Wednesday, April 17, 2013

Ahli akademik : Kerajaan Selangor akan tumbang?

Seorang ahli akademik, Prof Madya Dr Ismail Sualman, hari ini meramalkan kerajaan negeri Selangor pimpinan pakatan pembangkang akan tumbang pada pilihan raya umum 5 Mei depan ekoran "gelombang kemarahan" rakyat terhadap banyak janji yang dibuat pada pilihan raya lepas masih tidak ditunaikan. Dr Ismail dari Fakulti Komunikasi Massa, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, berkata masanya akan tiba tidak lama lagi bagi rakyat Selangor untuk menghukum kerajaan pakatan pembangkang melalui peti undi di atas kemungkiran janji dan kelemahan yang ketara selama lima tahun memerintah.

"Setiap pengundi ada hak untuk menyatakan kekesalan dan kekecewaan terhadap kerajaan negeri, dengan tidak lagi mengundi Pakatan Rakyat. Maknanya inilah hukuman yang bakal diterima oleh kerajaan negeri yang tidak menunjukkan prestasi dan tidak menunaikan janji-janji," katanya dalam satu temuramah. "Inilah yang paling nyata sekarang. Itu sebabnya gelombang kemarahan rakyat dah ada. Gelombang kemarahan nak menjatuhkan kerajaan yang sedia ada dan balik kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dah mula bergerak," katanya. Sebagai contoh, beliau berkata inilah satu-satunya kerajaan negeri yang paling banyak disaman oleh rakyatnya sendiri dalam sejarah negara, ekoran tindakan sedemikian oleh kira-kira 3,000 ibu tunggal baru-baru ini kerana kerajaan negeri gagal menunaikan janji pemberian bantuan kepada golongan itu.

Dr Ismail berkata kerajaan pakatan pembangkang mengamalkan dasar pilih kasih dalam pengagihan bantuan kepada ibu tunggal, suri rumah dan warga tua dengan memberi hanya kepada penyokong parti-parti mereka, berbanding apa yang dilakuklan oleh BN melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinikmati oleh rakyat tanpa mengira parti politik mana yang mereka sokong.

"Kerajaan negeri Selangor yang ini, tidak beri kepada ibu tunggal yang tidak menyokong parti Pakatan Rakyat. Ini satu kerajaan yang tidak adil. Juga bila katakan anak nak masuk ke pusat pengajian tinggi, dia akan siasat siapa keluarga dia. Kalau katakan dia keluarga orang UMNO, dia tidak akan bagi dan ini yang berlaku sebenarnya.

"Maknanya pilih bulu, pilih kasih. Bila ini berlaku saya rasa parti begini tidak akan disokong lagi kerana dia hanya berikan pada orang yang ada kepentingan sahaja. Satu lagi contoh, banyak elaun untuk suri rumah yang menjaga anak atau yang hantar anak ke tadika yang dijanjikan dalam manifesto mereka dahulu masih tidak diberi. Banyak janji yang tidak ditepati yang boleh menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat akan kalah pada pilihan raya kali ini," kata Dr Ismail.

Beliau juga berkata memang kerajaan negeri menunaikan janji pemberian air percuma 20 meter padu pertama tetapi mereka yang tinggal di rumah-rumah pangsa atau rumah bertingkat yang kebanyakan berpendapatan rendah dan sederhana yang tidak menggunakan meter secara individu sebenarnya tidak mendapat nikmat apa pun. Dasar air percuma yang dipertikaikan kewajarannya oleh banyak pihak ini lebih menguntungkan kumpulan-kumpulan yang tidak sepatutnya mendapat air percuma seperti mereka yang tinggal di rumah-rumah mewah, tambahnya.

Dr Ismail berpendapat apa yang berlaku di Selangor sudah tentu membuka mata pengundi bukan sahaja di negeri ini tetapi juga memberi impak kepada pengundi di seluruh Malaysia secara umumnya.

"Kerana apa yang berlaku di Selangor ini akan juga menjadi tempias kepada negeri-negeri lain. Dan sudah tentu dia akan memberi kesan implikasi kepada corak trend pengundian pada kali ini".

Beliau berkata rakyat Selangor juga "sangat marah" kerana kerajaan negeri di samping mempolitikkan isu air, juga melakukan perkara yang sama terhadap soal pendidikan kerana pentadbiran negeri masuk campur dalam urusan Universiti Selangor (Unisel).

"Unisel ini boleh jadi bankrap kerana terlalu banyak dipolitikkan hingga soal dalaman seperti siapa jadi Naib Canselor dan sebagainya ditentukan oleh (Penasihat PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Unisel menurun jumlah pelajarnya, daripada begitu banyak sehingga sekarang ini dah begitu banyak berkurangan". Beliau berkata tidak dapat dinafikan akan berlaku "pertempuran sengit" di antara BN dan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum kali ini dan Selangor akan kembali kepada pangkuan BN sekiranya BN meletakkan "winnable candidate" atau calon-calon boleh menang yang mewakili nurani hati dan dekat dengan rakyat.

Kesimpulannya pentadbiran lima tahun pakatan pembangkang di Selangor merupakan tempoh "janji tinggal janji", sehingga manifesto yang dahulu pun tidak dianggap sebagai janji, katanya.

"Kalau sesuatu janji itu hanya tinggal janji dan tidak dilaksanakan seperti yang saya dapati dalam kajian saya, ini dah menipu rakyat." Merujuk kepada manifesto pakatan pembangkang untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini, Dr Ismail berkata manifesto yang baharu lebih banyak memansuh daripada membina. "Cuba tengok sendiri dalam manifesto baharu ini...menghapus itu, menghapus ini, dia tak cakap nak membina. Menghapus tol sebagai contoh tetapi dia nak buat tol daripada Tanah Besar sampai George Town...dia tulis situ terowong bertol tetapi dalam manifesto hapuskan tol. Yang mana satu ni? Manifesto itu dari awal -awal lagi dah menipu," katanya. — Bernama

36 comments:
Write comments
  1. Prof Madya Dr Ismail.... tunggu dan lihat.... jangan hanya menyedapkan hati semata2....

    ReplyDelete
  2. badut b-end (jangan guna Ahli akademik) memalukan saja... bagus guna ahli badut saja

    ReplyDelete
  3. Hebat sangat ke Dr Ismail ni? Cakap tanpa statistik. Cakap hanya baca laporan akhbar atau tv pro BN. Saya tak pasti adakah dia jumpa exco Pakatan Rakyat di Selangor? Itulah pensyarah bertaraf kangkong. Sepatutnya jika nak menulis atau buat kenayaan perlu setelah jalani kajian lengkap. Kita nak tanya: Dah berapa esi anda tulis dan terbitkan? Dah berapa buah buku anda hasilkan? Teruskanlah bodek Dr ismail oi, asalkan kamu bahagia.

    ReplyDelete
  4. reti ke lecturer mass comm ni buat statistic...aku nk tgk gak cmne report kajian die...stakat ckp je nenek aku pon bole jdik doctor...aku dak itm gak tau la lecturer uitm cnme..bangang2 je sumenye....easy money duk kt itm tu

    ReplyDelete
  5. terutama lecturer mass comm...sume sma je...

    ReplyDelete
  6. Apa dia ingat dia cipta langit dan bumi ka?
    Pro madya telah menjadi bomoh BN yg boleh meramal negeri selangor..
    Patut lah parti BN syaitan yg di kenali...

    Walau macam mana pun LAWAN TETAP LAWANNNN...
    Tumbangkan rejim parti syaitan dan jin yg kamu kenali...

    Ini kali laaa...

    BAYUMURNI....

    ReplyDelete
  7. Bekas anggota Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Nordin bertekad untuk menumbangkan calon pembangkang di Parlimen Shah Alam bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menakluk kembali Selangor pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

    ReplyDelete
  8. Beliau percaya kejatuhan pembangkang di Shah Alam, yang merupakan ibu negeri Selangor dan paksi kepada kekuatan sesebuah kerajaan negeri di sini, bakal membuka jalan yang cukup luas bagi BN merampas kembali Selangor daripada tangan pembangkang.

    ReplyDelete
  9. Saya cukup yakin dengan sokongan yang ditunjukkan jentera BN di sini, kita akan jatuhkan calon pembangkang di Shah Alam dan mengembalikan Selangor kepada BN. Saya bersama jentera BN akan merangka strategi terbaik memastikan kemenangan BN,” katanya kepada pemberita

    ReplyDelete
  10. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selaku Pengerusi BN Selangor hari ini mengumumkan bahawa Zulkifli yang juga Naib Presiden Perkasa sebagai ‘calon rakan BN’ di Parlimen Shah Alam

    ReplyDelete
  11. Kerusi Parlimen Shah Alam disandang Abdul Khalid Samad daripada PAS apabila memperoleh 33,356 undi berbanding calon BN, Abdul Aziz Shamsuddin yang mendapat 24,042 undi pada PRU12 2008.

    Ditanya mengapa bertanding di bawah tiket BN, Zulkifli hanya menjawab ringkas: “hanya BN yang mampu membela nasib rakyat”, tanpa menjelaskannya dengan terperinci.

    ReplyDelete
  12. Mengulas kedudukan pencalonannya pada PRU13 sama ada menjadi calon bebas atau bakal menyertai UMNO dan BN selepas ini, beliau menjawab: “Buat masa ini saya di bawah BN, sebagai calon BN,”.

    ReplyDelete
  13. Akar umbi yakin Zulkifli merupakan calon terbaik bagi merampas kembali Parlimen Shah Alam dan percaya sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat, beliau dapat membawa perubahan besar kepada Shah Alam nanti,” katanya.

    ReplyDelete
  14. BN yakin dapat menawan semula 20 kerusi Parlimen yang terlepas kepada pembangkang, pada PRU-13 ini.Ketua Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan berkata dengan tambahan 20 daripada 137 yang dimenangi pada PRU 2008, BN akan memperoleh majoriti dua pertiga.

    ReplyDelete
  15. "Kita sasar lima kerusi yang mampu kita rampas semula dari PAS, lima dariDAP dan 10 dari PKR (Parti Keadilan Rakyat)," katanya.Menurut Ahmad, BN telah melantik 10 penceramah utama di setiap bahagian Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula hari ini sehingga 4 Mei depan.

    ReplyDelete
  16. "Penceramah ini terdiri daripada beberapa kumpulan termasuk ustaz dan pesara, mereka juga antara tulang belakang dalam jentera barisan parti komponen kita yang akan memberi taklimat mengenai manifesto BN kepada rakyat," ujarnya.

    ReplyDelete
  17. Mengulas mengenai strategi pakatan pembangkang yang menempatkan golongan artis di kawasan Parlimen dan DUN bagi memancing undi, Ahmad yang juga ahli Parlimen Pontian itu berkata BN tidak pernah merasa goyah dan khuatir berhubung perkara tersebut.

    ReplyDelete
  18. "Ramai artis sebenarnya yang menyokong BN dan kita tak pernah risau mengenai perkara itu, sekiranya Dayangku Intan (PKR) yang diuar-uarkan mahu bertanding di Pontian juga saya sangat alu-alukan tetapi saya mahu bercabar Anwar Ibrahim untuk bertanding di situ," tambahnya.

    ReplyDelete
  19. BN menampilkan seorang calon rakan BN dan beberapa tokoh profesional dalam kalangan 80 peratus muka baharu yang bertanding di Selangor pada PRU-13 bagi memastikan BN menguasai kembali Selangor.

    ReplyDelete
  20. Calon-calon yang dipilih merupakan barisan terbaik, barisan transformasi untuk Selangor bagi mengembalikan Selangor kepada BN dan menubuhkan sebuah kerajaan negeri yang kuat, katanya yang menyenaraikan 22 calon BN bagi kawasan parlimen dan 56 calon bagi kawasan dewan undangan negeri.

    ReplyDelete
  21. Kalangan calon profesional BN di Selangor ini terdiri daripada peguam, jurutera, akauntan dan ahli perniagaan. Najib berikrar untuk menunaikan janji-janji BN Selangor bila berjaya menguasai semula negeri ini dan tidak akan bersikap seperti kerajaan negeri sekarang yang hanya membuat janji-janji kosong.

    ReplyDelete
  22. Perdana menteri berkata pemilihan calon BN kali ini turut mengambil kira populariti mereka di peringkat akar umbi, mesra rakyat dan sanggup memberi khidmat bakti kepada rakyat.

    ReplyDelete
  23. Beliau berkata apa yang penting ialah parti berjaya dan mereka memberi harapan kepada parti untuk membela para anggota parti dan rakyat. Najib berkata beliau selaku Pengerusi BN Selangor akan terus mengawasi dengan sebaiknya perjalanan kerajaan negeri jika BN kembali memerintah Selangor dan akan terus membantu supaya perubahan dan pembangunan yang lebih pesat berlaku di negeri tersebut.

    ReplyDelete
  24. Aku dah tenggok dalam mangkuk ajaib. Sah Kerajaan Selangor tumbang pada PRU13 nanti. Sapa tak percaya pendek umur.

    ReplyDelete
  25. Salah guna kuasa, rasuah & rosakkan sistem demokrasi adalah mainan hidup dia org selepas era Tun Hussein Onn.... nak buat macam maner... Che Det asuh lama dah & payah untuk dipulihkan kecuali kita sanggup ubah di PRU13... Percayalah selepas BN kalah, baru dia org akan muhasabah diri dan akan kembali ke landasan yg betul.... Jom Ubah PRU13... Sekali Jer....

    ReplyDelete
  26. Anonymous said April 18, 2013 at 4:16 PM..agaknya dalam mangkuk ajaib ko tu ko yang pendek umur..he..he yang marah iyer.. jangan jadi kerbau yang dicucuk hidung ye..

    ReplyDelete
  27. kalau takut beralih kawasan bertanding jangan masuk politik, sepatutnya kita mesti berani lawan tetap lawan, kalah menang adat pertandingan, merepek kat media buat apa

    ReplyDelete
  28. B-end jangan nak mimpi tawan selangor tetapi nak pertahankan kerajaan pun tak mampu... B-end bersedia untuk menuju jalan keluar dari putrajaya balik ke kampung masing2..tempoh korang dah xpire... Aamiin

    ReplyDelete
  29. Rakyat akan memberi jawapan.

    ReplyDelete
  30. Perdana menteri berkata pemilihan calon BN kali ini turut mengambil kira populariti mereka di peringkat akar umbi, mesra rakyat dan sanggup memberi khidmat bakti kepada rakyat.

    Calon yang tidak dicalonkan harus sedar diri dan membaiki lagi kelemahan.

    ReplyDelete
  31. Let see whether Zulkifli manage to win the people heart in Shah Alam.

    ReplyDelete
  32. Najib will do anything to take back Selangor.

    ReplyDelete
  33. Zulkifli seems very confidence to win back Shah Alam.

    ReplyDelete
  34. Selangor akan kembali kepada BN.

    ReplyDelete
  35. Rakyat Selangor ramai yang tidak berpuas hati dengan pembangkang.

    ReplyDelete
  36. Bn telah membuktikan bahawa mereka pasti dapat menunaikan janji yang di beri kepada rakyat.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.