BAGAIKAN cicak tertelan kapur, Adun Sekong, Datuk Haji Samsudin Yahya yang popular dengan gelaran Datuk S, mereka cerita kononnya saya yang memberi beliau maklumat tentang latar belakang Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu, dalam Perbahasan Bajet Negeri Sabah 2013 minggu lalu; dengan motif tersirat untuk memecahkan perpaduan Pakatan Rakyat.
Saya tidak kenal secara peribadi dan tidak pernah bertemu Datuk S melainkan membaca melalui Sabahkini.net dan maklumat yang disampaikan oleh Team Pemantauan AMK PKR Sabah; oleh itu dakwaan liarnya tidak perlu dilayan.
Tetapi saya dan rakyat Sabah masih tertanya-tanya bagaimana PATI yang dilahirkan di Bungao, Filipina ini yang mengikut bapa saudaranya ke Sabah, menetap di Tambisan sebelum berhijrah ke Sandakan; menjadi pemandu teksi sebelum dipilih sebagai calon BN setelah berjasa mengerjakan seorang musuh politik pemimpin UMNO, kini berani meludah ke langit ketika dirinya terpalit dengan kes kerakyatan songsang gundiknya, Pia Binti Dahlan.
Sama seperti Adun Sebatik, Abdul Muis Picho; Datuk S terlepas saringan SPRM dan 'Special Branch' sehingga boleh menjadi calon BN dan menggubal undang-undang di Dewan Undangan Negeri Sabah; sedangkan dalam rekod JPN beliau dilahirkan di Kampung Lupak Meluas, Sandakan, seolah-olah menonton filem 'Back To The Future' kerana ketika beliau dilahirkan pada 1955, Lupak Meluas belum lagi wujud.
Lebih mengejutkan saya, mengikut maklumat sahih yang saya terima dari Tambisan, Datuk S bersepupu dengan TYT Sabah, Tun Juhar Mahiruddin. Inilah ketakutan yang bermain di kepala saya, bagaimana beliau boleh bersepupu dengan Tun Juhar sedangkan beliau telah memalukan Tun Juhar dalam perebutan jawatan Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi?
Sebagai Anak Jati Sabah, saya amat bimbang jika ada pihak yang meragui kerakyatan Tun Juhar sebagai Anak Negeri Sabah kerana menurut Fasal 2 (1) Perlembagaan Negeri Sabah;
“Seseorang yang bukan warganegara atau seseorang warganegara dengan cara naturalisasi tidaklah boleh dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri.”
Sekiranya Tun Juhar tidak layak menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah mengikut Akta Tafsiran terhadap Perlembagaan Negeri Sabah, maka akan berlaku krisis perlembagaan jika Panel RCI yang menyiasat Pia, Samsudin dan Abdul Muis turut menjalankan siasatan terhadap Tun Juhar.
Berbalik kepada Datuk S, sewajarnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan segera terhadap Samsudin kerana berlaku percanggahan kepentingan (Conflict Of Interest) kerana kedudukannya sebagai Pengerusi Ko-Nelayan dan dalam masa yang sama beliau menjadi Lembaga Pengarah Borneo Aqua Harvest Sdn Bhd, milik Datuk Lo Fui Ming, seorang pemilik kolam ikan terbesar di Malaysia, terletak di Darvel Bay, Lahad Datu.
Disebabkan kedudukannya dalam Ko-Nelayan, maka kerajaan Persekutuan telah meluluskan insentif sejumlah RM24.8 juta kepada Plentiful Harvest Sdn Bhd (anak syarikat Borneo Aqua Harvest Bhd yang tersenarai di Bursa Malaysia) melalui Skim NKEA daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.
Dalam kesibukan Datuk S memerangi Adun Sri Tanjung, Jimmy Wong yang didakwa menggunakan Sijil Anak Negeri Palsu, beliau tidak menyedari atau berpura-pura tidak tahu bahawa Datuk Lo Fui Ming juga memegang Sijil Anak Negeri Palsu.
Sebelum skandalnya dengan Pia Dahlan, Datuk S juga mempunyai Skandal Seks dengan isteri Pegawai Kanan Imigresen yang berasal dari Kampung Bokara, Sandakan. Isteri pegawai tersebut juga berasal dari Filipina seperti Pia. Skandal ini sudah diketahui umum.
Sehubungan itu, saya menggesa Datuk S agar pandai malu dan tidak sewenangnya melemparkan tuduhan liar terhadap Lahirul dan Jimmy Wong semata-mata kerana mereka ahli Pakatan Rakyat dan tidak menyokong Barisan Nasional.
Tindakan Ketua Menteri Sabah membiarkan Datuk S menjual namanya dan menyambung perlantikannya sebagai Pengerusi Ko-Nelayan bagi tempoh satu penggal lagi merupakan tindakan yang bercanggah dengan Prinsip Janji Ditepati yang diamalkan Perdana Menteri; terutama untuk memastikan calon dan pemimpin UMNO bukan sahaja bersih, kelihatan bersih malah berbau bersih; 360 darjah berbeza dengan Datuk S!
Oleh : CITRA MASADI (sabahkini)
Tuesday, October 30, 2012
Tembelang 'Datuk S' Semakin Pecah?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ya ALLAH YA TUHAN KU lindungilah kami dari para pemimpin yang bersifat seperti lontar batu sembunyi tangan suka mencari kesalahan orang lain jauhilah kami dari pemimpim seperti ini.Ingat para pemimpin DUNIA TIDAK SELAMA NYA UNTUK KAMU
ReplyDeleteOMG... rakyat Sabah ada pemimpin PATI... maasaalah....
ReplyDeleteUBAH sekarang... ini kalilah... pastikan pemimpin Sabah orang tulin sabah... bukan PATI....
Bangkitlah wahai genarasi muda anak SABAH yg cintakan Negeri ini....kita akan pastikan BN/UMNOK akan berjalan merangkak dalam PRU13 nanti.Kami pengundi teger Bn /UMNO selama ini akan berpaling pada parti PR...semoga ada perubahan selepas BN/UMNO jatuh pada PRU13.
ReplyDeleteNanti pencacai UMNO bongok kata ini putir belit pembangkang pula!
ReplyDeleteBajet alternative Pakatan Rakyat tidak sesuai di Sabah, bajet yang tiada panduan dan rancangan teratur.
ReplyDeletePilihan raya umum akan datang adalah yang paling penting bagi Barisan Nasional
ReplyDeleteAnonymous said...October 30, 2012 3:56 PM Bajet alternative Pakatan Rakyat tidak sesuai di Sabah, bajet yang tiada panduan dan rancangan teratur. Bajet yang sesuai untuk Sabah ialah bajet Najib 2 tahun lalu yang dikenali dengan bajet seluar dalam dan pakaian dalam. Ini yang sesuai untuk Sabah kan?
ReplyDeleteJangan percaya pembangkang
ReplyDeleteakyat Sabah dan Malaysia faham dengan jelas bahawa agenda yang paling penting dalam kerajaan adalah Program Transformasi Negara
ReplyDeleterakyat Sabah bijak dan tidak mudah ditipu oleh pembangkang
ReplyDeleterakyat Sabah bijak dan tidak mudah ditipu oleh pembangkang. (Jangan bermimpi kawan rakyat Sabah bukan lagi bodoh. Rakyat Sabah tahu pemimpin BN/UMNO kaya raya, negeri Sabah kaya tapi Sabah negeri termiskin. Rakyat minta bekalan air terawat UMNOGOK bagi tangki air suruh tadah air hujan. )
ReplyDeleteBagi kampung di sabah yang tidak ada bekalan air terawat Najib bagi tangki 1Malaysia suruh tadah air hujan, di Selangor bila kerajaan negeri tolak pembinaan empamgan patutnya Najib bagilah penduduk selangor dan kuala lumpur yang terlibat tangki 1 malaysia supaya dapat tadah air hujan juga! Barulah 1Malaysia namanya. Kalau di sabah bagi tangki 1Malaysia untuk selesaikan masalah air selangor pula kena bina empangan bukanlah 1Malaysia lagi namanya! Apa punya PM.
ReplyDeleteNajib pun patut jimatkan air di kediaman rasminya kalau empayan di Selangor tak dapat dibina. Minta Najib tadah air hujan dengan tangki 1Malaysia untuk mandi, basuh pakaian dan siram bunga. 1Malaysia bah tak kan untuk menteri lain rakyat lain.
ReplyDeleteBukti yg dinyatakan tiada, tinggal satu cara lagi. Sanggup kah penulis bersumpah laknat bahawa apa yg dinyataan adalah sebenar2nya da sanggup di celakakan dunia dan akhirat?....jika sanggup maka saya yg akan sokong tuan penulis...
ReplyDeletemasya Allah...ramainya pemimpin Sabah yang diragui kerakyatannya....
ReplyDeleteapa sudah jadi negeriku yang tercinta...mana anak jati Sabah...where are you....
Kes kerakyatan songsang brmula era Haris Salleh brsambung dgn zaman UMNO atas restu Mahathir dan brsambung lagi dgn kedunguan rakyat Sabah dlm memilih pemimpin/parti memerintah. Ibarat walau telur tu dah busuk/tembelang tapi itu lah telur yg baik bg mereka utk dmakan. Jika ada pihak yg mnghulur sumbangan telur baru yg segar/brkhasiat, mereka tuduh jgn percaya pihak itu. Begitulah ibarat yg paling sesuai buat mereka.
ReplyDeleteYaaa....sekarang baru sedar...
ReplyDeleteBiasalah kalau asal pati dari selatan filipina memang suka berak di bawah kolong.
ReplyDeleteBAINO NOH!
ReplyDeleteMusuh politik yang dikerjakannya pengusaha teksi juga? Siapa Ketua Polis Sandakan ketika kejadian?
ReplyDeleteLaporan akhbar tempatan kalmarin seorang Pakistan beralamat di kg Masjid Keningau baru tinggal di Sabah dua tahun sudah dapat IC!
ReplyDeleteOctober 30, 2012 4:44 PM :
ReplyDeletehaji logiut najib pun bersumpah laknat x kenal altantuya n saiful bukhari maaa...al quran, islam n tuhan di negara ini hanyalah permainan politik shj...
Opposition budget is seem too good to be truth.
ReplyDeleteBiarlah rakyat sendiri menilaikannya.
ReplyDeleteUMNO Sabah dicabar oleh pembangkang. Ini juga Najib sering ke Sabah.
ReplyDeleteIsu kerakyatan songsang harus ditanggani dengan bijak. Mereka yang tidak berlayak untuk mengundi harus dilucutkan dari senarai.
ReplyDeleteSebagai Anak Jati Sabah, saya amat bimbang jika ada pihak yang meragui kerakyatan Tun Juhar sebagai Anak Negeri Sabah kerana menurut Fasal 2 (1) Perlembagaan Negeri Sabah;
ReplyDeleteSemakin rumit isu kerakyatan di Sabah ini. Harus juga RCI ditubuh segera untuk membuat siasatan.
Sila tampil dengan bukti pengenalan diri yang sahih.
ReplyDeleteJika apa yang dilaporkan ini benar, maka lebih baik tindakan yang adil diambil.
ReplyDeletesiasat dulu dakwaan ini.
ReplyDeleteUntuk makluman seluruh rakyat Malaysia yang setia kepada negara. Kisah rakyat asing yang mendapat KP Malaysia di negara ini bukan perkara baru. Ini lama dah terjadi. Kita patut halang sekarang. Kini mereka ni dah mencapai ribuan. Bahaya. Kerajaan patut halang. Tangkap mereka yang bertanggungjawab menyebabkan rakyat asing ini mendapat KP Malaysia. Atau Kerajaan BN semamangnya restu dengan ni. kalau di Sabah PTI yang ada KP Malaysia digelar pengundi hantu. BN nafikan. Atau dasar kerajaan supaya rakyat Malaysia ini boleh berkahwin dengan bangsa bangsa asing ni kemudian timbul anak kacukan. Untuk mengubah wajah wajah Malaysia sejati ni. Contohnya, Pakistan kawin Malayu wah anaknya lebih cantik. Mungkin ini sememangnya dirancang. Tapi ni harus diingat , jangan sampai menjual maruah negara. Hentikan segera. Negeri Sabah adalah mangsa keadaan ini. Dianggarkan warga asing melebihi penduduk tempatan. Kasihan Sabah.
ReplyDeleteWahai Menteri2 Negeri Sabah,Apa tindakan kamu dalam menangani masalah ini,kamu sibuk mengumpul kekayaan tapi negeri sendiri tergadai,ingat2 la kamu sendiri ada anak dan cucu,adakah kamu mahu melihat mereka menjadi pelarian di negeri sendiri suatu hari nanti,jangan kerana mengejar jawatan tertinggi kamu sanggup menggadaikan maruah negeri kelahiran kamu sendiri,ingat2 la..atau kami rakyat2 sabah akan bertindak pada PRU 13 nanti..jangan la berharap setakat memberi tangki air dan zink pada orang2 kampung bermakna kamu akan kami sokong,kalau da di bagi semua tu kami terima tapi undi belum tau untuk kamu..
ReplyDeletenegeri sabah negeri yang kaya, tapi yang herannya rakyat nya ramai yg miskin,YANG PALING HERAN BIN AJAIB MENTERINYA KAYA GILA PULAK TU.hahahahahahahahh rakyat sabah tertipu.bangkit lah rakyat sabah.pertahankan hak kamu.
ReplyDeleteMarilah kita undi Pakatan Rakyat/Pembangkang pada PRU13 nanti dengan tawaran mereka yang memberi menafaat kepada Rakyat Sabah dn Seluruh Rakyat Malaysia. Kita bukan anti pembangunan tetapi kalau hanya Menara Kuala Lumpur, Menara Petronas dan projek Mega lainnya yang dibangga-banggakan oleh kerajaan BN, hanya orang-orang tertentu sahaja yang menikmatinya. Sabah kaya dengan hasil minyak dan pembangkang sudah tawarkan 20% untuk Sabah yang bernilai berbilion ringgit setahun yang boleh dimanafaatkan untuk pembangunan kampung dan pedalaman serta bandar-bandar di Sabah. Soal janji ini ditepati atau tidak macam mana kita tahu kalau tidak dicuba. Tapi kita yakin PR tidak akan bermain dengan janji ini kerana mereka juga yang akan menerima padahnya (kerajaan yang tidak menepati janji yang besar ini boleh jatuh dalam pilihanraya seterunya). Dalam BN berbagai kaum dalam PR pun berbagai kaum yan ini tiada masaalah, cuma kalau kita terpengaruh dengan TV3, TV1 punya berita yang sentiasa hentam pembangkang memanglah susah untuk menerima kenyataan sebenarnya. Bagi pemimpin yang ada kepentingan pangkat, kontrak, bisnes dll dan rakyat yang menerima manafaat dari kerajaan BN, kalau boleh janganlah sampai tidak boleh menerima kebenaran kerana manafaat itu ialah dari hasil Wang Negara yang hanya diurus tadbir oleh pemimpin yang kita pilih dan mereka pun dibayar atas tugas yang mereka buat dari Wang Negara juga. Sejak mula merdeka Pemimpin kita dan Rakyat era kemerdekaan telah memilih Sistem Demokrasi, jadi kebebasan adalah ditangan kita untuk memilih pangkah yang kita yakin bermanafaat untuk semua.
ReplyDeleteInilah masanya untuk berubah so kita kuburkan ini BN HANYA PATI BER IC BIRU SEHAJA SETIA KEPADA bn/uMNO KERANA MEREKA SEDAR SIAPA MEREKA.rEMAJA sABAH AYO SEDAR DARI MIMPI PENIPUAN bn SO KITA UNDI PR.
ReplyDeleteinilah sebabnya dulu2 umno tidak mau RCI tetapi kalau tiada RCI, semakin ramai pemimpin umno keluar parti. rasa la kau org sabah yg bangga dgn gelaran deposit tetap rupanya pemimpin umno asal usul PTI yg dpt kerakyatan haram. bodoh betul org2 sabah ni' org tempatan jadi kuli2 saja sama itu PTI.
ReplyDeletekalau tidak dihalang, penduduk asli sabah akan lenyap oleh keturunan PTI ni.
kalau sesiapa yg kuat menyokong bn/umno dlm ruangan ini, sudah pasti org itu ialah keturunan PTI yg dapat kerakyatan haram dari kerajaan.
marilah kita org2 asal sabah pertahankan negeri kita ini jgn sesekali menyerah kepada keadaan. PTI ialah musuh utama sabah dan negara. tak silap, musa aman juga berketurunan pakistan. tidak heran ada kes org pakistan yg bru 2 tahun di sabah sudah dapat MYkad. ini kerja saiap hah?
ini kali laa..PRU13 adalah hidup mati generasi sabahan.
senang ja mau jd calon...jadi samseng,kasi pukul urang sana sini,buleh uda jd calon...ni yang pati2 philipin praktikkan sekarang...jd mana penjilat2 tahi umngok dlm sabahdaily ni...kasi backing lar kamu urang punya pemimpin pati ne...napa??malu ka???kahkah
ReplyDeletePenjilat P..I Umngokk dlm Sabahdaily nih selalu buat cerita penglipur lara. Panjang sgt karangan ilustrasinya mengenai DS Anwr atau isu2 LBGT, liwat,murtad ,Nik Aziz ndak betul atau mcm2 lagi,bah. jadi kita urang mau baca pun fed-up. Inda faham apa maksud. Cuma kita urang faham,itu lah penjilat P..I Umngokk di laman sini.
ReplyDeleteSemua pemimpin yg telah di lantik menjadi yb yb di sandakan kebanyakan asal dari keturunanan Philipine, ada yg dtg dan membesar di sandakan,tetapi asal mereka dari philipne,hanya warga sandakan yg betul-betul tulen saja yg dpt membezakan dari segi percakapan dailek orang-orang sandakan,di sebab BN dan penceroboh Umno telah masuk kesabah dgn niat ingin menjajah dan merampas hak-hak keatas rakyat sabah.....
ReplyDeleteOctober 31, 2012 1:48 PM :
ReplyDeleteklu benar pun, knp la? bapa kau ka itu???
Syabas Datuk Wilfred Bumburing...anda berani !!
ReplyDeleteBAH... SEBELUM PATI BERTAMBAH JUMLAH MELEBIHI PRIBUMI SABAH.
ReplyDeleteKITA UBAH SEKARANG... TUMBANGKAN BN
UNDI PR.... SAYA YAKIN PR SAHAJA YG BOLEH MEMBANTU KITA.
KALAU KITA KEKALKAN BN... MAKA MAKIN RAMAI PATI DAPAT IC DAN JADI YB
AKHIRNYA... KITA PRIBUMI SABAH JADI APA?
JOM RAMAI-RAMAI NYATAKAN PILIHAN KITA UNTUK PR, DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT, SABAH UTK SABAHAN.
UNDI PR
INI KALI LAH
Betulkah Datuk Haji Samsudin Yahya ini PATI?
ReplyDeleteJika beliau berhijrah ke Sandakan secara sah dan menjadi rakyat tulen Sabah, tiada salahnya beliau bertanding sebagai calon.
ReplyDeleteSebenarnya tidak ada kaitan asal usul menteri kita jika mereka melakukan kerja yang baik dalam berkhidmat kepada rakyat.
ReplyDeleteTak guna juga kalau menteri orang asli Sabah tulen tapi tidak berusaha berkhidmat kepada rakyat.
ReplyDeleteApapapun, saya yakin rakyat Sabah sendiri akan membuat penilaian sendiri yang terbaik berkaitan dengan kes Datuk S ini.
ReplyDeleteOctober 31, 2012 1:48 PM
ReplyDeleteSSemakin rumit isu kerakyatan di Sabah ini. Harus juga RCI ditubuh segera untuk membuat siasatan.
( Bodoh lah kau RCI itu sudah ditubuhkan dan akan memulakan pendengaran tidak lama lagi. Tak baca surat kahabarkah?)
Bagi mengetahui perkara sebenar, bagus buat siasatan. kalau dari sebalah pihak saja memang tidak akan adil. khabar dari mulut ke mulut ni susah juga mau percaya.
ReplyDeleteSejak akhir2 ni, ramai pemimpin Sabah yang dikaitkan dengan latar belakang yang agak meragukan.
ReplyDeleteMemang ramai rakyat yang diragui latar belakangnnya. mungkin ada juga yang berada di Sabah sejak sekian lama hingga sekarang ni mendapat kedudukan yang baik.
ReplyDelete