Tuesday, April 16, 2013

Team Mahathir tewas di tangan Rosmah?

Datuk Ibrahim Ali out. Khairy Jamaluddin in. Mukhriz Mahathir hilang kerusi parlimen dan bertanding di kerusi tidak selamat. Apakah semua petanda ini?

Setelah memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau akan ditolak sebagai Presiden Umno sekiranya gagal membawa BN ke keputusan yang lebih baik daripada Tun Abdullah Badawi di 2008, orang-orang yang disukai dan dibenci Mahathir mengalami nasib yang berlawanan dari yang dihasratkan.

Pertama, Ibrahim Ali, presiden Perkasa yang dirayu Mahathir secara terbuka minggu lepas untuk diberikan laluan bertanding di Pasir Mas terkeluar dari senarai calon BN.

“Saya berharap BN akan memberikan satu tempat kepada Ibrahim Ali. Jika beliau menjadi calon, saya akan pergi ke Pasir Mas untuk berkempen. Kita perlukan lebih ramai individu seperti Ibrahim Ali. Malaysia akan selamat,” kata Mahathir minggu lepas.

Kecewa dengan keputusan BN, Ibrahim hari ini mengumumkan akan bertanding atas tiket bebas di Pasir Mas.

Ibrahim bakal bertembung dengan calon BN Che Johan Che Pa dan calon PAS yang bakal diumumkan malam esok.

Ibrahim sebelum ini memenangi kerusi Pasir Mas pada 2008 atas tiket PAS.

Ramai melihat jasa Ibrahim dalam membantu Umno selama empat tahun ini tidak dikenang kerana naib presiden Perkasa Zulkifli Nordin boleh dicalonkan di parlimen Shah Alam melawan Khalid Samad dari PAS.

Kemasukan Khairy Jamaluddin dalam senarai calon BN juga bakal memberi tamparan kepada Mahathir. Ini kerana, kebencian Mahathir pada Khairy sudah diketahui umum.

Khairy dicalonkan di kerusi parlimen Rembau oleh Najib.

Bukan itu sahaja, anak Mahathir Mukhriz kehilangan kerusi parlimen Jerlun dan hanya akan bertanding di kerusi DUN Ayer Hitam, Kedah yang menjadi kubu PAS selama ini di Jerlun.

Dalam PRU12, calon PAS Abdul Ghani Ahmad menewaskan calon BN Datuk Osman Aziz dengan majoriti 506 undi, satu angka yang besar di Kedah.

Jika Najib ikhlas membuka laluan Mukhriz menjadi BN, mengapa tidak membiarkan Mukhriz bertanding di Kota Seputih?

Sedangkan semua orang Umno tahu ADUN Kota Seputih Datuk Abu Hassan Sharif bermasalah dan hampir berjaya dipecat sebagai ADUN kerana tidak menghadiri sidang DUN Kedah?

Mahathir, yang kian dilihat sebagai jeneral perang BN kali ini, sudah tentu dapat membaca ini sebagai langkah Najib untuk mencantas pengaruh Mahathir di dalam Umno, dan khasnya di Kedah.

Kalau Mahathir tidak pernah berkata Najib bakal dibuang sebagai presiden Umno jika BN gagal mencapai keputusan cemerlang, sudah tentu Najib tidak akan mengambil langkah sedemikian untuk mengurangkan pengaruhnya.

Jawatan Presiden Umno adalah lebih penting buat Najib, akhirnya. Akhirnya juga, pengaruh isteri lebih besar dari pengaruh mentor. -HD

58 comments:
Write comments
  1. Baru nampak barang Najip Naik.

    ReplyDelete
  2. Barisan Nasional (BN) tidak akan membuat sebarang pindaan terhadap senarai nama calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang telah diumumkan di setiap negeri hari ini. Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, senarai calon tersebut adalah muktamad dan telah ditapis dengan teliti sebelum diumumkan.

    ReplyDelete
  3. "Calon-calon yang diketengahkan adalah yang terbaik dan sudah pasti pembangkang akan buat macam-macam cerita negatif terhadap calon ini," katanya kepada pemberita selepas majlis solat hajat dan doa selamat di kediamannya di sini malam ini.

    ReplyDelete
  4. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata BN hari ini telah memuktamadkan calonnya yang "terkuat dan terbaik" bagi berdepan calon pembangkang pada pilihan raya umum 5 Mei ini. Beliau yang juga pengerusi BN juga menegaskan sebanyak 33 peratus calon di peringkat parlimen terdiri daripada muka baru, manakala sebanyak 49 peratus terdiri calon baru di peringkat DUN.

    ReplyDelete
  5. Menurutnya lagi, 91 peratus calon BN di peringkat parlimen mempunyai kelayakan akademik peringkat diploma ke atas. "Dari segi penyertaan, sebanyak 31 peratus di kalangan profesional termasuk profesor universiti, pegawai PTD, badan-badan agensi kerajaan, doktor, peguam, ulama, (pemimpin) popular di peringkat akar umbi dan sebagainya.

    ReplyDelete
  6. "Umumnya saya yakin, ini pasukan BN yang terkuat mampu kita tampilkan. Dan saya yakin inilah pasukan yang mampu memenuhi akujanji manifesto dan membantu kerajaan dengan dasar tranformasinya," katanya dalam sidang media selepas menyerahkan senarai dan watikah calon kepada presiden komponen parti dan pengerusi BN di seluruh negara.

    ReplyDelete
  7. Menurutnya lagi pemilihan calon di peringkat parlimen dan DUN adalah berdasarkan kepada "sentimen dan jangkaan pengundi bahawa BN dan Umno sudah bersedia melakukan perubahan dan pembaharuan". "Di samping itu, kita juga cuba mengambil kira perlunya kita membariskan wakil-wakil rakyat yang sedia ada, yang terdiri ada pengalaman berkhidmat dalam kerajaan.

    ReplyDelete
  8. "Ini kerana imbangan muka baru dan muka yang berpengalaman adalah amat penting. Kita bukan sahaja menampilkan pembaharuan, tetapi kita ada sebuah parti yang mana dengan mandat baru akan menubuhkan kerajaan akan datang, kita juga mampu mentadbir kerajaan dan berkhidmat kepada rakyat," katanya. "Ini merupakan barisan terbaik yang mampu disediakan. Ia (pemilihannya) adalah merupakan satu proses yang panjang yang dilakukan pada kali ini, meliputi banyak perundingan dengan parti komponen BN dan pengerusi BN negeri," katanya.

    ReplyDelete
  9. Menjawab soalan, Najib berkata senarai calon yang diserahkan adalah "senarai terakhir" dan berharap tidak timbul situasi yang membolehkan pertukaran berlaku. "Saya berharap tidak ada perubahan. Kami tidak menjangkakan perubahan. Saya berharap tidak timbul situasi yang membolehkan perubahan berlaku... Kami berharap (senarai) ini adalah final," tegasnya.

    ReplyDelete
  10. Kepada calon atau penyandang yang tidak terpilih, Najib turut mengucapkan perhargaan dan terima kasih dan ia tidak disebabkan mereka "gagal, bermasalah atau ada kepincangan". Sebaliknya, katanya, tuntutan rakyat yang mahukan perubahan adalah antara sebab tindakan itu dibuat.

    ReplyDelete
  11. "Terima kasih kepada semua wakil rakyat yang tidak bertanding. Ia bukan satu penafian atas khidmat mereka selama ini. "Kita berharap mereka terus menyokong parti dan memberi sumbangan dalam pilihan raya umum dan selepas itu," katanya.

    ReplyDelete
  12. Tun Mahathir Nasihat Kepada Yang Tidak Terpilih Calon BN PRU 13 - Jangan Pentingkan Diri !!!

    Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan anggota Barisan Nasional (BN) yang tidak terpilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) harus menerima keputusan itu dengan fikiran terbuka. Bekas perdana menteri berkata penyandang kerusi Parlimen atau kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak terpilih perlu menerima hakikat bahawa akan tiba masanya mereka perlu berundur.

    ReplyDelete
  13. Tun Mahathir Nasihat Kepada Yang Tidak Terpilih Calon BN PRU 13 - Jangan Pentingkan Diri !!!

    “Kalau betul-betul sayang parti, mereka akan terima dengan fikiran terbuka malah harus sokong parti dan calon ganti itu. Kena ingat dulu mereka menang sebab orang-orang (penyokong) itu juga, jadi kena kembali menyokong calon baharu,” katanya.

    ReplyDelete
  14. Tun Mahathir Nasihat Kepada Yang Tidak Terpilih Calon BN PRU 13 - Jangan Pentingkan Diri !!!

    Mengambil contoh parti UMNO, beliau berkata tindakan memilih orang lama parti untuk bertanding akan menyebabkan ramai orang tidak akan menyertai parti itu.“Ini menyebabkan UMNO makin lama makin kecil atau diisi oleh orang-orang yang tidak berbakat,” tegasnya.

    ReplyDelete
  15. Tun Mahathir Nasihat Kepada Yang Tidak Terpilih Calon BN PRU 13 - Jangan Pentingkan Diri !!!

    Beliau juga mengingatkan wakil-wakil rakyat BN yang tidak terpilih harus menyokong parti sebagai tanda membalas budi di atas peluang yang diberikan.

    ReplyDelete
  16. Tun Mahathir Nasihat Kepada Yang Tidak Terpilih Calon BN PRU 13 - Jangan Pentingkan Diri !!!

    Katanya jika mereka tidak menerima keputusan itu, ia bermakna perjuangan mereka hanya terhad kepada diri sendiri dan bercanggah dengan prinsip perjuangan parti yang ditubuhkan untuk membela nasib rakyat.

    ReplyDelete
  17. Tun Mahathir Nasihat Kepada Yang Tidak Terpilih Calon BN PRU 13 - Jangan Pentingkan Diri !!!

    Mengimbas kembali tindakannya mengundurkan diri semasa berada di puncak, Dr Mahathir berkata ia perlu dilakukan agar tidak dibenci rakyat kerana terlalu lama memegang jawatan Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  18. Tun Mahathir Nasihat Kepada Yang Tidak Terpilih Calon BN PRU 13 - Jangan Pentingkan Diri !!!

    Menyentuh mengenai manifesto PRU13, beliau berkata manifesto pembangkang memperlihatkan mereka tidak faham kebenaran dan kenyataan berbanding manifesto BN yang dihasilkan daripada pengalaman mentadbir negara.

    ReplyDelete
  19. Kita mesti percaya yang mana kerajaan BN akan mampu memberikan yang terbaik kepada rakyat.

    ReplyDelete
  20. Jangan mudah terpedaya dengan permainan pembangkang.

    ReplyDelete
  21. Kita dapat lihat sendiri akan pembangunan yang kita rasai sekarang ini.

    ReplyDelete
  22. Percayalah kepada BN untuk meneruskan usaha mereka untuk membantu rakyatnya.

    ReplyDelete
  23. Bukan mudah untuk menunaikan janji. Tapi kita dapat lihat sendiri banyak janji BN telah tertunai.

    ReplyDelete
  24. Karisma Salah Satu Bukti Kerajaan Dengar Denyut Nadi Rakyat

    Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, kerajaan yang ada sekarang ini adalalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan tidak hanya tertumpu kepada satu kaum.

    Ujarnya, setiap apa yang dirancangkan oleh kerajaan pasti akan melibatkan semua kaum sesuai dengan kempen yang dijalankan iaitu 1Malaysia.

    “Rakyat perlu lihat dan menilai apa yang telah kerajaan kita lakukan. Setiap apa yang dilakukan termasuk segala transformasi pasti melibatkan semua kaum malah kerajaan pasti menunaikan setiap apa yang dijanjikan. Kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa mengutamakan rakyat.

    “Seperti contoh program bantuan 1Azam ini. Bantuan ini adalah bertujuan membantu mereka yang tidak berkemampuan agar boleh memperbaiki taraf kehidupan mereka. Fikirlah sejenak, apa lagi yang tidak kerajaan kita lakukan untuk rakyat?,” ujarnya semasa berucap merasmikan Program Penyerahan Bantuan Karisma Parlimen Cheras di sini, hari ini.

    ReplyDelete
  25. Karisma Salah Satu Bukti Kerajaan Dengar Denyut Nadi Rakyat

    Tambah beliau, tiada parti politik lain yang lebih bertanggungjawab seperti BN yang sentiasa mendengar denyut nadi rakyat. Pakatan pembangkang ujarnya hanya tahu berjanji tetapi tidak pandai menunaikannya dan kerana itulah mereka mengatakan bahawa manifesto bukan janji.

    “Jika manifesto bukan janji, maka apa kita nak panggil? Saya amat berharap agar para pengundi di parlimen ini tidak tersalah pilih semasa mengundi pada 5 Mei nanti kerana sekiranya tersilap maka negara dan rakyat akan menanggung akibatnya.

    “Sebagai pengundi, saya minta rakyat agar membuka mata, berfikir dan menilai usaha keras kerajaan selama ini. Disebabkan kepekaan rakyat terhadap rakyatlah maka tertubuhnya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan sebagainya.

    “Oleh itu, jangan salah pilih. Jika sudah salah pilih maka amat susah untuk kita berpatah balik,” jelasnya lagi.

    ReplyDelete
  26. Mahathir dah bersara, tak perlu nak terlibat dalam politk

    ReplyDelete
  27. RAKYAT SABAH JANGAN PERCAYA ITU BN/UMNO. INGAT PRU12, SELEPAS MEREKA MENANG MEREKA NAIKKAN HARGA MINYAK. JADI JANGAN PERCAYA MEREKA INI, WAJIB KITA TUMBANGKAN INI BN/UMNO. UNDILAH PAKATAN RAKYAT UTK PERUBAHAN KEBAIKAN RAKYAT SABAH MALAYSIA.

    ReplyDelete
  28. Pada tahun-tahun awal pentadbiran Dr. Mahathir, beliau telah melancarkan Dasar Pandang ke Timur, di mana kerajaan berpaling ke negara-negara timur yang maju seperti Jepun dan Korea Selatan untuk tujuan usaha sama, perdagangan, pendidikan tinggi dan aspek-aspek lain yang difikirkan bersesuaian.

    ReplyDelete
  29. Lebih kurang pada masa yang sama, Dr. Mahathir memeperkenalkan kempen ‘Bersih, Cekap, Amanah’ dan kemudian ‘Kepimpinan Melalui Teladan’. Pada 1990, Dr. Mahathir melancarkan Wawasan 2020, pelan sembilan cabaran yang menggariskan hasrat dan halatuju kerajaan dan rakyat Malaysia iaitu untuk mencapai taraf negara maju menjelang 2020.

    ReplyDelete
  30. Pada 1996, Dr. Mahathir memacu Malaysia setapak lagi meninggalkan era ekonomi pertanian mundur, kali ini ke arah era maklumat, dengan melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC).

    ReplyDelete
  31. Ekonomi berasaskan pengetahuan yang dirangsangkan oleh pembinaan MSC adalah peringkat ketiga peralihan ekonomi Malaysia yang akan membawa negara ke taraf negara maju menjelang 2020. Antara lainnya, projek MSC merangkumi aplikasi-aplikasi seperti kerajaan elektronik, tele-perubatan dan kad pintar serbaguna.

    ReplyDelete
  32. Di satu hujung MSC terletak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA, pembangunan gergasi yang menampilkan bangunan pejabat tertinggi di dunia, Menara Berkembar PETRONAS.

    ReplyDelete
  33. Mahathir dianggap jurucakap kepada negara-negara Dunia Ketiga mahupun Dunia Islam. Antara lainnya, Dr. Mahathir menjadi pengkritik utama kuasa barat tentang kegagalan menangani pedagang matawang yang menjadi punca krisis ekonomi pada lewat 1990an.

    ReplyDelete
  34. Kemudian bila keganasan antarabangsa memuncak pada awal alaf baru, Dr. Mahathir dengan lantang mengecam tindakan pengganas, dan berulang kali menegaskan bahawa satu-satunya cara menangani keganasan ialah dengan mencari puncanya.

    ReplyDelete
  35. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad adalah pemimpin serba boleh, yang mungkin hanya satu dalam sejuta. Beliau adalah doktor, arkitek, jurutera, artis pakar niaga dan pemidato. Beliau juga adalah guru, pemikir, perancang dan pelakasana. Beliau adalah ayah dan sahabat.

    ReplyDelete
  36. Paling penting beliau adalah negarawan terulung yang dilahirkan di bumi bertuah ini. Pada Mei 2003, satu koleksi 14 buku tentang pemikiran dan wawasan Dr. Mahathir telah dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

    ReplyDelete
  37. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) sektor awam terus melaksanakan program pembaharuan semasa serta memperkenalkan inisiatif baru bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan yang diberi kepada orang awam.

    ReplyDelete
  38. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Keenam (1991-1996) kerajaan di bawah pimpinan beliau telah mengambil usaha untuk memeperkenalkan perubahan bagi mempertingkatkan budaya kecermelangan dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.

    ReplyDelete
  39. “Saya ingin tegaskan bahawa saya langsung tidak campurtangan dalam hal ehwal pemilihan calon sebaliknya keputusan itu dibuat oleh pihak pengurusan Barisan Nasional (BN).”

    Demikian kenyataan Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang berhadapan pelbagai fitnah dan tohmahan daripada segelintir pihak tidak bertanggungjawab kononnya beliau campurtangan dalam urusan pemilihan calon BN yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

    ReplyDelete
  40. “Apabila musim pilihan raya tiba, fitnah terus dilemparkan segelintir pihak kononnya saya pilih calon BN untuk bertanding pada pilihan raya kali ini.

    “Saya ingin tegaskan bahawa tuduhan itu tidak benar dan tidak berasas kerana kalau saya masuk campur pasti, saya tahu siapa yang dicalonkan atau digugurkan.

    ReplyDelete
  41. “Oleh itu, saya berdoa agar diberi kesabaran untuk menghadapi fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada saya selaku isteri Perdana Menteri. Insya-Allah, saya ingin menyatakan demi kesejahteraan rakyat dan negara ini, saya akan tabah dan sabar menghadapi segala ujian yang mendatang,” katanya.

    ReplyDelete
  42. Dalam perkembangan berkaitan, Rosmah turut menggesa semua isteri calon yang bertanding atas tiket BN supaya mengambil langkah proaktif dan memberi sokongan dengan turun padang menemani suami masing-masing berkempen.

    ReplyDelete
  43. Katanya, sokongan penuh yang diberi kepada calon yang bertanding secara tidak langsung mampu memberi kemenangan bukan sahaja kepada calon itu tetapi juga kepada BN.

    ReplyDelete
  44. “Saya minta isteri yang suaminya menjadi calon supaya turut sama menyibukkan diri berkempen untuk suami masing-masing.

    “Dengan adanya kerjasama dan sokongan bersepadu daripada pelbagai pihak, kita (BN) mampu pertahankan kepimpinan di negara ini termasuk mengambil semula Selangor daripada pembangkang,” kata Rosmah.

    ReplyDelete
  45. Headhunter & cybertrooper umno :-

    JADI KELDAI BN/umno
    SEBAR FITNAH & MENIPU, MENGHASUT,PEMBOHONGAN
    OTAK COPY PASTE & PUTARBELIT
    LIDAH SYAITAN & SYAITAN YANG DIKENALI
    POLITIK LUCAH & UMPORNO
    DALANG PROJEK IC UNTUK PATI
    SENTIMEN PERKAUMAN

    ReplyDelete
  46. Headhunter & cybertrooper umno :-

    JADI KELDAI BN/umno
    SEBAR FITNAH & MENIPU, MENGHASUT,PEMBOHONGAN
    OTAK COPY PASTE & PUTARBELIT
    LIDAH SYAITAN & SYAITAN YANG DIKENALI
    POLITIK LUCAH & UMPORNO
    DALANG PROJEK IC UNTUK PATI
    SENTIMEN PERKAUMAN

    ReplyDelete
  47. Headhunter & cybertrooper umno :-

    JADI KELDAI BN/umno
    SEBAR FITNAH & MENIPU, MENGHASUT,PEMBOHONGAN
    OTAK COPY PASTE & PUTARBELIT
    LIDAH SYAITAN & SYAITAN YANG DIKENALI
    POLITIK LUCAH & UMPORNO
    DALANG PROJEK IC UNTUK PATI
    SENTIMEN PERKAUMAN

    ReplyDelete
  48. Headhunter & cybertrooper umno :-

    JADI KELDAI BN/umno
    SEBAR FITNAH & MENIPU, MENGHASUT,PEMBOHONGAN
    OTAK COPY PASTE & PUTARBELIT
    LIDAH SYAITAN & SYAITAN YANG DIKENALI
    POLITIK LUCAH & UMPORNO
    DALANG PROJEK IC UNTUK PATI
    SENTIMEN PERKAUMAN

    ReplyDelete
  49. Headhunter & cybertrooper umno :-

    JADI KELDAI BN/umno
    SEBAR FITNAH & MENIPU, MENGHASUT,PEMBOHONGAN,PENYAMUN
    LIDAH SYAITAN & SYAITAN YANG DIKENALI
    POLITIK LUCAH & UMPORNO
    DALANG PROJEK IC UNTUK PATI
    SENTIMEN PERKAUMAN

    ReplyDelete
  50. bagi pakatan pembangkang, mereka lebih terdedah kepada mencalonkan semula muka lama walaupun pernah tewas atau sudah berusia kerana tidak cukup korum yang memperlihatkan mereka tidak ada pilihan malah sehingga ke hari ini pun calonnya masih belum muktamad walaupun sebelum ini dah berkali-kali mengatakan ia telah ada

    ReplyDelete
  51. pendekatan dan kelancaran pengumuman calon BN menunjukkan bahawa kesepakatan antara parti-parti kompenan dengan seluruh anggota jenteranya memberikan sokongan padu termasuklah mana-mana bekas wakil rakyatnya yang tidak dicalonkan semula.

    ReplyDelete
  52. Ini menunjukkan bahawa BN sentiasa sepakat, ada permuafakatan yang kukuh dalam kepimpinan tertingginya yang menjadi teras kepada anggota masyarakat untuk sentiasa memelihara kesejahteraan dan menjalankan tanggungjawab yang diberi

    ReplyDelete
  53. Dalam hal ini ia amat berbeza dengan pakatan pembangkang yang kononnya sepakat tetapi dalam soal agihan kerusi telah menunjukkan bahawa mereka tidak sepakat apabila ada di antara pemimpinnya saling mencalonkan nama anggota masing-masing untuk bertanding di sesuatu kawasan sehinggakan ada kawasan yang ada dua calon berbeza sama ada dari parti yang sama atau anggota pakatan yang berlainan.

    ReplyDelete
  54. Calon BN berada dalam keadaan yang cukup bersedia untuk berdepan pilihan raya dengan prestasi BN yang telah digilap dengan imej baru memberi gambaran sememangnya kerja keras yang ditonjolkan oleh kepimpinannya selama ini membuahkan hasil.

    ReplyDelete
  55. Ha ha ini kalilah.... headhunter akan penggal kepalanya selepas PRU13....

    ReplyDelete
  56. Pemilihan calon-calon pilihanraya bukanlah perkara yang mudah, setiap calan mesti ada keistemewaannya kerana tercalon dalam pilihan raya kali ini.

    ReplyDelete
  57. Kekecewaan calon-calon yang tidak bertanding di PRU-13 begitu ketara akan tetapi sudah semestinya BN sudah bersiap sedia sepenuhnya menghadapi hal ini

    ReplyDelete
  58. Anonymous said...
    April 17, 2013 at 2:53 PM

    Mahathir juga yang melakukan pecah tanah lebuhraya Tenom Beaufort yang sampai kini habuk pun tak ada dalam erti kata lain MENIPU RAKYAT TENOM dan Matahir juga yang beri IC pada PATI di Sabah!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.