Tuesday, October 16, 2012

Apa Rahsia Hassan Ali Ingin Terus Bersama PAS?

Bekas Naib Presiden PAS Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau akan tetap bersama PAS walaupun terus mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam parti itu yang didakwanya hampir 75 hingga 80 peratus kepimpinannya dipengaruhi kumpulan Anwarinas.

"Saya akan tetap bersama PAS dan tidak akan menyertai Umno. Justeru, keputusan saya perlu dihormati semua pihak," katanya kepada Bernama selepas majlis dialog dengan penjawat awam anjuran Majlis Belia daerah di Besut, hari ini.

Beliau yang juga Presiden Jalur Tiga (JATI) menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menuduhnya 'dibeli' Umno bagi mengadakan ceramah di pentas Umno di seluruh negara.

"Sehingga sekarang, saya berceramah adalah atas prinsip menegakkan Islam di negara ini walaupun terpaksa menggunakan belanja sendiri," katanya.

Berhubung dakwaannya mengenai kumpulan Anwarinas dalam PAS, beliau berkata kumpulan itu kini bukan sahaja bertindak sebagai pelindung, penggerak malah sebagai jurucakap dalam PAS hingga menyebabkan kumpulan ulama semakin terpinggir dan tidak dipedulikan lagi.

Beliau berkata ramai golongan ulama semakin diperkecilkan peranan mereka dan termasuk dipecat kerana lantang bersuara dalam memperjuang agama Islam.

"Justeru, orang ramai jangan hairan sekiranya dalam masa yang terdekat PAS akan memecat lebih ramai lagi golongan ulama termasuk (bekas Timbalan Presiden PAS) Nasharudin Mat Isa kerana memperjuangkan Islam," katanya.-Bernama

11 comments:
Write comments
  1. kalau mau dalam PAS jalan terbaik undi saja PAS dan tidak perlu bercakap diam2 saja itu lebih afdal...!

    ReplyDelete
  2. Dia ni cakap tak serupa bikin.....cakap tak ada habisnya. macam drum kosong...bunyinya je besar tapi dalamnya kosong.

    ReplyDelete
  3. Pengalaman lama PAS sejak tahun 1978 sewaktu gelora kerajaan PAS dKelantan dgn trtubuhnya Hamim, Berjasa lepas tu Islah telah banyak mematangkan PAS. Justeru itu, Hassan Ali ndak trdaya lagi menggunakan mcm2 helah memalukan PAS tapi ndak brjaya. Waktu itu bukan kata wakil rakyat PAS malah MB Kelantan Dato' Asri Hj Muda trsingkir/lari dr perjuangan PAS angkara Tun Razak ( UMNO ) tetapi PAS tetap utuh malah semakin kuat. Tidak keterlaluan jika dkatakan kalau SPR itu betul2 sebuah Suruhanjaya Bebas, udah lama PAS mentadbir Malaysia dan bukan hanya Kelantan.Juga bukan hanya 4 negeri PR dpt tetapi seluruh Malaysia. Ini Hassan Ali. Dulu pun masa aku dengar pidato beliau dlm sessi motivasi, ndak ada point/isi yg baik. Hanya brselindung dsbalik title PhD dan pndai berlakon dgn 'memek muka brsedih' atas keinsafan seseorg insan. Walhal sesaat lepas 'muka sedih' tu terus brtukar dgn selamba utk terus brcakap. Pandaikan. Itulah karektor yg sebenarnya ndak sesuai utk jadi YB pejuang rakyat dpentas politik yg penuh dgn 1001 mcm taktik jahat UMNO/BN brsama SPR. Beliau hanya layak dkem2 motivasi dgn bayaran lumayan yg dkenakan.

    ReplyDelete
  4. Dia dah bole baca,UMNo tak ndak sama dia. Tiada aura nya pun. Hassan pula tau kalu dia dlm UMNo tu hnya sekadar Pencacai je. Nak naik, tunggu senior mereka naik dulu spt Ezam sesumpah, Zahip TIBAI, Rostglam kassim dll.Sekarang semua tu masih taraf Pencacai UMNO, jgn harap le Hassan Akidah nak naik. Tambahan pulak dia kata nak perjuangkan negara Islam walau dgn belanja sendiri. Kan UMNO dgn Islam tu ibarat anjing dgn kucing. Mana mau UMNO jemput beliau masuk tapi hanya 'sekadar dpinggiran' je.

    **888

    ReplyDelete
  5. Pernah beli VCD ceramah beliau yg brdegar2 dulu. Rupenya betul berdetam2 tapi habuk pun tarakk. KOSONGG KOSONGGG.

    ReplyDelete
  6. Jangan sebut bersama dgn PAS, jika tindak tanduk utk meretakkan PAS dlm PR...Hasan Ali terlupa.. PAS tidak memerlukan bantuan dari dia utk menegakkan kedaulatan Islam..Majlis Syura akan memberi teguran jika PAS lari dari asas perjuangan.. tapi bukan Hasan...bukan juga Nakhie.. mereka telah terpedaya dan diperdayakan. .

    Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan;
    dan sesiapa yang menurut jejak langkah syaitan,
    maka sesungguhnya syaitan itu sentiasa menyuruh
    (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar.
    [al-Nur 24:21]

    ReplyDelete
  7. musuh dalam selimut, kuda trojan. jarum dalam daging. Pembawa virus trojan....manusia perosak sistem...

    ReplyDelete
  8. Hidung tak mancung, pipi tersorong2....dia lupa dia dh kena talak dgn pas...gila talak kot...selagi tak dpt jadi mb selangor selagi tu la dok meroyan....

    ReplyDelete
  9. SEBURUK-BURUK PIHAK YANG KAMU DAKWA KAFIR, TETAPI IA MASIH BINA SEKOLAH AGAMA RAKYAT! YANG KAMU KATA SESAT, PEMIMPINNYA TETAP SOLAT..BINA MASJID!! YANG KAMU KATA SEKULAR, DIA USAHAKAN MAAHAD TAHFIZ AL QURAN! YANG KAMU MAKI & HAMUN, IA SENTIASA TERBUKA DAN POSITIF..JUGA BERUSAHA MENEPATI JANJI!! TANYA PADA DIRI KAMU, MASJID MANA YG KAMU BUAT? JANJI MANA YG KAMU TUNAIKAN??

    DALAM MENDAKWA PIHAK KAMU ADALAH PENYELAMAT – AZAN DIPERLAHANKAN, ALLAH DISAMAKAN DGN MANA2 TUHAN. MURTAD, RUMAH2 URUT, ARAK, DISCO TETAP BERLELUASA DIBIARKAN ATAS ALASAN TAKUT DIMARAH KAWAN2 & KEPENTINGAN POLITIK. SDGKAN UMNO BN KAMU DENDAMI.. SIAPA KAMU NI?? KE MANA SUDAHNYA KITA? MENGAPA TIADA DAKWAH & TARBIYYAH PADA UMARAK YG SENTIASA MENDENGAR?? MENGAPA KURANG BERBUDI & TIDAK BERTERIMA KASIH?? BETULKAH KAMU HANYA MENYOKONG SATU MANUSIA SDGKAN LATARNYA KAMU TAHU MMG TIDAK BAIK? LUPAKAH KAMU DGN KEBESARAN & KETENTUAN ALLAH??

    ReplyDelete
  10. Sekolah Agama Rakyat tu dThailand banyak. Siap dgn subsidi dan peruntukkan per kepala lagi. Banyak pulak tuh. Kita dlm RM4.00 sebulan yg kerajaan peruntukkan kpd setiap kepala/pelajar tapi dThai,sebanyak Bahts 600 ( RM60.00 ) sebulan. Maknanya banyak lagi subsidi dr kerajaan Budhha dThai kpd sekolah agama Islam dnegara dia compare dgn negara kita yg BN kata Islam tapi tiada pruntukkan utk SAR. Berapa pruntukkan utk Sek Agama dlm bajet 2013 ?

    ReplyDelete
  11. Hassan Ali dah gila talak. Yahhuuuu.Katanya dia tatap mau barsama PAS walau dah dibuang,bah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.