Tuesday, October 16, 2012

Pelajar Malaysia Buat Blog Seks Di Singapura

Seorang pelajar Malaysia yang menerima Biasiswa ASEAN di National University of Singapore (NUS) akan berhadapan dengan masalah besar ekoran blog seks yang menampilkan gambar-gambarnya bersama teman wanitanya sedang melakukan hubungan seks, terdedah.

Penuntut jurusan Undang-Undang yang dinamakan oleh media Singapura sebagai Alvin Tan Jye Yee, 24, mendakwa dia dan teman wanitanya, Vivian Lee, 23, sering menceritakan tentang hubungan seks mereka di laman Tumblr ‘untuk dinikmati oleh orang lain’.

Pasangan tersebut dikenali sebagai ‘Alvin and Vivian’ di dalam blog mereka dan mendakwa mereka hanya memuatnaikkan gambar-gambar mereka sendiri dan mempelawa pasangan-pasangan menarik lain di Malaysia dan Singapura untuk menyertai mereka.

Blog berkenaan telah bermula pada 20 September apabila pasangan tersebut memuatnaikkan gambar-gambar mereka sedang melakukan persetubuhan

Dalam salah sekeping gambar, mereka malah mendakwa melakukan hubungan seks dalam tandas OKU di kawasan tumpuan pelancong di sana, Esplanade.



Mereka juga langsung tidak menutup wajah mereka.

Ketika ditanya oleh salah seorang pembaca blog mengapa mereka bertindak sedemikian rupa, Alvin dan Vivian berkata, mereka yang berfikiran terbuka tidak boleh menganggap sex merupakan satu perbuatan jenayah.

” Kami tidak melihat mengapa mereka yang aktif dalam seks, atau mereka yang berfikiran terbuka dalam kehidupan seks perlu dilayan seperti penjenayah.

” Seks adalah proses reproduktif biasa yang tidak boleh dikaitkan dengan stigma,” kata mereka seperti yang dipetik dalam akhbar The New Paper Singapore.

-informasi.my

5 comments:
Write comments
  1. inilah namanya manusia apabila nilai2 kehidupan manusia sudah dipinggirkan hidup mereka tidak ubah seperti haiwani. kadangkala lebih teruk dari haiwan... nilai malu itu ada pada manusia tiada pada haiwan jadi kalau tiada perasaan malu sama macam haiwan.. teruk!

    ReplyDelete
  2. Otak mereka sudah rosak... mereka perlu pindah ke hutan dan hidup bersama-sama dengan binatang yang tiada peraturan tentang sex...

    ReplyDelete
  3. Kadang2 binatang itu lebih bermoral jika d bandingkan dengan manusia yg tidak menggunakan akal bila membuat sesuatu. Hinanya manusia kerana akal yg tidak di gunakan dgn betul.

    ReplyDelete
  4. betul juga kata2 mereka;
    "Kami tidak melihat mengapa mereka yang aktif dalam seks, atau mereka yang berfikiran terbuka dalam kehidupan seks perlu dilayan seperti penjenayah"

    apa salahnya kalau suka sama suka? hahahhaah...

    ReplyDelete
  5. Kalau P.R memerintah mlaysia akan jd mcm ini..tunggu dan lihat c papa china doll tu suka sgt benda2 mcm ni..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.