Sunday, October 21, 2012

Dermawan Rahsia : Kami Dedah Wang Sogokan UMNO Sabah!

Pada hujung minggu ini Perdana Menteri Malaysia Najib Razak mengatakan adalah “betul” bagi parti politiknya untuk menerima derma berjuta-juta dollar dari penderma yang tidak perlu didedahkan.

Empat tahun yang lalu Ketua Menteri Sabah, Musa Aman telah berusaha menafikan bahawa wang ini ada kaitan dengannya atau mempunyai sebarang kaitan dengan seorang yang benama Michael Chia.

Namun kini, Perdana Menteri telah terpaksa berhadapan dengan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa wang itu dikaitkan dengan Musa. Musa seharusnya memohon maaf kerana telah menafikan adanya kaitnya dengan Michael Chia, dan dia juga harus memohon maaf pada Sarawak Report yang telah dituduhnya menerbitkan dokumen-dokumen palsu dan menyebarkan fitnah terhadapnya.

Beralasankan bahawa semua bayaran itu dibuat kepada UMNO telah termusnah kerana bukti-bukti bahawa Michael Chia telah juga membuat pembayaran menggunakan akaun-akaunnya kepada anak-anak Musa selama beberapa tahun mereka menuntut di luar negara.

Adakah pengajian anak-anak Musa di Australia itu ada kepentingan dan kaitan dengan wang UMNO? Nampaknya Pengerusi UMNO Sabah itu bukan sahaja menggunakan wang itu untuk kepentingan politiknya (sebagaimana dia berikan sebagai alasan) lebih dari kegunaan peribadinya. Wang itu juga turut digunakannya untuk membiayai perbelanjaan ahli-ahli keluarganya.

Nampaknya BN cuba mengatakan bahawa kaedah yang digunakan oleh negara-negara bertamadun yang lain untuk mempastikan keboleh-percayaan tidak dipedulikan oleh BN, kerana kita boleh percaya pada mereka bahawa mereka tidak menerima sebarang wang rasuah!

Lim bersaudara mempunyai banyak lesen dan konsesi yang diterima mereka dari Yayasan Sabah yang dipengerusikan oleh Musa Aman (yang juga Ketua Menteri Sabah dan juga Pengerusi UMNO Sabah). Hasil-hasil kajian kami mendapati bahawa syarikat-syarikat Maxland Sdn. Bhd., Cergas Kenari Sdn. Bhd dikendalikan oleh Priceworth Industries Sdn. Bhd. dimana Andrew Lim merupakan ketua mereka. Lim juga merupakan pengawal dan pengendali bagi banyak syarikat pembalakan di Sabah.

Andrew Lim dan saudaranya Freddy Lim juga berada di sebalik agen-agen pembalakan Wayco Enterprise Ltd, yang berpangkalan di Hong Kong dan syarikat Hillywell Inc adalah pembayar berjuta-juta dollar ke dalam akaun-akaun UBS Michael Chia. Pembayaran-pembayaran ini telah ditimbulkan oleh pihak ICAC Hong Kong dalam siasatan-siasatan mereka.

Jika ianya bukan suatu kesalahan dengan berjuta-juta dollar yang didermakan kepada UMNO Sabah (yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Musa Aman) diterima daripada kroni-kroni pembalakan yang telah dianugerahkan lesen-lesen pembalakan dari Lembaga Pengarah yayasan Sabah (yang juga dipengerusikan oleh Ketua Menteri Musa Aman), kenapa pula Perdana Menteri membiarkan Sarawak Report menerbitkan semua ini?

Musa seharusnya mengumumkan mengenai para penyumbang dananya dan dia seharusnya merasa bangga bahawa UMNO Sabah mendapat faedah dari berjuta-juta wang sogokan untuk mendapatkan lesen-lesen pembalakan memusnahkan saki-baki hutan dara dan bahawa mereka gembira mengharapkan ketibaan wang yang cuba diseludup masuk ke Sabah oleh Michael Chia (yang mendapat banyak lesen pembalakan dan mempunyai banyak kereta mewah, telah banyak kali mengakui bahawa dirinya adalah seorang yang buta huruf dalam mahkamah).

Syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan kroni pembalakan dari Sarawak, Ting Pek Kiing juga pernah menerima banyak lesen pembalakan dari Yayasan Sabah. Dalam pada itu, syarikat-syarikat lain yang dikaitkan dengan kroni ini juga turut bermurah hati menyumbangkan dana ke dalam akaun-akaun Michael Chia yang menjadi punca kewangan RM40 juta untuk dibawanya kepada Musa dalam tahun 2008.

Simon Ling Ding Dieng adalah sepupu Ting Pek Kiing yang juga rakan niaganya yang turut menerima lesen-lesen pembalakan, dan begitu juga seorang lagi kroni pembalakan yang bernama Ngui Ing Chuan.

Maka, tidak hairanlah bagi Ngui Ing Chuan dan anak Ting Pek Kiing, Peter Ting Sie Huong merupakan pemegang utama saham-saham dalam syarikat Borion yang telah menyumbang dana yang besar ke dalam akaun-akaun Michael Chia, yang kemudiannya dikeluarkan untuk dijadikan dana kepada Pengerusi UMNO Sabah, Musa Aman!

Edmond atau Admond Looh Boon Chai adalah Ketua pengarah Eksekutif dalam Java Industries sehingga 2010 dan merupakan penerima banyak lesen dari Yayasan Sabah menerusi banyak syarikatnya.

Looh juga merupakan pengawal atau pengendali banyak syarikat yang telah menyumbangkan banyak dana ke dalam jaringan syarikat-syarikat yang dikendalikan oleh Michael Chia bagi pihak Musa Aman (sebagaimana yang telah diakui). Pihak SPRM kini mempunyai bukti-bukti banyak pembayaran yang dibuat oleh syarikat-syarikat kendalian Looh, lagi pun Looh juga merupakan penerima banyak lesen pembalakan dari Musa Aman dalam kapasitinya sebagai Pengerusi Yayasan Sabah.

Sebenarnya banyak wang telah dialirkan dari syarikat-syarikat milik Looh ke dalam akaun-akaun Micahel Chia selama beberapa tahun dan semua mahlumat ini ada pada pihak SPRM!

Ini merupakan jawapan pelik Perdana Menteri pada hujung minggu ini:

“Setiap parti politik berhak menerima sumbangan politik,” katanya, sebagai menambah bahawa sumbangan politik dilakukan dengan cara yang betul.

Perdana Menteri Najib enggan mengulas lebih lanjut punca kewangan itu dan turut menambah bahawa parti pembangkang juga menerima sumbangan dana politik. “Pembangkang juga menerima sumbangan dan mereka tidak mengisytiharkannya,” [New Straits Times]. Pengakuan-pengakuan sedemikian seharusnya diuji di mahkamah. -sarawakreport.org

14 comments:
Write comments
  1. Rakyat Sabah harus tolak UMNO/BN... Jom Ubah...
    Pilih PR demi rakyat kini dan masa depan....
    Hijrah ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  2. itu lah masaalah nya kalau lama sangat jadi pemimpin kita kena tukar lah meka meka ini

    ReplyDelete
  3. Yes tukar ini kalilah mampus kau umno.

    ReplyDelete
  4. mereka langsung tidak mempedulikan suara rakyat..tidak kira sumbernya halal ataupun haram..yg penting pada mereka..adalah kuasa dan wang..tidak hairanlah wang rakyat bagaikan wang saku kepada mereka..dengan sewenang2 dibelanjakan ..untuk mengkayakan diri, keluarga dan kerabat2 kroninya..

    ReplyDelete
  5. Aktiviti haram bererti melalui penipuan, rompakan, penyelewengan, pembohongan dan rasuah. Tun Mustapha Dato Harun awal2 lagi keluar UMNO setelah sedar ditipu, kemudian Karim Ghani, Lajim Ukin, Yahaya lampong, Minudin dan ramai lagi setelah sedar rakyat Sabah ditipu. Nah..Apa lagi rakyat Sabah tunggu sebagai simpanan tetap BN? Tunggu anak darah.. bini disapukah?

    ReplyDelete
  6. Hasil balak sepatutnya dari dulu, sudah memajukan Sabah jika tidak masuk poket kroni mereka.... sial betul...

    ReplyDelete
  7. nilah pamimpin yg dcari2 oleh rakyat kerana apa? Kerana nak tangkap dan sumbat dlm penjara rakyat. Org UMngok tak parcaya,bah.

    ReplyDelete
  8. kami rakyat sabah layak untuk memiliki hasil2 sumber alam spt kayu-kayan yg ada di negeri sabah ini, bukannya hanya tauke keparat cina yng suka sumbat rasuah kpd kroni keparat termasuk ketua menteri..kamu pikir dgn jawatan, kamu bule ambil sesuka hati hasil sabah...ini org kampung baru gisik kayu untuk kegunaan sendiri ditangkap dan didena sedangkn tauke keparat ambil kayu suka2 hati saja.. ada kayu balak di tambuan( area simokod) berjumlah belas ribu batang sampai sekarang terbiar begitu saja kononnya tidak dapat jual kerana kes melibat org tertentu... siasatlah dgn tulus

    ReplyDelete
  9. Ayuh org Sabah..tukar lah BN kpd PR....begitu rupa umno/bn memerintah Sabah masih nak undi lagi ker? ubah lah sebelum lbh byk hancur kerana ketamakan mrk...

    ReplyDelete
  10. Aku ini PATI sukar,bah. Tolong la kami ini. Aku ndak tau ic yg ada ini betul ke ndak. Ketua kampung mahu kami ini sokong kirajaan. susa bah,itu.

    ReplyDelete
  11. RM40 juta dseludup oleh Micheal Chia kamurang kata ndak ada seleweng. Duit utk UMNO pun salah apalagi kalu wang utk Musa Aman. Seludup tu. Haii..tak paham aku UMNO/BN nih. Kalau PR, naik jet yg tak guna duit gomen pun tiap hari kena putar belit. Inikan pulak wang dseludup. Bagus kamurang rakyat Sabah. Pertahankanlah UMNO kesayangan kamurang tu.

    ReplyDelete
  12. Pndedahan awal menemukan wang RM40 juta dseludup masuk secara TT ke Westbank Perth. Perth tu dAustralia dan khabarnya anak2 Musa Aman ramai belajar dsana. Penerima wang secara teleghrap transfer tu katanya brnama Muhd Hayssam Musa. Musa mana tu ya?? Bekas Ahli Parlimen BN ke sapa tu.

    ReplyDelete
  13. Kamu yg bahalol suka sangat dengar cakap si batu api...umno baru msuk sabah apa kena mengena dgn balak ko tu...bomgo ko PR

    ReplyDelete
  14. KALAU MAU FREE KAMU BISING2 KONON UMNO/BN YG SALAH TAPI BILA KENA KASI DUIT KAMU AMBIL JUGA..LPS TU MAU2 CAKAP KONON TU DUIT RAKYAT..YALAH DUIT RAKYAT TAPI YG MNGURUS SMUA TU SIAPA??? BUKAN KERAJAAN KAH?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.