KEMARAU Harimau Malaya memburu kemenangan pada aksi persahabatan antarabangsa di tempat lawan sejak 2007, akhirnya ternoktah selepas menewaskan Hong Kong 3-0 di Stadium Mongkok, Hong Kong malam tadi.
Apa yang pasti, kemenangan itu pastinya menutup mulut pengkritik yang sebelum ini meragui percaturan jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal.
Pada perlawanan malam tadi, Harimau Malaya yang bermula garang begitupun kecewa apabila percubaan awal kapten, Mohd. Safee Sali terus ke dakapan penjaga gol Hong Kong, Yapp Hung Fai pada minit ke-21.
Peluang terbaik pelawat memecah kebuntuan sekali lagi hadir pada minit ke-36 namun rembatan pemain sayap, S. Kunalan sekadar singgah di palang gol hasil satu sepakan penjuru.
Hung Fai sekali lagi bertindak cemerlang apabila menggagalkan percubaan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-39 dan 42.
Harimau Malaya yang kembali garang pada babak kedua sekali lagi kecewa apabila tandukan Mohd. Fadhli Shas berjaya dikeluarkan daripada garisan gol pada minit ke-50.
Begitupun, perlawanan dilihat dicemari insiden tidak diingini apabila Safee dan Hung Fai bertelagah sesama sendiri seminit kemudian sehingga menyebabkan kedua-dua pemain dilayangkan kad kuning oleh pengadil.
Ia begitupun tidak menjejaskan fokus Safee yang berjaya memecah kebuntuan apabila dengan tenang menyempurnakan hantaran pendek Kunalan pada minit ke-59.
Gol itu jelas merentap semangat anak-anak buah Ernie Merrick yang semakin tertekan apabila beberapa percubaan mereka untuk menyamakan kedudukan berjaya dibaca penjaga gol negara, Mohd. Farizal Marlias.
Hong Kong juga bertambah kecewa apabila ‘pakar sepakan percuma’, Safiq Rahim berjaya menggandakan kelebihan pelawat apabila sepakan percumanya melencong terus melepasi jangkauan Hung Fai pada minit ke-82.
Pemain gantian, Fakri Saaraini akhirnya melengkapkan mimpi ngeri tuan rumah apabila menyempurnakan hantaran Safiq untuk gol ketiga negara pada masa kecederaan.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia menang di tempat lawan dalam aksi persahabatan antarabangsa ialah semasa menewaskan Sri Lanka 4-1 pada 24 Mac 2007 di Colombo ketika di bawah bimbingan Norizan Bakar. -Kosmo
Wednesday, October 17, 2012
Harimau Malaya Mengganas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Standard le tu. Menang sikit katanya Mula Mengganas tapi kalau kalah, mcm2 kata nistaa dkeluarkan pd pemain. Apapun, realitinya mutu sukan kita terus merudum tak kira apa jenis sukan pun. Tak tau apa puncanya, WANG ? FIZIKAL ? SEMANGAT ? POLITIK CAMPORTGN ? atau Kepimpinan sukan tu sendiri ?
ReplyDelete