Saturday, October 27, 2012

Penentang Anwar Alami Krisis Peribadi

Apakah erti semua ini dan bagaimana anda mentafsirkannya? Semua orang bekas orang-orang besar di dalam Umno bangkit bersatu untuk menantang Anwar bagi menghalang Anwar terus mara ke Putrajaya. Nampaknya kebangkitan ini begitu serius tanpa ada sedikit ruang kemaafan dan harapan diberikan kepada Anwar. Dalam mata mereka, mereka melihat Anwar begitu comot dan lebih jahat dari Yahudi.

Apakah pandangan mereka itu benar dan tindakan mereka itu suci dan sahih? Ini perlu ditilik dan direnungi sebaik mungkin agar semua orang tidak terkeliruan dan berada dalam kepungan zalim mereka.

Apa yang menjadi konfius mereka yang bangkit bersatu menentang Anwar adalah mereka yang ada masalah atau mengalami krisis peribadi dengan Anwar. Justeru apa yang mereka perjuangkan menjadi tandatanya apakah fakta atau hujah penolakan mereka kepada Anwar benar-benar ikhlas ataupun kerana mereka kecewa disebabkan tidak dapat sesuatu dari Anwar.

Orang-orang besar Umno itu boleh dikatakan mereka yang menjadi penggerak utama parti suatu masa dulu dan juga bersekongkol dengan Anwar dalam parti sekular redikal Melayu - Umno. Mereka setengahnya bersama Anwar, bahkan menerima Anwar sebagai dewa dan hero ketika itu, tetapi menjadi renggang disebabkan perbezaan fahaman, pegangan dan keyakinan kepada agama dan bangsa. Perbezaan political will atau nawaitu perjuangan mengenai bangsa juga menjadi penyebab berlaku krisis peribadi. Dan ada juga yang meninggalkan Anwar kerana melihat Anwar tidak berpelung mempunyai tangan panjang bagi menyuap nasi ke mulut mereka.

Mereka dimaksudkan itu terdiri daripada bekas Presiden Umno, Mahathir Mohamad, bekas ketua Pemuda Umno, Abdul Rahim Tamby Chik, bekas ahli MT Umno yang dilantik Inchek Ibrahim Ali; mereka ini diikuti oleh anak-anak buah mereka yang ikut sama membenci Anwar walaupun mereka tidak pasti kenapa mereka merasai perasaan demikian. Mereka benci kerana membeli keburukan dan kejelekan Anwar yang dijual oleh para pedagang tadi. Adakanya yang mengambil upah atau pun mendapat rezeki dari kontrak memburuk-burukkan Anwar.

Dan terbaru bekas orang kuat Umno yang juga mengaktifkan diri bangkit bersatu memburukkan Anwar ialah Sanusi Junid, Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung Umno dikenali kaya dan kreatif dengan berbagai andaian dan kesimpulan politik bangkit mengemukakan dakwaan kononnya Anwar adalah orang yang mengkhianati dan mengagalkan agenda ekonomi Melayu yang digagaskan Mahathir Mohamad.

Kata Sanusi Mahathir telah melaksanakan dasar seperti mana dilakukan Germany untuk tidak memberi lesen kepada orang Yahudi; dengan tidak memberikan lesen perbankan kepada bukan Melayu bagi mengawal ekonomi negara.

Wah terlalu mudah dan simple hipotesis Sanusi terhadap Anwar. Apakah beliau mengira akan mempercayainya semata-mata kerana beliau bekas pemimpin Umno dan seorang yang kuat membaca.

Sebaliknya tuduhan dan kecaman Sanusi terhadap Anwar itu mengesahkan bahawa dasar kerajaan yang ditunjungi Umno adalah perkauman dan pilih kasih. Sedang dalam masa sama Umno memperakui mereka bersifat adil dan saksama. Sekali lagi Sanusi menelanjangkan kemunafikannya sendiri. Beginilah kalau kita ghairah untuk menuduh orang lain salah, maka kesalahan kita akan terdedah dengan sendiri.

Orang Umno yang otak kemetot dan sudah berasap dengan Anwar akan menelan begitu saja tuduhan Sanusi itu tanpa usul periksa. Mereka akan jadi macam ikan lapam menelan tahi dari bawah jamban. Tetapi bagi mereka yang ada otak dan sudah dapat menghidu bau hasad dengki Sanusi akan menelaahnya terlebih dahulu.

Misalnya orang akan memeriksa rekod-rekod perkhidmatan Anwar semasa menjadi menteri kewangan dan juga TPM. Rekod itu masih ada disimpan kerajaan sampai sekarang dan kalau ianya benar Najib Razak dapat mengeluarkan rekod berkenaan. Sanusi boleh bercakap lebih dahsyat dan menarik daripada itu, tetapi orang memerlukan bukti atas apa-apa jua dakwaannya. Cerita Sanusi mengenai kehebatan ideanya mengenai Melayu samalah si tua terkukur yang leka mengah-ngahkan terkukurnya sehingga 'burung'nya sendiri terlondeh keluar.

Cuma satu pertanyaan saya untuk Sanusi Junid kalau benar Anwar berbuat demikian apakah tidak ada kawalan? Apakah yang Umno dan beliau sendiri lakukan ketika itu. Pada masa Anwar menjadi menteri kabinet Sanusi juga berada dalam kabinet, apakah beliau tidak membuat teguran dan pembaikian ketika itu dan kenapa sesudah berada diluar. Kalau tidak berbuat apa-apa, menegur Anwar ini bermakna Sanusi tidak amanah kepada jawatan dan tanggungjawabnya.

Bukankah setiap apa yang dilakukan menteri kabinet, ianya akan dikawal bukan sahaja oleh jemaah menteri tetapi Umno sendiri menjadi pengawalnya. Ada dua instrument menerusi Umno untuk mengawal perjalanan dasar dan polisi kerajaan yang dilakukan oleh menteri; iaitu Majlis Tertinggi (MT) Umno yang bermesyuarat setiap bulan, dan kedua Perhimpunan Agung Umno yang bersidang setahun sekali.

Kerana saya tidak ahli Umno, saya tidak tahu apakah ada mana-mana perwakilan membangkitkan apa yang dilakukan Anwar itu mengikut 'sunnah' Sanusi Junid itu. Adakah... atau memang perhimpunan agung Umno tidak bangkit kerana yang menjadi perwakilan itu semua jahil mengenai masalah kewangan dan ekonomi, atau pun semua mereka tidak cerdik. Kerana kalau mengikut kata Mahathir orang yang menyertai Umno orang bodoh kerana orang cerdik dihalang.

Sekali lagi bukankah sindiran Mahathir itu mengenai batang hidungnya sendiri kerana 22 tahun beliau memimpin Umno beliau gagal melahirkan orang cerdik dalam Umno ataupun sememangnya beliau sendiri menternak ahli Umno menjadi seperti lembu laki Sharizat untuk mudah diuruskan ke mana saja hendak disimpan dan dikandangkan mereka.

Jelas tuduhan Sanusi itu hanya untuk menambahkan keburukan kepada Anwar sahaja. Dunia politik mengetahui bagaimana kelicitan dan keYahudian Sanusi di dalam politik. Sanusi seorang sangat cerdik termasuk dalam mereka-reka cerita memberi reputasi buruk kepada seseorang yang lain. Dia seorang yang kuat membaca dan memahami berbagai teori politik baik Yahudi, Barat, China, Jepun dan Islam. Lantaran kerana kelebihan cerdik itulah meyebabkan beliau ada kalanya menjadi sangat lemah dan bodoh.

Mengapa saya mengatakan begitu, untuk berdepan dengan Abu Bakar bagi merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Langkawi pun beliau kalah. Rasanya tidak ada mana-mana Menteri Besar dan ketua menteri di negara ini yang berkhidmnat tidak sampai sepenggal. Sanusi menjadi MB Kedah tidak sampai sepenggal sebelum digugurkan diganti dengan Syed Razak Syed Zain. Jadi rekod sebagai MB yang terpendek masih dipegang oleh Sanusi Junid.

Yang menarik mereka menjadi hero menyerang Anwar dan mahu memastikan Anwar tidak naik, mereka yang ada masalah dengan Anwar; mengalami krisis peribadi - dengki, cemburu dan meluat dengan Anwar. Mereka kecewa dengan ketegasan dan prinsip Anwar Ibrahim dalam menjaga negara dan kepentingan rakyat. Mahathir marah kepada Anwar apabila Anwar sebagai menteri kewangan tidak bersetuju untuk digunakan wang Petronas bagi menyelamatkan perniagaan anaknya, Mirzan Mahathir. Tindakan ini adalah menjadi kudis dalam hubungan mereka sebagai anak dengan bapak dan kemudian menular menjadi barah yang bernanah sampai kini.

Mahathir mula mengenali siapa dia Anwar sebenarnya, seorang budak suruhan yang selamanya tidak akan sedia menjadi hamba kepadanya. Jadi demi menyelamatkan banyak lagi kepentingan maka beliau terpaksa menghapuskan Anwar walaupun tindakan itu sangat berat dan melukakan ahli Umno lain.

Demikian juga dengan Rahim Tamby Chik. Kebenciannya kepada Anwar bukan sangat kerana Anwar difitnahkan bergelumang dengan dosa dan maksiat. Bagi Rahim itu tidak menjadi kudis gatal buatnya kerana dia juga suka berenang dalam lautan maksiat. Tetapi apa yang menyakitkan hati Rahim ialah apabila Anwar mengarahkan Ahmad Zahid Hamidi menentang Rahim di kerusi Ketua Pemuda Umno.

Inilah bermulanya api kemarahan Rahim kepada Anwar. Rahim merasakan Anwar adalah penghalang cita-cita politiknya. Tindakan itu disusuli pula degan arahan Anwar agar Rahim dibersihkan dari maksiat dalam isu penyelewengan dan skandal dengan budak sekolah. Dua tindakan Anwar ini menyebabkan Rahim berdendam dengan Anwar sampai ke hari ini dan sehingga sanggup menjadi pruducer filem biru.

Jelas penentangan Rahim kepada Anwar bukan kerana soal prinsip perjuangan atau pendekatan dan stail Anwar yang mahu menerapkan nilai-nilai dan falsafah Islam dalam Umno tetapi kerana Anwar dianggap mengusik kepentingan dan cuba menghalang hobinya.

Demikian juga dengan Ibrahim Ali. Dia menantang Anwar bukan ada sebab yang jelas dan bukan perkara hakikat misalnya soal prinsip. Dia menentang Anwar disebabkan Anwar tidak mahu melantiknya sebagai Pengerusi Perhubungan Keadilan di Kelantan, itu saja. Semasa terjemnpit dan perahu politiknya hanyut tatkala dibuang dan terpecah dari Umno Ibrahim mencari pulau untuk beradu... dengan harpaan Anwar mengambilnya menjadi pengerusi Keadilan Kelantan. Ibrahim yang selalu berfikiran hanuman kera putih tidak sedia untuk menjadi ahli biasa sebagai ekor. Dia mahu menjadi kepala walaupun, berkapala tiga?

Tetapi malang Keadilan Kelantan tidak sedia berketuakan Ibrahim kerana mereka sudah kenal bau dan bentuk mukanya. Bagi saya penolakan Keadilan Kelantan kepada Ibrahim sesuatu yang kurang bijak dan bukan bersifat politik serba mungkin.

Atas kekcewaan itu maka beliau bangkit menentang Anwar dan dalam masa sampa mengharap ada simpati dan pujian dari Najib. Malangnya usaha itu tidak memberi kejayaan dan segala tingkah lakunya Najib juga kena tidak menarik perhatian Najib. Walaupun Ibrahim telah menggunakan Rosmah untuk mendapat blessing Najib, tetapi Najib juga berhati-hati dengan makhluk ini bimbang akan ditinggalkan bendalir beracun didalam pinggan nasinya.

Bagaimana pula dengan Sanusi Junid, apakah yang menyebabkan beliau marah kepada Anwar? Sanusi selalu menggunakan alasan Anwar pengkhianat Melayu. Anwar sebagai muanfik untuk memperjuangkan Islam. Itulah kata-kata yang akan luruh dari mulut Sanusi Junid di mana saja dia bercakap mengenai topik mengenai Anwar.

Sanusi ada bukti dan pandangannya sendiri sehingga dia merasakan dia lebih Islami daripada Anwar. Tetapi dalam kajian saya dari sudut psikologi kenapa Sanusi marah Anwar bukan kerana tuduan-tuhdan itu tadi. Kenapa saya mengata begitu kerana mereka berdua pernah duduk dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim). Merka berdua adalah orang besar Abim. Kalau benar Sanusi sudah mengetahui Anwar munafik, kenapa beliau sanggup bersama Anwar Ibrahim di dalam Abim?

Dalam suluhan saya tindakan Sanusi memusuhi Anwar samalah dengan apa dilakukan Mahathir, Rahim Tamby Chik dan Ibrahim Ali. Puncanya kerana kecewa dan cemburu dengan Anwar. Bukan sama sekali kerana Anwar terlibat dengan skandal, itu adalah rekaan dan alasan dicari untuk membalas dendam mereka disebabkan berlakunya krisis peribadi. Kalau bertolak dari soal peribadi kenapa Mahathir membisu terhadap orang Umno lain yang juga berbelit dengan skandal.

Seperti dikatakan tadi Mahathir kecewa kerana Anwar tidak sedia mengikut telunjuknya demi kepentingan kroninya. Begitu juga dengan Rahim Tamby Chik, baginya Anwar adalah pemusanah istana politiknya. Ibrahim Ali kecewa kerana Anwar tidak membantunya memulih peta politiknya. Dan Sanusi Junid kecewa kerana dia merasakan dia lebih berhak berada di hadapan dalam politik Umno kerana beliau lebih awal menyertai Umno tetapi Anwar yang dimanja-manjakan oleh Mahathir.

Itu sahaja sebabnya. Jadi apa juga hentaman, hujah dan tuduhan mereka ke atas Anwar tidak berasas sama sekali dan semua penentangan itu tidak ada sangkut paut dengan soal-soal agama, bangsa dan negara, Semuanya adalah disebabkan soal dan kepentingan mereka yang menentang itu. Mereka menentang kerana cemburu, benci dan dengki atas kehebatan Anwar.

http://msomelayu.blogspot.com

38 comments:
Write comments
  1. Kami sekelurga setuju dan percaya....

    ReplyDelete
  2. Dalam politik.. tidak ada sahabat selamnya.. hari ni rakan .. mungkin esok menjadi lawan..Zul Kulim adalah contoh rakan menjadi musuh.. dan biasanya individu sebegini menunjukkan level permusuhan numero uno..semua yg baik dinafikan.. dan kelemahan rakannya digemburkan seolah dia tahu segalanya...mereka juga dipanggil parasit politician..setiap ayatnya mengundang ketegangan dan kebencian...mereka tidak penting dlm sejarah politik tanahair kerana mereka bukan tokoh penyatuan tapi kebencian..

    ReplyDelete
  3. surat khabar utusan malaysia adalah aparat pembunuh minda Melayu untuk terus berfikir dgn bebas manakala awg selamat adalah ejen zionis yg merbahaya meracun fikiran minda Melayu yg lemah dan tertindas. istilah melayu lemah dan tertindas serta tidak sedar diri adalah sesuai untuk puak Perkasa@Perkosa, Jaringan Melayu Malaysia, Gabungan Anti Penyelwengan Selangor dan puak setaraf mereka yang kelas keldai dan kuda

    ReplyDelete
  4. sebagai rakyat biasa....kami sngt simpati dgn nasib Anwar yg kami anggap sbagai pemimpin yg berjiwa kental dan sanggup bersusah payah unk menghapuskan kroni2 bn/umno yg telah bnyak menghabiskan wang rakyat.

    ReplyDelete
  5. Isu akidah seperti umat Islam MURTAD disokong (Siti Fatimah Tan Abdullah  murtad , 8 Mei 2008, Penang; Anwar juga berpihak kpd Lina Joy + Subashini + S Moorthy dalam kes MURTAD); disco, rumah urut dibiarkan dlm diam; isu LGBT disokong; pluralisme; hak-hak istimewa Melayu dipertikaikan oleh org bukan Melayu; masalah sosial remaja Melayu; kebanjiran pendatang tanpa izin dan banyak lagi. Apakah semua isu ini hadir secara kebetulan atau ia adalah rancangan jangka panjang sesuatu pihak untuk menguasai Malaysia? *Dasar-dasar ekonomi & perbankan; Bizz matawang mengikut percaturan Zionis; Perdagangan Efisien Petronas ditagih; Prospek & Pelaburan Sawit diidami; Peluang Pelaburan; Kualiti & Kredibiliti Malaysia di Asia Tenggara; Produk2 Pro-Zionis dijamin, Wilayah Strategik bagi mempengaruhi Asean; Arahan-arahan Zionis ke atas dasar-dasar Malaysia; Sokongan & Pengiktirafan bagi Israel & setiap dasar US; *NEGARA-NEGARA ISLAM divirus via POLITIK, MEDIA, SOSIAL, EKONOMI atas ALASAN regim jahat & lama? Liberalisasi (Anwar menyokong Salman Rusdie “The Satanic Verses” - profound writer / karyawan mendalam pengetahuannya- telah disiar dlm majalah ASIAWEEK pada 11 November 1993); Isu Nabi Muhammad dihina, dibogel/ Babi= diliberalkan. Perlunya Syiah & Wahhabi dalam setiap negara Islam (Bagi Malaysia- spt Khomeini Nik Aziz & Hadi MENAUNGI SYIAH MALAYSIA); Lingkaran Jesuit; Arahan Zionis; serta New World Order..

    Apakah Malaysia yg berprinsip / bermaruah tidak mengiktiraf Israel, elak percaturan Zionis, enggan menerima IMF & mengkritik beberapa dasar Amerika Syarikat tidak menjadi sasaran untuk “regime change” Zionis? Singapura ada kaitan dgn usaha Zionis menguasai Malaysia sejak 1990-an lagi!** Anwar bin Ibrahim dipecat dari UMNO sebab ini sebenarnya! AGEN ZIONIS & kes peribadi !! Sebagai AGEN ZIONIS, beliau.. sejak 1990-an, menjadi ayam tambatan & mmg menyimpan tunai (lebih RM 1 billion) dlm akaun keluarga / kroni terdekat & luar Malaysia melalui Anwar sentiasa menerima dana (juga pelbagai kemudahan- mahligai di Segambut, PJ; kenderaan; media; think tank; NGO Pro Zionis; sokongan guaman & perundangan; bantuan ketika PR/ PRU) hingga ke saat ini.. (ia dlm pelbagai nombor akaun & tempoh matang):

    * (akan bersambung) **atas pagar

    ReplyDelete
  6. Wan Azizah Wan Ismail (Israeli National Bank- lebih USD 39 million); Nurul Izzah (Israeli National Bank - lebih USD 70 million); Nurul Nuha (Israeli National Bank - lebih USD 42 million); Nurul Iman (Israeli National Bank - lebih USD 53 million); Nurul Ilham (Israeli National Bank - lebih USD 18 million) Ihsan (Israeli National Bank - lebih USD 25 million); Raja Ahmad Shahrir Raja Salim (American Express Bank & Citibank- lebih USD 15 million);


    Che Yan (American Express Bank - lebih USD 5 million); Rehan Bte Ibrahim (Bank Of Nova Scotia& China Bank- lebih USD 7.5 million); Mokhtar Bin Ibrahim (Singapore& American Express Bank - lebih lebih USD 12 million) telah mati, tapi diletakkan jg namanya; Marzuki Bin Ibrahim (Develop of Singapore& Israeli National Bank - lebih USD 15 million); Rosli Bin Ibrahim (Development Bank of Singapore, China Bank & American Express Bank – lebih USD 16 million); Idrus Bin Ibrahim (United Overseas Bank, Development Bank of Singapore & Citibank – lebih USD 12 million); Rani Bin Ibrahim (Citibank & Israeli National Bank) – lebih USD 10.5 million) bekas taikun loteri Sabah ini telah mati, tapi diletakkan jg namanya; Farizon Bte Ibrahim (American Express Bank & Israeli National Bank - lebih USD 20 million); Wan Ismail Bin Wan Mahmud (Citibank- lebih USD 8 million);


    Azmin Bin Ali (Israeli National Bank - lebih USD 23 million); Kamaruddin Bin Jaafar (Israeli National Bank - lebih USD 5 million); Abdul Rahim Bin Md Ghouse (Israeli National Bank - lebih USD 3.5 million); Shamsidar Bte Taharin (Israeli National Bank - lebih USD 4 million)

    * Sumber: Alih Bahasa - Siapa Marzuki Ibrahim & Kelakuannya di Indonesia; Bukti Anwar Terus Cekal Anut Pluralisme Agama; Azmin Ali & Zionis; Sejarah ANWAR IBRAHIM bersama Yahudi; Skandal Nurul Izzah & Liberalisasi; Center for Muslim Christian Understanding - Georgetown University; Adu Domba Anwar melalui Indonesia; Simpanan Tunai Anwar & Kroni; Datuk S. Ambiga & Zionis; Peranan Harakah & Peranan Kamaruddin Jaafar; Siapa Adi Sasono; Petikan Kes Osman Bakar  -“The United States is the freest country in the world. Historically, Islam flourishes in a society where there’s freedom”; Bayangan Orientalis dan Amerika di belakang Anwar; Konrad Adenauer Foundation of German; Douglas H. Pall

    * (akan bersambung) **atas pagar

    ReplyDelete
  7. BROKER / AGEN ZIONIS??!! *Azmin Ali, Anwar Ibrahim, Sivarasa Rasiah, Khalid Samad, N Surendran, Dr. Kua Kia Soong, Nurul Izzah, Nurul Iman; Tan Seng Hin, Arumugam Kalimuthu, Cynthia Gabriel, Fadiah Nadwa Fikri, Dr Xaxier Jayakumar, Tian Chua, Elizabeth Wong, Theresa Kok, Dr. Mohd Nasir bin Hashim, deceased Fan Yew Teng, Charles Hector, Sarah Devaraj, Nalini Elumalai, Danapakiam Savari, Irene Fernandez, Kamaruddin Jaafar memang ada hubungan dgn salah satu IKD, NED, CFR, FNF, Saban, OSI, Mossad dan tokoh-tokoh Zionis/ PERANTARAAN sejak dulu lagi. Mereka kini bergerak tersembunyi tetapi serius + senada dengan Anwar setelah diusul kuat oleh organisasi-organisasi / tokoh-tokoh Zionis. Ada maklumat tepat juga (nanti lah dulu…) agen Zionis terhadap seorang dua ahli BN akan diangkat Anwar. Tapi semua agen-agen ini sedang senada di bawah Anwar - kepingin PM. Difahamkan, semua mereka ini akan menjadi orang penting di Malaysia sekiranya Anwar PM kelak.


    *Sekadar nama pejuang Zionis yg penuh kaitan2 tersembunyi utk Malaysia - Al Gore, Martin Indynk, Madeline Albright, James Wolfenshon, Soros, Wolfowitz, Joseph Breham; Elliots Abrams; William Bourdon, Paul Martin, Michel Camdessus, William Cohen, Richard N.Haass, Haim Saban, Dr. Surin Pitsuwan; Vin Weber, Alvin Toffler; Carl Gershman …

    BROKER / AGEN ZIONIS??!! *Azmin Ali, Anwar Ibrahim, Sivarasa Rasiah, Khalid Samad, N Surendran, Dr. Kua Kia Soong, Nurul Izzah, Nurul Iman; Tan Seng Hin, Arumugam Kalimuthu, Cynthia Gabriel, Fadiah Nadwa Fikri, Dr Xaxier Jayakumar, Tian Chua, Elizabeth Wong, Theresa Kok, Dr. Mohd Nasir bin Hashim, deceased Fan Yew Teng, Charles Hector, Sarah Devaraj, Nalini Elumalai, Danapakiam Savari, Irene Fernandez, Kamaruddin Jaafar memang ada hubungan dgn salah satu IKD, NED, CFR, FNF, Saban, OSI, Mossad dan tokoh-tokoh Zionis/ PERANTARAAN sejak dulu lagi.


    * (akan bersambung) **atas pagar

    ReplyDelete
  8. John L. Esposito (Orientalis, beragama Kristian / penasihat USA bagi negara-negara Islam yg anti Islam –Peristiwa 11/9 - Kelompok ‘pelampau’ anti Islam di Amerika mula berkembang diapi oleh beliau. Tuduhan itu dipromosi oleh kerajaan USA mengatakan kejadian letupan bangunan WTC angkara ‘pelampau Islam?’ Iraq / Afganistan tidak semena-mena diserang, walaupun sehingga kini gagal menyiasat siapakah dalang di sebalik insiden 11/9 itu. John tidak pernah bersimpati dengan kelompok Islam yang bercita-cita menegakkan perundangan Islam atau ‘negara Islam’, malah John menuduh kelompok ini sebagai kumpulan terroris. *Nik Aziz mahu perundangan Islam??!! Atau beralasan si licik / si pemutar alam ini– Hudud di seluruh Malaysia wp kepimpinan Najib membenarkan hudud di Kelantan dan semua negeri2 PR! JANGAN BACA MEDIA PERDANA – DIDAKWA PENIPU. *Media-media yg disokong Zionis (secara muslihat) mendiam isu yang elok BN; meneutralkan kesalahan Anwar, sekutunya; & berusaha membuang pengaruh MEDIA PERDANA dgn alasan MEDIA KERAJAAN! Impaknya `rakyat berkualiti` tapi dangkal politik – dianiaya, makin bingung & ada yg tertarik dgn slogan menukarkan regim & `cerdik`!!

    Saudara boleh analogi - ke mana Ruslan Kassim, Dr Sidek Baba, Dr Halili, Ezam; Dr Chandra, Fairuz, Pn. Aminah, Zahrain, Zul Nordin, Dr Hasan Ali, Ustaz Nasha, Shaari Anuar; Zahid Mat Arip, Dr Zahid Hamidi; Dr Zambry.. Adakah mereka yg berprinsip ini kekal bersama ANWAR BIN IBRAHIM BIN ABDUL RAHMAN?? Mengapa MalayJohn L. Esposito (Orientalis, beragama Kristian / penasihat USA bagi negara-negara Islam yg anti Islam –Peristiwa 11/9 - Kelompok ‘pelampau’ anti Islam di Amerika mula berkembang diapi oleh beliau. Tuduhan itu dipromosi oleh kerajaan USA mengatakan kejadian letupan bangunan WTC angkara ‘pelampau Islam?’ Iraq / Afganistan tidak semena-mena diserang, walaupun sehingga kini gagal menyiasat siapakah dalang di sebalik insiden 11/9 itu. John tidak pernah bersimpati dengan kelompok Islam yang bercita-cita menegakkan perundangan Islam atau ‘negara Islam’, malah John menuduh kelompok ini sebagai kumpulan terroris. *Nik Aziz mahu perundangan Islam??!! Atau beralasan si licik / si pemutar alam ini– Hudud di seluruh Malaysia wp kepimpinan Najib membenarkan hudud di Kelantan dan semua negeri2 PR! JANGAN BACA MEDIA PERDANA – DIDAKWA PENIPU. *Media-media yg disokong Zionis (secara muslihat) mendiam isu yang elok BN; meneutralkan kesalahan Anwar, sekutunya; & berusaha membuang pengaruh MEDIA PERDANA dgn alasan MEDIA KERAJAAN! Impaknya `rakyat berkualiti` tapi dangkal politik – dianiaya, makin bingung & ada yg tertarik dgn slogan menukarkan regim & `cerdik`!!

    Saudara boleh analogi - ke mana Ruslan Kassim, Dr Sidek Baba, Dr Halili, Ezam; Dr Chandra, Fairuz, Pn. Aminah, Zahrain, Zul Nordin, Dr Hasan Ali, Ustaz Nasha, Shaari Anuar; Zahid Mat Arip, Dr Zahid Hamidi; Dr Zambry.. Adakah mereka yg berprinsip ini kekal bersama ANWAR BIN IBRAHIM BIN ABDUL RAHMAN?? Mengapa Malaysia jika mahu diiktiraf maju dan hebat mesti berkiblat penuh kepada Zionis & USA? Mengapa kita harus mengikut percaturan Zionis & USA hingga sanggup mempersendatemeh kedaulatan negara? Kelicikan Anwar `state of denial’ / alih isu dirinya & Zionis - disokong / dibantu oleh media-media yg sealiran utk cita-citanya menjadi PM menjadi sebahagian rakyat berkualiti terpengaruh & kian biadap dgn ibu bapa, kga / kerajaan.

    * (akan bersambung) **atas pagar

    ReplyDelete

  9. PM NAJIB YG BERBUAL & BERSALAM DGN AKTIVIS YAHUDI JG AKAN DIDAKWA PRO ZIONIS SDGKN HUBUNGAN BELIAU DGN MEREKA ATAS PRINSIP DIPLOMATIK & MALAYSIA. TTPI SEORANG AGEN - TUGASNYA ADALAH `SUJUD` & BERFOKUS PADA PERINTAH2 ZIONIS!! SAUDARA YANG MENYOKONG ANWAR IBRAHIM INI & PASTINYA BEREMOSI MEMPERTAHAN & MEMBETULKAN BELIAU, KAN??!! ATAS PANDANGAN KASAR - ANWAR BAIK, SIMPATI; & `AKU` MAKIN BERDENDAM DGN BN!!. PADAHAL `WAJAH` ANWAR MMG MEMBIMBANGKAN. *SAYA SEKELUARGA MENARIK DIRI & MMG SESEKALI TIDAK BERSAMANYA LAGI!!

    * Sumber: Anti DAP Club FB Pages; Who Speaks for Islam; Center for Muslim Christian Understanding - Georgetown University; Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia; Dewan Koperasi Indonesia; organisasi NED; Kenapa Anwar Berguru Dengan Orientalis ?; Adi Sasono & Zionis; Makers of Contemporary Islam; Proses Perkembangan Kegiatan IFC; Kejayaan Majlis Silaturrahim Antara Agama; JESUITS dan Perancangannya Menghadapi ISLAM (Memahami Jeffry Kitingan); Ucapan Khalid Samad -Pakatan Rakyat Nak Tukar Pemimpin Melayu Yang Rasuah Dengan Pemimpin Yang Bersih (cenderung Freemason); Majalah ASIAWEEK 11 November 1993; Petikan kata-kata Prof Osman Bakar, Bernama 16 April 2001; Anwar explains his stance to Christian leaders; juga dilaporkan secara terperinci oleh Executive Review, dalam tajuk `The Case of Malaysia`. Carian - http://www/larouchhepub.com/eiw/public/2008/2008_20-29/2008-27/pdf/75-77_3526.pdf

    *(akan bersambung) **atas pagar

    ReplyDelete
  10. Macam2 ada dalam politik Malaysia. Malaysia Boleh!

    ReplyDelete
  11. Bila profesionalisme bertukar menjadi isu peribadi kerana terlalu ikutkan emosi.

    ReplyDelete
  12. people’s continued support for Barisan Nasional is vital to ensure that their welfare is in the good hands of a government that knows what it’s doing

    ReplyDelete
  13. Judge a government from its contributions… a lot of people received aid and improved their socioeconomic status here in Sabah.

    ReplyDelete
  14. Mereka yg lari mninggal DS Anwar seorg diri menentang badai politik celaka UMNO ialah mereka yg kalah dgn perjuangan jahat UMNO. Contoh mudah, Zahid Hamidi. Beliau ada berpuloh2 motosikal brkuasa tinggi ( hrga dsitu je RM1juta. Kereta pulak berpuloh2 sampai trpaksa dletak dtepi2 jln kediaman beliau dPutrajaya ( sebelum pindah krumah sendiri dKajang).Syakt beliau dan anak2 yg dah jadi CEO atau MD, berapa? Kena ISA 10 hari masa kes Liwat 1 keatas DS Anwar..hilang bebb semngat perjuangan. Kerana apa? Harta beratus juta drumah. Polis dah warning,katanya " Datuk nak senang atau nak susah?" Sapa nak susah,beb. Bebas dr ISA 10 hari terus lompat masuk UMNO. Semasa dtahan drumah DS Anwar waktu UTK masuk serbu, beliau dsebelah aku brsama TS Khalid Ibrahim. Manakala Sdra Rustglam Kassim pula mengalami masalah kewangan dsykt guaman beliau. Kesian dia. UMNO tekan habis2an agar sykt beliau tak dpt kontrak perumahan kerajaan / swasta. Ceramah beliau beliau yg paling bernas dan padat prnah aku dgr dr seorg bekas UMNO...masuk UMNO balik,bebb.Kewangan! Hanya sekadar 2 org utk djadikan contoh disini. Ndak payah ramai2 utk mrenggariskan mereka2 yg melawan DS Anwar adalah mereka2 yg brmaslaah.

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  15. October 29, 2012 4:42 PM

    Judge a government from its contributions… a lot of people received aid and improved their socioeconomic status here in Sabah.
    ( What terms of socioeconomic status you are talking about? The rural people have no pipe water! The rural people asking for treated water not by collecting rain water using tangki 1Malaysia. Stupid government!)

    ReplyDelete
  16. Jikalau betul anuar dan ahli2 nya merupakan agen zionis, kenpa ISA pada masa belum dilupuskan, kerajaan tdk mengunakan kuasa untuk menangkap anuar dan ahlinya. Kerana tindakan anuar ini betul2 mengugat negara. Atau pada masa anuar dipenjarakan atas tuduhan liwat dan salahguna kuasa, kenapa kerajaan pada masa itu tidak benar2 menghapuskan anuar dari politik? jawapannya senang sahaja, rakyat malaysia sudah tidak mempercayai konspirasi kerajaan untuk menjatuhkan anuar dari dunia politik, dan mereka yang memusuhi anuar sekarang seperti telur di hujung tanduk. Jika PR memerintah kerajaan, sudah pasti rakyat akan mendesak agar kerajaan baru membongkar semua ketidakadilan pemerintah pada masa sekarang. Anuar tdk akan membalas dendam, tetapi rakyat yang mendesak agar anuar mendedahkan ketidakadilan dan rakyat juga mendesak agar anuar membawa mereka ini ke pengadilan. Bukan makamah yang menjatuhkan hukuman tetapi rakyat sendiri yang menjatuhkan hukuman. Kita tunggu dan lihat. Kerana perkara ini pernah terjadi seperti filipin, indonesia, mesir, libya. Ingatlah Kuasa rakyat kuasa mutlak.

    ReplyDelete
  17. Dulu Datuk S Nallakaruppan. Kawan baik Anwar telah dprangkap oleh UMNO dgn kes peluru dan pistol,trpaksa la si Nalla tu lari tinggalkan Datuk Seri Anwar. Buat pula statement mnyerang DSAI walau dgn wajah yg mnggambarkan 1001 masalah. Kesian si Nalla. Betul la mana2 individu yg lari dr perjuangan rakyat yg dterajui olh DSAI adalah individu brmasalah samada masalah peribadi atau masalah harta dunia. NGO TIBAI jgn kira lah. Tubuhkan NGO dekat dgn PRU demi dpt laba dr UMNO. Kalau dia tubuh selepas PRU...usahkan rakyat malah UMNO pun tak hndak pandnag muka mereka.

    ReplyDelete
  18. biasalah tu kawan ketawa senang dicari, tapi yg sama2 menangis belum tentu bole jumpa kecuali keluarga terdekat sendiri...namanya kalau mau hidup, kalu kita diatas seboleh2 bontot pun mau dicuci tapi kau sudah jatuh ibarat tak hendak menengok kucing kurap...yg sedih kawan yg melarikan diri itu hentam kita sampai kita jadi kurap anjing..teruklah! inda perlu kita sebut siapa rakan DSAI dulu kini dan selamanya...semua og tau... kita tengoklah andaikata PA menang dimana pencacai2 dan kawan2 lama DSAI.. BIKIN MUNTAH!

    ReplyDelete
  19. October 29, 2012 1:14 PM :

    tentunya 'haram' bg kau utk menonton filem2 steven spielberg, kan???

    ReplyDelete
  20. PR tidak sesekali mencipta isu utk menjatuhkan UMNO..!! Tapi ..UMNO sendiri tak pernah sunyi dari isu dan kontroversi.. PR tidak peduli..UMNO nak mampusker.. makan duit haramke.. UMNO sokong Soros ker.. tapi apa keutamaan PR adalah kebajikan rakyat dan negara terpelihara..kerana itu sudah menjadi tanggung jawab PR .. Siapa yg rakyat boleh harapkan lagi..??

    ReplyDelete
  21. Duit hantu, pengundi hantu, tangan hantu, cincin hantu, lori hantu, ada satu jenis lagi...hantu rasuah, hantu kapal selam, hantu antal tuya, cuba kita satukan....jadikan SATUUUUUUUUU.....HANTUUUUUUUUUU...hi hi hi..

    ReplyDelete
  22. 1Malaysia suda tau Musa Aman punya kes jugak dah ramai yg tau siapa itu Micheal Chia. Bukan kata kes RM40 juta pun, sebelum2 ini suda jelas siapa itu Micheal.KM brpakat dgn si cina tu TIBAI kayu balak Sabah, rakyat Sabah tolong prtahankan. Kan bodoh nama nya itu,mbah.

    ReplyDelete
  23. Sebab politik kotorlah berlaku ketegangan di negara ni. akhirnya, rakyat juga yang tersepit di tengah2.

    ReplyDelete
  24. Semakin terserlah seseorang pemimpin tu, semakin menjadi2 pihak untuk jatuhkan.

    ReplyDelete
  25. Anwar tak mungkin boleh menawan Putrajaya kerana gagal mendapat kerjasama daripada semua parti komponennya.

    ReplyDelete
  26. Jika Anwar gagal menjadi PM kali ini, beliau sudah berjanji akan turun. Janji perlulah ditepati.

    ReplyDelete
  27. Kita tunggulah dan lihat apa yang terjadi bil PRU-13 nanti, sama ada majority rakyat akanmemberi sokongan kepada Anwar ataupun tidak?

    ReplyDelete
  28. anwar mmg patut ditentang.

    ReplyDelete

  29. Young women should not be influenced by the opposition parties’ political propaganda, which kept questioning the Barisan Nasional’s (BN) ability to administer the country, said Najib.

    ReplyDelete
  30. Prime Minister Datuk Seri Najib Razak today advised the young women of Malaysia to not sacrifice the nation’s future by allowing the opposition to derail all the government’s efforts thus far.

    ReplyDelete
  31. He said the opposition should be more constructive in their criticisms and not just find faults with every government project, when in fact these projects stimulate the economy and provide job opportunities.

    ReplyDelete
  32. “The opposition tries to derail projects such as RAPID in Pengerang, Johor and FELDA’s listing on the Bursa Kuala Lumpur, on the basis that it does not wish to see BN succeed and show its ability to govern the country.

    ReplyDelete

  33. “All our plans will remain stunted as mere plans if the transformation is derailed by the opposition and it does not get the political support of the people,” he said while closing the 2012 National Young Women’s Gathering.

    ReplyDelete

  34. Najib said the young women of this country needed to fully support the present government, which was committed to helping them fulfill their inspiration, dedication, expression and aspiration.

    ReplyDelete

  35. He said the BN government guarantees that it will do the best for a brighter future.

    ReplyDelete

  36. “If young women want to have their inspiration, dedication, expression and aspiration fulfilled, then support the present government. And I assure you that we’ll do our best not to disappoint your expectations,” he said.

    ReplyDelete
  37. Najib said the government has fulfilled the younger generations’ aspiration for jobs through its Government Transformation Programme (GTP) and Economic Transformation Plan (ETP), by creating more than 313,000 opportunities.

    ReplyDelete

  38. “According to a global survey, the younger generations considered employment as top priority among all the issues they faced.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.