Wednesday, October 24, 2012

Isu Scorpene

 : NGO tuduh Anwar terlibat

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan pembelian kontroversi kapal selam Scorpene semasa beliau menjadi menteri kewangan pada tahun 1995, kata sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berkempen menentang penglibatan SUARAM dalam penyiasatan kes itu, hari ini.

Syarikat dari Perancis DCNS telah memenangi kontrak bernilai €1 billion pada tahun 2002, ketika Anwar sedang menjalani hukuman penjara atas tuduhan liwat pada tahun 2000, tetapi kumpulan tersebut menuduh kelulusan tersebut berlaku ketika beliau menjadi menteri kewangan pada tahun 1990an.

"Kenapa SUARAM tidak mendedahkan pembelian Scorpene itu dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim?" kata Dzulkarnain Taib, presiden Kelab Wartawan Muda di sidang medianya hari ini.

Beliau mendakwa isu Scorpene dibincangkan dalam Kabinet pada tahun 1991.

"Dalam tahun 1995, menteri kewangan pada ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan pembelian Scorpene," kata Dzulkarnain.

Beliau menerangkan kronologi tentang pembelian dua kapal selam itu, dan berkata perjanjian itu ditandatangani pada tahun 2002 dan menerima kapal selam tersebut pada 2010.

Pada 11 Oktober lalu beberapa kumpulan NGO berkata Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) tidak mewakili plaintif dalam inkuiri di Perancis tentang perjanjian kapal selam Scorpene itu.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) peringkat Wilayah Persekutuan.

Beliau bagaimanapun enggan menunjukkan dokumen tetapi hanya memberi nombor rujukan mahkamah pada dokumen itu.

Bila ditanya apakah mereka tahu tentang permohonan SUARAM untuk menjadi plaintif bersama, Dzulkarnain berkata "tidak mendengar apa-apa" tentang permohonan 16 Mac.

Beliau juga ditanya apakah mereka mendapat maklumat status plaintif bersama dari SUARAM.

"Kami tidak mendapat maklumat, kerana maklumat yang kami dapat hanya pada 16 Mac," katanya lagi.

SUARAM 17 Oktober lalu berkata mereka masih lagi terlibat membantu siasatan di Perancis,dan berkata akan memberi keterangan di mahkamah Perancis pada 19 April . -TMI

12 comments:
Write comments
  1. Bersuara banyak mana pun untuk melindungi yang terlibat tidak Akan dapat menghalang kes ini di teruskan?persoalan ini patut di tujukan kepada makamah perancis bukannya di malayasia biar pun kuasa dalam tangan.tunggu sahaja nanti apa seterusnya?

    ReplyDelete
  2. PERSOALANNYA??? BUKAN SIAPA YG MELULUSKAN, TETAPI SIAPA YANG AMBIL RASUAH DAN TERBUNUHNYA.....

    ReplyDelete
  3. siasat n ambil tindakan sewajarnya terhadap pihak2 yg terbukti bersalah [biar pun dia PM @ AI]!!! persoalannya, knp takutkan siasatan???

    ReplyDelete
  4. semuanya muslihat pembangkang

    ReplyDelete
  5. Anwar pula yang meluluskan pembelian kapal selam

    ReplyDelete
  6. Macam2 la skandal Scorpene. Entah siapa saja yang bercakap benar.

    ReplyDelete
  7. Pihak tertuduh sila tampil ke depan beri penjelasan!

    ReplyDelete
  8. Meludah ke langit terkena muka sendiri. begitulah perumpamaan yang sesuai untuk pembangkang.

    ReplyDelete
  9. Isu2 yang hangat semuanya ada kaitan dengan Anwar??

    ReplyDelete
  10. Betulkah dakwaan NGO ini bahawa Anwar juga terlibat dalam isu Scorpene?

    ReplyDelete
  11. Harap perkara ini dapat disiasat sebaik mungkin supaya membuktikan sama ada Anwar Ibrahim terlibat ataupun tidak.

    ReplyDelete
  12. Anwar pun terlibat rupanya.. huhu..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.