Sunday, October 21, 2012

Robengah Tak Nafi Dirogol?

Jingga 13 akan mendedahkan rakaman video pertemuan dengan keluarga dan bekas pembantu rumah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, kata Koordinatornya, Fariz Musa.

“Kita akan dedahkan selepas buat laporan di Kedutaan Indonesia (berhubung kes ini),” katanya pada sidang media di hadapan pintu masuk pejabat Kementerian itu petang tadi.

Katanya lagi, video itu dirakam ketika wakil Jingga 13 melawat kampung halaman Robengah di Banjanegara, Indonesia sekitar Mac lalu untuk bertemu dan mewawancara beliau.

“Ketika wawancara, Robengah turut ditanya sama ada beliau pernah diperkosa Rais…beliau jawab, ‘saya ini orang kecil, biar Tuhan sahaja membalasnya’,” katanya lagi.

Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya itu ketika bekerja di Malaysia, seperti mana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007. Bagaimanapun, beliau kemudian menafikan dakwaan itu dalam satu surat pada 2007 .

Dalam lawatan itu, rumah baru Robengah yang didakwa bernilai kira-kira RM100,000, turut dirakam wakil Jingga 13.

Terdahulu, Jingga 13 dalam kenyataannya mempersoalkan sumber kewangan Robengah untuk membina rumah berkenaan, sedangkan dia hanya dibayar gaji paling tinggi RM500 sebulan ketika menjadi pembantu rumah Rais.

Fariz bersama-sama lapan lagi ahli Jingga 13 tiba di pejabat Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pada jam 3.30 petang tadi bagi menghantar memorandum berhubung dakwaan itu.

Memorandum itu, antara lain menuntut Rais menjawab sumber kewangan Robengah dan sama ada wujud korupsi sehingga Robengah dibiayai dengan cukup lumayan agar menarik balik pengakuannya sebelum ini.

Memorandum berjaya diserahkan kepada Ketua bahagian Pentadbiran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, M Janagarajan kira-kira jam empat petang. -KD

10 comments:
Write comments
  1. ALLAH AMAT BERKUASA,KEMBALILAH PADA TUHAN

    ReplyDelete
  2. Syaitan umno dah biasa semua ini lagi pun inikan perangai syaitan.

    ReplyDelete
  3. Itu pasal si Rais kena brmati2an bodek PM. Ndak batul macam mana pun itu BN ka UMNo ka atau PM sandiri..itu ndak parduli bah. Bodek misti punya untok hidup. Parnah dia mangaku ada bakar jambatan masa dlm UMNO dulu agar org PAS ndak bole kaluar mangundi PAS dlm pilihanraya kacil dN9 dulu2an.

    ReplyDelete
  4. Jgn suu dzon( sangka jahat) dgn rais tu. Kita tak tengok sendiri. Walau dia betul2 dah 'mainkan' pun, mngkin atas alasan dharuroh spt yg Dr mashitah war warkan dulu.

    ReplyDelete
  5. Org UMNgok bole twist isu rogol ni dr Rais yatim kpd Hussam Musa atau Badrulamin. Itu otak org UMngokk. Jgn pelikkk.

    ReplyDelete
  6. Selama tempoh bekerja dan 'dkerjakan', beliau mampu bina rumah mewah sendiri dtanahair sendiri walau tiada sumber kukuh utk bina rumah begitu besar sebelum ini. BAGOSSS.

    ReplyDelete
  7. Siapa mahu bina banglo macam Robengah boleh memohon jadi amah Rais yang bagi gaji besar.

    ReplyDelete
  8. pembantu rumah cantil layan baik apa lagi kucing tua miow lah hehehehehe

    ReplyDelete
  9. rais kau tak layak jadi orang islam dah tua tapi tak ingat mau mati patutnya kau jadi pelindong tapi kau cerobohi anak dara orang cuba anak ko orang cerobohi apa perasaan ko

    ReplyDelete
  10. Jgn pelikkk, org cam si rais tu idola penyokong2 umno keparat.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.