Satu rancangan untuk menubuhkan rangkaian restoran Malaysia di lokasi antarabangsa melalui projek MyFranchise berakhir apabila hampir kesemua pelaburan berkenaan mengalami kerugian, menurut laporan Ketua Audit Negara 2011.
Audit berkenaan mendapati syarikat Malaysia International Franchise Sdn Bhd (MyFranchise) yang merupakan anak syarikat Perbadanan Nasional Bhd, "tidak berpengalaman" dan ini membawa kepada penutupan kedainya di Tokyo dan London.
Rancangan untuk membuka restoran mewah di New York akhirnya dihentikan dan restoran di Tokyo pula dikendalikan oleh seorang individu yang membuat "tuntutan palsu" – yang akhirnya terpaksa ditanggung MyFranchise.
Rangkaian restoran Jom Makan itu, meliputi restoran "quick service" di London, restoran "specialty" di Tokyo dan restoran "fine dining" di New York, merupakan prototaip kepada program Malaysia Kitchen yang dilancarkan pada 2006.
Projek itu dimulakan dengan geran kerajaan berjumlah RM20 juta, namun hanya RM16.4 juta digunakan dan bakinya dikembalikan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada 22 Februari 2012.
Audit berkenaan mendapati restoran berkenaan gagal kerana "lokasi tidak strategik, pengusaha tidak berpengalaman, menu terlalu banyak, harga tidak berpatutan, serta kualiti dan rasa makanan kurang enak".
Dalam maklum balasnya kepada Jabatan Audit, MyFranchise berkata syarikat itu hanya diberi masa dua minggu untuk membuka restoran di Tokyo dan tidak dapat menemui lokasi sesuai.
Restoran di Tokyo itu bertukar pengurus beberapa kali, termasuk seorang yang menggunakan restoran tersebut untuk menipu sebuah lagi syarikat sebanyak 7.3 juta Yen (RM278,904 mengikut kadar pertukaran Disember 2009).
Menurut laporan itu, individu berkenaan membuat tuntutan bayaran dengan menggunakan dokumen palsu dan MyFranchise kemudiannya memremitkan sepenuhnya bayaran tersebut. -MK
Tuesday, October 16, 2012
Restoran Jom Makan di Tokyo, London bungkus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MO biasa kroni UMNgOk, mcm NFCorp...
ReplyDeleteWalhasilnya,semua sykt yg dcipta oleh uMngokk ,nampak bongokk semata2.
ReplyDeleteJom Makan di London : lingkop
ReplyDeleteJom Shopping beg tangan di New York : lingkop .....
Jom Bela Lembu di Malaysia : lingkop .....
Jom shopping kapal selam kat Paris : lingkop ...... keh keh keh...
Kelemahannya disini.. kerana Malaysia mengamalkan teknik pemalsuan.. semua mahu ditiru.. dasar pandang ketimur.. konon nak jadi jepun.. tapi akhirnya yg berlaku dari pemindahan teknologi.. adalah selipar jepun...melihat kejayaan syarikat franchise diseluruh dunia.. maka dibukalah syarikat itu diluar negara.. tanpa membuat RnD didlm negara dulu..kalau pemimpin bijak terlihat dari kepetahan mereka berfikir.. tapi pemimpin UMNO berfikir tanpa memikirkan akibatnya..
ReplyDeleteinilah hasilnya dasar2 malayu. semua mau ditiru mcm gangnam KL pun ada. UMNo ni mcm barang lama daa..musti ganti pada PRU nti.
ReplyDelete