Thursday, April 18, 2013

Calon PAS Tanjung Batu, Tarik Diri Atau !!



Calon PAS Dun Tanjung Batu, Fatmawaty Mohd Yusuf mendakwa berdepan gangguan emosi dan keselamatan apabila kereta miliknya disimbah cat merah awal pagi tadi. (Gambar atas)

Cermin tingkap rumahnya di Taman Tawau, Sabah turut dipecahkan dan nota ugutan bertulis 'TARIK DIRI ATAU!!!' ditinggalkan di tepi tingkap.

Selain kereta MyVi miliknya, simbahan cat merah tersebut turut mengenai kereta MyVi milik adiknya yang diparkir bersebelahan keretanya.

Menurut Fatmawaty, 30, kejadian disedari adiknya kira-kira jam 3 pagi apabila terdengar bunyi cermin pecah.

Sehubungan itu beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.

"Saya buat laporan polis kerana merasakan emosi dan keselamatan saya terganggu dengan perbuatan khianat ini.

"Saya minta polis siasat perkara ini kerana sepanjang 27 tahun saya tinggal di sini, belum pernah berlau kejadian seperti ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau tidak menolak kejadian tersebut bermotif politik kerana ia berlaku selepas beliau diumumkan sebagai calon pada Sabtu lalu.

"Saya serah kepada polis untuk siasat siapa yang terlibat tapi kejadian ini berlaku selepas nama saya naik sebagai calon PAs dan beberapa hari sahaja menjelang penamaan calon," katanya.

Namun tegasnya, kejadian tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk terus bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

"Saya mula terlibat sepenuh masa dengan PAS sejak mula-mula habis belajar lagi.

"Jadi tidak mungkin saya akan tarik diri hanya semata-mata kerana menerima ugutan sebegini. Saya bersedia menghadapi apa sahaja halangan selepas ini," tegasnya yang merupakan lulusan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Katanya juga, ekoran kejadian tersebut, PAS Kawasan Kalabakan mengambil langkah meningkatkan lagi kawalan keselamatan menjelang hari penamaan calon dan pembuangan undi.

"Pihak keselamatan PAS berwaspada dengan kejadian ini dan saya sering ditemani pihak kesalamatan PAS ke mana-mana program yang saya pergi," katanya. -HD

24 comments:
Write comments
  1. Perbuatan ini tiada lain adalah perbuatan JAHAT penyokong2 UMNO/BN yg terdesak krn bimbangkn rakyat sudah tolak UMNO/BN. Jgn takut dn bimbang teruskn perjuangan untk TUKARRRRRRRR undi PAKATAN!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Ini kerja syaitan..Syaitan dah buat akujanji...mereka akan buat kerja2 jahat sampai akhir zaman...Sesiapa yg berkawan dgn syaitan saja yg sanggup buat kerja yg dilaknat Allah...Tum Madey dah istihar..."Lebih baik berkawan dgn syaitan........dari berkawan dgn malaikat ......".....Tumbangkan kerajaan yg berkawan dgn syaitan...Tumbangkan BN.

    ReplyDelete
  3. INI SEMUA ANKARA PENKHIANAT NEGARA SYAITAN TUN MADIR KUTY MEMBERI IC SEGRA KPADA PATI UNTUK UMNO TRUS BERKUASA

    ReplyDelete
  4. Itu le politik UMNO setelah 56 tahun merdeka.

    ReplyDelete
  5. JANGAN TAKUT FATMAWATI DENGAN ANCAMAN MAKHLUK CIPTAAN TUHAN,
    LAWAN TETAP LAWAN DEMI MARUAH BANGSA SABAHAN SEKALI PUN NYAWA KITA MELAYANG DI ATAS NIAT JALAN JIHAT DENGAN TULUS IKHLAS.
    KITA SEBAGAI RAKYAT SABAH YG DI ZALIMI PEMIMPIN YG BEGITU DAHYSAT DENGAN PENIPUAN,PEMBOHONGAN DAN PENYAMUN TARBUS HARUS DI TENTANG SEKERAS-KERASNYA DEMI ISLAM DI ALAM SEJAGAT INI..

    BIAR SEKALI PUN KITA GUGUR DAN MATI FISABILLAH KERANA INGIN MENEGAKKAN KEBENARAN DARI KEJAHILAN DAN DURJANA PEMIMPIN YG KEJAM DI ABAD 20 INI.
    KITA RAKYAT SABAH HARUS MENOLAK SEKERAS-KERASNYA PARTI YG BERTOPENG KAN ISLAM SEMATA-MATA DEMI RAKYAT SABAH YG TELAH BERPULUH TAHUN DI PERBODOHKAN OLEH REJIM BN/UMNO.

    MEREKA LAH PENGKHIANAT BANGSA URG SABAH YG SEBENARNYA DENGAN CARA MELALAI KAN POLITIK DEMI KRONI-KRONI MEREKA.
    BN/UMNO TIDAK RASA BERSALAH BILA MELAKUKAN PERKARA KEJI RASUAH NOMBOR 1 DI MALAYSIA.
    AHLI-AHLI BN MAU PUN YB-YB YG ADA DI SABAH TERLALU SOMBONG DAN BONGKAK DENGAN KERETA PUJAAN DAN IMPIAN MEREKA YG DI GELAR NINJA KING ATAU PALING HEBAT LAGI LEXUS DENGAN MENDABIK DADA HASIL USAHA DAN KERJA KERAS MEREKA WAL HAL DUIT AIRMATA RAKYAT MELULUSKAN SATU PROJEK UNTUK MENDAPATKAN KOMISEN DARI KONTRAKTER YG DI SEBUT WANG SAGU HATI ATAU HAMPER...

    TERNYATA REVOLUSI RASUAH TELAH MENYERAP KEDALAM DARAH DAGING DAN TULANG SUMSUM BN/UMNO DAN MENULAR SEHINGGA KESABAH...
    BN TELAH BANYAK MENGAJAR CARA MERASUAH DAN JALAN-JALAN MENYIMPANG DARI DI KETAHUAN RAKYAT SABAH.
    INI JELAS DAN NYATA TETAPI AHLI UMNO BN TIDAK BERANI MENEGAKKAN KEBENARAN..
    SESUNGGUHNYA MEREKA AMAT MEMERLUKAN DUIT HARAM UNTUK MENCAPAI IMPIAN MEEKA DAN KEPERLUAN MEREKA TERRRRRRRMASUK... KASI MAKAN ANAK BINI MEREKA...

    INI LA KEBANGGAAN RAKYAT SABAH YG MASIH DAYUS DAN LUPA ASAL NENEK MOYANG MEREKA YG DI PERHAMBA DAN DI PERBODOHKAN OLEH REJIM BN DAN UMNO SEJAK 50 TAHUN.
    KALAU RAKYAT SABAH PERGI KE THAILAND,PILIPIN,TAIWAN ATAU SINGAPURA DI SANA TIDAK ADA BENDERA BN ATAU UMNO,TETAPI TIANG LAMPU TETAP DI PACAK DENGAN WARNA WARNI,JALAN RAYA BEGITU BAIK,KEMUDAHAN PENGANGUTAN AWAM BEGITU MUDAH DAN MURAH.

    DI KOREA REVOLUSI ANTI RASUAH TAHUN1986 MELETUS HINGGA MEYEBABKAN KEMATIAN DI ANTARA RAKYAT KOREA SELATAN DENGAN POLIS KERAJAAN SANGGUP MEMBAKAR DIRI UNTUK MENENTANG GEGALA RASUAH YG BERLELUASA PADA MASA ITU,SEKARANG KITA LIHAT JENAMA KOREA BERADA DI SELURUH DUNIA TERMASUK HANDPHONE YG KAMU PAKAI JENIS SAMSUNG NOTE,SAMSUNG GALAXY ,TAP 7.7 ATAU APA -APA SAJA BA ASAL BUATAN KOREA...

    SEBAB APA MEREKA MAJU SEHINGGA MENGEGARKAN DUNIA APPLE DARI AMERIKA?
    PARA PEMIMPIN KOREA BERTEKAD UNTUK BERHENTI MENGAMAL KAN RASUAH YG BANYAK MEROSAKKAN NEGARA DARI TERUS MAJU..

    SEKARANG KITA LIHAT DENGAN MATA KEPALA KITA SENDIRI KOREA ADALAH SATU-SATU NEGARA SAINGAN MAPAYSIA SUATU MASA DULU TETAPI MALAYSIA SUDAH JAUH KETINGGALAN DARI NEGARA KOREA DI SEBABKAN PEMIMPIN NEGARA MALAYSIA BANYAK MENGAMALKAN RASUAH,KRONISM,SALAH GUNA KUASA,TIDAK AMANAH PADA RAKYAT
    TIDAK DAPAT MENERIMA KEKALAHAN,
    YG PALING TERUK SEKALI DENDAM PADA RAKYAT SABAH UNTUK DI JADIKAN LEMBU PENGANGUT BARANG...

    RAKYAT SABAH HANYA ADA DUA PILIHAN...!!!!
    SAMADA TUKAR BN/UMNO ATAU TERUS MENJADI HAMBA PADA BN/UMNO UNTUK MENJADIKAN SABAH INI TERUS MENJADIKAN SABAH INI MISKIN DAN PAPA KEDANA SELAMA-LAMANYA....

    Ini kali laaa....

    BAYUMURNI...

    ReplyDelete
  6. Ini perbuatan paling bodoh dan makhluk yg paling tak guna di muka bumi Allah. rakyat sabah tetap akan menolak rejim BN/Umno yg selama ini telah bnyak memperbodohkan rakyat sabah. kami akan menolak dan kuburkan calon BN sama ada KALABAKAN,BALUNG dan juga SEBATIK...inikali BN/UMNO akan d KUBURKAN TANPA BERNISAN. amin.

    ReplyDelete
  7. Apa pun berlaku yang pasti Sabah Bakal diterajui oleh "PAKATAN RAKYAT" ingat sejarah USNO,BERJAYA,PBS dan kini UMNO.... ini rakyat sabah bah... Tidak Suka Kita Tukar... Kuasa Di Tangan Rakyat.... Aamiin

    ReplyDelete
  8. Kerja jahat ini otak beku maka bertambahlah rayat benci akan umno nie hasilnya umno juga yang rugi dan perangai ini tidak dibuat oleh orang Sabah tapi disemanjung dan sekarang selama bN perintah kegaganasan mula tersebar,saya pun orang umno tapi cara tektik jahat begini saya rasa merugi umno sendiri.

    ReplyDelete
  9. beginilah caranya...selepas ini kereta calon bn tg batu pula yg disimbah...mau tuduh siapa ya??? haha politik murahan betul la...jgn fikir rakyat bodoh bah...takkan pihak bn hendak memjerat diri dgn membuat perlakuan bodoh sebegitu...rakyat tidak bodoh...sudah matang...

    ReplyDelete
  10. Kerja khianat siapa la ni ya..

    ReplyDelete
  11. Entah betul ka tidak. Kot2 nak cari publisiti..

    ReplyDelete
  12. Ini boleh jadi modal untuk berkempen nanti. Mula la tuduh si polan bin polan yang buat kononnya..

    ReplyDelete
  13. Mak Jemah tarik diri je la yer...

    ReplyDelete
  14. Tidak dapat lawan hujah guna cara kasar, tak dapat cara kasar cara halus, politik kepala lutut.

    ReplyDelete
  15. SIKAP TIDAK MATANG PENYOKONG

    Insiden politik ugutan dan serangan simbah cat sungguh menyedihkan
    ia bertentangan dengan semangat demokrasi.

    Sikap ini mencerminkan tidak matangnya demokrasi kita. Diharap polis
    akan mengambil tindakan sewajarnya.

    Setiap warga negara Malaysia berhak menjadi calon, sama ada melalui
    parti politik atau bebas. Diharap insiden simbah cat ini tidak berulang
    para penyokong parti politik hendaklah mengawal perasaan.

    Jangan susahkan Polis dan SPR. Dalam mengawal perjalanan PRU 13
    saya menyeru penyokong parti politik bersabar ingat kita semua rakyat
    Malaysia...jangan timbulkan anarki....

    ReplyDelete
  16. Inilah dia kerja-kerja ORANG DAH TERDESAK DAN TERSEPIT . . . . upah pembunuh, upah samseng, upah pengacau, upah penyiram cat, upah pembaling batu dengan RM20, DAN upah sulu dengan IC

    ReplyDelete
  17. MANA2 CALUN PR DAPAT UGUTAN INSYALLAH BOLEH MENANG, NAMPAK SANGAT PIHAK BN TIADA TELUR DAN MARUAH, KEMPEN DALAM TV KATA BOLEH MENANG , KALAU BOLEH MENANG LAWAN CARA BERMARUAHLAH BODOH PUNYA UMNO.... MALUKAN ROSMAH AJA!!!! ADA TELUR BAGI MAKAN ANJING LAGI BAGUS....

    ReplyDelete
  18. Apa pun berlaku yang pasti Sabah Bakal diterajui oleh "PAKATAN RAKYAT" ingat sejarah USNO,BERJAYA,PBS dan kini UMNO.... ini rakyat sabah bah... Tidak Suka Kita Tukar... Kuasa Di Tangan Rakyat.... Aamiin INI KALI LAH.... TUKAR TUKAR TUKAR

    ReplyDelete
  19. kena siasat siapa yang melakukan perbuatan samseng tersebut.

    ReplyDelete
  20. Aktiviti ini harus dielakkan, ini tidak membantu membaiki keadaan.

    ReplyDelete
  21. Hantar kes ini ke pihak polis untuk membuat siasatan.

    ReplyDelete
  22. Ini sudah menjadi ugutan untuk tarik diri. Siapakah dalangnya?

    ReplyDelete
  23. "Saya minta polis siasat perkara ini kerana sepanjang 27 tahun saya tinggal di sini, belum pernah berlau kejadian seperti ini,"

    Unsur keganasan harus menjauhi PRU. Biarkan rakyat menentukan kerajaannya.

    ReplyDelete
  24. Tidak mungkin disebabkan perkara ini dan beliau tarik diri.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.