TINDAKAN Adun Sekong, Datuk Haji Samsudin Yahya menggesa agar RCI menyiasat asal usul Ketua Pemuda PAS, Lahirul Latigu yang ditakrifnya sebagai PATI ketika membahaskan Belanjawan Negeri Sabah 2013 di Dewan Undangan Sabah baru-baru ini merupakan tindakan bodoh seperti menggali kubur sendiri.
Bagaimanapun saya mengalu-alukan gesaan Samsudin kerana Panel RCI perlu menyiasat kenapa permohonan bapa Lahirul iaitu Latigu Laando yang membuat permohonan kewarganegaraan mengikut lunas undang-undang belum diluluskan; tetapi dalam masa yang sama Jabatan Pendaftaran Negara memberikan kerakyatan songsang kepada Pia Bte Dahlan, PATI Filipina yang memalsukan keterangan diri dan mengaku sebagai anak saudara TYT Sabah.
Bagi saya, kerakyatan Lahirul adalah sah menurut undang-undang kerana salah seorang ibu atau bapanya adalah warganegara Malaysia; selaras dengan Bahagian II [Perkara 14(1)(B)] Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa Undang-Undang; sekalipun bapanya masih memegang kerakyatan Indonesia.
Bagaimanapun kerakyatan Samsudin pula mendatangkan kesangsian kerana siasatan saya mendapati data peribadi Samsudin di Jabatan Pendaftaran Negara begitu mencurigakan iaitu tanpa 'Ibubapa'.
Saya agak terkejut kerana dalam data JPN, Samsudin dilahirkan di Kampung Lupak Meluas sedangkan pada hari kelahirannya 08 Februari 1955, kampung berkenaan belum lagi wujud.
Sebelum ini, Paparazzi Sabahkini.net telah mendedahkan bahawa Samsudin telah terlibat secara langsung mendapatkan MyKad untuk 'Gundiknya' Pia Bte Dahlan yang memalsukan keterangan diri dan mengaku sebagai saudara TYT Sabah. Mungkin kerana tidak dapat tanduk, maka telinga beliau pulas dengan menjadikan Lahirul sebagai sasaran untuk mengalihkan perhatian rakyat Sabah dan Panel RCI.
Blog dan komen di Sabahkini.net juga turut mendedahkan bahawa Samsudin lahir di Filipina sebelum dilahirkan sekali lagi setelah tembuninya ditanam di Bongao, Filipina; mendapat suaka di Tambisan sebelum berhijrah ke Sandakan bersama Dahlan dan dipelihara ibu angkat bernama Fatnah.
Jika benar Samsudin mempunyai ibubapa yang sah, kenapa Samsudin tidak mengemaskini rekodnya di JPN dan tanpa segan silu menjalani ujian DNA dengan salah seorang anggota keluarganya untuk mengesahkan bahawa beliau anak jati Sabah dan bukannya PATI sebagaimana didakwa rakyat Tambisan dan penduduk asal Batu Sapi.
Jika pendedahan Sabahkini.net tidak benar, maka Samsudin sewajarnya menyaman Sabahkini.net dan bukannya menjadikan Lahirul dan seteru ketatnya, Jimmy Wong (Adun Sri Tanjung) sebagai Korban di Hari Raya Korban ini.
Dalam hal ini Samsudin sepatutnya insaf di atas perbuatannya yang bukan sahaja mencemarkan ajaran Islam dengan melanggar Undang-Undang Poligami di Malaysia; melakukan jenayah syariah dengan berkhalwat dengan bukan muhrim di Hotel Hyyatt Kinabalu; malah menjadikan dirinya sebagai 'Pengkhianat Negara' kerana mendalangi kegiatan subversif mendapatkan kerakyatan songsang kepada 'Gundiknya' dan sebahagian besar ahli UMNO di Batu Sapi.
Oleh : CITRA MASADI (sabahkini)
Friday, October 26, 2012
Adun Sekong Gali Kubur Sendiri?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RCI pasti akan sampai kepada mereka yang sepatutnya
ReplyDeletediharap RCI dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi di Sabah
ReplyDeletepenyokong umngok yang paloi2 sekalian sila la komen sepatah duak....kahkah
ReplyDeleteKalau undi UMNO dapat kerakyatan sonsangpun halal tidak salah. Inilah kerja paloi UMNO!
ReplyDeleteMimang polipin bah c sudin ni. Sa pernah p rumah terbuka rayanya d sandakan. suku sakatnya lah yang bawah saya. kawan polipin sa tu cakap dia ada kaitan dengan c sudin ni. Jgn harap rci akn smpai kpd c sudin. slagi kepla agung lancar slagi tu sudin ttp brmaharaja lelah
ReplyDeleteDi Sabah PATI paling mudah dapat IC di Keningau pakis baru dua tahun tinggal di Sabah sudah dapat IC.
ReplyDeletebaru kau tau org sabah' selama ini korang agung2kan UMNO sedangkan UMNO lah yg merosakkan masa dapan generasi korang. padan muka. ptuii!!
ReplyDeleteBagus juga banyak jenis bangsa di sabah supaya dapat spises yang
ReplyDeleteyang hero-hero pedulilah orang native
November 1, 2012 9:34 AM
ReplyDeleteInilah salah seorang PATI yang dapat IC.
Mana PETRUS atau WALES atau mana2 penjilat lobang UMNO di sini. Mau dengar komen sikit,bah atas isu Samsudin ke Pia ke atau sapa2 PATI haramjadah tu lah
ReplyDeleteDua2 pun dikaitkan dengan PATI. biarlah dua2 disiasat dulu.
ReplyDeleteInilah salah satu strategi untuk jatuhkan pemimpin.
ReplyDeleteAnonymous said...
ReplyDeleteNovember 2, 2012 5:33 PM
sudah terang lagi bersuluh..
Pelbagai kemudahan, dan keistimewaan kita dinikmati oleh PATI. Sebaliknya rakyat malaysia yang menanggung kesengsaraan. Bagus kerajaan BN ......lain ari berilah jawatan PM kepada PATI juga ....kan bagus tu...sama-sama menikmati kepahitan ini.
ReplyDeleteKenapa Lahirul Latigu tidak boleh disiasat, adakah disebabkan beliau adalah orang Pembangkang?
ReplyDeleteJika disyaki mendapat IC secara tidak sah, maka mereka haruslah disiasat.
ReplyDeleteJangan berat sebelah, tidak kira apa status mereka, siasatan adil perlu dijalankan.
ReplyDeletePanel RCI perlu menyiasat kenapa permohonan bapa Lahirul iaitu Latigu Laando yang membuat permohonan kewarganegaraan mengikut lunas undang-undang belum diluluskan?
ReplyDeleteIsu PATI Filipina yang memalsukan keterangan diri dan mengaku sebagai anak saudara TYT Sabah ini perlulah disiasat untuk mendapatkan kebenaran.
ReplyDeleteyang pasti, jgn biar PATI berleluasa.
ReplyDelete