Tuesday, October 16, 2012

Cubaan Mencuri Jasad Rasullullah

1. Samhudi, seorang ahli Sejarah menyebutkan dalam kitab tarikhnya ” Wafaul Wafa “
2. Abu Bakar Al-Maraghy dalam kitab tarikhnya ” Talkhisul Ma’alim Daril Hijrah “
3. Abbasi dalam bukunya ” Fi ‘Amdatil Akhbar “

Kitab-kitab di atas menceritakan tentang percubaan kaum Salib dalam membongkar kubur Nabi Muhammad s.a.w. dan mencuri mayat baginda yang suci dan utuh , kerana mayat para Nabi tidak dimakan oleh tanah. Percubaan itu terjadi pada tahun 557H.(1162M) , iaitu pada zaman khalifah Abbasiah, Al-Mustanjid Billah.

Mereka telah mengirim 2 org lelaki dari benua Eropah ke tanah suci Madinah Al-Munawwarah, di mana Nabi dimakamkan. Mereka datang menyamar sebagai perantau dan tinggal di sebuah rumah tidak jauh dari “Raudhah ” di mana kubur Rasulullah s.a.w. berada. Keduanya menjalankan tugasnya siang dan malam menggali dan membuat terowong yang mengarah ke makam Rasulullah s.a.w.

Pada suatu malam juga, seorang raja bernama Raja Nurudin dari Iraq, bermimpi melihat Rasulullah. Baginda membangunkannya dan menerangkan bahawa diri baginda dalam bahaya dan beliau meminta perhatian Raja Nurudin tersebut.

Keesokannya, Raja Nuruddin bermimpi lagi Rasulullah s.a.w. yang juga mengatakan seperti malam sebelumnya, yakni baginda dalam bahaya.

Dan pada malam ketiga, Nuruddin bermimpi lagi dengan Rasulullah s.a.w. sambil membentak kepada Nuruddin mengapa tidak acuh sama sekali atas apa yang di alami Baginda s.a.w. dan pada malam itu jugalah, Nuruddin terbayang 2 orang lelaki sedang menjalankan perbuatan nekadnya itu.

Setelah itu, barulah Nuruddin yakin penuh percaya dengan mimpinya itu dan keesokannya, beliau memanggil Menteri yang bernama Jamaluddin untuk segera berangkat ke Madinah. Setelah 20 hari di jalan, maka kedua-duanya sampai di destinasi tersebut.

Ketika kedua-dua pembesar itu pergi ke Raudhah , maka benarlah terjadi seperti apa yang dilihat Raja dalam mimpinya, 2 orang lelaki yang mengaku beragama Nasrani sedang membuat terowong. Mereka mengaku bahawa mereka hendak mencuri jasad Nabi Muhammad s.a.w., Kedua-dua Nasrani itu pun dihukum bunuh dan mayatnya di bakar.

Demikianlah dalamnya rasa permusuhan dari kaum Salib itu terhadap Islam, dinul syumul, bukan sahaja umatnya mahu dibinasakan melalui perang 200 tahun, ajaran Islam juga mahu dilenyapkan. Begitu juga dengan jasad Nabi yang telah di dalam kubur pun mereka mahu merampas.

Kini tidak mungkin lagi cubaan untuk mencuri dan membongkar kubur Nabi kerana pengawasan yang terlalu ketat. Kaum Salib meneruskan perjuangan operasinya melalui bidang lain, iaitu di bidang dakwah, propaganda dan misi yang bertujuannya tidak lain menasranikan umat Islam. Ingatlah firman ALLAH , mafhumnya ;

” Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. itu (Muhammad) bagimu adalah ikutan yang baik ! “ (Surah Al-Ahzab : 21)

5 kali percubaan mencuri jasad Rasulullah s.a.w

PERTAMA, Semasa pemerintahan Amrullah Al-Ubaidi. Penyamar dari Mesir dan telah dibunuh oleh kaum kerabatnya. Allah menghantar taufan dan gempa bumi ke Bandar Madinah

KEDUA, Semasa pemerintahan Al-Ubaidi. Mereka menghantar orang yang tertentu dan berkerjasama dengan penduduk yang tinggal berhampiran makam nabi dengan membuat terowong, dengan izin Allah ada suara memberitahu perbuatan kianat tersebut maka Allah mengoncangkan bumi Madinah.

KETIGA, Perancangan raja-raja Nasrani dengan komplot Nasrani Maghribi. Pemimpin Islam yang bernama Nuruddin Zanki bermimpi dan mengetahui perancangan tersebut lalu bertindak dan memang terdapat dua orang Maghribi yang berpura-pura beribadat di dalam Masjid Nabawi , Mereka ditangkap. Penguasa Nuruddin telah membina penghadang daripada besi untuk keselamatan jasad Rasulullah.

KEEMPAT, Sekumpulan Nasrani datang bersama jemaah haji dengan niat mencuri jasad Rasullullah. Mereka tidak berjaya dan telah ditangkap oleh penduduk Islam semasa mereka pulang bersama jemaah haji.

KELIMA, Pada kurun ke-9 Hijrah, 40 lelaki cuba melarikan jasad Baginda tetapi dapat ditangkap oleh pemerintah Islam zaman tersebut. - Wallahu a’lam.

SiniKINI.com "

1 comment:
Write comments
  1. Kristian dan yahudi adalah musuh ISLAM yang nyata...kita hendaklah sentiasa berhati-hati di setiap mana kita berada dan ingatlah bahawa ALLAH SWT sentiasa memberikan kemenangan kepada UMAT ISLAM selagi umat itu patuh pada ajaran-ajarannya. INSALLAH...AMIN

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.