Tuesday, October 30, 2012

Pengkhianat Dalam UMNO Berjawatan Tinggi?

Pemimpin akar umbi Umno hari ini menggesa jawatankuasa khas parti Melayu itu bertindak tegas, termasuk menyingkirkan segera ahli yang khianat, tidak seperti sebelum ini yang mengambil masa terlalu lama.

Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, sebelum ini hukuman untuk kes pelanggaran etika atau khianat mengambil masa sehingga menimbulkan kecewa di kalangan rakyat.

cheras umno division chief syed ali alhabshee 061012"Saya berharap jawatankuasa berkenaan akan lebih tegas mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang berlaku khianat dan mensabotaj calon-calon BN pada pilihan raya umum ke-13 akan datang," tegasnya seperti dilaporkan dalam blog Umno Cheras.

Syed Ali juga berkata, mana-mana ahli Umno yang mengkhianati dasar perjuangan parti sememangnya wajar disingkirkan tidak kira di peringkat mana.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan kebanyakan yang "bertukar menjadi pengkhianat" terdiri daripada pemegang jawatan penting dalam parti.

"Lazimnya yang mensabotaj parti dan pengkhianat adalah mereka yang memegang jawatan penting dalam Umno, kerana kecewa tidak dapat sesuatu yang dihajati mereka mula memburuk-burukkan parti dan pemimpin tertinggi," tegasnya.

'Dirasuk kepentingan peribadi'

Tambah Syed Ali lagi, jarang berlaku ahli-ahli parti di peringkat akar umbi yang khianat, sebaliknya membabitkan pemimpin termasuk yang pernah berada dalam kabinet.

"Saya percaya ahli-ahli Umno peringkat akar umbi tetap setia kepada parti, mereka ikhlas berjuang untuk parti," tegasnya sambil menyifatkan keadaan itu seperti "dirasuk kepentingan peribadi".

Syed Ali juga melihat penubuhan jawatankuasa khas bagi mengambil tindakan ahli ahli yang khianat mampu mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap masa depan Umno.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan jawatankuasa itu setelah dipersetujui Majlis Tertinggi (MT) di PWTC baru-baru ini.

Ia akan diketuai oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dan beberapa wakli MT yang tiada berkepentingan. -MK

14 comments:
Write comments
  1. Nanti orang UMNO kata pengkhianat itu orang PR pula.

    ReplyDelete
  2. Saya mlihat dr sudut pengkhianat pd kedaultan negara iaitu pemberian ic segera dan krakytan segera pd warga asing. Itu sudah tentu keputusan tertinggi kerajaan dan kerajaan tu UMNO. JPN takkan berani sewenangnya keluarkan ic segera kalu tiada green light.

    **888

    ReplyDelete
  3. Peduli dengan umno pe mampuslah parti politik penjajah ciptaan mahathir.yang penting orang Sabah sedarlah dari sekarang jangan asyik di bodohkan orang luar Dan juga tali barutnya di sini.jangan banggalah untuk Sabah Kalau kaya tetapi hanya untuk penyamun luar Dan konco-konco tempatan yang pengkhianat

    ReplyDelete
  4. Biarlah UMNO Mampus PENIPU besar. Di Batu Sapi papantanda Projek Perumahan Rakyat yang Majlis Pecah tanahnya dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa kempen Pilihanraya Kecil Batu Sapi Oktober 2010; papan tanda tanpa tarikh permulaan dan penyiapan projek masih berdiri tegak. Bila Mula projek itu TPM atau awak tipu rakyat saja masa itu suruh undi BN! Sedarlah wahai rakyat Sabah JANGAN TERTIPU LAGI DENGAN UMNO PENIPU!

    ReplyDelete
  5. October 31, 2012 12:19 PM :

    tunggu lepas GE14 laa, baru dorg ingat mau sambung bikin...

    ReplyDelete
  6. nampaknya umno skrg bukan shj 'berperang' dgn PR tetapi dlm parti itu sendiri... minggu lepas MP Sabah luah tak puas hati, kini giliran Cheras pula... hanya segelintir penyokong biasa shj yg masih mendambakan umno... MCA pula semakin berani hinggakan Jamil Khir kena perlekeh dgn Soi Lek.. perlu diingat ketika ini umno masih berkuasa, jika tewas dlm PRU13 alamatnya umno akan dilihat tdk lbh spt anjing kurap... oleh bekas2 penyokong & rakan sendiri..

    ReplyDelete
  7. dlm UMNO semua pemimpin dia pengkhianat bangsa.. yang tak reti nak khianat ahli2nya shj... mereka setia tetapi mengkhinzir buta... sbb mereka ni dipimpin oleh org yang pandai rasuah... hingga ahlinya pun tak perasan dia org makan rasuah. Sbb tu UMNO masih terima lagi pemimpin2 mereka yang dah di sahkan perasuah.. mereka ni mmg sah penghianat dlm UMNO malah bangsat di mata rakyat walaupun mereka ahli Umno.

    ReplyDelete
  8. aku dah 50th.hidup ,tak menjadi ahli umno ,bolih makan minun ,beranakcucu .HOI pendokong UMNO ,awak ingat umno tu hak mak bapak kau punya ,umno bukan Najidpunya,bukan Muhaidin punya ,bukan Mahadir punya,ini lah salah pemimpin dulu ,ingat Najid ingat umno ,umno dah jalan bertongkat.

    ReplyDelete
  9. Sebab perjuangan UMNO tidak pernah ikhlas..kuasa dan kedudukan menjadi rebutan..sapa yg rajin menabur duit.. akan cepat naik keatas.. dari ketua bahagian terus menjadi ADUN, kemudian menabur lagi.. jadi MP.. dgn kuasa yg ada mereka mula membeli Team yg akhirnya memastikan jawatan Menteri dlm gengaman.. tidak ada yg ikhlas dlm UMNO..semuanya bersandarkan material belaka...

    **Bukan Ahli UMno!!

    ReplyDelete
  10. Pokok pokok BESAR dalam UMNO harus di-ganti dan tanam semula dengan pokok yang muda dan bersih, baru-lah UMNO akan di-hormati

    ReplyDelete
  11. Dlm "kepala hotak" pemimpin Umno***(baru) adalah kuasa, duit & ketakutan!!! Pemikiran mereka tidak lagi boleh diubah kecuali majoriti rakyat mengajar mereka dgn kekalahan dlm PRU utk mereka insaf.Mujurlah Malaysia mempunyai pemimpin pembangkang yg amat kuat kesabarannya utk menerima kekalahan sebanyak 12 kali dlm PRU walaupun jelas sistem yg dinamakan demokrasi oleh pemegang kuasa begitu jijik dipermainkan. Insyaalah kali ini jika majoriti rakyat mahu membetulkan keadaan dgn izin Allah maka, ianya akan tetap berlaku.

    **sekong punya!!

    ReplyDelete
  12. Apa resipi yg dapat mengkukuhkan keyakinan RAKYAT terhadap masa depan UMNO?

    RESIPI baik tiada tapi gejala penyakit banyaknya
    RAKYAT jelas nampak kemusnahan dan kecelakaan yg akan dibawa oleh UMNO

    Apa lagi yg nak diharapkan dimana BN terus gagal menjelaskan hutang negara berjumlah RM 500 bilion plus plus BN tidak lagi layak mentadbir negara ini

    UMNO can only talk sweetly...but failing to amend the TOP AGENDA of the PEOPLE s PRIORITY

    BOROS..PENYALAHGUNAAN KUASA...RASUAH...MONEY LAUNDERING...MEMBOHONG...memasang FITNAH dan MUSLIHAT...menubuhkan MAHKAMAH KANGAROO dan MAHKAMAH ORANG UTAN...MEMUASKAN HATI KRONI BIZNES...MEMPERKAYAKAN KELUARGA SENDIRI dgn MENYALURKAN DUIT RAKYAT secara HARAM..MEMPERALAT NGO seperti PERKASA dan JATI...byk lagi nak disebut...penyakit membawa padah kpd RAKYAT


    ReplyDelete
  13. wal fitnatu asyaddu minal khotr..." Jgn kita bersama UMngok dlm menyebar fitnah celaka."

    ReplyDelete
  14. Inilah teori para ahli politik yg tidak memahami aspirasi dan suara rakyat. Mereka cuma menonjol diri sebagai org baik tapi sebenarnya merekalah kapitalis dan perasuah tegar! Rakyat mahukan perubahan, banteras RASUAH dan PENYELEWENGAN! Slogan berlori2 tapi siapa tak kenal umno/bn yg penuh dan kebejatan itu?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.