"Ketua Pemuda UMNO Malaysia Sdr. Khairi Jamaluddin mungkin menjadi korban pertama dalam PRU13. Nasib Khairi bagaikan telur dihujung keris UMNO, bila-bila masa jatuh terhempas dan pecah berkecai. Dengan cerita soseh soseh dalam kelambu UMNO Khairi Jamaluddin tidak ada nama dalam senarai PRU13. Malah namanya disekat oleh kumpulan yang mahu menjatuhkan Khairi...
Malah dalam Pemuda UMNO Malaysia Khairi Jamaluddin sudah hilang taring dan gusi serta kawan. Cakap cakap dan arahan Khairi Jamaluddin sebagai ketua Pemuda UMNo Malaysia kurang diendahkan dan kurang dihormati oleh sebahagian besar pemuda pusat dan negeri.
Idea dan gerak politik Khairi dalam UMNO khasnya pemuda UMNO nampak cukup terasing dan kurang sambutan seratus peratus. Dalam sejarah UMNO dan pemuda UMNO, tercatat tinta hitam satu satu pemuda UMNO Malaysia dan ketua pemuda UMNO yang kurang dihormati oleh kaumnya serta tidak bergerak bersama tranformasi politik Najib Razak.
Khairi Jamaluddin terbukti gagal menahkhodakkan perjalan dan pelayaran pemuda UMNO Malaysia. Nampak jelas Khairi Jamaluddin keseorangan dan selalu ditinggal bas dan train.
Mungkin ada benarnya Khairi Jamaliddin tidak namanya dalam senarai calun PRU13. Kebarangkalian ada kumpulan atau geng dalam Pemuda UMNO Malaysia menyekat perjalanan Khairi Jamaluddin dalan arus politik Najib Razak.
Namun Khairi Jamaluddin sudah membaca dan terhidu kentuk dan tahi dalam pemuda UMNO yang mahu menyekat dan menamatkan Khairi Jamaluddin dalam peta politik UMNO yang penuh dengan nanah dan rasuah.
Sehingga kini Khairi Jamaluddin berusaha dengan penuh semangat kental agar nama beliau tidak tericicir disaat saat akhir keputusan calun yang bertanding PRU13. Itu cerita soseh soseh politik tentang nasib Khairi Jamaluddin. Betul atau tidak kita tunggu senarai calun yang diputuskan oleh Najib Razak.
Namun ramalan kami Khairi Jamaluddin ada peluang untuk bertanding PRU13. Ingat Najib Razak terhutang budi dan jasa Pak Lah dan Khairi adalah menantu Pak Lah."
Friday, October 26, 2012
PRU13- Khairi Jamaluddin jadi korban pertama?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Awal-awal lagi KJ dah diketepikan bila anak madey diangkat jadi Timbalan Menteri oleh Najib!
ReplyDeletePolitik pun ada pasang surut. Siapa hebat, lama la dapat bertahan.
ReplyDeleteSejak Pak Lah tidak menjadi PM, KJ punyi sunyi sepi.
ReplyDeleteOrang2 yang biasa dalam politik pasti sedia maklum semua tu
ReplyDeletePembangkang tidak perlu sentimental sangat. macam mahu batu api pula. mungkin belum sampai masanya KJ.
ReplyDeletePembangkang BATU API kepala buttt apa nya. Dah memang dia tak trpilih pun selama nih. Buktikan???
ReplyDelete**888
TV Suku dan Utusan lagi kuat batu Api, dua-duanya milik UMNO!
ReplyDeleteTV suku milik UMNO pada hari raya korban pun kerjanya mengutuk orang pembangkang. Inilah ajaran UMNO Islam Hadhari ops Islam Hadhari tak releven sudah pula!
ReplyDeleteGE12 dulu pun KJ sdh hangkang loo, penulis mabuk linutau ka???
ReplyDeleteIni pun ramalan, jangkaan saja.kita tengok dulu PRU nanti.
ReplyDeleteBagus berusaha sendiri, bukan nak ramal kejatuhan orang lain je kerja.
ReplyDeleteHanya khabar angin sahaja bahawa nama Khairy tiada dalam senarai calon, masih belum didedahkan lagi official list.
ReplyDeleteIni adalah cubaan untuk menimbulkan kekecohan dan mempengaruhi hubungan ahli dalam parti. Jangan terpengaruh.
ReplyDeletetunggu ja senarai calon diumumkan.
ReplyDelete