Wednesday, October 24, 2012

Di mana wang pampasan RM207 bilion?



Keengganan Menteri Kewangan menjawab persoalan berkaitan RM207 bilion wang pampasan kepada waris buruh paksa landasan keretapi Siam - Burma hanya menambahkan kebimbangan jika wang tersebut disalahgunakan.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata kementerian sepatutnya memberikan penjelasan bagi memastikan dana tersebut segera diagihkan kepada waris.

"Sayangnya, tiada sebarang penjelasan diberikan berhubung persoalan saya ketika saya dedahkan perkara tersebut di Dewan Rakyat, sebelum ini.  Menteri tidak menjawab langsung," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Ia telah disiarkan Harakahdaily (gambar) dan Harakah cetak pula telah menyiarkan laporan ini di muka depannya.

Dalam laporan itu, Nizar melalui ucapan di Parlimen mendedahkan kerajaan Jepun telah memberikan wang pampasan kepada kerajaan Malaysia sebanyak RM207 bilion untuk diserahkan kepada waris buruh paksa landasan kereta api terbabit.

Bagaimanapun, beliau dimaklumkan waris mangsa tidak mendapat wang pampasan tersebut biarpun ia telah diserahkan kepada kerajaan Malaysia sebelum ini.

Perkara tersebut didedahkan Nizar ketika perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013, di parlimen, 10 Okt lalu.

Dalam pada itu, Nizar turut melahirkan rasa kesal apabila individu yang membekalkan maklumat tersebut telah dihubungi pihak tertentu kerana bertindak mendedahkan perkara tersebut.

"Saya dimaklumkan individu yang memaklumkan kepada saya tentang perkara ini telah pun dihubungi pihak tertentu yang mempertikaikan tindakan mendedahkan maklumat tersebut kepada saya,"  dakwa beliau.

Bagi Nizar, ia satu tindakan ancaman kepada pemberi maklumat berkenaan.

Soalnya, tambah Nizar individu tersebut terpaksa mendedahkan perkara itu kepada beliau memandangkan ia sudah tertangguh sekian lama.

Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan agar memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut, selain menyegerakan pembahagian wang pampasan itu kepada waris mangsa. -HD

16 comments:
Write comments
  1. Duit itu sudah kena makan oleh hantu. Di Malaysia kan banyak hantu, pengundi hantu ada dan hantu yang suruh bunuh altantuya pun ada.

    ReplyDelete
  2. Ha ha... HANTUYA lah tu .... suruh hantuya dan hantu-hantu pemakan duit yang masih hidup tu bayar untuk keluarga mansa...

    ReplyDelete
  3. Mungkin perlu disiasat

    ReplyDelete
  4. Muslihat pembangkang saja mahu mencari publisiti

    ReplyDelete
  5. siatan perlu dijalankan

    ReplyDelete
  6. Untongnya ada pembangkang dparlimen. Kalu tak, kita dtipu bulat2 oleh BN tanpa kita ketahui. Kalau ANONYMOUS Okt 29.2012.4.50 PM jadi YB ahli parlimen, jawabnya rakyat yg dwakili beliau dtipu hidup2 oleh BN le

    ReplyDelete
  7. UMNO mana yang boleh ngap dia ngap terus. Dia ngap berbilion ringgit rakyat dapat RM500.

    ReplyDelete
  8. RM207 billion? Jumlah tu lebih banyak daripada RM40 juta. Tapi asyik Musa Aman saja dikritik?

    ReplyDelete
  9. Bagi balik pampasan kepada waris la.

    ReplyDelete
  10. tidak heranlah apa lagi berbilion ringgit yg juta2, ratus ribu, puluh ribu , ribu ,ratus ratus , ringgit2 pun kena kebas, ikut ranking dari ikan paus sampai ikan2 bilis semuanya' ngap habis... inda peduli hak negaraka, negerika, rakyatka pulun habis, inda kira cara untk mendapatkan duit rasuahka pelaburan haramka, tipu orgka/ rakyatka yg penting duit masuk !,...kononnya untuk partilah, tapi diurus oleh father and son's bole percayakah kha,kha,kha. perkara ini BUKAN saja untuk dikritik tapi siasat dgn telus.. bukan guna undang-undang sendiri kerana tatap dibetulkan, tapi guna undang-undang negara yg betul2 telus..... kita tidak mahu pemimpin yg kita lantik bermandikan rasuah.. byk contoh sebelum ini yg lama dan terbaru!

    wa khakha kha

    ReplyDelete
  11. belum selesai satu isu, keluar sudah isu yang lain.

    ReplyDelete
  12. harap pihak yang berkenaan dapat beri respon, penjelasan yang segera.

    ReplyDelete
  13. RM207 bilion wang pampasan yang lesap ini perlulah disiasat terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  14. Pihak yang terlibat dalam kes ini wajar tampil dan membuat penjelasan, kita tunggulah dan lihat.

    ReplyDelete
  15. Diharapkan waris buruh paksa landasan kereta api terbabit akan menerima pampasan ini.

    ReplyDelete
  16. hal ini perlu diperjelaskan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.