Wednesday, October 17, 2012

Zahid Hamidi Jadi TPM Selepas PRU 13?

Jika Muhyiddin Yassin mula mendapat perhatian yang semakin meluas sebagai sosok yang dilihat lebih sesuai menggantikan Najib yang penuh dengan segala macam masalah selepas piihanraya umum akan datang, nama Zahid Hamidi turut meniti di bibir majoriti ahli dan perwakilan UMNO sebagai tokoh yang paling mantap untuk bergandingan dengan Muhyiddin.

Tidak dapat dinafikan pilihanraya yang mesti diadakan sebelum April 2013 ini adalah
penentuan hidup dan mati karier politik Najib. Kalah atau gagal mendapat majoriti dua pertiga, Najib pasti dihumban ke lembah persaraan. Hanya kejayaan mendapat majoriti lebih dua pertiga saja yang mampu memberikan talian hayat bagi bernafas lebih lama di Seri Perdana.

Sementara PR makin bertambah keyakinan disebalik pelbagai isu yang kini hampir semuanya menjadikan UMNO dan BN semakin lemah, di dalam UMNO sendiri Najib juga mula menghadapi bibit-bibit persaingan daripada timbalannya, Muhyiddin.

Muhyiddin kini seakan memulakan apa yang dipanggil "constructive critism" iaitu memberi komen seakan-akan bersetuju dengan sesuatu isu yang dibangkitkan Najib tetapi sebenarnya memberi tekanan dalam masa yang sama.

Contoh yang jelas ialah cadangan Muhyiddin agar BR1M diteruskan sebagai program yang berpanjangan atas alasan ia mampu melonjakkan kuasa beli rakyat sedangkan Najib pula hanya mahu menjadikan BR1M sebagai "umpan politik" bagi menghadapi pilihanraya ini sahaja. Sementara Muhyiddin mahukan ia diteruskan, Najib pula sehingga ini masih berdiam diri dan tidak berani bersuara sama ada BR1M masih ada atau tidak pada tahun hadapan jika BN terus berkuasa.

BR1M yang bernilai RM500 saja sudah memakan belanja lebih RM3 billion setahun, dan dengan Najib mewujudkan juga BR1M untuk orang bujang bernilai RM250, baucer buku kepada pelajar universiti sebanyak RM250 dan bantuan RM100 kepada pelajar sekolah, jumlah wang tunai yang diperlukan Najib sebagai "umpan politik" sebenarnya amatlah besar. Ditambah dengan suasana ekonomi yang tidak berapa baik sekarang, pendekatan membeli sokongan ini dilihat banyak pihak seperti mahu memufliskan negara.

Cadangan Muhyiddin agar BR1M diteruskan lagi jelas mahu memberi tekanan kepada Najib tetapi dalam masa yang sama pendekatan itu cuba memihak kepada rakyat dalam jangka panjang berbanding Najib yang hanya mahu berjangka pendek.

Selain itu, Muhyiddin juga berbeza pendapat dengan Najib mengenai 1Malaysia. Najib gah menggambarkan dirinya dengan slogan 1Malaysia tetapi Muhyiddin tetap meletakkan dirinya Sebagai orang Melayu melebihi sebagai rakyat Malaysia.

Mengekalkan jati dirinya sebagai lebih Melayu berbanding Najib dalam kemelut politik yang getir sekarang jelas menggambarkan bahawa Muhyiddin tidak mahu tergelincir daripada sokongan fundamental dalam UMNO itu sendiri.

Dengan mengekalkan jiwa Melayunya, Muhyiddin tahu kelebihan akan memihak kepadanya jika keputusan kurang daripada 140 kerusi Parlimen yang mampu digapai oleh BN dalam pilihanraya akan datang.

Dalam konteks yang sama, seiring dengan melonjaknya nama Muhyiddin, nama Zahid Hamidi kelihatan lebih ke depan berbanding dua lagi Naib Presiden UMNO iaitu Hishammuddin Tun Hussein dan Shafie Afdal untuk menjadi pemimpin utama UMNO.

Jika BN sekadar menang dengan majoriti tipis dan Muhyiddin didesak untuk mengambil alih kepimpinan parti dan kerajaan sebagaimana yang pernah berlaku kepada Pak Lah dulu, tidak syak lagi Zahid adalah gandingan yang sesuai bersama-sama dengan Muhyiddin untuk memulihkan kembali kekuatan UMNO.

Dengan pengalaman, rekod baik, peribadi serta rangkaian sokongan yang luas di dalam dan di luar UMNO, Zahid jauh lebih diyakini berbanding pesaing terdekatnya, Hishammuddin.

Sebagaimana Najib sering digambarkan sebagai PM paling lemah, Hishammuddin juga digambarkan sebagai Menteri Dalam Negeri paling tidak berwibawa sejak merdeka. Wibawanya berbanding dengan Tun Dr Ismail, Ghazali Shafie dan Musa Hitam yang pernah menjadi Menteri Dalam Negeri sebelum ini sering dijadikan perbandingan.

Kegagalan beliau menanganai isu perhimpunan Bersih dengan bijaksana, menyatakan tindakan merampas kamera wartawan sebagai mematuhi SOP polis tetapi kemudiannya dibantah oleh Ketua Polis Negara sendiri dan kenyataan yang seperti tidak memberi jaminan terhadap keselamatan rakyat dalam isu bas jelajah Anwar disimbah cat merah, jelas menggambarkan beliau tidak mempunyai pengetahuan yang secukupnya mengenai bidang tugas kementeriannya sendiri.

Keyakinan terhadap Hishammuddin bukan saja merudum di mata rakyat, malahan juga terjejas teruk di kalangan ahli dan perwakilan UMNO sendiri. Di laman sosial Facebook dan Twitter, beliau banyak dicemuh oleh ahli UMNO sendiri ketika isu Bersih dulu.

Beliau mungkin hanya selamat jika Najib terus menang dengan cemerlang tetapi dengan kemungkinan BN hampir mustahil mencapai kejayaan lebih baik daripada 2008, dengan sendirinya kedudukan Hishammuddin juga bagaikan telur di hujung tanduk.

Jika UMNO dan BN kalah pula, nasib Zahid Zahidi mungkin lebih menyerlah. Selain kedudukannya tetap terjamin untuk bergandingan dengan Muhyiddin bagi memulihkan UMNO, Zahid juga mungkin didesak untuk terus menerajui UMNO bagi menghadapi piliharaya yang seterusnya. Ini kerana dengan tumbangnya kerajaan Pusat ketika itu, ia juga mungkin dilihat sebagai kegagalan gandingan Najib dan Muhyiddin dan ia menjadikan alasan terbaik untuk menyingkirkan kedua-duanya sekali.

Dan kiranya BN terus kekal memerintah melebihi majoriti dua pertiga serta Najib pula kekal sebagai Presiden UMNO dan PM, Zahid Hamidi juga dilihat mungkin mencabar kedudukan nombor dua dalam UMNO bagi menempatkan dirinya mengempuki kerusi Timbalan Perdana Menteri yang kini diduduki oleh Muhyiddin.

Sama ada Zahid akan mencabar kedudukan Muhyiddin atau menjadikan persaingan nanti kepada tiga penjuru dengan penyertaan Hishammuddin dalam perebutan kerusi Timbalan Presiden UMNO itu, ramai yang percaya Zahid akan mempunyai kelebihan dalam persaingan itu nanti.

Selain wataknya yang disenangi, mudah didekati, berpengalaman, rekod baik dan peribadi yang meyakinkan, Zahid juga mempunyai rangkaian yang luas dalam UMNO yang dikenali sebagai Grup Sahabat. Grup ini wujud secara semulajadi bermula ketika Zahid menjadi Ketua Penerangan Pemuda UMNO dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Grup ini dianggotai oleh kalangan yang pernah menjadi Ketua Pemuda Bahagian atau perwakilan UMNO ketika Zahid memegang kedua-dua jawatan tersebut.

Dengan Zahid kini menjadi Naib Presiden UMNO dan Menteri Pertahanan, rangkaian grup ini menjadi semakin luas dan berkembang. Pertemuan, perbincangan tidak rasmi, sembang kedai kopi dan majlis-majlis sosial juga kerap mempertemuan mereka ini daripada seluruh negara.

Jamuan hari raya yang diadakan Zahid Hamidi yang mengundang limpahan hadirin setiap tahun adalah salah satu ukuran yang boleh dilihat untuk untuk menilai sokongan terhadapnya melalui kewujudan Grup Sahabat itu.

Selain itu, dengan kejayaan Angkatan Tentera Malaysia melangkah ke final Piala Malaysia setelah 49 tahun menanti juga sedikit-sebanyak melonjakkan lagi rating Zahid di mata umum.

Hakikatnya, berbanding Najib yang hampir pasti akan "tenggelam" selepas pilihanraya akan datang dan Muhyiddin yang "entahkan hidup entahkan mati" serta Hishammuddin pula tidak pasti antara "timbul dan tenggelam", Zahid sebaliknya mempunyai cahaya yang lebih terang di hujung terowong perjalanan karier politiknya.

-http://shahbudindotcom.blogspot.com

7 comments:
Write comments
  1. Al-Qur'an menjelaskan bahawa setiap berita yang diterima harus disemak dan disiasat, agar keadilan ditegakkan dan tiada pihak yang dizalimi.




    "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah (kebenarannya) dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu". (Al-Hujurat: 6)


    *dulu, kini & selamanya

    ReplyDelete
  2. "Wa man lam yahkum bima anzallahu fa ula ikahumul kafiruun."
    Ertinya : Sesiapa yg TIDAK mnghukum dgn hukuman/undang2 dari Allah, maka sesungguhnya ia dari orang2 kafir(engkar).

    Ini bukan kata nak buat hudud, Kelantan yg nak laksana hudud macam2 pihak yg kutuk dan siap nak dakwa lagi dmahkamah.

    ReplyDelete
  3. Secara peribadi, Zahid Hamidi ndak layak jadi pemimpin negara. Kalau Nazri punya anak yg samseng, Zahid hamidi tu pulak beliau sendiri yg samseng. Ada sapa2 tau yg dia pernah pukol anggota MOTORBIKE group dia jugak dan tak cukop dgn itu,diupah lagi samseng upahan utk belasah member tu. Kemek muka kawan tu. Kononnya nak ngorat Nurul Hidayah le anak kesayangan Zahid Hamidi yg gemuk tu. Tak berani polis nak siasat walau Laporan Polis dah berzaman dbuat oelh mangsa. Dulu,penyokong kuat DS Anwar dan lepas kena ISA sewaktu DS Anwar dhina dan dpenjara oleh rejim Mahafir'aun, beliau twist masuk UMNO balik dan kerana banyak2 motorsikal brkuasa tinggi selain bberapa mobil yg hebat serta harta2 lain,tak sanggup beliau tinggal kemewahan dunia dan trpaksa jilat buntut UMNO balik.Tambahan pulak tinggal drumah mewah sendiri dKajang ala-resort setelah brpindah keluar dr kuarters Menteri dPutrajaya. Demi kemewahan dunia, kawan jadi lawan.

    **Raja Sulu'

    ReplyDelete
  4. Buat sana buat sini.. kali ni Gangguan Naj1B Najib pulak....taksalah nak buat.. tapi bila terlalu banyak sgt akan jadi pembaziran.. kerana objektifnya satu..untuk mengekalkan kekuasaan UMNO dlm PRU13.. ini permainan politik...!! Ada BR1M, Ada SK1M.. ntah pelbagai lagi..jika benar utk membantu rakyat.. berhadapan dgn realiti..memperbaiki kelemahan.. jgn takut pada pembangkang.. dengar pandangan dan pendapat pembangkang.. jgn melarikan diri seolah UMNO tahu segalanya..!!

    ReplyDelete
  5. Duit TR1M yg bg kat pemandu2 teksi utk tukar tayar teksi rasanya tak sebanyak PM hadiah pd PERMATA projek jaga anak hasil inovasi dan kreativiti Kak Ros. Dapat RM111 juta,free2 je dlm bajet 2012 dulu. Tapi dlm Bajet 2012 dan 2013, ndak bajet utk Sek Agama Rakyat. Duit BR1M tu, sampai skrang aku ndak dpt walhal ada kktgn kerajaan yg duit BR1M tu cari beliau dan bukan beliau yg cari. Duit bekas tentera yg PM janji RM1000 seorg, aku ndak tau kat mana nak amik. Cakap je. Lepas tu PBTM ke PBPM ke PVTM atau ntah hape2 takde pula buat hebahan melalu media massa akan kedudukan sebenar bekas2 tentera. PM penipu je tu...

    ReplyDelete
  6. kESIAL BAGUS JADI CALON YB INDIA BARU NGAM SEBAB DISANA KAUSA SAMSENG DIGUNAPAKAI KALU DI MALAYSIA TUKANG BERUS GIGI BUAYA LAYAKLAH DIA HEHEHE.KITA UBAH PRU 13 KE PR.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.