Friday, October 19, 2012

AES: 2 pemegang konsesi untung, 28 juta rakyat rugi

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha harus ingat bahawa AES bukanlah soal politik tetapi soal integriti ekonomi dan beliau harus memberi penjelasan kenapa tiada tender terbuka tetapi tender terpilih untuk pemasangan 831 kamera 1Malaysia di seluruh Malaysia. Saya difahamkan bahawa hanya 9 syarikat yang dipilih untuk menyertai tender tetapi 7 sahaja yang mengemukakan tawaran

DAP tidak mempunyai masalah jika kerajaan Persekutuan terus terang dengan inisiatif untuk memastikan keselamatan awam dan menggalakkan pematuhan undang-undang jalan raya.

Namun begitu, kerajaan telah membenarkan 2 pemegang konsesi AES untuk mengutip komisyen berdasarkan jumlah saman yang dikeluarkan. Jelas ini akan memanfaatkan 2 pemegang konsesi tersebut sementara 28 juta rakyat Malaysia akan rugi.

Ini bermakna bahawa pemegang konsesinya - ATES Sdn Bhd dan Betap Tega Sdn Bhd - mampu mendapatkan balik modal mereka melalui pengagihan keuntungan daripada saman yang dibayar melalui tiga peringkat:

Peringkat 1: Untuk 5 juta saman pertama, RM16 setiap saman akan dikutip (RM80 juta).

Peringkat 2: RM540 juta kutipan seterusnya dikongsi 50%, iaitu RM270 juta. Kerajaan mendapat jumlah yang sama.

Peringkat 3: 7.5% akan dikutip daripada keuntungan seterusnya. Kerajaan akan mengutip yang berlebihan.

Sekiranya RM5 bilion dikutip setiap tahun, kedua-dua pemegang konsesi akan untung RM80 juta di bawah peringkat pertama, RM270 juta di bawah peringkat kedua dan RM350 juta di bawah peringkat ketiga - jumlah lumayan sebanyak RM700 juta untuk kerja setahun.

Selain daripada keuntungan RM700 setahun, terdapat juga tanda tanya tentang kos besar yang didakwa oleh kedua-dua pemegang konsesi untuk pemasangan 831 kamera.

Adakah ia bernilai RM600-800 juta seperti yang didakwa oleh kedua-dua syarikat tersebut untuk pemasangan 831 kamera yang bersamaan dengan RM722,000-RM962,000 setiap kamera?

Kegagalan sebegini bukan perkara baru seperti yang dibuktikan dengan skandal RM365 juta Integrated Transport Information System (ITIS), di mana sistem pemantauan trafik Kuala Lumpur telah dikenal pasti oleh Laporan Ketua Audit Negara 2011 sebagai "tidak memuaskan" kerana berlaku ketirisan. Walaupun RM365 juta telah dibelanja, tidak ada kebertanggungjawaban yang ditunjukkan.

Kementerian Pengangkutan harus bertanggungjawab penuh kepada pihak awam atas soalan-soalan mengenai AES dan sama ada tender terbuka telah dijalankan. Sekiranya isu-isu ini tidak ditangani, para pemandu Malaysia berhak marah kerana sekali lagi kroni-kroni BN mendapat manfaat sementara rakyat rugi.

Pulau Pinang tidak akan membenarkan pemasangan kamera 1Malaysia ini sehingga penjelasan penuh diberi. Kong harus berpegang kepada arahannya bahawa kerajaan tempatan akan membuat keputusan tentang pemasangannya, di mana pegawai-pegawai Kong telah mendapatkan kerjasama dan kelulusan kerajaan negeri dan tempatan untuk membuat pemasangan.

Saman harus menghukum pesalah trafik supaya mereka akan mematuhi dan tidak menyalahi undang-undang lagi. Untuk sebab ini, DAP menyeru agar AES digantung dengan serta merta sehingga kebertanggungjawaban penuh ditunjuk.

Pemandu-pemandu tidak harus dipaksa untuk membelanjakan kebanyakan daripada gaji mereka hanya untuk membayar saman trafik. Jangan lupa bahawa RM500 BR1M tidak boleh membantu jika anda mendapat 2 saman yang berjumlah RM600 - anda akan rugi RM100.

Oleh LIM GUAN ENG

4 comments:
Write comments
  1. adakah kerajaan benar2 untuk mendidik pengguna jalan raya atau saja untuk mencari keuntungan diatas kecuaian pengguna... kalau begitu minta peruntukan BRIM utk SAMAN kerajaan

    ReplyDelete
  2. Kerajaan umno/BN tak mahu hapuskan AES. Kita rakyat Malaysia sebagai pengundi berdaftar akan menghapuskan kerajaan umno/BN pada PRU13!!!!!! ASAL BUKAN umno/BN....dacing berkarat yg menipu rakyat Malaysia dulu kini dan selama-lamanya!!! ABU!!!

    ReplyDelete
  3. Disinilah rakyat boleh menilai.....motto yg dilaungkan oleh kerajaan UMNOBN.. 'Rakyat diutamakan.. Pencapaian diDahulukan.. sebenarnya retorik semata....

    Rakyat dipinggirkan..
    Kroni diUtamakan..
    Itu realiti sebenarnya..

    ReplyDelete
  4. Kerajaan syaitan menganas mencari untung bah itu so pastikan jangan berkawan dengan syaitan umno.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.