Wednesday, October 17, 2012

‘Ustaz’ Salah Kiblat, Khalwat Isteri Orang

Temberang seorang lelaki yang pura-pura bersolat bagi mengelak daripada dicekup kerana berkhalwat dalam sebuah bilik di kedai menjual pakaian milik pasangannya di Selayang, dekat sini, kelmarin, tidak berhasil apabila dia didapati tersalah arah kiblat. Gambar hiasan

Lelaki 46 tahun itu dan pasangannya yang berusia 37 tahun, dicekup oleh suami wanita berkenaan sendiri selepas curiga dengan kehadiran lelaki terbabit dalam kedai isterinya yang ketika itu tertutup.

Menurut sumber, sebelum kejadian si suami yang berusia 37 tahun mahu menjemput isterinya keluar makan pada jam 12 tengah hari, namun berasa pelik apabila mendapati kedai isterinya tertutup seolah-olah tidak beroperasi pula.

“Mengesyaki ada sesuatu tidak kena, si suami masuk dalam kedai, tetapi masih tidak menemui isterinya.

Dia kemudian ke sebuah bilik di bahagian belakang dan menemui kasut isterinya diletakkan di tepi pintu.

“Lelaki itu memanggil isterinya dan mengajaknya keluar makan tengah hari, namun wanita itu enggan, malah memberitahu dia akan pergi sendirian kerana ada urusan perlu diselesaikan,” katanya.

Setelah diperiksa, isteri lelaki malang berkenaan meletakkan nama pasangan khalwatnya di dalam telefon sebagai ‘Ustadzah’. Si suami juga mengenali lelaki berkenaan.

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.