Tuesday, April 16, 2013

Ibrahim Ali, Hassan Ali & Rais Yatim Tidak Tersenarai Sebagai Calon BN

Barisan Nasional (BN) akan menamakan pemimpin Umno tempatan sebagai calon parlimen Pasir Mas daripada mengundang kontroversi dengan meletakkan Datuk Ibrahim Ali di bawah bendera mereka pada Pilihan Raya 2013, kata satu sumber.

The Malaysian Insider difahamkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mahu mengelakkan daripada dikaitkan dengan presiden kumpulan Melayu berhaluan kanan itu.

“Ibrahim Ali tiada dalam senarai,” kata sumber yang mengesahkan senarai calon Kelantan telah diserahkan kepada Mustapa yang akan mengumumkannya hari ini.

“Najib dan To Pa komited untuk membawa muka baru yang lebih berpandangan holistik dan maju dalam hubungan kaum,” kata satu lagi sumber dan menambah ini menyebabkan Ibrahim tidak dipilih sebagai calon BN.

Perdana menteri paling lama berkhidmat Tun Dr Mahathir Mohamad telah melobi agar Ibrahim dimasukkan dalam senarai calon BN dengan mengatakan presiden Perkasa itu adalah penyelamat negara.

Dr Mahathir juga merupakan penaung kepada Perkasa yang memperjuangkan hak Melayu yang sudahpun dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Ibrahim bertanding di atas tiket PAS dalam Pilihan Raya 2008 dan menang kerusi Pasir Mas. Beliau kemudiannya mengumumkan dirinya sebagai calon bebas dan dilihat rapat dengan Umno dan BN.

Beliau menubuhkan Perkasa untuk memperjuangkan hak Melayu selepas pilihan raya bersejarah yang menyaksikan BN kehilangan majoriti tradisi dua pertiga di parlimen dan beberapa buah negeri. Perkasa mempunyai lebih kurang 200,000 orang ahli yang majoritinya merupakan ahli Umno. -TMI

49 comments:
Write comments
  1. Saya sangat setuju Ibrahim Ali tidak terpilih. Kalau dia dipilih juga mungkin hancur Malaysia yg kita semua cintai ini. Tahniah Datuk Seri Najib kerana tak memilih org ini.

    ReplyDelete
  2. Dalam hal ini, saya sangat bersetuju dengan Najib.

    ReplyDelete
  3. Gua pun sokong Najib ni...kalau berikan kerusi ni kat dia lagi cepat bungkus...

    ReplyDelete
  4. BN memilih pemimpin calon berdasarkan kebolehan mereka dan sebelum ini mereka semua dinilai dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  5. Kita yakin dengan keputusan yang dibuat oleh Datuk Najib ini adalah yang terbaik.

    ReplyDelete
  6. Datuk Najib tahu apa yang perlu dilakukan untuk calon-calon PRU13.

    ReplyDelete
  7. Kita harap sangat yang mana calon-calon akan memberikan yang terbaik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  8. Jangan biarkan pengundi hampa dengan sikap yang kurang disenangi oleh mereka sebagai orang yang terpilih.

    ReplyDelete
  9. Dia kata dia tak kacak. Tak handsome. Sebab tue tak tercalon. Sambil tue sempat mempersoalkan kenapa Zulkifli Nordin tercalon?

    ReplyDelete
  10. Ibrahim Ali di antara orang yang paling frust hari ini. Frust menonggeng sehingga merintih, katanya dia tak diberi peluang, mungkin rupanya tak cantik sebagaimana Zulkifli Noordin yang diberi peluang bertanding atas tiket BN.

    ReplyDelete
  11. Jika ahli BN mahu memastikan kemenangan, mereka perlu akur kepada nasihat Najib agar tidak merajuk terlalu lama. Yang pasti, Najib mempunyai banyak saluran berwibawa untuk mendapatkan maklum balas mengenai calon, termasuk personaliti dan potensinya untuk menang.

    ReplyDelete
  12. Penelitian yang mendalam terhadap semua kriteria membabitkan calon membuktikan keseriusan beliau untuk memastikan hanya calon yang terbaik dan mampu menang ditampilkan. Tentu beliau mahu rakyat memberi reaksi positif terhadap senarai calon yang diumumkannya dalam beberapa hari lagi.

    ReplyDelete
  13. BN tentu tidak mahu mengambil risiko menampilkan calon yang tercalar peribadi dan tidak diterima rakyat sehingga kehilangan kerusi semata-mata menjaga hati individu terbabit.

    ReplyDelete
  14. Biarlah calon yang ditampilkan dapat memberi nafas baru. Percayalah, jika calon menepati ciri-ciri tepat mampu menang, peluang mempertahankan kerusi dan merampas kembali kerusi yang BN kalah dalam PRU lalu amat cerah.

    ReplyDelete
  15. saya percaya Najib menilai setiap calon dan wakil rakyat secara objektif berdasarkan komitmen mereka dan sokongan pengundi. Justeru, wakil rakyat sedia ada tidak perlu melobi menjadi calon semula kerana mereka berpotensi dipilih dan menang dalam pilihan raya jika memberi khidmat terbaik kepada pengundi di kawasan masing-masing.

    ReplyDelete
  16. Satu daripada kriteria penting ialah kelayakan calon. Sesuai dengan tuntutan zaman dan keadaan, calon yang sekurang-kurangnya mempunyai kelayakan ijazah pertama perlu dipilih. Ketokohan, daya kepemimpinan, berintegriti tinggi, berkebolehan, berpengalaman, mempunyai rekod prestasi dan kepakaran diambil kira. Kepelbagaian kepakaran dan pengalaman wakil rakyat membantu pemimpin parti dan negara merumus ramuan dasar terbaik bagi masa depan negara.

    ReplyDelete
  17. Bagi rakyat pula, mereka ingin melihat wakil rakyat yang komited membawa pembangunan ke kawasan mereka. Untuk itu, mereka mahu melihat wakil rakyat yang prihatin dan memiliki sentuhan kerakyatan, iaitu wakil rakyat yang bersedia turun padang bagi mendengar keluhan, masalah dan aspirasi mereka.

    ReplyDelete
  18. Selain terpaksa bertanding calon bebas untuk Parlimen Pasir MAS, dia yang dah naik angin berkemungkinan akan turut bertanding sebagai calon Dewan Undangan Negeri dalam PRU kali ini untuk melepaskan anginnya pada UMNO.

    ReplyDelete
  19. Apa gunanya wakil rakyat yang berkelayakan jika tidak sanggup mendengar masalah dan isu yang membelenggu rakyat? Apa gunanya wakil rakyat yang hanya mementingkan agenda peribadi, iaitu untuk mengaut kekayaan semata-mata?

    ReplyDelete
  20. Dia minta rakyat beri sokongan kepada calon BN walau di mana sahaja kecuali Pasir Mas.

    ReplyDelete
  21. Ha!! ha!! orang yang dah pening dan anginnya yang belum surut bercakap. Kasihan ye...mentah-mentah Presiden Perkasa dimalukan Naib Presiden Perkasa, Zulkifli Noordin. Lama Ibrahim membodek, akhirnya Zulkifli yang dapat dacing!!

    ReplyDelete
  22. Rakyat mahu melihat wakil rakyat yang sanggup merasai denyut nadi dan gerak rasa mereka. Untuk itu, tentu lebih elok jika calon yang dipilih ialah anak tempatan yang dilahirkan dan dibesarkan di kawasan yang bakal diwakilinya.

    ReplyDelete
  23. Hal ini kerana calon berkenaan lebih mengenali rakyat dan pengundinya, selain dapat menghayati masalah dihadapi pengundi. Rakyat lebih suka jika calon yang bertanding orang dikenali.

    ReplyDelete
  24. Najib pernah berkata, jika ada wakil rakyat yang tidak disukai, rakyat akan beri isyarat. “Jadi jawatan dalam parti tidak menjamin kemenangan seseorang itu ketika pilihan raya, hanya mereka yang disukai, disenangi dan mesra dengan rakyat akan dipilih.”

    ReplyDelete
  25. Sesungguhnya, jika ditanya rakyat, mereka mahu wakil rakyat yang sanggup bersama ketika mereka menghadapi masalah. Wakil rakyat sedemikian adalah mereka yang bersedia meringankan beban rakyat. Bagi pengundi dan penduduk di luar bandar terutamanya, wakil rakyat adalah segala-galanya.

    ReplyDelete
  26. Kini, rakyat tidak lagi suka dengan wakil rakyat yang hanya menunjuk batang hidung sewaktu menjelang pilihan raya semata-mata. Wakil rakyat yang mempunyai hubungan awam yang baik dan sentiasa mendampingi mereka akan melekat di hati rakyat.

    ReplyDelete
  27. Senarai Calon BN PRU-13 Muktamad – Tengku Adnan

    PUTRAJAYA, 17 April – Tiada perubahan dalam senarai calon Barisan Nasional (BN) yang diumum bertanding pada pilihan raya umum ke-13 dan ia adalah muktamad.

    Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ini kerana pemilihan dan saringan telah dibuat secara teliti oleh Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Beliau berkata pembangkang akan berkata macam-macam kononnya, wujud perasaan tidak puas hati dalam kalangan anggota BN dan itu memang sudah dijangkakan.

    “Tapi saya yakin semua dapat terima dengan hati terbuka, lagi pun aku janji telah dibuat dengan pengerusi parti,” katanya di sini Selasa.

    Tengku Adnan juga optimistik, dengan senarai calon tersebut BN mampu melakar keputusan lebih baik berbanding pilihan raya umum 2008.

    Pada masa sama, beliau turut mengingatkan semua anggota parti, tindakan displin akan diambil oleh lembaga tatatertib, sekiranya ada anggota cuba mensabotaj parti.

    ReplyDelete
  28. Mungkin saya tak cantik kata Ibrahim! Sedarpun kan katak!

    ReplyDelete
  29. kena terima keputusan ini dgn baik.

    ReplyDelete
  30. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah menegaskan pemilihan calon BN turut bergantung kepada penerimaan rakyat, kemampuan dan rekod pencapaian calon selain mengambil kira pertimbangan yang adil antara parti komponen BN.Selain itu Najib menggariskan bahawa kriteria calon boleh menang BN ialah peribadi, kebolehan, ketokohan dan pengalaman individu menjadi asas dalam pemilihan.

    ReplyDelete
  31. Justeru tidak perlulah mana-mana pemimpin-pemimpin sama ada di peringkat pusat atau bahagian mendabik dada kononnya mereka berada dalam kategori calon boleh menang. Ini memandangkan sama ada boleh menang atau tidak bukan mereka yang tentukan tetapi rakyat.Oleh itu, dalam soal ini adalah penting jika pemilihan calon kali ini dilakukan secara berhati-hati dengan mengambil kira pandangan rakyat dan laporan agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan.

    ReplyDelete
  32. Ia memandangkan jika BN tersilap langkah dalam membuat perhitungan semata-mata untuk menjaga hati mana-mana pemimpin maka yang akan menanggung akibat adalah parti. Dalam berhadapan pilihan raya umum yang cukup getir ini, BN dan UMNO perlu memastikan calon yang dipilih diterima oleh rakyat dan bukannya pemimpin yang mengamalkan sikap `syok sendiri' kononnya dia masih boleh menang.

    ReplyDelete
  33. Malahan jangan ada pandangan kononnya kalau seseorang pemimpin itu tidak terpilih ia boleh membawa bencana kepada peluang BN. Bagi pemimpin seumpama ini, kalau betul rakyat mahukan dia tetapi tidak dipilih oleh parti mungkin ia bencana untuk parti tetapi kalau dia memang tidak dikehendaki oleh rakyat tetapi dipilih oleh parti maka itu adalah bencana yang sengaja diundang. Justeru kepada pemimpin-pemimpin yang berhasrat masih mahu menjadi calon atau berasa layak menjadi calon sedangkan, dia sendiri memahami bagaimana penerimaan rakyat di kawasannya maka belajar-belajarlah menilai diri dan bermuhasabah.

    ReplyDelete
  34. Pilihan Raya Umum Ke-13 bukannya medan untuk survival politik mana-mana individu tidak kira apa juga jawatannya di peringkat pusat, bahagian mahupun negeri. Kalau kajian menunjukkan pencalonannya boleh mengundang kekalahan atau bencana kepada parti maka terima sahaja dengan terbuka keputusan pucuk pimpinan.Memanglah semua orang merasakan dirinya layak, apatah lagi kalau dia memegang jawatan di peringkat bahagian tetapi itu bukan jaminan pencalonannya boleh membawa kemenangan kepada parti.

    ReplyDelete
  35. Apa yang lebih utama seperti mana kata Najib, kepentingan parti harus mengatasi kepentingan individu. Kalau benarlah mereka sayangkan parti dan mahu memastikan kedudukan bangsa, agama dan negara tidak digugat oleh pakatan pembangkang maka bersedialah untuk tidak dicalonkan.Kita percaya setiap keputusan dalam soal pemilihan calon ini akan dilakukan dengan penuh hati-hati dan kebijaksanaan oleh pucuk pimpinan parti demi memastikan kemenangan yang diidam-idamkan tercapai.

    ReplyDelete
  36. Kecewa dan sedih tidak salah tetapi jangan sampai bertindak sebagai pengkhianat apabila tidak terpilih sebagai calon kerana bak kata Najib, "Jika kita faham kenapa pilihan raya diadakan, kita takkan benarkan perasaan dan pertimbangan lain menggantikan pertimbangan untuk parti, seelok-eloknya kalau kecewa pun dalam tempoh 24 jam sahaja. Lepas itu kena turun padang.''Semoga pesanan Perdana Menteri ini akan menjadi iktibar kepada mereka yang tidak terpilih sebagai calon agar impian BN untuk meneruskan kesinambungan perjuangan demi bangsa, agama dan negara tidak dikhianati dari dalam.

    ReplyDelete
  37. Sebab nko dah dapat apa yg sepatutnya nko dapatlah Brahim...!!! masih tak sedar diri lagi ker..?? skang rasakan bagaimana dimalukan dan menjadi pengemis politik...!!

    ReplyDelete
  38. "Saya tidak disenaraikan maknanya saya tidak diberi peluang, sebab-sebabnya saya tak tahu". Mungkin rupa paras saya tak cantik atau sebagainya".

    RUPA ORG TAK KISAHLAH PAK BERAHIM..TAPI HATI JANGAN JADI MACAM HATI KATAK..ITULAH NAJIB TAK NAK PILIH KAU, TAKUT KAU MELOMPAT LAGI..SUSAH NAJIB NAK TANGKAP KAU NANTI....

    ReplyDelete
  39. kenapa zul katak dapat, katak sejati tak dapat????

    ReplyDelete
  40. IBRAHIM LAH BANYAK BERJUANG UNTUK UMNO TAPI AKHIRNYA KANTOI TIDAK DIPILIH HEHEHHEEHEH RASAKAN UMPAMA MADU DIBAGI TAPI RACUN BALASAN NYA

    ReplyDelete
  41. Begitulah balasan kepada Ibrahim ali kerana hianat kepada Pas,padan muka tuhan dah balas sedikit aje tu hehehehhe.

    ReplyDelete
  42. Headhunter & cybertrooper umno :-

    JADI KELDAI BN/umno
    SEBAR FITNAH & MENIPU, MENGHASUT,PEMBOHONGAN
    OTAK COPY PASTE & PUTARBELIT
    LIDAH SYAITAN & SYAITAN YANG DIKENALI
    POLITIK LUCAH & UMPORNO
    DALANG PROJEK IC UNTUK PATI
    SENTIMEN PERKAUMAN

    ReplyDelete
  43. ada teratak di hujung kampung,
    bawah cermin kopak ada kotak..
    tersembunyi dalamnya ada tempurung,
    sembunyi bawahnya KATAK MELALAK... - Jamal Abdillah.

    ReplyDelete
  44. Headhunter & cybertrooper umno :-

    JADI KELDAI BN/umno
    SEBAR FITNAH & MENIPU, MENGHASUT,PEMBOHONGAN,PENYAMUN
    LIDAH SYAITAN & SYAITAN YANG DIKENALI
    POLITIK LUCAH & UMPORNO
    DALANG PROJEK IC UNTUK PATI
    SENTIMEN PERKAUMAN

    ReplyDelete
  45. Headhunter & cybertrooper umno :-

    JADI KELDAI BN/umno
    SEBAR FITNAH & MENIPU, MENGHASUT,PEMBOHONGAN,PENYAMUN
    LIDAH SYAITAN & SYAITAN YANG DIKENALI
    POLITIK LUCAH & UMPORNO
    DALANG PROJEK IC UNTUK PATI
    SENTIMEN PERKAUMAN

    ReplyDelete
  46. PERTANYAAN KEPADA HEADHANTER DAN HIDUP DI SABAH.... Apa sebab Ibrahim ali ini tidak di calonkan? Lu sokong najib, apa alasan najib tu.... bukankah ibrahim ali tu pejuang melayu? Beritahu pembaca sebab-sebabnya.... Korang kata "Penelitian yang mendalam terhadap semua kriteria membabitkan calon...." Kami mahu tahu apa kriteria mendalam tu?

    ReplyDelete
  47. Mungkin andaian ini boleh difikirkan, dasar DS Najib untuk menang pilihanraya, untuk selamatkan BN, dia tabur sikit sana sikit sini kepada seberapa banyak ruang sudut yang ada supaya ada sentuhan menyeluruh. Pelajar sikit, Teksi sikit (4 tayar), Kakitangan kerajaan sikit, Polis sikit, Brim, dan banyak lagi. Persoalannya adakah kita ikhlas balas umpan ini dengan undi. Kenapa bila Pembangkang Kuat dan hampir Pilihanraya yang dulu tidak boleh bantu sekarang boleh pula. Bila Pakatan Rakyat mahu buat jalan rentas Sabah - Sarawak jika menang PRU13, baru BN pun masukkan dalam Manifesto mahu buat juga. Sejak 50 tahun dahulu dengan hasil minyak Sabah yang berbilion setiap tahun BN tak mampu kah buat jalan ini. Nampak sangat kita dipermainkan.

    ReplyDelete
  48. Dia dah bakar karear politiknya...... dulu mahu bakar alkitabkan....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.