Saturday, October 27, 2012

Pemimpin BN Rampas Kerusi Roda?

ENTAH atas arahan siapa, tetapi dipercayai arahan pemimpin UMNO Beluran, ada pihak yang sanggup bertindak kejam dan di luar perikemanusiaan merampas kerusi roda daripada OKU yang menghadiri Majlis Angkatan Perubahan Sabah (APS) di Beluran di hadapan lebih 100 orang penduduk.

Kejadian memalukan atau 'buruk siku' berkenaan terjadi di daerah mengundi Kaniogan iaitu sebuah kampung yang terletak di sebuah pulau terpencil dalam daerah Beluran yang hanya dapat dihubungi melalui pengangkutan laut merentasi Lautan Sulu dan mengambil masa 90 minit dengan kadar kelajuan 60 knot.

Kg. Kaniogan menyumbangkan kira-kira 461 pengundi berdaftar yang terdiri daripada rakyat jati tempatan.

Menurut mangsa, tuntutan ajaran ugama Islam, sesuatu harta benda yang telah diwakafkan kepada seseorang, apatah lagi dirinya sebagai OKU; Pewakaf tidak lagi mempunyai hak untuk menuntut kembali harta benda tersebut, namun bagi UMNO/BN tuntutan ajaran ugama boleh dipolitikkan.

"Saya, sama seperti orang lain yang inginkan perubahan, mengesyorkan kepada pihak yang berwajib agar mengembalikan kerusi roda tersebut," ujar mangsa yang terkejut dengan peristiwa zalim berkenaan semata-mata marah kerana beliau menghadiri majlis APS.

Sementara itu, Pengerusi APS Beluran, James Miki dan Ketua Cabang PKR, Ambrose Kadandi telah menyerahkan empat ekor lembu korban kepada penduduk Pulau Kaniogan dan Pulau Tetabuan yang masing-masing menerima dua ekor lembu korban sempena perayaan Aidiladha.

Oleh: CYBERTROOPER APS BELURAN (sabahkini)

36 comments:
Write comments
  1. klu betul cerita ini, tindakan itu akan menjejaskan undi BN di kampung berkenaan. Betullah tu BN akan mempolitikkan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa

    ReplyDelete
  2. Citt..UMNO ni betulle kalu ada yg kata UMngokk. Kat Ledang ,Johor pun ada satu kes dmana imam dah nak naik mimbar utk khutbah jumaat, bole drampas 'cokmar' imam. Katanya imam dah trpecat oleh Pej Agama Daerah atas arahan Ketua Umno cawangan Sagil. Kenapa imam trpecat, rupa2nya imam tu telah beri nasihat kpd budak2 umno yg brkaraoke dlm kawasan masjid. Mereka brkaraoke tu dlm majlis lain tapi dianjur dlm kaw.masjid. Tugas imam tu utk beri nasihat agama rupa2nya UMNO dan KARAOKE brpisah tiada.

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  3. saya nak derma kerusi roda utk org ni bagaimana nak di hubungi?

    ReplyDelete
  4. Inilah taktik UMNO menakut-nakutkan orang dikampung-kampung konon kalau undi pembangkang semua kemudahan yang mereka nikmati akan ditarik balik oleh kerajaan!

    ReplyDelete
  5. Inilah kalau sudah dekat PRU. isu yang kecil pun diperbesarkan. taktik dan alat yang digunakan oleh pembangkang.

    ReplyDelete
  6. OKU pun mempunyai hak yang sama seperti mereka yang sempurna. hak untuk memilih siapa yang layak diundi.

    ReplyDelete
  7. Pastikan mana2 anggota parti sentiasa menjaga perlaku mereka supaya tidak mencemarkan imej parti keseluruhannya. jangan sampai setitik nila,rosak susu sebelanga.

    ReplyDelete
  8. Bertandinglah secara adil dan bersih pada PRU nanti.

    ReplyDelete
  9. Apa tunggu lagi TUKAR.............................lah.

    ReplyDelete
  10. Anonymous said...October 29, 2012 9:55 AM

    Inilah kalau sudah dekat PRU. isu yang kecil pun
    ( ISU kecil? inilah satu kekejaman BN yang paling nyata sehingga OKU pun ditindas!)

    ReplyDelete
  11. Yg bagi sumbangan kerusi roda pd OKU tu memang UMNo. Tapi yg arahkan drampas balik kerusi roda tu mngkin org UMNO yg sama kot. Maknanya UMNO tu yg dermakan tapi UMNO ni pulak yg rampas balik. UMNGokkk..

    ReplyDelete
  12. UPKO)is supportive of LDP Youth’s age formula in selecting candidates for Barisan Nasional in the coming 13th general election.

    ReplyDelete
  13. 1Malaysia concept, not only to accommodate all races but also categories of age, if BN is to introduce its young leaders in parliament and state assembly either through election or nomination

    ReplyDelete
  14. Anon 5.01 and 5.04 you are out of topic hahaha

    ReplyDelete
  15. Betul ka ini cerita atau rekaan semata2...mcm mana mau buktikan bahawa tulisan itu adalah perkara benar??

    ReplyDelete
  16. Ada org kasi tau kalau kamu tidak undi BN jalan raya yg baru buat di buka balik...

    ReplyDelete
  17. ni cerita rekaan saja...mahu jatuhkan imej BN saja ni..

    ReplyDelete
  18. BR1M contohnya diberikan kepada semua yang layak tanpa mengira keturunan, kaum, ideologi politik dsbgnya...kerajaan BN tidak memilih bulu..

    ReplyDelete
  19. demikian juga dengan klinik 1Malaysia dan Kedai Rakyat 1malaysia...sesiapa juga boleh menerima perkhidmatan kesihatan dan membeli barangan runcit..tiada halangan...

    ReplyDelete
  20. APS sebagai ejen pembangkang sudah pasti mencari cerita untuk menjatuhkan imej BN di mata rakyat...inilah taktik kotor dan kesanggupan ejen2 pembangkang...barangkali yang merampas kerusi roda tersebut ialah ejen pembangkang yang menyamar sebagai ahli atau ejen BN...

    ReplyDelete
  21. penduduk juga janganlah terus percaya dengan pembangkang yang kononya BN berlaku kejam...patut siasat dahulu..dalam politik apa pun sanggup pembangkang lakukan untuk mencapai cita2 politik pemimpin2 pembangkang yang sudah ketandusan dan terdesak untuk berkuasa..

    ReplyDelete
  22. Yalah...siasat dahulu...jangan menuduh membuta tuli...diikutkan logik akal takkan la BN mahu mencemarkan imejnya, lagi2 didepan org awam...begitu juga dengan parti2 lain...penulis ni tak ikhlas la..tq

    ReplyDelete
  23. Tapi samseng UMNO sanggup lakukan apa saja. Yg kita kata ndak lojik, itu lah yg lojik bg mereka,bah.

    **Raja Sulu'

    ReplyDelete
  24. October 30, 2012 1:31 PM :

    rakyat dpt RM500 ttp org UMNgOk dpt/curi brp? [NFCorp punya songlap itu RM2.50???]...semua bulu/rambut pd dasarnya memang sama ttp bulu togitung biasanya lebih kasar. cek kau punya klu x percaya!!!

    ReplyDelete
  25. pirit said October 31, 2012 2:10 PM Rakyat biasa dapat 1 biji goreng pisang pemimpin UMNO dapat 100 bucket KFC!

    ReplyDelete
  26. Entah betul atau tidak dakwaan ini. jangan mudah percaya.

    ReplyDelete
  27. Tidak mungkin BN akan buat perkara ini, jika tiada bukti kukuh. jangan cakap.

    ReplyDelete
  28. Cerita ini hanya rekaan untuk menjatuhkan BN.

    ReplyDelete
  29. Pemimpin Bn akan sentiasa mengutamakan rakyat, dan tidak mungkina akan bertindak sekejam ini.

    ReplyDelete
  30. Perkara ini perlu di siasat terlebih dahulu, rakyat jangan mudah terpedaya.

    ReplyDelete
  31. Tak mungkin ada perbuatan keterlaluan seperti merampas kerusi roda daripada OKU yang menghadiri Majlis Angkatan Perubahan Sabah

    ReplyDelete
  32. Baik perkara ini disiasat terlebih dahulu, tak boleh main fitnah saja tanpa bukti kukuh.

    ReplyDelete
  33. The relevant authorities in this case should also be interviewed before making baseless assumptions.

    ReplyDelete
  34. We shall wait for the explanation from the BN leaders regarding this case before making accusations like this.

    ReplyDelete
  35. The Majlis Angkatan Perubahan Sabah organizers should ensure that OKU attendants are being assisted.

    ReplyDelete
  36. kpd DSAI teruskn perjuanganmu...kebenaran sentiasa mengiringimu....drpd MARISAD BIN KAGIAO...Beluran...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.