Setelah berteka teki mengenai tarikh perkahwinan, pasangan pelakon Farid Kamil, 31, dan Diana Danielle, 21, akhirnya mengesahkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 3 November depan.
Farid berkata keluarga kedua-dua belah pihak bersetuju untuk mengadakan majlis akad nikah di Hotel Flamingo, Ampang dekat sini sementara majlis resepsi sebelah perempuan pada 21 November.
"Syukur, hubungan kami mendapat restu keluarga. Insya-Allah kami akan bernikah pada 3 November ini. Doakanlah kebaikan perkahwinan kami," katanya pada majlis pra tonton filem Pe3 di Sunway Pyramid di sini, malam Isnin.
Farid memberitahu dia memilih 21 November untuk majlis resepsi berkenaan sebagai meraikan ulang tahun kelahiran Diana yang ke 21 pada tarikh itu manakala majlis sambut menantu di rumah keluarganya di Alor Setar, Kedah pula pada Disember depan.
Sebelum ini Diana dan Farid membuat kejutan apabila bertunang dalam diam pada 2 September lalu.
Bagaimanapun menurutnya, mereka masih belum menghadiri kursus perkahwinan dan akan melakukannya dalam masa terdekat ini.
Sebelum ini, pasangan tersebut membuat kejutan apabila bertunang dalam diam pada 2 September lalu.
Majlis yang diadakan di Damansara dekat sini itu dilakukan secara sederhana dan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Pada majlis berkenaan kedua-dua pihak pada mulanya merancang untuk mengadakan majlis pernikahan selepas setahun bertunang.
Diana dan Farid menyulam cinta selama tiga tahun dan hubungan mereka pernah putus tetapi disambung semula.
Farid sebelum ini pernah bercinta dengan pelakon Irma Hasmie tetapi hubungan itu tidak kekal sementara Diana pula dengan pengarah dan aktor Syamsul Yusof.
Tuesday, October 16, 2012
Farid Kamil & Diana Danielle Nikah 3 Nov
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.