Sunday, October 21, 2012

Kerajaan PR Kedah Dipalitkan Kesalahan UMNO?

Satu dakwaan berlaku iaitu seorang AJK Umno di Kedah (kiri - gambar suspek dari blog Kedahkini) terbabit dengan pembayaran RM2.55 juta kepada lima kontraktor yang tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor bagi penyenggaraan tujuh perumahan awam kos rendah (PAKR) pada tahun 2010-2011.

Laporan Ketua Audit Negara menyebut projek yang dimaksudkan ialah Taman Seri Gemilang, Flat seberang Terus, Taman Wira, Flat Alor Malai, Flat Simpang Kuala, Flat Seberang Terus, Flat Tongkang Yard dan Taman Kota Nelayan.

Bagaimanapun, menurut sumber, individu ini pernah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan.

“Orang ini adalah AJK Umno Bahagian Kuala Kedah tetapi kini dilaporkan melepaskan jawatan) tetapi masih memegang jawatan ad hoc dalam Umno.

“Tetapi dia merupakan orang kuat bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahadzir Khalid.

“Dia juga adalah orang kanan Datuk Rasli Basir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang didesak meletakkan jawatan,” kata sumber itu lagi.

Bagaimanapun, Mahadzir yang kini ketua pembangkang DUN Kedah ketika dihubungi berkata, kerajaan negeri cuba mengalih isu kelemahan pentadbiran dengan cuba mengaitkan beliau dan Umno.

Katanya, sepatutnya kerajaan negeri mengambil tanggungjawab kerana ia berlaku dizaman sekarang.

“Saya kenal dengan individu ini tetapi dia bukan AJK Umno..mungkin penyokong saja.

“Saya minta kerajaan negeri menyiasat perkara ini untuk mendapatkan kebenarannya,” kata beliau lagi. -FMT

5 comments:
Write comments
  1. Dah nama UMNO, itu lah perangainya.

    ReplyDelete
  2. kan dah keluar dlm TV3 suku Buletin Utama : 22 Okt :8.30 mlm. Isunya ialah KCB yg rugi dPapua New Guinea. Pemuda Gerakan buat repot polis pulakkk. Kenapa takrepot polis isu yg lebih jelas pnyelewengan spt NFC. Isu KCBtu sebenarnya dicipta utk tutop isu SUK Kedah si Rasli keparat tu. Dia chairman segala meeting2 kerajaan negeri bersabit projek2 negeri. Hendak dsapunya satu pulau dLangkawi tapi gagal lepas tu beliau ditolak2 oleh Ahli2 majlis daerah pulak atas brbagai isu yg beliau telah langgar hanya kerana beliau trebih faham atau tidak faham. Jgn fikir hang tu SUK,lalu hang brkuasa penuh. Kerugian dlm pelabur KCB di PNG nun bukan pnyelewengan spt NFC. Itu kerugian dlm pelaburan. Mcm peneroka Felda yg beli saham Felda...memang SAHAM dan PERNIAGAAN risikonya ialah KERUGIAN. hai Pemuda Gerakan, hang jangan nak jilat buntut PM utk survival masa depan politik Gerakan yg dlihat nasib dah sama mcm MCA.

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  3. nasib baik kerana karenah UMNgokk,kalu karenah PKR atau PAS cnfirm 7 hari 7 mlm utusan meloya atau tv3suku akan putar.

    ReplyDelete
  4. ALOR SETAR 26 Nov. - Seorang Exco kerajaan Negeri Kedah hari ini melontarkan persoalan kepada Karpal Singh apakah bekalan air yang disalurkan kepada rakyat di Pulau Pinang percuma berikutan permintaan Pengerusi DAP itu agar negeri tersebut tidak memperdagangkan sumber semula jadi kerana air satu anugerah tuhan.

    Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, meskipun air itu anugerah tuhan, penjagaan sumber alam itu termasuk untuk mengekalkan kawasan tadahannya melibatkan perbelanjaan.

    "Yang syarikat air caj bekalan air itu macam mana? Ini bukan soal dagang, soal sekarang kena bayar, (atau) tidak kena bayar.

    "Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang bagi percuma ke? Itu untuk air yang dirawat. Yang ini air mentah tetapi hutan kena jaga, penguatkuasaan kena buat dan melibatkan kos," katanya



    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121127/dn_02/Exco-Pas-Kedah-persoal-Karpal#ixzz2GMkQPxhB
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    ReplyDelete
  5. ALOR SETAR 25 Nov. - UMNO Kedah menyifatkan tindakan kerajaan negeri memasukkan pendapatan hasil jualan air dalam pembentangan Bajet 2013 sebagai usaha untuk mengaburi mata rakyat negeri ini.

    Timbalan Pengerusinya, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, perkara itu terserlah apabila kerajaan DAP Pulau Pinang yang merupakan sekutu Pas Kedah menafikan sebarang persetujuan berhubung jualan air tersebut.

    Katanya, rakyat juga wajar mempertikaikan kesahihan pendapatan berjumlah lebih RM640 juta yang dijangka diraih oleh kerajaan negeri pada tahun depan.

    "Kita ingin tahu bagaimana pendapatan berjumlah RM20 juta hasil jualan air itu dimasukkan ke dalam bajet? Walhal sekarang kita tahu kerajaan DAP Pulau Pinang menidakkan sebarang rundingan apatah lagi mengenai bayaran.

    "Jika kita ragu tentang jumlah RM20 juta itu, apatah lagi dengan jumlah pendapatan keseluruhan yang dibentangkan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah Fiesta Futsal Gelombang Merah 2012 (FFGM) di Pusat D'Futsal, Jalan Titi Gajah di sini semalam.

    Tambah Mukhriz, keghairahan kerajaan negeri ingin mencanangkan peningkatan pendapatan tersebut akhirnya memakan diri gara-gara ditempelak oleh sekutunya sendiri.

    "Mungkin selepas ini kerajaan negeri akan membawa berita tentang bajet ini ke seluruh negeri dengan mengatakan Pas mampu mentadbir Kedah dengan lebih baik.

    "Tiba-tiba rakan mereka sendiri yang menempelak dakwaan tersebut kerana mereka tidak pernah berunding," tambahnya yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

    Ketika membentangkan Belanjawan 2013 untuk negeri Kedah minggu lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak memaklumkan kutipan hasil negeri pada tahun depan akan meningkat kerana turut disumbang oleh bayaran jualan air mentah kepada kerajaan Pulau Pinang.

    Dalam perkembangan lain Mukhriz memberitahu, Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) akan menghantar sukarelawannya ke Gaza pada Isnin ini untuk menyalurkan sumbangan daripada Tabung Kecemasan Gaza kepada penduduk Palestin di situ.

    "Beberapa anggota daripada yayasan akan bertolak termasuk Pengerusi PGPF, Tan Sri Norian Mai bagi menghantar bantuan hasil sumbangan tabung tersebut berupa kewangan dan ubat-ubatan.

    "Kita menggunakan khidmat rakan kongsi di Gaza untuk memastikan dana itu sampai kepada sasaran," katanya.



    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20121126/wu_02/Kerajaan-Kedah-kaburi-mata-rakyat---Mukhriz#ixzz2GMlBCzsb
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.