Sunday, October 21, 2012

Mampukah SPR Melarang BN Guna Kemudahan Awam?


Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya telah menyiapkan draf garis panduan dan kod etika tata laku kerajaan sementara seperti mana yang disyorkan oleh jawatankuasa pilihan parlimen (PSC) penambahbaikan sistem pilihan raya.

Katanya, garis panduan setebal empat muka surat sebagai panduan kepada kerajaan sementara termasuk di negeri Pakatan Rakyat supaya tidak menyalahgunakan kemudahan awam dan harta termasuk pihak berkuasa tempatan.

"Di Australia, mereka memang menghormati peraturan kerajaan sementara. Tidak menggunakan harta awam, media awam, pejabat awam, kakitangan awam, yang ada awam, awam ini, jangan pakai.

"Mereka menghormatinya. Kerana kita tidak serius perkara ini, rakyat tidak menekan perkara ini, sehingga PSC dan sekarang rakyat sudah menyentuh perkara ini. Dan rakyat telah membuka mata.

"Jadi kita telah menyiapkan garis panduan kerajaan sementara, dan kami mesti duduk berbincang dengan kerajaan satu demi satu," katanya.

Daripada 22 syor PSC, jawantankuasa itu mengesyorkan SPR dalam tempoh 3 bulan dari tarikh laporan itu dibentangkan menyediakan garis panduan dan kod etika tata laku (code of conduct) berhubung kerajaan sementara.

Bercakap dalam forum di Petaling Jaya hari ini, Wan Ahmad berkata pihaknya juga akan berbincang semua kerajaan negeri di seluruh negara termasuk di negeri Pakatan berhubung garis panduan tersebut.

Lambat untuk elak spekulasi

Wan Ahmad berkata tujuan suruhanjaya bertemu dengan semua kerajaan negeri disebabkan semua pihak berkuasa tempatan berada bawah kawalan kerajaan negeri

Beliau juga menolak tanggapan bahawa mereka "berdiam diri" tentang perkara itu kerana "mahu memilih masa yang sesuai" untuk bertemu dengan semua pihak yang terlibat.

"Kalau kami buat awal, (dilihat) parlimen akan dibubarkan, nanti ada spekulasi sebegitu..." katanya.

Garis panduan itu turut mengambil kira pandangan dan bantahan daripada pembangkang dibangkitkan oleh mereka sebelum ini, katanya.

Wan Ahmad berkata pihaknya akan berbincang dengan kerajaan terlebih dahulu sebelum mencapai persetujuan pada tahap tertentu dan sebelum diumumkan.

"Kami juga mengambil kira pandangan parti pembangkang. Kalau kami berbincang dengan mereka, mereka akan bercakap perkara yang sama.

"Pembangkang mengadu mengenai salah guna kemudahan kerajaan, kemudahaan awam, balai raya, kakitangan dan jabatan awam dan sebagainya... Semua orang tahu consent rakyat dalam negara ini," katanya.

Wan Ahmad juga berkata beliau akan mencadangkan kepada suruhanjaya untuk mengajak beberapa NGO untuk yang terpilih terlibat sama dalam penyediaan garis panduan tersebut.

"Kami bertemu dengan rakyat (NGO), ini garis panduannya, apa pandangan kamu... Harap ada penambahbaikan," katanya.

13 comments:
Write comments
  1. Sepatutnya Kerajaan Sementara kena brfungsi dlm hal ini. Garispanduan kerajaan sementara tu tak brguna jika BN gagal memahami siapa BN siapa PAS dan siapa kerajaan Malaysia tatkala tamatnya penggal parlimen Malaysia bg kerajaan memerintah. Itu proses peralihan kerajaan melalui sistem pilihanraya.Jika menang lagi selepas itu, baru boleh brsuara dan brfungsi spt sediakala dan jika kalah, terima hakikat kekalahan atau jgn nampak gentar sebelum brtanding. Waima semasa mentadbir negara pun, RTM tidak boleh dguna oleh BN utk hentam pembangkang. Itu salah dari sudut etika dan moral. RTM itu berada dlm kerajaan Malaysia dan bukan dbawah UMNO/BN. Saluran itu hanya layak dgunakan ukt menyalurkan maklumat kepada rakyat ddan bukan utk menyiarkan propaganda UMNo pd seluruh rakyat jelata. Org PAS juga rakyat Malaysia dan jika PAS naik pun, RTM bukan tempat utk menyerang UMNO.

    ReplyDelete
  2. Selama aku tahu lah ketika PRU ini, tiada pun istilah "kerajaan sementara". Seratus peratus kerajaan BN menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen. Malah paling teruk dari mana2 negara sekali pun. Pelik juga statemen SPR ni, BODOH ke BEBAL??

    ReplyDelete
  3. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya telah menyiapkan draf garis panduan dan kod etika tata laku kerajaan sementara seperti mana yang disyorkan oleh jawatankuasa pilihan parlimen (PSC) penambahbaikan sistem pilihan raya.

    TAK YA KLENTONG RAKYAT DAH.....

    RAKYAT DAH TAHU.....

    RAKYAT DAH ADA PILIHAN DAH.....

    ReplyDelete
  4. Sbb mrk takut k'jaan negeri2 d bawah PR buat spt yg BN/UMNO buat sblum ini - menggunakn kmudahan k'jaan tuk kempen parti.. mcm (salah satunya) mrk lakukan kpd TV1,2 dan TV3 suku skrg... (Hari2 dok promosi 1 malaysia, dan projek2 yg BN sdg buat)...Mrk ingat k'jaan PR mcm mrk ker???.. Tgok la d Kelantan, mcmna (stiap kali bubar parlimen dan DUN)!!!!.. Xpernah guna harta benda awam tuk berkempen... Mita datuk Wan Ahmad mai blajar dgn TGNA tuk tatacara dan kod etika K'jaan Sementara.. ini kali la orang sabah..


    **tagap-tagap pindik...

    ReplyDelete
  5. Malaysia tak pernah sepi,
    dengan berita basi,
    ditabur pelbagai janji,
    royalti dan subsidi..

    yang kaya sudah miliki,
    harta dan kuasa diwarisi,
    segala kekayaan peribadi,
    mereka cukup mempengaruhi.

    rakyat jalanan masih disini,
    di lorong-lorong sepi,
    mengorak langkah cari rezeki,
    bekerja penat hari-hari..

    wahai penguasa negeri,
    sampai bila kami begini ???
    yang kaya semua diberi,
    sedang jalanan diketepi.

    ReplyDelete
  6. Kalau Najib naik jet MAS perabih wang cukai rakyat hanya untuk percutian keluarga di Perth raya tahun lepas, tak apa! Kalau Najib pergi merisik menantu guna private jet kerajaan di Kazakhstan kunun atas urusan negara, tak mengapa! Kalau Najib guna wang pembayar cukai (bil ke atas Jab Perdana Menteri) bayar majlis pertunangan anak di Hotel Hilton, tak apa! Bini Najib beli cinicin berlian berharga RM24 juta, tak apa! Najib arahkan bawa keluar C4, tak apa! Oppsss sori ke situ pulak!Pendek kata, apa saja salahguna kuasa dan jenayah oleh pemimpin umno/BN, semuanya kira tiada kes!KPN pun boleh tutup fail. AG pun akan keluar statement bodoh....bla..bla..tiada asas dakwaan dll! Najib, hayat kau sebagai PM dan hayat umno tinggal nyawa2 ikan saja. SELAMAT MENUJU KE LUBANG KUBUR UTK UMNO/BN PRU13!!!!!!

    ReplyDelete
  7. ingat pilihanraya kecil DUN Galas di Kelantan dulu. Nampak tak BN gunakan media milik rakyat utk serang PAS. Dlm etika brkempen utk pilihanraya, itu antara UMNo/BN dgn PAS. Sepatutnya media itu PAS pun boleh guna utk salurkan apa dia PAS dan apa dia UMNO. UMNO semakin lama semakin melencong dr landasan sebenar. Patut le ramai cerdikpandai masuk PAS . Bukan kata cerdikpandai, bekas peg2 kerajaan pun masuk PAS. Kenapa tak masuk UMNO ?

    ReplyDelete
  8. spr auta jer niee..

    ReplyDelete
  9. Elok juga. kita akan lihat samada UMNO BN akan mematuhi larangan ini. Tak boleh guna pesawat khas kerajaan yang sering digunakan oleh PM. Tak boleh guna Jabatan Penerangan. Tak boleh guna Balai Raya. Tak boleh guna kenderaan rasmi kerajaan. Tak boleh guna helicopter TUDM. Tak boleh guna Polis Trafik untuk eskot VVIP.

    ReplyDelete
  10. Cakap pun sama juga dengan PM haram jadah, jangan disalah gunakan media awam, kakitangan awam, bangunan awam dan sebagai yang awam.Mereka bolih guna sedangkan kami nak guna padang awam untuk anjurkan bola pun tak bolih.SPR cakap x serupa bikin, kalau SPR jujur dalam mengendalikan pilihanraya dah lama kami menghormati pilahraya yang diadakan setiap penggal.Buatlah kami x kesah, kalah pun kami berpuas hati.

    ReplyDelete
  11. PERKARA NOMBOR SATU TENTANG KEMUDAHAN AWAM IALAH RADIO DAN TV MALAYSIA . RADIO DAN TV BUKAN MILIK BARISAN NASIONAL KAKITANGAN YANG BEKERAJ DISITU DAN SEMUA KOS PENGURUSAN ADALAH MILIK RAKYAT YANG TAK BOLEH DISALAHGUNAKAN. TAK YAH LAH NAK SEBUK TENTANG KOD ETIKA PENGUNAAN BALAI RAYA, DAN LAIN-LAIN YANG BERFUNGSI AWAM TU KALAU RADIO DAN TV TAK BOLEH NAK DIJAGA KOD ETIKANYA.

    ReplyDelete
  12. SPR kaldai UMNgOk, dulu, kini n selama-lamanya...

    ReplyDelete
  13. Itu penggunaan radio serta tv RTM yg dsalahguna oleh UMNO. Duit yg dseludup RM40 juta tu,boleh UMNO kata tak salah. Pelik kan ? SELUDUP bukan derma. Kalau derma pun rasanya boleh dpertikai sebab apa, kan UMNo tu jadi kerajaan Malaysia. Kalau drma tu mesti kena ada pulangan nya. Dari bahasa SPRM,jelas ianya SALAH dibawah akta Pencegahan rasuah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.