Sunday, October 21, 2012

MT Umno Terima Laporan BN Tumbang PRU 13

Blogger Umno Reform, Anuar Mohd Nor mengatakan bahawa ada satu laporan dihantar ke Majlis Tertinggi Umno menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) bakal tumbang pada PRU 13 nanti.

Dalam laporan tersebut, BN dikatakan akan tewas di negeri Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Sementara di Johor pula bakal menyaksikan banyak kerusi BN dirampas Pakatan Rakyat (PR).

Laporan tersebut menyatakan puncanya adalah kerana etnik Cina di seluruh negara nampaknya sudah membuat keputusan untuk menolak BN. Lihat bawah.

Apa puncanya etnik Cina menolak BN? Apakah kerana mereka sudah faham yang selama ini, BN hanya meneruskan formula penjajah British dalam mentadbir Malaysia?

Atau kerana mereka sudah tidak lagi berjaya ditakutkan dengan momok 13 Mei?

Yang paling penting sekarang ialah kesediaan semua pihak untuk memperkukuhkan negara bangsa Malaysia.

Kita tidak harus lagi hidup terpisah-pisah dalam negara ini. Jangan biarkan lagi politikus yang tentukan halatuju negara.

Rakyat harus bangkit mendesak politikus agar mengikut kemahuan mereka. Ini boleh dilakukan! Bagaimana? Mulakan dengan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Youtube.

Kemudian, kembangkan melalui tindakan.

Jika benar BN bakal tumbang. Biarlah ianya berlaku secara aman. Pertukaran kerajaan atau pemerintahan adalah perkara biasa.

Saya sendiri pernah menyaksikan pertukaran Nepal dari sebuah kerajaan yang diperintah oleh Raja selama 4000 tahun kepada sebuah republik.

Pada ketika itu, ramai saintis politik mengatakan Raja mungkin menggunakan tentera untuk pertahankan kerajaannya.

Mereka silap kerana Raja keluar dari istana dengan tenang kerana dia mempunyai kecintaan tinggi terhadap Nepal.

Biarlah Nepal jadi republik jika itu yang rakyat mahukan. Asalkan Nepal tidak hancur kerana manusia berebut kuasa.

Malaysia harus belajar dari Nepal! -aminiskandar


14 comments:
Write comments
  1. BETUL HARUS DI SAMPAIKAN KEPADA PEMIMPIN YG BAKAL KALAH SUPAYA MENERIMA KEPUTUSAN RAKYAT DALAM PERJALANAN UDIAN YG TELUS.....

    ReplyDelete
  2. YANG PENTING PERTUKARAN KERAJAAN MESTI DALAM KEADAAN YANG AMAN DAMAI,TIADA PROVOKASI DARI MANA MANA PIHAK SAMA ADA DARI PIHAK YANG MENANG ATAU KALAH KERANA MALAYSIA NEGARA KU YG TERCINTA,KEKALAHAN TETAP AKAN TIBA DARI MANA MANA JUGA PERTANDINGAN INGAT ALLAH AMAT BERKUASA DIA LAH YANG MENENTUKAN SEGALA NYA MAKA BERSEDIALAH MENERIMA APA JUGA KEPUTUSAN YG DI BUAT OLEH RAKYAT,MAKA BANGUN DAN BANGKITLAH WAHAI ANAK MALAYSIA

    ReplyDelete
  3. Hehehehe okokokok saya mahu bn/umno kalah.

    ReplyDelete
  4. itulah yang sepatutnya..... najib dan muhyidin masih cintakan keamanan...jika berlaku pertukaran kerajaan, dia akan menyerahkan tugas mengikut prosidur.... tahniah najib n muhyidin...

    ReplyDelete
  5. Ndak ada negeri Sabah dlm 'appreciation' di atas,mbah. Maknanya kekal la BN meneruskan legasi mereka dSabah. Brgembira lah PATI di Sabah. Sarawak tu, confirm. Susah mau diubah dan saya parcaya ianya kerana faktor demografi dan geografi. Sudah 50 tahun mengunyah 'tembakausireh' BN, mana mungkin bisa untok menukar khayalnya tembakau BN dgn Nasi Kerabu PAS atau tempe PKR. Nggak bisa,mbah.

    ReplyDelete
  6. AMIIIN,HARAPAN BN AKAN TUMBANG DI PRU 13.

    ReplyDelete
  7. jangan takut najib , bagi peluang pakatan memerintah 5 tahun kalau tak baik kita tukar kepada bn kembali....malaysia kan negara demokrasi.....lihat negara maju seperti amerika.....demokrat dan republikan silih berganti memerintah amerika...tak huru hara pun negara itu.......sebenar nya...umno cukup takut dengan kekalahan...rashia buruk umno akan terbongkar dan rakyaat akan tahu siapa sebenar nya umno......RASUAH , SELEWENG, SALAH GUNA KUASA,, DAN PEMIMPIN KAYA RAYA, HARTA ADA DI SELURUH DUNIA...INI YANG UMNO CUKUP TAKUT DENGAN KEKALAHAN.....

    ReplyDelete
  8. Dari Presiden MCA, MIC dan UMNO.. semuanya menabur fitnah dan memainkan politik kebencian..!!! Pasal tu mereka dikenali sebagai politik low class.. minda terperangkap dgn 3rd world mentaliti..PR wujud uk memberikan rakyat pilihan..PR wujud kerana desakan rakyat yg selama ini tertindas.. PR wujud dgn mengutamakan kebajikan rakyat dan memnyekat amalan kronisma dan penyelewengan yg menjadi amalan sekarang..!! PR wujud kerana tak sanggup melihat dibebani hutang beratus Biilion..... Kalau rakyat tidak mahu berubah.. maka Malaysia akan HANCUR sehancurnya.. ditangan BERUK NAJIB, BERUK SEX LEK dan BERUK PALANIVEL..

    ReplyDelete
  9. SPR telah dgunakan sepenuhnya oleh BN utk memastikan BN kekal memerintah sampai bila2. Setakat nak bangkit berdemo lepas tu lari sebab itu UMNO/BN tidak gentar dgn kebangkitan rakyatspt itu. Bagi BN,kebangkitan yg boleh di atasi hanya sebelah tangan. Tengok negara luar, siapa yg mampos dan siapa yg trhapos. Itu konsep kebangkitan rakyat sebenarnya.

    ReplyDelete
  10. Bukan hanya SPR yg diperkudakan oleh UMNO malah PDRM dah lama diperANJINGkan oleh UMNO/BN. Hanya org melayu je yg baik hati, polis pukul mcm pukol binatang kpd peserta demo pun,tiada seorg yg bangkit melawan. Di Mesir?

    ReplyDelete
  11. Pastinya rakyat yg berpendapatan rendah dan orang yg tinggal d kampung akan merasa gembira sekali apabila BN/UMNO tewas dalam PRU13 nanti. Ramai2lah kita berkerjasama unk memastikan agenda politik ini.

    ReplyDelete
  12. Untuk makluman semua, pengundi2 dkawasan bandar memang 90% akan mengundi parti selain dr UMNO/BN. Sila rujuk keptusan PRU ke 12,11 dan 10. Malah semua MB2 negeri memilih DUN di hulu negeri masing2.Kecuali MB Kelantan yg kerusi DUNnya dlm jajahan Kota Bahru. Pengundi UMNo tegar adalah dr kawasan perkampungan atau yg memang trpencil. Mereka yg trpencil lagi senang dtipu, dtg bawa RM50 dan tembakau jawa utk khayal itu cukop utk tempoh 5 tahun lagi. Kalau bagi hamper atau sedikit subsidi, confirm itu lah YB Wakil Rakyat trbaik dlm dunia. Itu bg pakcik makcik kat hutan nun. Tiada maklumat dhujung jari mereka.

    **888

    ReplyDelete
  13. Undi BN/UMNO bererti setuju dengan tindakan UMNO/BN menjadikan negeri Sabah negeri termiskin di Malaysia.

    ReplyDelete
  14. hahaha.. naper TPM pergi kat Paroi sambutan gelombang biru berucap selalu sebut BN ja leh bela rakyat, sebut tak payah tukar kerajaan, sebut yang elok elok jer tapi yang isu2 yang berlambak bertambun sejak baper lama haram tak sebut pun.. naper tak sebut pasal lynas, pasal saham felda jatuh merudum, pasal seleweng projek lembu, pasal projek tanjung agas dan tak tau nak jadi apa, pasal kes kapal selam Scorpeon, pasal defisit negara yang makin bertimbun-timbun tu.., naper tak mau sebut pasal royalti minyak kat Sabah gan Kelantan. tapi kita tak nafikan TPM ni jarang kita dengar isu2 yang menjengkelkan tapi tu blum jadi PM. Teringat la plak kat Pak Lah pelopor Islam Hadhari..tapi walauapapun, keputusan dah dibuat.. kita musti beri peluang kepada PR pula memerintah malaysia dalam tempoh percubaan satu penggal ajerrr tau.. Seronok la bila DSAI umum cukai pndapatan kakitangan yang berugama islam di mansuhkan.. rasa2nya zakat fitrah dan zakat pendapatan, zakat harta, zakat ternakan, zakat perniagaan pun dah cukup untuk menolong orang melayu yang susah dan miskin. Cukai pendapatan tu untuk orang bukan Islam ajerr tapi dengan kadar kalu boleh 0.30 lebih ciput ajer gan kadar zakat yang dikenakan kepada orang islam. Teringin nak lihat pemimpin PR ikut resmi Saidina Umar Al khattab dalam mentadbir negara kita..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.