Dua syarikat kerajaan Rangkaian Pengangkutan Deras Sdn Bhd (RapidKL) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) mengalami kerugian lebih RM1 bilion sehingga akhir 2010, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011.
Menurut laporan itu, IWK terus mengalami kerugian sehingga mencatatkan angka RM888.81 juta sehingga akhir 2010, manakala RapidKL pula mengalami kerugian terkumpul RM293.82 juta antara 2008 hingga 2010.
Laporan yang dibentangkan di Parlimen hari ini antaranya menunjukkan IWK menanggung kerugian akibat terlalu bergantung kepada subsidi kerajaan untuk menampung perbelanjaan operasi yang semakin meningkat.
RapidKL pula dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini hanya mencacatkan keuntungan pada tahun 2009 selepas mendapat peruntukan kerajaan berjumlah RM112.23 juta bawah pakej rangsangan ekonomi.
Audit juga mendapati terdapat kelemahan pengurusan dokumen kewangan serta kawalan dalaman sistem kutipannya.
Maklum balas RapidKL dalam laporan tersebut menyebut, kerugian yang dialami itu berpunca daripada kos pekerja dan kos penyelenggaraan yang sentiasa meningkat.
Selain itu, syarikat itu juga tidak pernah meningkatkan kadar tambang sejak mula beroperasi pada 2005 dan menganggarkan keadaan kewangan yang "lebih sukar" bagi membiayai perbelanjaan operasi sekiranya tidak menaikkan kadar tambang tren dan bas.
Syarikat itu juga akan terus memerlukan bantuan berterusan daripada Prasarana dan kerajaan sekirana tidak berbuat demikian, menurut maklum balas itu.
Bagaimanapun, syarikat itu berikrar untuk terus memperbaiki kedudukan kewangan syarikat serta memastikan semua inisiatif untuk meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kos operasi berjalan lancar.
IWK pula dalam maklum balasnya kepada Jabatan Audit menyebut, prestasi kewangannya kurang memuaskan sejak tiga tahun lalu kerana kadar tarif pembetungan yang rendah sedangkan kos operasinya meningkat saban tahun.
Penyata kewangan IWK yang diaudit menunjukkan peningkatan dalam pendapatan berjumlah RM156.03 juta (27.5%) bagi tahun 2009 berbanding tahun sebelumnya, namun mengalami penurunan pendapatan pada tahun 2010 berjumlah RM105.34 juta (14.6%) disebabkan faktor berkenaan.
Menurut laporan itu, kadar tarif pembentungan negara tidak pernah dinaikkan sejak tahun 1994, malah diturunkan kerajaan pada tahun 2004 akibat rungutan pelanggan.
Kerajaan juga menyalurkan subsidi berjumlah RM1.32 bilion dari tahun 2001 hingga 2011 bagi menampung defisit kos operasi tersebut.
IWK kemudiannya tidak lagi bertanggungjawab ke atas perkhidmatan untuk tangki septik individu dan komunal apabila Akta Industri Perkhidmatan Air dikuatkuasakan pada 2008.
"Ini menyebabkan pendapatan IWK terus menurun akibat kehilangan anggaran 11,348 pelanggan tangki septik individu," kata laporan itu.
Syarikat itu juga menyatakan untuk menjalan usaha berterusan bagi meningkatkan hasil dan mengurangkan kos dengan memperkenalkan beberapa inisiatif seperti perlaksanaan Continous Improvement Projects (CIP).
"Perlaksanaan CIP yang dimulakan pada bulan Februari 2012 akan siap pada 31 Januari 2013 dan seterusnya pada setiap tahun. Kajian telah dibuat dengan pihak berkenaan untuk penyelarasan semula struktur dan kadar tarif pembetungan.
Menurut laporan itu lagi, cadangan Semakan Semula Kadar Tarif ini dijangka akan dibentangkan oleh pihak kementeritan tenaga teknogi hijau dan air kepada Kabinet pada 31 Disember nanti. -MK
Monday, October 15, 2012
2 syarikat k'jaan rugi lebih RM1 bilion
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mcm mane ndak rugi, gaji dan elaun ORANG-ORANG BESAR ddalam tu berapa? Sama dgn MAS tu. Walaupun tambang tiket memang mahal tetapi kos gaji dan elaun shj mngkin 1/3 dr income manakala kos pembelian sesuatu inden yg ndak masuk akal mngkin jd 2/3 dr income. Lepas tu kos bahanapi yg sentiasa naik, jadilah semuanya 3/3 dr income. Mana balance ? Betul le sykt kerajaan banyak yg rugi.Itu contoh perkiraan mudah. Lepas tu bila rugi, NAH KERAJAAN ( UMNO ) AMBIL BALIK SYKT KAU NIH DAH RUGI DAH AKU. Teori mudah utk kita menilai kenapa mudahnyaaaa sykt GLC gulong tikar. Lagi pula, mana2 sykt yg susah mamposs spt Telekom, Beras, Gula atau Air alamatnya sampai bila2 lah dok dlm genggaman kroni. Alasan penswastaan cukop mudah kalu mengikut kehendak Mahathir dulu ialah nak kurangkan beban kerajaan mengendalikan sesuatu entiti atau orgnisasi. OLEH ITU, KALAU TAK MAMPU SERAHKAN SHJ PUTRAJAYA KPD PR.NAK SEBAT HARTA NEGARA,CAKAP TERUS TERANG.NDAK PAYAH BRSELINDUNG,BAH.
ReplyDeleteJangan terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan untuk terus maju.
ReplyDeleteLebih diswastakan supaya lebih efektif
ReplyDeletekepentingan rapidKL sebagai pengangkutan awam utama di barat semenanjung seperti selangor dan KL, memang tdk dpt disangkal lg.
ReplyDeleteJd, syarikt tu harus berusaha untuk mengelakkan daripada kerugian itu terus berlaku. cari inisiatif yang mungkin lebih menjmin keuntungan..semoga berjaya!
ReplyDeletekena perbaiki pengurusan, jgn rugi lagi.
ReplyDeleteSemakin tercalaq imej kerajaan umno/bn.......walau berbagai alasan dibagi tapi rakyat dah bijak menilai yang mana racun dan yang mana madu.....
ReplyDeleteKena perbaiki pengurusan agar ndak rugi lagi ? Bukan dia heran rugi ponnn...kan harta kerajaan. Tu lah knsep kebas harta negara. Bukan silap pengurusan,tapi memang dah nak ngappp duit tu.
ReplyDeleteMaka itu, rakyat pun janganlah terlalu sangat bergantung pada subsidi dan bantuan daripada kerajaan.
ReplyDeletePengurusan kewangan perlu dilakukan dengan baik.
ReplyDeleteBelajar daripada pengurusan Air Asia ler..bukan satu dua orang saja yang kawal semuanya.
ReplyDeleteAtaupun belajar cara orang Jepun bekerja..kurang manipulasi sana sini.
ReplyDeleteMCA Young Professionals Bureau chief Datuk Chua Tee Yong yesterday challenged the Selangor government to explain what he described as “the RM1 billion deal” involving Talam Corporation.
ReplyDeleteChua, who is also deputy agriculture and agro-based industry minister, alleged that the deal between the Parti Keadilan Rakyat-led state government with the debt-ridden company was questionable as it had allegedly been brokered via dubious business transactions.
ReplyDeleteChua said according to Talam’s annual report, the state government had purchased the assets between March 12 and April 9, 2010.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteFrom this deal alone, Talam had walked away with over RM266 million in cash, which was paid to its bankers.
ReplyDelete
ReplyDeleteChua named the state-linked companies involved in the deal — Universiti Selangor, Permodalan Nasional Selangor and Kumpulan Hartanah Selangor Bhd.
ReplyDeleteIn 2009, the Selangor state assembly approved a supplementary budget of RM392 million to Menteri Besar Inc (MBI), the parent of Selangor state subsidiaries, to facilitate the debt recovery exercise.
MBI would buy the debt from the state government and assume responsibility to recover the debt owing from Talam Corporation Bhd, a public listed company.
ReplyDelete
ReplyDelete"However, the state companies involved have yet to receive the money owed to them by Talam, even though the Selangor government claimed to have collected the debts," said Chua.
"The state government must therefore explain the RM676 million asset acquisition from Talam and the status of the RM392 million budget allocation."
ReplyDelete
ReplyDelete"He (Khalid) has not fulfilled his promise made two years ago to present a white paper on the state government's controversial debt recovery exercise involving Talam Corporation Bhd," Chua said.
In an immediate reaction, Khalid said he would answer all questions on the Talam issue after the state executive council meeting.
ReplyDelete
ReplyDeleteSpeaking to the press after the closing of the Selangor Budget dialogue session here yesterday, he said he needed to study the allegations before answering them.
"I don't know about it (the allegations) but I heard the amount has dropped a little from their earlier allegations."
ReplyDelete
ReplyDeleteHe said the state would be releasing a white paper on the issue during the tabling of the Selangor Budget 2013 in the state assembly, which is expected to be in November.
Khalid said the white paper would show the restructuring of Talam, including the property development that had taken place since the takeover.
ReplyDelete