Monday, October 15, 2012
SPR kesan kempen di media alternatif lepas 12 malam
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan pihak berkempen menerusi media alternatif selepas pukul 12 tengah malam menjelang hari mengundi.
Timbalan Setiausaha SPR Datuk Noordin Che Ngah berkata perbuatan itu melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya yang melarang calon dan ejen mereka berkempen di luar tempoh dibenarkan.
Bagaimanapun, SPR tidak mempunyai penguatkuasa mahupun kepakaran untuk memantau media sosial dan alternatif seperti blog, Facebook dan Twitter, katanya.
"Kita berharap pihak SKMM boleh melihat perkara ini dan bersama-sama membantu kita dalam mengenal pasti mana-mana pihak yang berbuat demikian" katanya pada taklimat SPR bersama wakil parti politik dan media di Kuantan hari ini.
Noordin turut mengingatkan semua parti politik supaya tidak menggunakan bahan kempen yang boleh memfitnah orang lain dan berdepan tindakan jika mereka ingkar.
Dalam taklimat itu, SPR turut mengadakan demonstrasi proses pengundian di tempat mengundi yang disaksikan oleh kira-kira 100 wakil dari parti politik dan media.
Bagaimanapun, proses itu terganggu beberapa kali apabila beberapa wakil dari parti pembangkang terus mempersoalkan beberapa prosedur termasuk penggunaan pensil untuk menandakan nama-nama pengundi.
- Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kempen dluar waktu dbenarkan? Mcm2 undang2 ciptaan UMNgok ni yer. Ada dlm Al qur'an dan hadis ke undang2 gituh. SPR ni kalau kat Thailand nun lama dah kena dakwa dMhkamah.
ReplyDeletePatutnya berita adalah SPR DKESAN MENDAFTARKAN SERAMAI 500 RIBU PENGUNDI BARU DSELNGOR BG MEMASTIKAN BN DPT RMPAS BALIK SEL.
ReplyDeletepropaganda/tembirang govt melalui RTM, utusan, media prima sdn bhd bukan diklasifikasikan sbg 'kempen pilihanraya'? SPR belum buang itu tali yg kena cucuk di hidung???
ReplyDeleteBahan2 yang boleh memfitnah orang lain jangan dibenarkan
ReplyDeletePembangkang sudah mula berkampen untuk menarik undi
ReplyDeletenak berkempen pun kena ikut peraturan.
ReplyDeleteKempen ikut peraturan ialah jgn koyak mengoyak bendera parti lawan spt yg telah BN amalkan selama nih. Dlm kempen tu jgn tumbok pihak lawan spt yg BN amalkan dPASIR MAS,Kel. pd pilihnraya kecil bberapa thn lalu.Kempen jgn guna harta rakyat utk kegunaan parti spt yg BN amalka selama ni. Itu peraturannya,bah.
ReplyDelete**yassir arafat
media alternatif ni memang sukar dikawal apa lagi maklumat sekarang ni pun boleh diperolehi tanpa b atasan dan sekatan.
ReplyDeletePRU yang lalu pun ramai juga yang langgar peraturan. sedangkan di depan mata boleh langgar peraturan, apalagi di belakang.
ReplyDeleteBersungguh-sungguh mahu kesan kempen dalam media alternatif? Rasanya kewujudan pengundi hantu tu lebih membimbangkan.
ReplyDeleteKempen dengan berhemah la.Jangan guna taktik kotor mahupun keganasan.
ReplyDelete