia menghadapi kritikan sertacabaran daripada mana-mana pihak di atas pendirian yang dibuat ini yang dianggaptepat bagi menyokong sesuatu perjuangan yang sebenar.

    ReplyDelete
  11. 60 ahli Pas sertai UMNO

    PASIR SALAK 12 April - Selepas 428 pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak keluar parti dan menyertai UMNO, kedudukan pakatan pembangkang di Parlimen Pasir Salak semakin goyah apabila 60 ahli Pas kawasan itu pula membuat tindakan sama. Kumpulan itu diketuai Pengerusi Pas Cawangan Taman Desa Cempaka, Samiran Sapuan, 64, yang menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam majlis di sini malam tadi.

    ReplyDelete
  12. 60 ahli Pas sertai UMNO

    Samiran dalam ucapannya pada majlis tersebut mengakui, keputusan meninggalkan Pas bukan sesuatu yang mudah tetapi terpaksa dilakukan demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Tidak sampai sebulan lalu, seramai 429 ahli PKR kawasan itu termasuk Pengarah Jentera Pilihan Raya PKR Cabang Pasir Salak, Ahmad Taufik Hassan bertindak keluar parti dan menyertai UMNO.

    ReplyDelete
  13. 60 ahli Pas sertai UMNO

    Samiran yang sudah 10 tahun menjadi ahli Pas berkata, dia setia bersama parti itu atas prinsip perjuangan agama, tetapi keyakinannya semakin terhakis lebih-lebih lagi selepas melihat sikap pemimpin Pas membiarkan Islam diperlekeh termasuk dalam isu kalimah Allah. Dia mendakwa, terdapat kira-kira 100 lagi ahli Pas kawasan itu akan mengikut jejaknya meninggalkan parti tersebut dalam masa terdekat.

    ReplyDelete
  14. 40 Ahli PKR Sungai Siput Isytihar Keluar Parti, Sertai UMNO

    SUNGAI SIPUT: Seramai 40 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini bertindak keluar dari parti itu kerana kecewa terhadap pucuk pimpinan yang tidak memberi laluan kepada anggota menyuarakan pandangan. pkr-flag broken Ketua Pemuda PKR bahagian Sungai Siput, Aminuddin Mohd. Shukri menyerahkan borang kumpulan itu menyertai UMNO kepada Ketua UMNO bahagian Sungai Siput, Datuk Dzulkifli Harun di Wisma UMNO Sungai Siput di sini.

    ReplyDelete
  15. 40 Ahli PKR Sungai Siput Isytihar Keluar Parti, Sertai UMNO

    Aminuddin berkata, mereka melihat tiada kesepakatan antara pucuk pimpinan dan anggota parti selain pembangkang tidak boleh dijamin mentadbir negara dengan baik jika diberi mandat untuk memerintah. “Tidur sebantal tapi mimpi lain-lain, bagaimana nak bersatu. Duduk dalam parti tapi tiada kesepakatan, bagaimana nak mentadbir negara. Boleh ke mentadbir negara dengan tiada sehaluan. Mentadbir negara bukan perkara yang boleh buat main-main,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    ReplyDelete
  16. 40 Ahli PKR Sungai Siput Isytihar Keluar Parti, Sertai UMNO

    Beliau yang pernah menyokong UMNO selama 20 tahun berkata, kawasan mereka tidak mempunyai perubahan terutama daripada aspek pembangunan sejak pembangkang menang di kerusi Parlimen Sungai Siput pada 2008.

    ReplyDelete
  17. 250 Ahli PKR Cabang Gombak Keluar Parti Sertai UMNO

    KUALA LUMPUR : Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Gombak yang diketuai Timbalan Presiden, Azmin Ali kini tempang selepas sebanyak 250 ahlinya yang diketuai Timbalan Ketua Cabang, Abu Bakar Ninggal dan Ahli Jawatankuasa Cabang, Mazlan Abdul Rashid keluar daripada parti itu.

    ReplyDelete
  18. 250 Ahli PKR Cabang Gombak Keluar Parti Sertai UMNO

    Serentak itu, kesemua mereka menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar selepas hilang kepercayaan terhadap PKR khususnya Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin. Abu Bakar ketika ditemui berkata, PKR jauh tersasar daripada perjuangan memartabat bangsa, agama dan negara kerana Anwar serta Azmin dilihat meletakkan kepentingan peribadi melebihi segalanya selain turut diselubungi masalah moral kronik.

    ReplyDelete
  19. 250 Ahli PKR Cabang Gombak Keluar Parti Sertai UMNO

    “Kepercayaan saya terhadap PKR, Azmin dan Anwar semakin terhakis sejak beberapa tahun lalu rentetan pelbagai isu yang menyelubungi parti ini. PKR tidak lagi membela bangsa, agama dan negara tetapi hanya ghairah mahu menabalkan Anwar sebagai Perdana Menteri. “Apatah lagi kedua-duanya iaitu Anwar dan Azmin juga diselubungi masalah moral. Jadi kami melihat hanya UMNO sahaja dapat membela nasib bangsa setelah kami membandingkan apa yang berlaku di Selangor,” katanya dalam Majlis Pengisytiharan Keluar PKR di Batu 10, Gombak, di sini malam tadi.

    ReplyDelete
  20. 80 ahli, penyokong pembangkang sertai Umno

    Seramai 80 penyokong tegar dan anggota PKR, PAS dan DAP cawangan Felda Bukit Mendi dan Pucong menyertai Umno selepas kecewa dengan sikap pemimpin pakatan pembangkang yang cuma mementingkan diri. Mereka mengisi borang menyertai Umno dan menyerahkannya kepada Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob pada majlis 'Pemimpin Turun Padang dan Kenduri Rakyat' di Felda Bukit Mendi, Bera, semalam.

    ReplyDelete
  21. 80 ahli, penyokong pembangkang sertai Umno

    Ia turut disaksikan Timbalan Ketua Umno Bahagian Bera Mohd Fadzil Othman yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan dan ADUN Guai, Norol Azali Sulaiman. Wakil kumpulan tersebut Ismail Yusoff berkata, walaupun ada di antara mereka merupakan penyokong tegar dan anggota parti pembangkang sejak lebih 20 tahunl alu namun tiada apa yang dilakukan pembangkang bagi membela mereka.

    ReplyDelete
  22. 80 ahli, penyokong pembangkang sertai Umno

    "Contohnya saya sendiri sebagai penyokong tegar DAP, tetapi tiada apa yang dilakukan parti tersebut untuk membela nasib orang Melayu. "Setelah memikir dan melihat kerajaan BN bersungguh-sungguh membela dan membantu rakyat membuatkan hati saya terpanggil untuk menyertai Umno," katanya

    ReplyDelete
  23. 300 Ahli Pas Sertai UMNO

    BACHOK – Kecewa dengan kegagalan Pas menyatakan pendirian dan menyelesaikan beberapa isu utama terutama membabitkan agama termasuk isu kalimah Allah mendorong 300 ahli Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tawang tekad untuk keluar parti itu dan menyertai UMNO. Penyertaan penyokong tegar Pas itu dibuat di hadapan Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat Sempena Program Selamat Tinggal Pas.

    ReplyDelete
  24. 300 Ahli Pas Sertai UMNO

    Hadir sama pada majlis Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ketua UMNO Bahagian Bachok Datuk Awang Adek Hussin dan timbalannya, Datuk Dr Alias Hussin. Tindakan keluar parti oleh kumpulan yang diketuai oleh Rosli Md Nor, 46, itu dibuat setelah mereka menyedari parti itu tersasar jauh daripada asas perjuangan menegakkan negara Islam. Menurut Rosli, tindakan itu dilakukan selepas mereka melihat Pas sudah tidak lagi memperjuangkan Islam apabila pemimpin parti itu mula mengeluarkan fatwa-fatwa yang meragukan.

    ReplyDelete
  25. 300 Ahli Pas Sertai UMNO

    Beliau berkata, secara peribadi beliau turut melihat mula berlaku perpecahan umat di masjid-masjid akibat fahaman salah yang diterapkan Pas kepada ahlinya sehingga boleh menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat selain tidak setuju dengan gabungan Pas bersama DAP dan PKR. “Saya dan rakan-rakan mengambil keputusan berpaling tadah daripada Pas berikutan banyak isu, termasuk agama dan janji yang gagal ditunaikan kepimpinan parti walaupun menerajui Kelantan lebih 23 tahun,” katanya ketika ditemui dalam program Selamat Tinggal PAS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor, malam tadi.

    ReplyDelete
  26. Seramai 35 Ahli Pas Di Setiu Sertai UMNO

    Seramai 35 anggota dan penyokong PAS dari Kampung Tok Dor dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri Jabi, Setiu bertindak keluar parti dan menyertai UMNO malam tadi. Ketua mereka, Ali Bakar, 69, berkata mereka sudah hilang keyakinan terhadap perjuangan parti pembangkang itu lalu bertindak keluar secara beramai-ramai. “Dulu mereka persoalkan dan beritahu bahawa ahli UMNO jadi kafir kerana bersama-sama MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN), tetapi hari ini PAS pula berkawan dengan DAP, tidak pula dihukumnya,” katanya kepada pemberita.

    ReplyDelete
  27. Seramai 35 Ahli Pas Di Setiu Sertai UMNO

    Ali yang menjadi anggota PAS selama lebih 20 tahun berkata, mereka kecewa dengan sikap pemimpin PAS yang sering berdolak-dalih terhadap pelbagai isu yang membabitkan kepentingan umat Islam termasuk penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam. “Kami semua baru sedar tipu helah pemimpin PAS yang sering memutar belit isu agama sehingga ramai penyokong PAS terkeliru. Sebelum ini kami ahli PAS pernah bertanya kepada pemimpin kami mengenai kedudukan isu kafir-mengkafir, tetapi tiada seorang pun yang tampil memberi penjelasan menyebabkan kami kecewa dan sudah tidak percaya lagi dengan cakap-cakap mereka,” katanya.

    ReplyDelete
  28. 100 ahli PAS, PKR sertai UMNO di Permatang Pauh

    PERMATANG PAUH: Seramai 100 ahli Pemuda PAS pangsapuri Projek Perumahan Rakyat Titi Timbul dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Kubang Ulu mengemukakan permohonan untuk menyertai UMNO di Permatang Pasir, di sini, tengah hari tadi.

    Tindakan mereka untuk keluar parti itu dibuat di depan Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said sekali gus memberi tamparan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  29. KELUAR PARTI BERAMAI-RAMAI PETANDA PAKATAN PEMBANGKANG AKAN ‘BUNGKUS’ PRU-13

    Boleh dikatakan setiap hari ada ahli PKR dan PAS akan keluar parti dan menyertai UMNO dan BN menjelang hari penamaan calon dan hari pengundian. Ini disebabkan rakyat Malaysia sudah mula sedar akan rupa sebenar Pakatan Pembangkang yang hanya mengutamakan anak beranak dan politik berbanding membantu rakyat.

    ReplyDelete
  30. KELUAR PARTI BERAMAI-RAMAI PETANDA PAKATAN PEMBANGKANG AKAN ‘BUNGKUS’ PRU-13

    Kesengsaraan rakyat Selangor yang sekarang ini mengalami krisis air ekoran sikap Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Pembangkang yang mempolitikan isu air. Juga, pertumbuhan rumah-rumah urut dan kelab malam di Selangor semenjak pemerintahan Pakatan Pembangkang telah banyak mengundang pendatang tanpa izin khususnya pelacur dari China dan peningkatan kadar pelacuran di Selangor.

    ReplyDelete
  31. KELUAR PARTI BERAMAI-RAMAI PETANDA PAKATAN PEMBANGKANG AKAN ‘BUNGKUS’ PRU-13

    Pemerintahan DAP di Pulau Pinang menyaksikan bagaimana nasib masyarakat Melayu dipinggirkan sama ada dalam sosiekonomi mahupun tanah. Semenjak Kerajaan DAP memerintah Pulau Pinang, rakyatnya tidak ada pilihan melainkan terpaksa ‘menerima’ kekejaman pemerintahan Lim Guan Eng yang disifatkan sebagai ‘Tekong’.

    ReplyDelete
  32. KELUAR PARTI BERAMAI-RAMAI PETANDA PAKATAN PEMBANGKANG AKAN ‘BUNGKUS’ PRU-13

    Atas sebab-sebab itu terbaru seramai 150 ahli PKR dari Cabang Padang Serai termasuk Timbalan Ketua Cabang, Johari Teh telah mengumumkan keluar parti dengan menyertai UMNO dan menyokong BN. Menurut Johari, aktiviti keluar parti itu akan berterusan dan difahamkan selepas ini lebih ramai akan menyusul sehingga setiap cabang PKR akan terpaksa ditutup.

    ReplyDelete
  33. SPR Minta Parti Politik Berkempen Secara Sihat, Elak Emosi Dan Sentimen

    KUALA LUMPUR, 16 April – Dengan bahang pilihan raya umum ke-13 semakin hangat, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekali lagi meminta parti-parti politik yang bertanding supaya berkempen secara sihat dan mematuhi undang-undang pilihan raya.

    Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yakin jika ia dilaksanakan, pilihan raya umum kali ini dapat dijalankan dengan lancar dan dalam keadaan baik.

    “Kalau itu dipatuhi oleh semua pemimpin politik, saya fikir tidak apa jika kempen panas atau getir tetapi ia sihat…itu sangat penting,” katanya pada temu bual ‘Dalam Radar’ kelolaan Bernama Radio24 di Wisma Bernama di sini.

    Sambil mengingatkan semua pihak bahawa pilihan raya umum diadakan sekali dalam masa lima tahun, beliau berharap mereka tidak terlalu emosional dan membangkitkan sentimen semasa kempen.

    “Bertandinglah dengan sihat, ikut peraturan-peraturan jika nak berkempen,” katanya.

    Rabu lepas, SPR mengumumkan hari penamaan calon pada Sabtu ini manakala hari pengundian ditetapkan 5 Mei.

    Dalam pada itu, Abdul Aziz berharap semua pihak berkenaan dapat memberikan kerjasama baik kepada SPR dan pihak berkuasa pada pilihan raya umum kali ini termasuk tidak membawa penyokong terlalu ramai pada hari penamaan calon.

    “Kita kena ubah budaya ini. Saya mohon kerjasama sebab di bawah undang-undang, saya tidak ada kuasa menegah mereka tetapi saya pohon mereka jangan datang terlalu ramai kerana ia menyusahkan pihak berkuasa dan orang ramai,” katanya.

    Beliau berkata perkara itu dibangkitkannya pada 14 perjumpaan bersama pemimpin-pemimpin parti politik sebelum ini.

    Mengenai dakwaan segelintir pihak berhubung kertas undi bernombor, beliau berkata perkara itu tidak berlaku dan menjamin undi adalah 100 peratus rahsia.

    Ditanya sama ada kertas undi boleh dianggap sah jika dakwat kekal tertumpah ke atasnya, Abdul Aziz berkata jika perkara itu berlaku, pengundi boleh memohon kertas undi baharu daripada pegawai pilihan raya.

    Bagaimanapun, katanya perkara itu tidak mungkin berlaku kerana dakwat kekal itu boleh kering di jari dalam tempoh tiga saat.

    INGAT TAU!!!

    ReplyDelete
  34. KITA SEHARUSNYA BERTERIMA KASIH KEPADA Pembangkang KERANA Beri Peluang Rakyat Johor Bukti Betapa Kesetiaan Mereka Kepada UMNO, BN .... terima kasih pembangkang!

    JOHOR BAHRU, 16 April – Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad melahirkan rasa terima kasihnya kepada pakatan pembangkang kerana menjadikan negeri Johor sebagai sasaran di Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

    Ujarnya, hasrat pakatan pembangkang ini secara tidak langsung membuka peluang yang terbaik untuk rakyat Johor menyatakan bahawa mereka bangga menjadi rakyat Johor dan mempunyai prinsip yang tersendiri.

    “Terima kasih kepada pakatan pembangkang kerana memberi peluang untuk rakyat Johor menunjukkan betapa sayangnya kita dan betapa taatnya kita kepada prinsip asas negeri Johor itu sendiri dan betapa setianya kita kepada UMNO dan Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  35. KITA SEHARUSNYA BERTERIMA KASIH KEPADA Pembangkang KERANA Beri Peluang Rakyat Johor Bukti Betapa Kesetiaan Mereka Kepada UMNO, BN .... terima kasih pembangkang!

    “Bila DAP dan Pas kononnya nak jadikan Johor medan utama dalam PRU-13 ini, ianya membawa makna rakyat Johor telah mendapat peluang untuk membuat keputusan di mana rakyat Johor mahu kekalkan keadaan yang selama ini aman damai dan semua pihak menang atau nak jadikan suasana ini bertukar kepada suasana berbalah dan ada kerugian.

    “Apabila pakatan pembangkang kata mahu membawa tsunami ke Johor yang dulunya tidak sampai ke negeri ini dan berhenti hanya di Bakri, kita boleh berdepan dengan keadaan ini kerana tsunami ini hanya akan bawa kemusnahan dan tidak membawa kebaikan. Saya pasti rakyat Johor akan menolak keadaan ini.

    “Jika ada pihak yang membawa dan berbangga dengan konsep tsunami itu sebenarnya ia menyatakan bahawa mereka berbangga dengan kemusnahan. Untuk mempertahankan kemusnahan dan keburukan dari pihak luar yang membawa fahaman asing ke Johor ialah perjuangan dan keinsafan kita melalui sistem Islam dan cara pentadbiran yang telah diterapkan selama ini di negeri ini,” ujarnya dalam satu wawancara khas bersama UMNO-Online.

    ReplyDelete
  36. KITA SEHARUSNYA BERTERIMA KASIH KEPADA Pembangkang KERANA Beri Peluang Rakyat Johor Bukti Betapa Kesetiaan Mereka Kepada UMNO, BN .... terima kasih pembangkang!

    Menurutnya, DAP mahu melakukan perkara yang sama sebagaimana dilakukan parti pembangkang itu di Pulau Pinang pada PRU lepas iaitu ‘membunuh’ parti Gerakan di negeri tersebut.

    Walaupun DAP mendakwa ia sebuah parti pelbagai kaum, tetapi parti pembangkang itu hanya bertanding di kawasan majoriti pengundinya kaum Cina dan hanya menentang calon BN daripada parti MCA.

    DAP yang berhasrat menjadikan Johor sebagai medan utamanya pada PRU13, memutuskan untuk meletakkan penasihatnya Lim Kit Siang sebagai calon di kawasan parlimen Gelang Patah.

    ReplyDelete
  37. KITA SEHARUSNYA BERTERIMA KASIH KEPADA Pembangkang KERANA Beri Peluang Rakyat Johor Bukti Betapa Kesetiaan Mereka Kepada UMNO, BN .... terima kasih pembangkang!

    Parti pembangkang itu juga berhasrat meletakkan pakar strateginya, Liew Chin Tong yang juga merupakan anggota parlimen Bukit Bendera, sebagai calonnya di Johor dengan kemungkinan besar kerusi parlimen Kluang menjadi pilihan.

    Tegas Shahrir, masyarakat Cina di Johor perlu bertanya diri sendiri sama ada mereka mahukan DAP dan pembangkang untuk mempolitikkan semua perkara daripada pendidikan Cina kepada rumah ibadat dan agama, sebagaimana dilakukannya kini.

    Berlainan dengan pembangkang, BN, katanya, tidak mencampuri urusan sekolah-sekolah Cina sebaliknya menyerahkan pengurusan kepada persatuan Tionghua, sama seperti yang dilakukan dalam pengurusan hal ehwal agama.

    “DAP, Pas dan PKR akan mempolitikkan semua perkara. Masyarakat Cina, Melayu dan India di Johor perlu bertanya sama ada ini baik untuk masa depan di Johor dan Malaysia,” kata Shahrir.

    Mengenai PKR meletakkan bekas Panglima Tentera Darat Jen (B) Tan Sri Hashim Hussein sebagai calon mereka di kawasan parlimen Johor Baharu, Shahrir berkata apa yang lebih penting ialah sokongan pengundi, bukan calon.

    ReplyDelete
  38. mereka sertai takkan memperkukuh PAS jg.

    ReplyDelete
  39. DAP Sabah menerima tamparan apabila Naib Pengerusinya, Edward Ewol Mujie bertindak keluar parti dan menyertai parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO).

    ReplyDelete
  40. Edward yang menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden UPKO, Tan Sri Bernard Dompok dalam majlis di Kampung Putaton , merupakan individu berpengaruh DAP Sabah yang kedua bertindak meninggalkan parti itu dalam tempoh seminggu.

    ReplyDelete
  41. Sebelum ini, Ketua DAP Kepayan, Stephne Jimbangan bertindak demikian bersama 128 penyokongnya dan menyertai UPKO.

    ReplyDelete
  42. Edward berkata, antara penyebab utama tindakan nekadnya itu adalah tertarik dengan usaha gigih tiga parti utama komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah iaitu UPKO, Parti Bersatu Sabah dan Parti Bersatu Rakyat Sabah untuk menyatukan etnik Kadazandusun Murut melalui program 'Gelombang Tataba' (Perpaduan).

    ReplyDelete
  43. "Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga ikhlas melaksanakan pelbagai program transformasi termasuk menunaikan janjinya untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri," katanya.

    ReplyDelete
  44. Rakyat perlu bijak menilai kredibiliti Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah ditolak rakan dalam pakatan pembangkang dan pemimpin kanan PKR yang bertindak keluar parti, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

    ReplyDelete
  45. Beliau mendakwa ramai pemimpin kanan parti pembangkang itu bertindak keluar parti setelah menyedari sesuatu yang tidak betul dengan diri ketua pembangkang itu.

    ReplyDelete
  46. “Parti pembangkang kini kelam kabut, dulu sepakat lantik Anwar tetapi beliau kini ditolak kerana masalah moral sedangkan untuk menjadi Perdana Menteri kena ada integriti dan mempunyai visi.

    ReplyDelete
  47. “Personaliti Anwar sangat berbeza dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ternyata terbukti kewibawaan beliau walaupun baru empat tahun menjadi perdana menteri,” katanya.

    ReplyDelete
  48. Mohd Ali yang juga Ketua Menteri Melaka berkata pembangkang juga tidak mempunyai keupayaan untuk memerintah negara ini kerana mereka tidak mempunyai kesepakatan dan sikap toleransi seperti parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  49. “Setiap pemimpin parti pembangkang berjuang untuk kepentingan parti masing-masing untuk berkuasa dan mereka sentiasa mencurigai antara satu sama lain.Sebab itu mereka sehingga hari ini tidak mempunyai ketetapan untuk memilih bakal perdana menteri jika mereka memenangi pilihan raya umum ke-13,” katanya.

    ReplyDelete
  50. Headhunter & cybertrooper umno :-

    JADI KELDAI BN/umno
    SEBAR FITNAH & MENIPU, MENGHASUT,PEMBOHONGAN
    OTAK COPY PASTE & PUTARBELIT
    LIDAH SYAITAN & SYAITAN YANG DIKENALI
    POLITIK LUCAH & UMPORNO
    DALANG PROJEK IC UNTUK PATI
    SENTIMEN PERKAUMAN

    ReplyDelete
  51. Headhunter & cybertrooper umno :-

    JADI KELDAI BN/umno
    SEBAR FITNAH & MENIPU, MENGHASUT,PEMBOHONGAN
    OTAK COPY PASTE & PUTARBELIT
    LIDAH SYAITAN & SYAITAN YANG DIKENALI
    POLITIK LUCAH & UMPORNO
    DALANG PROJEK IC UNTUK PATI
    SENTIMEN PERKAUMAN

    ReplyDelete
  52. Headhunter & cybertrooper umno :-

    JADI KELDAI BN/umno
    SEBAR FITNAH & MENIPU, MENGHASUT,PEMBOHONGAN
    OTAK COPY PASTE & PUTARBELIT
    LIDAH SYAITAN & SYAITAN YANG DIKENALI
    POLITIK LUCAH & UMPORNO
    DALANG PROJEK IC UNTUK PATI
    SENTIMEN PERKAUMAN

    ReplyDelete
  53. Headhunter & cybertrooper umno :-

    JADI KELDAI BN/umno
    SEBAR FITNAH & MENIPU, MENGHASUT,PEMBOHONGAN
    OTAK COPY PASTE & PUTARBELIT
    LIDAH SYAITAN & SYAITAN YANG DIKENALI
    POLITIK LUCAH & UMPORNO
    DALANG PROJEK IC UNTUK PATI
    SENTIMEN PERKAUMAN

    ReplyDelete
  54. Barisan Nasional (BN) telah benar-benar bersedia untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dengan membariskan calon-calon mantap yang digelar ‘pasukan transformasi’ oleh Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  55. Penganalisis politik tempatan, Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad menganggap Najib telah merealitikan ‘winnable team’ dalam senarai calon BN yang mana antaranya mempunyai karier yang mengkagumkan misalnya tokoh akademik, golongan profesional, ulama dan macam-macam lagi.

    ReplyDelete
  56. “Perubahan besar dalam senarai calon adalah bukti transformasi yang dilaksanakan hasil daripada kajian secara holistik dengan barisan mantap yang sememangnya menjadi lambang bahawa BN tidak ketandusan calon dan sentiasa ada pelapisnya yang berwibawa sebagai pemimpin,” katanya

    ReplyDelete
  57. Jelas beliau, ini adalah berbeza dengan pakatan pembangkang yang dilihat ‘kaku’ dan masih ‘statik’ dengan mengekalkan pasukan ‘lapuk’ yang telah beberapa kali menjadi calon dalam pilihan raya.

    ReplyDelete
  58. “Pengerusi BN mendengar suara akar umbi dan memberikan peluang kepada golongan muda untuk menjadi pemimpin khususnya kepada anak watan bagi berbakti di kawasan masing-masing sebagaimana mereka tahu dan kenal hati budi anggota masyarakatnya.

    ReplyDelete
  59. Ini kalilah... Ini kalilah.....1000000000000000000000000000,00000000000000000000000000000000000000000X

    ReplyDelete
  60. Semakin ramai budak tadika yang copy dan paste artikel di sini sebab tidak ada otak untuk berfikir! Maklumlah Mahathir kata orang bijak pandai kini semakin tidak diminati masuk UMNO!

    ReplyDelete
  61. Rakyat tidak harus mudah terpedaya dengan kata-kata pembangkang cuba mempengaruhi rakyat.

    ReplyDelete
  62. Beliau berkata, manifesto itu adalah aku janji BN kepada rakyat dan akan digunakan mengikut kesesuaian di peringkat-peringkat negeri.

    ReplyDelete
  63. "Manifesto BN mahu dihayati dan difahami rakyat. Dalam tempoh empat tahun kita berjanji dan tepati.

    ReplyDelete
  64. Manifesto itu adalah lambang dan janji kita kepada rakyat," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan dua mesyuarat iaitu Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan Mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

    ReplyDelete
  65. Najib berkata,Manifesto Pusat (BN) akan memberi ruang kepada manifesto negeri-negeri mengikut keperluan.

    ReplyDelete
  66. Beliau juga berkata, BN senitasa bersikap optimistik menang besar dan akan meminimakan masalah dalaman parti selepas pengumuman calon-calon yang bertainding.

    ReplyDelete
  67. "Pada keseluruhannya persediaan (menghadapi pilihan raya) adalah cukup baik. Persiapan jentera BN amat tinggi dan sedia untuk turun gelanggang.

    ReplyDelete
  68. Isu berkenaan dijangka dipergunakan sepenuhnya oleh pembangkang dengan pelbagai tuduhan terhadap kerajaan bagi meraih undi penduduk di situ sepanjang kempen PRU-13.

    ReplyDelete
  69. Calon BN Parlimen Silam, Datuk Datu Nasron Datu Mansur, berkata taktik pembangkang memburuk-burukkan kerajaan BN adalah perkara biasa, namun beliau bersedia memberi penjelasan kepada pengundi yang majoritinya masih marah apabila ada pemimpin pembangkang mendakwa insiden itu sebagai sandiwara kerajaan.

    ReplyDelete
  70. "Ini menunjukkan mereka tidak peka dan tiada semangat patriotik, rakyat seharusnya menolak kepemimpinan seperti itu," katanya yang bertekad membantu memulihkan kehidupan penduduk kampung yang terjejas akibat pencerobohan bagi membolehkan mereka kembali hidup seperti biasa jika diberi mandat.

    ReplyDelete
  71. "Apa yang lebih utama ialah menyegerakan bantuan penuh kepada penduduk kampung yang kehilangan punca pendapatan dan harta benda akibat insiden terbabit.

    ReplyDelete
  72. "Jika diberi kepercayaan dan menang pada pilihan raya ini, fokus saya adalah membantu meningkatkan taraf kehidupan penduduk di situ di samping menyediakan keperluan asas sewajarnya.

    ReplyDelete
  73. Naib Presiden PKR, Tian Chua, sebelum ini menerima bantahan keras daripada pelbagai pihak apabila mendakwa insiden serangan pengganas itu sandiwara UMNO.

    ReplyDelete
  74. Calon BN DUN Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Apdal dan DUN Kunak, Datuk Nilwan Kabang, masing-masing sepakat dan bersedia menjelaskan kepada rakyat berhubung isu pencerobohan itu yang kuat dimanipulasikan pihak pembangkang untuk memburukkan kerajaan.

    ReplyDelete
  75. Najib yang juga Pengerusi BN berkata bagi memastikan BN memperoleh kemenangan besar pada pilihan raya kali ini, jentera parti komponen perlu ampuh dalam melaksanakan tugas, selain menjalankan tugas untuk meraih undi sebagai ‘sebuah keluarga.

    ReplyDelete
  76. “Mulai hari ini tutup buku mengenai calon dan tumpu kepada pilihan raya. Kalau kita menoleh ke belakang, mungkin akan melemahkan semangat,” kata Perdana Menteri

    ReplyDelete
  77. Perdana Menteri berkata mereka yang tidak terpilih menjadi calon tidak bererti “dunia menjadi gelap,” yang penting BN berkuasa kerana banyak perkara yang dapat dilakukan bagi membantu rakyat.

    ReplyDelete
  78. Najib berkata tanggungjawab jentera parti kini adalah menerangkan kepada rakyat dan menyampaikan mesej kepada mereka bahawa kerajaan BN adalah kerajaan terbaik untuk mereka.

    ReplyDelete
  79. “BN telah menepati janji dan membawa harapan, dan kini jentera parti perlu yakinkan rakyat bahawa Barisan Nasional adalah pilihan yang tepat,” katanya.

    ReplyDelete
  80. Malah, berdasarkan kepada pencapaian dan pencapaian BN sebelum ini, tiada sebab bagi rakyat marah dan sangsi kepada parti komponen itu yang terbukti mampu membawa banyak kemajuan dan pembangunan di negara ini, katanya.

    ReplyDelete
  81. Dalam pada itu, Najib yang mempertahankan kerusi Parlimen Pekan, berharap jentera BN di kawasan berkenaan akan terus bekerja dengan penuh semangat bagi mengekalkan rekod cemerlang sebagai kawasan Parlimen yang mendapat majority terbesar untuk BN seperti pada pilihan raya 2008.

    ReplyDelete
  82. Pada pilihan raya umum 2008, Najib menewaskan calon PKR, Khairul Anuar Ahmad Zainudin dengan majoriti 26,464 undi. Najib memperoleh 36,262 undi manakala Khairul Anuar meraih 9,798 undi.

    ReplyDelete
  83. Pada pilihan raya kali ini, Najib ditentang calon PKR, Fariz Musa yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR. Najib turut memohon maaf kepada pengundi parlimen Pekan kerana pada pilihan raya kali ini, beliau tidak dapat berada di kawasan berkenaan pada setiap hari kerana terpaksa membantu calon BN lain berkempen di seluruh negara.

    ReplyDelete
  84. “Saya terpaksa menggalas amanah yang besar…kali ini berbeza. Saya bertanding sebagai pengerusi BN dan ketua kepada parti di mana saya dikehendaki untuk membantu kempen calon kita di seluruh negara.

    ReplyDelete
  85. “Jadi, kalau ada hari saya tidak boleh hadir di Pekan, maafkan saya kerana saya terpaksa mendokong perjuangan BN supaya kembali berkuasa di peringkat nasional dan negeri,” katanya.

    ReplyDelete
  86. Najib juga turut bersyukur tiada kejadian tidak diingini berlaku pada hari ini yang boleh merosakkan proses penamaan calon, dan turut mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), polis serta agensi kerAjaan berkaitan yang telah memastikan proses penamaan calon berjalan lancar, tertib dan aman.

    ReplyDelete
  87. Beliau berkata keadaan itu memperlihatkan proses demokrasi berjalan dengan baik dan boleh menjadi contoh serta teladan kepada negara lain.

    ReplyDelete
  88. Sabah’s household incomes had improved significantly from 2008 to 2012.

    ReplyDelete
  89. Last year, the average household earned RM4,013 a month compared to RM2,866 in 2007 – representing a 40 per cent increase.

    ReplyDelete
  90. the mean monthly household income growth rate for Sabah over the 2009 to 2012 period stood at 8.6 per cent, above the national growth rate of 7.2 per cent.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.