Friday, October 19, 2012

Najib tubuh jawatankuasa khas elak sabotaj parti

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, telah mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa khas yang akan bertanggungjawab memantau dan mengambil tindakan ke atas mana-mana ahli parti yang mengkhianati atau mensabotaj parti tersebut.

Menurut Najib, cadangan itu telah dikemukakan oleh jawatankuasa pengurusan dan ia akan dipengerusikan oleh pengerusi lembaga disiplin iaitu Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen.

“Pada hari ini, majlis tertinggi yang bersidang bersetuju menerima cadangan daripada jawatankuasa pengurusan untuk menurunkan kuasa kepada sebuah jawatankuasa khas untuk memantau dan seterusnya mengambil tindakan segera ke atas ahli parti yang mengkhianati dan mensabotaj parti atau calon Barisan Nasional (BN).

“Jawatankuasa ini akan diketuai oleh beberapa individu yang tidak mempunyai kepentingan dan juga ahli-ahli lembaga disiplin serta orang-orang tertentu,” kata perdana menteri (PM) dalam satu sidang media di ibu pejabat Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra.

Menurut Najib lagi, keputusan mewujudkan jawatankuasa ini diambil selaras dengan fasal 10.15 yang dibaca dengan 20.3 perlembagaan Umno serta ia mencerminkan ketegasan Umno untuk mengelakkan perkara sama berulang pada pilihan raya umum 2008 lalu.

“Penubuhan jawatankuasa ini mencerminkan hasrat dan pendirian kita (Umno) yang akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana ahli parti yang merosakkan parti,” kata Najib lagi.

Najib turut menjelaskan susulan daripada penubuhan jawatankuasa ini, seorang anggota akan dilantik di setiap cawangan untuk memantau dan melaporkan kepada jawatankuasa tersebut.

Selain itu, Najib juga berkata definisi sabotaj dan mengkhianat tersebut akan dihuraikan supaya ahli parti jelas dan tidak ragu akan tindakan yang boleh disabitkan kesalahan dibawah fasal tersebut.

Antara tindakan sabotaj dan mengkhianati yang dimaksudkan Najib antaranya ialah menyokong parti lawan, menghasut untuk menentang parti dan lain-lain termasuklah daripada segi menyalahgunakan wang.

Menjawab soalan mengenai cawangan-cawangan yang sudah dikenalpasti oleh Umno sebagai bermasalah, Najib menerangkan skop siasatan oleh jawatankuasa khas tersebut akan merangkumi ke semua bahagian di seluruh negara.

“Ia akan melibatkan semua bahagian. Kadang-kadang bahagian itu baik, cuma terdapat satu dua anggota yang berperangai tidak baik,” jawab Najib.

Langkah oleh Najib ini dilihat sebagai satu lagi langkah drastik dan terdesak untuk mengelak sekali lagi berhadapan situasi sama pada 2008 apabila BN memperoleh keputusan terburuk dalam sejarah Plilihan Raya Umum negara.

Kekalahan tersebut bukan sahaja BN kehilangan 2/3 majoriti malahan kehilangan lima negeri yang akhirnya menyebabkan kepada tertubuhnya Pakatan Rakyat (PR).

Kekalahan tersebut juga menyaksikan Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan PM kepada Najib ekoran desakan dalaman parti dan juga mantan PM, Tun Dr Mahathir.

Berbeza ketika dibawah Abdullah, situasi Najib ketika ini tampak kukuh apabila beliau turut sama mendapat sokongan penuh daripada Dr Mahathir yang suatu ketika dahulu lantang mengkritik Abdullah.

Pada April 2008 ketika Abdullah masih lagi menjadi PM, beliau telah mengkritik Dr Mahathir ekoran tindakannya yang banyak menghentam kepimpinan parti hingga menyaksikan beliau bertindak keluar parti kemudiaannya.

Dr Mahathir mendakwa keputusan pengundi yang bertindak tidak memilih BN adalah berpunca daripada sikap orang ramai yang tidak menyukai pemerintahan Abdullah yang disifatkannya sebagai penuh dengan rasuah dan nepotisme.

Malah Dr Mahathir juga menyeru kepada orang ramai supaya tidak mengundi BN pada PRU 2008 yang lalu.

Tetapi kini sejak Najib memegang tampuk pemerintahan, Dr Mahathir semakin aktif berkempen kepada Najib dan Umno sambil menggesa ahli-ahlinya supaya tidak mensabotaj peluang BN dalam PRU yang akan datang ini. -TMI

6 comments:
Write comments
  1. Khianat dengan parti Najib marah sangat... khianat rakyat dan negara tak ape??? asalkan sokong UMNO/BN...

    ReplyDelete
  2. Jalan mati di hadapan bagi Najib Razak....UMNO BN kalah dalam PRU13, najib bakal jd ketua pembangkang...UMNO BN menang tipis dalam PRU13, Najib bakal dibuang oleh MT umno sebagaimana Badawi dahulu telah dihalau oleh MT UMNO...kihkih...nasib hang la Najib Artantuya.

    ReplyDelete
  3. Najib dah jangkakan situasi ini akan berkocak dlm parti amno...satu kemajuan bagi PR...hu hu hu, belum pun PRU 13 tiba lagi, tanda amaran dah diletakan dimeja ahli..
    Bagaimana Najib nak menghalang rakyat utk merubah dlm PRU kali ini..kalau sekarang di Sabah Sarawak, dan beberapa org MT semenanjung sendiri dah tunjukan komitmen pada parti macam endak tak nak jer...
    Kalau amno bagus, tak ada la terlalu lama PRU ditangguhkan walaupun dah berkali2 Najib bersuara menyeringai gusi "tak Sabar nak bubar Parlimen kalau boleh hari ini".

    ReplyDelete
  4. AJK disiplin lembUMNO ini ada berani ke nak ambil tindakan pada ahjiboROS ni yang nyata dan jelas mengkhianati negara dan rakyat.....

    ReplyDelete
  5. Kan TS Isa Samad dah kena tindakan disiplin oleh Lemb Disiplin UMNO Pusat? Kenapa boleh dlantik sbg Pengerusi FELDA lagi maknanya JAWATANKUASA tu patung brnyawa ja. Kuasa PM/President parti lebih tinggi.

    ReplyDelete
  6. UMNO kan pengkhianat negara bagi IC pada PATI!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.