Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar perdana menteri supaya menyatakan pendirian terhadap dakwaan MCA bahawa hukum hudud yang dianjurkan PAS akan menggalakkan orang Islam untuk merogol wanita bukan Islam.
Menurut Anwar, Datuk Seri Najib Razak tergamak menghadiri pembukaan mesyuarat agung tahunan MCA hujung minggu lalu tetapi hanya membungkam apabila kenyataan timbalan pengerusi sayap wanita parti itu disokong presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek.
"Presiden MCA boleh berucap menyerang Islam begitu biadap sekali dan dia boleh duduk senyum.
"Kemudian bila berucap tak tegur pun.
"Mana dia maruah (Najib) sebagai umat (Islam)?" tanya Anwar dalam ucapannya di program ceramah di Taman Melati, Kuala Lumpur semalam.
Anwar berkata, tindakan Chua Soi Lek itu keterlaluan dan turut membangkitan isu rakaman hubungan seks luar nikah presiden MCA itu dengan seorang wanita lain.
"Siapa dia (yang bercakap)? Chua Soi Lek.
"Bercakap soal moral, saksi dia Datuk Najib. Saya ingat ini sudah keterlaluan," kata Anwar sinis.
Sabtu lalu, Chua memperakui kenyataan Heng Seai Kie yang mendakwa mursyidul am PAS Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat menggalakkan orang Islam merogol wanita bukan Islam kerana mendedahkan aurat.
Heng dilaporkan menyatakan demikian berdasarkan satu video ceramah Nik Aziz yang dipercayai dirakam sekitar tahun 2008.
Nik Aziz bagaimanapun dilaporkan tidak langsung menyebut tentang wanita bukan Islam dalam video itu dan Heng menyesuaikan sendiri konteks ceramah Nik Aziz untuk meliputi wanita bukan Islam.
Minggu lalu, Chua turut mengundang kontroversi apabila membuat kenyataan mendakwa 1.2 juta pekerjaan akan hilang apabila hukum hudud dilaksanakan.
Turut sama membidas kenyataan MCA pada majlis ceramah semalam adalah MP Petaling jaya Utara, Tony Pua yang berkata Umno sebagai rakan MCA dalam BN hanya mendiamkan diri dalam perkara itu.
Tetapi pada masa sama DAP bertindak membela Nik Aziz walaupun mereka menolak pelaksanaan hudud, katanya.
"YB Lobak, Anthony Loke dia masuk Dewan (Rakyat) tepuk sama meja minta supaya MCA meminta maaf sama tok guru dan minta MCA dikenakan tindakan kerana mereka menghina Islam," katanya.
Beliau turut mengulangi pendirian DAP bahawa parti itu menghormati Islam sebagai agama rasmi Persekutuan walaupun menolak hudud.
"DAP tak bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang hudud dalam perlembagaan kita tetapi kita hormat kepada penganut agama Islam.
"Kita hormat agama Islam adalah agama rasmi negara kita. Kita tak hina agama Islam seperti MCA dan BN," katanya. -mk
Najib penakut, tak berani tegur MCA hina Islam
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak penakut untuk menegur Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang menghina Islam, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Chua Soi Lek begitu biadap serang Islam (tetapi) Najib cuma duduk senyum sahaja, (malah) beliau langsung tak suarakan bantahan dalam ucapannya selepas itu,” kata Ketua Umum KEADILAN itu depan 3,500 rakyat pada Ceramah Perdana Demi Rakyat di tapak pasar malam Taman Melati, di sini malam tadi.
Soi Lek dalam ucapannya di Perhimpunan Agung MCA Ahad lalu menyatakan 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika undang-undang Islam dilaksana.
Pemimpin MCA lain pula memfitnah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat kononnya beliau menggalakkan wanita bukan Islam dirogol.
Anwar berkata, tindakan berkenaan menunjukkan kegagalan Umno menjelaskan kefahaman Islam terhadap parti komponen BN dan tiada kesefahaman sesama mereka.
Tambah Ketua Pembangkang itu, ia berbeza dengan pentadbiran Pakatan Rakyat yang sentiasa mengadakan perbincangan jika berlaku salah faham.
“Ketika DAP buat kenyataan (dan timbul salah faham), saya undang semua pemimpin Pakatan Rakyat dan kita bincang.
“Dari pukul 8 hingga 12 tengah malam, kita bincang di ibu pejabat PAS untuk selesaikan (masalah) dan keluarkan kenyataan bersama,” katanya.
Turut berucap Penyelaras KEADILAN Wangsa Maju, Dr Tan Kee Kwong; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin; bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari dan artis tanah air yang juga Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN, Dayangku Intan.
Tuesday, October 23, 2012
Anwar: Mana Maruah Najib Bila Soi Lek Serang Islam?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kita tidak marah mr prono kerana dia seorang kafir sama ada dia benci islam atau parti lain atau kedua-duanya sekali itu memang persepsi dia sebagai org kafir. yg kita marah ialah org islam macm najib apa yg dia boleh buat apabila org kafir menghina agama islam dan di hadapannya bahkan dia senyum2 saja.... mulau!
ReplyDeleteUMNO kan suka yang porno-porno jadi kalau CSL dia angkat jadi hero sebab itu tak berani tegur. Selain porno-porno UMNO ini suka tabur fitnah melalui akhbarnya UTUSAN Melayu yang asyik kalah saman fitnah di mahkamah tapi UMNO tak tegur pun para editor akhbarnya itu sebaliknya menggalakkan lagi. Ini pemimpin UMNO dayus. Kata negara Islam tapi membiarkan akhbarnya menabur fitnah.
ReplyDeleteMana maruah Najib dlm isu nih? Ada maruah ke najib tu.
ReplyDeleteNAJIS MANA ADA MARUAH.
ReplyDelete