Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya ekoran kenyataan terbarunya berhubung hudud yang didakwa menghina Islam.
Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, walaupun PERKASA memutuskan untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum depan, tidak bermakna ketetapan itu tidak boleh berubah terhadap calon MCA.
"Soal Islam, tiada kompromi daripada PERKASA. Haram umat Islam dalam PERKASA memilih pihak yang menghina Islam," kata Syed Hassan (kanan).
"Sudah berkali-kali PERKASA ingatkan MCA supaya jangan hina Islam dan mana-mana pihak pun jangan sesekali politikan Islam. (Presiden MCA Dr) Soi Lek masih ada masa untuk tarik balik kenyataannya itu sebelum terlambat.
Syed Hassan berkata, walaupun anggotanya tidak akan mengundi PKR atau DAP, pasti terdetik di hati mereka ''pastinya haram bagiku memilih MCA kerana mereka menghina agama Islamku, jadi apa perlu aku keluar mengundi''.
Dr Chua semalam mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.
Memetik SMS oleh individu tidak dikenali, beliau menyenaraikan pelbagai industri yang didakwa akan terjejas, termasuk resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan rumah urut.
Apa tujuan Soi Lek?
Dalam kenyataannya hari ini, Syed Hassan juga membangkitkan persoalan tujuan kenyataan Dr Chua yang menyentuh isu sensitif itu sedangkan pemimpin veteran itu sudah lama bersama dengan "rakan Islam".
"Apakah kita mahu berlaku di sini? Umat Islam wajib pertahankan hukum hudud yang sebenar. Bukan hukum hudud ala PAS," katanya.
Menyentuh kenyataan Dr Chua itu, Syed Hasan membidasnya, hudud tuntutan Islam tidak akan membuatkan rakyat hilang pekerjaan, malah memberi banyak peluang pekerjaan.
Justeru, katanya lagi, Chua lebih baik berdiam diri kerana beliau didakwa tidak faham apa itu hukum hudud sebenarnya.
"Seorang bukan Islam adalah lebih baik tidak menyentuh hukum Islam lebih-lebih lagi di Malaysia," katanya melalui SMS ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Syed Hassan juga mengingatkan supaya perkara sensitif tidak diusik, termasuk yang melibatkan agama bukan Islam, kerana ia pasti mendatangkan kemarahan pihak lain.
"Banyak terjadi di sesetengah negara luar, isu agama boleh jadi huru hara sehingga bunuh membunuh antara penganut agama berlainan." katanya lagi. -MK
Friday, October 19, 2012
PERKASA: Haram umat Islam undi MCA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hahahahha pekasam dah start main wayang lagi. wayang cina ka pekasam?
ReplyDeleteApa hal PERKASA nak susah-susah ?
ReplyDeleteKomuniti TIONGHUA sendiri pun tak nak sokong MCA ataupun GERAKAN lagi...tak payah jerit -jerit susah Si PERKASA yg berotak udang !!!! Orang-orang MELAYU yg menentang PERKASA dan UMNO jugak tak kan undi BARISAN NASIONAL yg bertamak DUIT RAKYAT
MCA juga berotak udangbusuk...dasar bersama UMNO yg berbau cencaluk rosak
Soi Lek ini BAPA SEGALA SYAITAN yang dikenali!
ReplyDeleteDr Chua semalam mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja ( Mengapa Najib enggan komen inilah hipokritnya Najib!)
ReplyDeleteIa adalah crystal clear. Sesiapa yg menentang pelaksanaan hudud tertegaknya dimalaysia adalah haram mengundinya. Apakah mca sj yg ttg hudud? Bukan parti melayu yg satu tu pun ttg jugak ke selama ini? Mca x fhm2 hudud pun pasai parti yg satu tu la! Dia tu la yg dok takut2kan non muslim pasai hudud selama nih! Maka, undi umno jugak adalah haram dlm PRU. Ini adalah fakta, bukan auta sperti dilakukan setengah pihak. Kebenaran telah dismpaikan, bagi sape2 pro umno yg masih nak undi umno, sila bersedia utk tanggung dosa...
ReplyDeleteSiapakah pemimpin yg memulakan menghina HUDUD ni .. tentulah pemimpin UMNO tak lain tak bukan Tun Mahathir ... jadi masalahnya sekarang ni PERKASA kena RUJUK Tun Mahathir ye ... ada berani ke tak nak undi MCA .. nak tengok la mcm mana nanti .. tentu Najib boleh jawab ..
ReplyDeleteCerdik sikit SU agungnya dari President Perkosa, si Berahim alkatakki tu. Apapun, maruah Perkosa dah lama trcalar.
ReplyDeletehahaha..ADA SEDAR SIKIT NAMPAKNYA SYED HASSAN ALI(SU) PERKASA NI...LAMA2 LAGI KO AKAN SEDAR SEPENUHNYA SIAPA MCA, MIC DAN UMNO YG SEBENARNYA WAHAI SYEH HASSAN..///
ReplyDeleteHoi Syed Hassan!!Cuba jelaskan apa hukum HUDUD ala PAS??Bukankah 100% hudud yang PAS perjuangkan diambil 100% daripada Al-Quran dan Hadis?Pernahkah kau kaji dan berdiskusi dengan pemimpin PAS??Bila ajak berdiskusi, puak2 kau tolak. Lepas tu duk melalak dalam media.Owhhhh???MCA parti kafir hina HUDUD kau kata haram mengundi, tapi UMNO parti orang ISLAM kebanyakannya terang2 mengHINA hudud dan hukum ISLAM jugak HARAM lah mengundi!!!!!Puak2 PERKASA ni kuat sungguh main wayang!!!!!!!!!
ReplyDeleteDr Mashitah dulu pun ada jelaskan, kalau hudud dlaksana nanti akan melemahka umat islam. Mcm mana tak lemah, curi kena potong tgn kanan. Curi lagi potong tgn kiri. Curi dan curi lagi habis kaki kanan dan kiri. Itu lah tahap otak yb menteri UMNO. Aku ingat lagi tulisan Dr mashitan dsatu artikel dlm Utusan malaysia sewaktu zaman Che Det dulu jd PM.
ReplyDelete**yassir arafat
sebetulnya PERKASAM DAN UMNO tidak akan menyokong HUDUD jika dilaksanakan di negara ini..mereka hanya berselindung di belakang MCA DAN GERAKAN, komen2 dorangnya melepaskan batuk di tangga saja kononnyaa hudud PAS dn macam2 alasan lagi.. org yang terfikir untuk melakukan dosa saja yg takut pada hukum...
ReplyDeletesokong hudud!
Dr Mashitah dulu pun ada jelaskan, kalau hudud dlaksana nanti akan melemahkan umat islam. Mcm mana tak lemah, curi kena potong tgn kanan. Curi lagi potong tgn kiri.
ReplyDelete( sebab itu habis duit rakyat kena kebas ini yang tidak melemahkan ekonomi pemimpin UMNO )